04 November 2009

Duit Dari Blog

Saya tahu ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana blog di luar sana mendapat pendapatan yang lebih banyak daripada saya. Cumanya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira bermanfaat untuk blogger-blogger sekalian sementara kamu semua masih mampu berblog.

Setelah mem-publish entry sebelum ini; Jangan Percaya Kepada Internet pada petang semalam, saya tergerak untuk memeriksa akaun Nuffnang, walaupun pada pagi semalam saya telah memeriksanya. Saje mengade-ngade nak tengok padahal sebelum ni saya cuma periksa pada hujung minggu.

Earning waktu pagi yang berjumlah RM330 telah berubah menjadi RM440. Sudah tentu mengejutkan! Haha~ Itu je yang saya nak cerita.

Sejarah menggunakan Nuffnang bermula pada tahun 2008, lebih tepatnya 28 April 2008. Pada mulanya ia cuma untuk suka-suka, disebabkan ramai blogger yang meletak iklan pada blog masing-masing. Jadi kononnya ingin testing, "Adakah benar Nuffnang memberikan duit?"

Cash-out yang pertama dibuat 2 minggu sebelum balik ke Malaysia pada bulan Ogos, dan RM50 yang saya cash-out sampai ke rumah dalam bentuk cek. Ternyata Nuffnang tidak menipu, walaupun untuk mencukupkan RM50 sangat lama dan susah; 4 bulan. Dengan itu akaun Nuffnang saya kembali ke permulaan; RM0. Setelah setahun 3 bulan, jumlahnya RM440, cukup untuk membeli satu domain dan kekal selama 11 tahun, haha. Itu perkiraan berdasarkan Internet Webhosting yang menawarkan nama domain RM40 setahun. XD


Adakah bermanfaat meletakkan iklan di blog? Jawapan saya mudah: Sekiranya anda rasa blog anda ramai pelawat, tidak rugi mencuba. Lagipun anda tidak perlu buat apa-apa pun selain daripada kadang-kadang iklan tersebut melembapkan blog anda kerana masalah server. Selain daripada itu, takde masalah.

Persoalan samada iklan tersebut halal atau tidak, Nuffnang yang berpengkalan di Malaysia menetapkan pilihan kepada pengguna Muslim untuk melarang iklan arak, ataupun sekiranya anda berpandangan tobacco adalah haram, ia juga boleh dihalang. Cuma mungkin perkara-perkara boikot masih terlepas, dan perkara lain yang umum. Tapi segalanya masih boleh dikawal dengan memeriksa akaun anda. Sebagai contoh, sekiranya iklan Hong Kong Disneyland di atas adalah haram pada pandangan anda, maka bolehlah ditolak jumlah RM1.27 tersebut daripada akaun anda dan disedekahkan kepada masjid.

Selain itu, Nuffnang juga mempunyai Analytics yang tersendiri, walaupun saya lebih gemarkan Google-Analytics. Analytics bertujuan mengetahui statistik pelawat, minat, trend serta artikel yang sering dibaca. Selain itu, pola pelawat juga mungkin membantu anda menetapkan masa yang sesuai untuk publish sesuatu entry. Ringkasnya, Analytics sangat berguna dalam Marketing Strategy.


Pada mulanya blog saya cuma mempunyai purata visits 50 sehari. Setelah saya mengade meletak download Nur Kasih yang bukannya high quality pun, download dari TV3 jugak, gambar huduh, tapi ia telah menyebabkan visits naik mendadak setiap hujung minggu dan seterusnya kekal pada purata 100 visits sehari. Entah kenapa, saya pun tidak tahu. XD

Tapi secara jujurnya, 2-3 menjak ini baru saya menyedari bahawa peningkatan pelawat ke blog ini bukan semata-mata kerana Nur Kasih. Haha. Ini menyebabkan kumpulan sasar penulisan menjadi sedikit tersasar seterusnya menimbulkan kesalahfahaman dalam pembacaan. Takpelah. Tak kisah pun. Selepas ini kita tulis sesuatu yang lebih terbuka. Mungkin mengutuk ISMA atau PMRAM. Kali ini pasti semua orang baca, dan target artikel sampai. Membuka blog baru untuk mengutuk orang kurang berkesan dan memerlukan usaha promosi yang banyak. Maka kita manfaatkan kepelbagaian pelawat ke blog ini. Yeah!

Akhir sekali, Nuffnang dan Google Analytics, 2 benda yang saya rasa sangat bermanfaat untuk blogger-blogger. Jangan tertipu dengan skim cepat kaya yang lain, Nuffnang adalah lebih baik untuk anda. Tidak perlu letak banyak-banyak code Statistik, Google-Analytics sangat power dan ringan.

Jangan lupa melawat blog Hardo Business untuk iklan-iklan barangan yang menarik.

@Adli: masih lupe untuk pegi tengok jam tuh. ko tempah je la dulu neh. aku tak kesah sangat rupanye huduh atau comel. =)

8 penghinaan diterima:

HafizAdam on November 4, 2009 at 4:34 PM said...

blog bodoh ini mendapat 400 dalam masa setahun. bayangkan pendapatan Saifulislam. haha dunia oh dunia.

Ken Wooi on November 4, 2009 at 5:14 PM said...

im using nuffnang too.. good money =)

kenwooi.com

Shairah on November 4, 2009 at 8:42 PM said...

xbnyk visitor. tpi nk try. kalo klik kt iklan nuffnang tu bru dpt duit kan. so kalo diri sendiri klik bnyk2 kali bole? haha

HafizAdam on November 4, 2009 at 9:26 PM said...

tak jugak. sebab Nuffnang banyak pakej iklan.
ade yang ikut klik, ade yg ikut tempoh.
contohnya blog kite ramai masuk, maka Carlsberg pun letak iklan kat blog kite selama seminggu dengan bayaran Rm500. klik dapat additional income.

basis utk letak iklan: promosi kne power, hits kne mantap. sebab tuh saya gabungkan Google-Analytics dalam post nih. =)

cikgu_eya on November 5, 2009 at 3:15 AM said...

maka boleh lah mintak adek apiss banje makan... ^^

lilylala on November 5, 2009 at 7:16 AM said...

nuffnang ku tak nek lg..
huwaaa
cam ne nak bg dpt duet byk jgak??

Unknown on November 5, 2009 at 9:21 AM said...

ok la tu 4rat caya la

Noor Asyila on November 6, 2009 at 10:02 AM said...

ceh,denmat ckp 'yeah!'

:P

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template