Kenapa begitu?
Sebab soalan mereka adalah berkenaan ISMA. kalau tak cemerlang anda akan mudah emosi dan tidak rasional. Kenapa mereka tanya saya? Sebab saya anti-ISMA. Mestilah nak tahu pendapat saya berkenaan persatuan tersebut.
Mula-mula mari kita bercerita kisah asal. Manalah tahu ada yang tidak tahu, saya tolong bagitau. Yang dah tahu buat bodoh je la sambil membetulkan mana-mana maklumat yang tersilap.
Khamis ini akan diadakan program Aman Palestin. Secara kebetulan program Fiqh Korban PERUBATAN pun hari itu juga, diikuti dengan Qiam Jam'ie pada malamnya. Iklan lanjut tentang Aman Palestin kat sini, Fiqh Korban pula di sini.
Konfliknya bermula dengan suara saya: Pertembungan dua program. Kemudian disusuli suara orang lain mengenai tabung derma Aman Palestin. Dan beberapa lagi sembang kosong yang saya tak nak sebut sebab saya takkan sentuh dalam entry ini.
Soalan pertama: Nak pergi program mana ni?
Jawapan saya: Pergilah mana-mana.
Rancang masa, pergilah dua-dua. Sebab dua-dua bermanfaat. Walaupun saya anti-ISMA, saya mungkin pergi kalau tiada aral melintang. Bukan senang nak jumpa figure-figure dalam forum tersebut. Manusia hebat didatangkan khas dari Malaysia. Tambahan lagi, pasal Palestin. Memang mengujakan.
Cumanya saya selalu sebut; rancang prioriti. Kalau kita memang tiada kerja, pergilah Aman Palestin. Kalau kita memang berkaitan dengan Fiqh Korban, maka pergi Fiqh Korban. Kalau kita memang hardo-PERUBATAN, maka pergi program PERUBATAN walaupun sebenarnya kita tiada kaitan pun dengan Fiqh Korban tersebut. Saje suka-suka menambah ilmu.
Eh, kenapa saya yang anti-ISMA pun pergi program ISMA. Ini belot namanya. Ye ke? Tak pun. Contohnya gereja buat forum Hormatilah Orang Tua. Kalau saya memang tiada kerja, tiada program PERUBATAN, memang saya akan pergi. Tapi adakah bermakna kita menyokong ideologi gereja Kristian? Tak. Kita menyokong program itu kerana ianya terbukti baik.
Marah puak ISMA saya samakan dengan gereja. Tak pun. Puak ISMA tak tahu pemikiran puak anti-ISMA. Maka saya beri contoh yang mudah nak faham. Marah lagi ke? Jangan marah, nanti kena jual. Macam kata PRamlee.
Sama juga dengan soalan kedua: Aiseh, derma Aman Palestin pulak. Nak bagi ke tak nak? ISMA nih.
Jawapan saya: Bagi je la. Nak fikir apa lagi?
Kalau gereja kutip derma Mangsa Banjir, kita pun sumbanglah sikit. Sebab kita tahu memang confirm sampai kepada mereka yang memerlukan. Bukannya digunakan untuk bina gereja ke, untuk bayar upah paderi ke. Samalah jugak. Tak rugi menderma. ISMA ke, PERUBATAN ke, UMNO ke, bagi je. Kalau dah anti-ISMA sangat, takyah bagi. Tapi kalau PERUBATAN tak buat derma Palestin, tak rugi kalau kita bagi sikit melalui ISMA.
Heh, pasal tabung pun nak cerita kan? Biarlah. Bukan tabung yang kita tengok, tapi kita tengok pengajaran daripada tabung tersebut. Boleh kan?
Kenapa perlu konfius?
Satu fenomena yang pelik dalam konflik persatuan di Mesir ini adalah menganggap bahawa kita tak boleh bersama walau dengan apa cara sekalipun. Di balik tabir pun tak boleh duduk satu meja. Padahal sama-sama pelajar perubatan, sama-sama pelajar agama.
Saya kongsikan satu kisah benar, di mana ada salah seorang pelajar menolak tanggungjawab menjadi AJK program PERUBATAN dengan alasan beliau ISMA yang kononnya tidak sebulu dengan AJKT Biro. Astaghfirullah al azim. Sama-sama pelajar PERUBATAN pun nak berkira ke? Ini kisah benar, bukan rekaan. Cuma saya tukar situasi supaya tak terlalu spesifik.
PERUBATAN untuk semua, kita dah bernama ahli PERUBATAN maka layaklah memegang jawatan AJK Program tersebut. Tapi janganlah kita yang kononnya hardo-ISMA nih pergi promosi ISMA pulak kat anak buah setelah menjadi AJK PERUBATAN. Siapa tak marah? Akibatnya menjadi imej buruk pada individu dan persatuan itu sendiri.
Mari menjadi sekular. Sekular dalam kehidupan tak boleh, tapi kita menjadi sekular dalam berpersatuan. Maaf, sekular sebenarnya berkaitan agama dan kehidupan, maka penggunaan saya salah di sini. Tapi tak mengapa, maksudnya pisahkanlah. Kita jadi AJK PERUBATAN, mindset kita promosikan PERUBATAN. KIta pergi program ISMA, mindset kita ahli ISMA.
Eh, post ini macam saya ahli ISMA pulak kan? Tak adalah. Selamanya saya anti-ISMA. Tengok amaran kat atas tu. Terang-terang saya menolak ISMA daripada mempengaruhi kehidupan saya. Point terpenting yang saya nak tekankan di sini adalah: Prioriti.
Mungkin sesuai kalau saya paste satu kartun dari blog Ayu Amiza dengan sedikit penambahan. Dalam gelanggang, luar gelanggang. Dalam gelanggang mungkin kita bertumbuk bergaduh bertikam bercakaran, tapi di luar gelanggang kita masih boleh duduk semeja sambil minum Syai bi laban dan main Dam Haji.
Dalam hal yang kita bertentang pendapat, kita pertahankan pendapat kita. Tapi dalam hal yang tiada kaitan dengan perselisihan kita, mari bersama memajukannya. Dan pihak ketiga, jangan memandang buruk mereka yang bergaduh sakan bertikam lidah, mana tahu di belakang anda, mereka sebenarnya hidup sebumbung masih makan dari talam yang sama sambil bergurau tentang bila nak kahwin. Ingatlah, gelanggang Wrestling WWF adalah hiburan semata-mata. Kita cuba bergelak ketawa daripadanya.
Last sekali, kalau kita hardo-PERUBATAN, usah pedulikan program ISMA. Kalau kita hardo-ISMA, usah pedulikan program PERUBATAN. Apabila bertembung 2 komuniti ini, kita tahu mana perlu kita setia. Mudah kan? Wakaka. Adakah hina menjadi hardo-PERUBATAN? Tak pun.
Untuk pembaca Malaysia, di sebelah kanan ada promosi gempak daripada PTS Publication sempena Kempen Membaca. Klik sini untuk maklumat lanjut. Kalau saya di Malaysia memang hari ini terus ke Pustaka Seri Intan untuk membeli buku dan join peraduan tersebut. Set mini perpustakaan, memang impian saya sejak kecil sebab saya jeles dengan ayah saya yang ada rak buku beliau sendiri.
Pastikan hari ini lebih cemerlang daripada semalam. Kalau mampu, pastikan hari ini lebih cemerlang daripada hari esok. Sebab hari esok belum tentu kita sampai, tapi hari ini kita sedang sampai. Manfaatkan setiap masa untuk menjadi cemerlang.
Salam kecemerlangan daripada saya.
=)
12 penghinaan diterima:
bro! entri ni best!
terima kaseh!
waa..smpat promote tu! bgus2! akak tak larat nak jeles dgn ayh sendiri. rumahku memuntahkan buku dan rak bukunya. err...sori la tanya kan..ISMA tu pebende ye? hehe~
ISMA berasal drpd kalimah arab: alif-tsa-mim = "ismun" yang bermaksud dosa.
gurau je, ISMA adalah ikatan muslimin malaysia, klu xsilap.
laman web isma di amsterdam..
http://www.isma-amsterdam.org/
bahaye rupanya isma nih..
haha.. kidding
suka la entri ni.. susah nak jumpa org yg ada semangat dan mentaliti 'bekerjasama atas dasar persamaan yg kita ada sebab kalau kita asyik mencari perbezaan antara kita, sampai bila2 pun kita tidak akan dapat bekerja bersama'..
saya sudah melihat byk senario kwn2 yg anti itu anti ini dan hardo itu hardo ini tapi "menganggap bahawa kita tak boleh bersama walau dengan apa cara sekalipun" (copy paste ayat anda).. kenapa la susah sgt meletakkan kepentingan Islam itu melebihi segala yg lain dan menganggap persatuan adalah vehicle utk mencapai impian itu..
~jom la jadi hardo Islam.. ;)
hoho....
Bahasa kamu semakin matang. Bukan bermaksud dulu tak matang tapi, menjadi lebih mantap dari dulu...
Adik akak dah membesar... ^^
Akak tak amek peduli tentang persatuan2 yang bertelagah tuh, sebab tak berkaitan dengan akk. tapi, memang sepatutnya kita bersikap terbuka untuk semua persatuan yang wujud. Contohnya, kalau MPP pro-HEP buat program Bedah Buku 'Saidina Husain a.s korban di Karbala', takkan lah mereka-mereka yang anti-HEP nak boikot lak, kan...
Kalau pulak konsep 1 Malaysia tuh memang bagus, takkan lah orang PAS nak tolak sebab dibuat oleh UMNO...
Atau, pengharaman arak oleh kerajaan negeri PAS, tak kan lah orang UMNO nak tolak sebab PAS yang buat.
Melihat kepada intipati sesuatu usul, menerima dan menolak kerana usul. Bukan kerana si pemberi usul.
'Lihat lah apa yang diperkatakannya, bukan orang yang berkata-kata'
Salam cemerlang untuk kamu, semoga mumtaz... ^^
p/s: teringin gak nak join itu peraduan... ^^
Adek apiss nak akak hantarkan borang atas nama kamu tak? heh heh heh
nampaknya agenda hardonisasi aku telah berjaya! teruskan penggunaan istilah hardo dalam kehidupan http://hardobusiness.blogspot.com/
post ni cam matang skit
nampaknye boss sudah makin mantap
Fathiyyah Ibrahim:
Ape yang best? biase je. sume orang da tau. haha
Firuz AKhtar:
kadang-kadang jeles itu bagus.
mari berusaha mengumpul buku walaupun tak membaca.
Anon:
first answer is the correct one.
ISMA-Amsterdam:
btul3, ISMA nih bahaya. haha
Anis Samihah:
masing-masing ade pandangan sendiri. mungkin entry ini satu idea bagaimana sepatutnya cara kita berbeza pendapat.
realiti mungkin berbeza.
lagipun budak ISMA tak join PERUBATAN dengan alasan "bile balik ke Malaysia ade ke PERUBATAN?" adalah satu soalan yg masih membuatkan sy bengang ngan budak ISMA.
kak Eya:
kak Eya, lame tak nampak. blog pun da tak update. aih~
Adli Samsudin:
ya, jom menjadi hardo-PERUBATAN!
Tagskie:
Haha SPAM!
Atiqah Hanifah:
saya mmg matang dari dulu lg.
tp menjadi kanak-kanak itu lebih bahagia.
=)
mantap la bahasa mu, dinmat sekarang! aku rasa mcm dah kena pengaruh hm tuah. betul tak?
ok, salam cemerlang juga dari saya..hidup mu mesti terus cemerlang dari semasa ke semasa. you are what you think =)
salam..
alhamdulillah..entry 1st yg dibaca..sgt menarik..
jd smua pihak ada hak masing2..smua bdk PERUBATAN bijak pandai..pikirlah yg tbaik..pikirlah yg utama..
yg paling penting..
LU PIKIR LA SENDIRI..
hidup NABIL.huhu..
sy mengaku sy ahli ISMA...wow mantap la hafiz adam ni,dh la pandai,lawak plak tu,tau bidang agama,ni satu pelawaan bkn penghinaan,pelawaan dgn tatabahasa yg betul dan gayabahasa yg lembut,sy ingin berkahwin dgn org mcm ni...haha,apa respon anda?
Post a Comment