Apa khabar hari ini?
Tentu luar biasa hebat dan cemerlang.
Baguslah kalau begitu.
Beberapa post sebelum ini asyik berkaitan persatuan, kita beralih ke topik lainlah ye. Pembaca blog ini bukannya budak medik Mesir je. Kita raikan mereka walaupun sebenarnya saya ada sesuatu yang menarik tentang Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN). Yang dah tahu jangan spoil-kan mereka yang belum tahu.
Baru-baru ini Mesir dilanda influenza KCB. Yang menariknya, masyarakat Melayu je yang demam dengan kroniknya. Orang Mesir tak kena pape pun. Immuniti mereka tinggi kot. Tak tau apa itu KCB? Haih~
Ketika Cinta Bertasbih.
Dah basi pun cerita ni. Adik saya di Indonesia dah lama tengok. Kat pawagam lagi. Berapa lama beratur nak beli tiket? Dari Asar sampai Isyak. Nasib baik ABC, kalau tak, berdosa free je. Nak bagitau bahawa Indonesia waktu tu pun demam KCB. Nanti kita tayang masa Rumah Terbuka Aidiladha PERUBATAN. Boleh? Baru macam pawagam sikit.
Tapi KCB dalam post nih adalah Kempen Cepat-cepatlah Berkahwin. Kempen ini untuk anda di luar sana. Bukan saya. Saya anti-perempuan dan anti-kahwin. Anda semua sudah ada couple dan pasangan masing-masing.
Semua saya nak anti, matilah. Sebenarnya Mak saya marah kahwin kat Mesir. Entah-entah dia dah ada calon kot. Patutlah beria-ria suruh saya balik baru-baru ini. Nasib baik tak dapat mesej beliau, hehe. Kalau tak, tak pasal-pasal haru jadinya. Kahwin paksa macam Adam dalam Nur Kasih. Tapi bahagia jugak ape. Hehe.
Kalau saya kahwin jugak kat Mesir? Tak berkat. Kerana seorang perempuan entah dari mana, mak saya kecik ati, kejadahnya? Tak berbaloi langsung. Lainlah kalau perempuan tu memang jaga saya dari kecik sampai besar. Beli gula-gula dan Gundam serta patung Barbie versi SNSD untuk saya, mungkin saya akan consider. Tapi kalau dah jodoh nak buat camne, kita teruskan je. Mintaklah izin kan? Selesai.
Kenapa perlu kahwin awal? Sebab yang paling utama, perkahwinan bakal mencemerlangkan anda. Tak percaya tengok pasangan yang dah berkahwin. Semuanya cemerlang. Habis tu yang tidak cemerlang masih ada? Itu sebab mereka sendiri yang tak nak cemerlang. Di mana ada lauk, di situ ada lipas. Rajin sungguh lipas nih. Kita kena contohi beliau, kuat kemahuan dan rajin keusahaan.
Yang kedua, orang kahwin rezekinya jadi double. Tak kisahlah dari segi material rohani. Tak caya kita tengok video nih.
Mari berusaha menjadi cemerlang seperti seorang pemenang. Selagi belum tiba di garisan penamat, teruskan berlari.
Eh, tadi saya kata nak beritahu sesuatu pasal PERUBATAN kan?
Cuba anda semua buka Google dan search "persatuan pelajar perubatan". PERUBATAN berada di ranking pertama! Hebat kan PERUBATAN? Siapa kata menjadi ahli PERUBATAN itu hina? Kalau dah tahu sebelum ini, saya ingatkan balik. Kalau belum tahu, bolehlah mula berbangga. Kenapa mesti fikir yang negatif?
Fikirlah secara positif. PERUBATAN adalah yang terbaik. Bukan ISMA atau PMRAM. Maka, marilah bersama memajukan lagi PERUBATAN.
Salam kecemerlangan daripada saya.
16 penghinaan diterima:
keji gile terjemah ko..haha
salam..tau tak nak download kat mane filem kcb?
KCB [ kelab couple berumahtangga ] ? whatthefunny~ ahah
kelab berumahtangga boley tahan lg, tp kelab couple ? hoho no komen
gile la mujahadah 3 kuli tersebut nk g beli mesin basuh toshiba dari atabah ke asyir pahtu 'ala tuul ke seydah..kagum2..moga setiap titik peluh antum ditimbang di akhirat kelak..
oh btw,aku suke nasihat irfan tu.. ^_^
Kau:
eh mane de. betul lah tuh.
dengar baik2.
Anon:
Klik perkataan "Ketika Cinta Bertasbih." yang tebal sikit di atas.
kakRem:
dah berumahtangga tidak dikira couple ek?
baru sy tahu.
patutlah sume wat hal sendiri lepas kawen.
da tak couple upenye.
thanx bgtau.
=)
wah dasyat budak medic leh bg hadiah kawin besar2 cmtu..kami budak kos biasa ni bg cadar je...uisshh pttla korg semua yg dok overseas tiap kali cuti berjalan sakan..
yg study kat malaysia ni nk kuar g midvalley pun fkr 10x..tkut bajet lari walau rm1..uisshh
kena jimat, kang de lak yg mkn nasi seminggu sekali.
haha kamu kena memahami konsep Kuasa Kesatuan, Kuasa Kebersamaan.
batch kami ade 100+ org.
sorang bagi 30. dapat la 3000. da boleh beli motor sebijik.
=)
best2x
xboleh blah terjemah kau,
saper2 xreti arab msir,
mmg kna tipu r
kempen cepat2lah berkahwin? mm..rasanya mmg btul tu..hehe~ adik akak kat mesir pun asyik dok ckp pasal nak kawen je..ye la..dah kawan2 sekeliling dia dok kawen sorang demi sorang, dia pun teringin..akak pun dileternye suruh kawen cpt2. adui..pening2
kalau search fathiyyah, maka FTI akan keluar sebagai top list dalam laman google. Hebat ke fathiyyah?
sy rs bro dinmat kawen awal. tak tahu kenapa
:D
alahai bro, faham sangat pak cik tu ckp pasal bola,bukan pasal anak n bini . aiyaa
br lepas tgk video. best n menyentuh hati la bro. best2!
woih ! buang r gamba tunang gen6 tuh..segan la derg..ko nih pon..mende tunang2 ni bukan leh kepoh2..ni x pasal2 satu dunia tahu
Nash Kadir:
lalala~
mane de tipu!
kalu ikut ilmu BA aku yg x seberapa nih, camtuh la terjemahannya.
Firuz Akhtar:
kawen laa cepat2, nanti rezeki bertambah berkat.
Fathiyyah Ibrahim:
no no no no no~
saya tak suke perempuan.
kamu yg akan kawen dulu =D
yay~
search fathiyyah watpe. keyword "persatuan pelajar perubatan" adalah signifikan dalam research. ade ke kamu search "hafizadam"? takde kan? mesti kamu search "bioavailibility", "why granulomas occur", keyword2 yang general camtuh.
same gak ngan "persatuan pelajar perubatan" untuk mereka yang INGIN tahu persatuan untuk budak medik yang dia boleh sertai.
menyentuh hati?
kejadah?
kakRem:
camne nk buang? nih video bukan gambar ye.
xpelah saya delete terus video tuh. wakaka
sape nk tengok datang umah je la.
tp bukannye best pun.
lgpun sume da tau, wakaka
ermm.. mcmna anda boleh mngaku anti-perempuan dan anti-kahwin.. bukankah itu sudah mlanggar fitrah insani.. tak baik tau.. ibu anda bukan kah perempuan jgk.. ;)
~redhalah bahawa soal jodoh memang Allah shj yg maha mengetahui, walau sekuat mana pun anda menolaknya, andai itu takdirNya, anda tetap akan bertemu pasangan hati (soulmate?) anda.. siapa tahu Allah sudah menetapkan anda berkahwin jugak kat Mesir? Dan mana tahu ada rezeki anda mendapat seseorang yg memang akan membeli gula-gula dan Gundam serta patung Barbie versi SNSD untuk anda, dan akan menjaga anda seumur hidup anda?
~selamat melangkah ke alam itu.. ;)
saya anti-perempuan dan anti-kahwin sebab:
- tanak kawen. bile da nk kawen, buang laa anti tuh.
- mak saya xde kat sini. bile balik Malaysia buang la anti-perempuan tuh. lgpun adik perempuan sy sume comel2, wakaka
heh perenggan kedua tu macam kamu tau je sape2 yg minat kat saya eh? haha tengok r cane.
saya impotent, sila jangan berkawen ngan saya. wakaka.
saya inginkan manusia di sekeliling dulu melangkah ke alam itu. baru hati tenang dan bahagia melihat adik-adik dan sahabat-sahabat bahagia. cewah. =)
aih..pesal da xleh tgk video nih ...
halo,
saya pula anti-lelaki dan anti kahwin. after 1st marriage failed, i never believe in marriage anymore. why? u may vist my blog http://prefertobealone2.blogspot.com
Post a Comment