14 May 2010

Cinta antara kau, aku dan Dia

Okey, ini bukan entry peminat fanatik Adamaya. Cuma sesekali saya menggedik juga dengan penonton-penonton yang fanatik Amani seperti MakNgah dan kak Amany. =P


Cerita ini telah disiarkan dalam slot Akasia TV3, dan ditamatkan dengan jayanya setelah 23 episod bersiaran. Dibintangi oleh Syed Hussein, Lisa Surihani, Faizal Yusup, Diana Amir, Putri Mardiana, adik Mia Sara Nasuha dan lain-lain. Adakah mereka pelakon baru? Tidak pernah didengari sebelum ini, ataupun sebenarnya sudah lama tidak layan cerita Melayu selepas Nur Kasih. xD

Kisahnya tentang hafizAdam yang berkahwin dengan Maya. Maya mempunyai seorang pakwe, Dani. 5 tahun berkahwin, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak, Amani. Kemudian Dani kembali membuat kacau cuba meraih semula cinta Maya. Maka porak perandalah rumahtangga mereka. Setelah beberapa peristiwa tembak menembak dan bom mengebom, akhirnya orang jahat mati, hero dan heroin bersama kembali. Tamat. (Nak tahu cerita, tengoklah sendiri. =P)

Tapi saya bukan ingin bercerita tentang drama ini. Saya cuma tertarik dengan tema yang ditulis pada poster; Cinta antara kau, aku dan Dia. Saya tidak tahu maksud sebenar ayat tersebut, malah pada poster juga ditulis dengan setiap huruf pertama huruf besar, tapi di sini saya sengaja hanya membesarkan huruf "D" pada perkataan "dia."

Kenapa?

Cinta antara kau, aku dan Dia.

Bagi pencinta bahasa, pastinya mengetahui bahawa huruf besar pada perkataan "Dia" tersebut adalah khusus, dan sini sengaja saya interpretasikan merujuk kepada Allah. "Antara" pula merujuk kepada perkaitan dan perhubungan. Maka di sini kita boleh lihat satu segitiga, dengan bucunya (kau, aku, Dia) berinteraksi antara satu sama lain.

Cinta, kalau tidak disandarkan kepada Allah, jadilah seperti Dani yang gilakan isteri orang hingga rumah tangga sendiri terabai. Akhirnya gila kerana cinta.

Cinta, kalau tidak disandarkan kepada Allah, jadilah seperti Maya yang curang terhadap suami sendiri. Malah sanggup meminta cerai demi seorang bekas kekasih.

Cinta, kalau disandarkan kerana Allah, bukankah bahagia melihat cinta kita bahagia? Umpama Lisa terhadap Adam. Mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk beliau. =P

Cinta, kalau disandarkan kepada Allah, jadilah seperti Adam, yang menerima isterinya seadanya. Malah berusaha untuk membahagiakan pasangannya. =)

Lebih menarik lagi, cerita ini dimulakan dengan rasa tanggungjawab dalam perkahwinan, sepertimana yang pernah saya sebut dahulu: Perkahwinan itu adalah tanggungjawab untuk bercinta, dan rasa cinta akan tanggungjawab.

Kadang-kadang kisah seperti ini menjadi alasan untuk menolak ayat "Saya tidak ingin kahwin dengan manusia yang saya tidak kenal". Haha =P

Sekiranya anda belum menonton drama ini, sila ke website TV3 (Memerlukan registration) untuk streaming ataupun ke website DramaMelayu ini. Bagi yang gila download, TVRip boleh didapati di JiwangTV (Memerlukan registration)



RANDOM #1
Oh, saya mempunyai seekor Pathologitus jenis practicalus untuk diterkam pada Ahad ini. Perlu mengasah pistol agar boleh melukakannya, walaupun tidak mampu untuk membunuhnya. Jika tidak, saya yang akan terbunuh nanti. =D

RANDOM #2
Setelah kejayaan Fan-Made Thsutleo Photobook, akhirnya SNSD mempunyai Official First Photobook! 350+ mukasurat, dilengkapi dengan DVD (Subbed), semestinya mesti beli! Oh bankrap, bankrap.

RANDOM #3
Kenapa manusia meminta iPod Touch sebagai hadiah? Adakah ia trend terbaru masa kini? Tapi kalau saya menempah iPod Touch dengan special Engraving, tidakkah kekasih mereka akan cemburu? Lebih-lebih lagi kalau Engraving tersebut berbau jiwang. xD

RANDOM #4
Yay tiket balik 5hb Julai. Tapi selagi belum nampak tiket di tangan, malas nak beritahu Mak. 5hb Julai hingga 12hb Ogos. Keji tak?

6 penghinaan diterima:

kak Amany said...

papa, balik 5hb Julai? ingat tak nak balik, baru nak bersorak sakan, haha~

ipod touch demander on May 14, 2010 at 7:59 AM said...

haha.mana ada kekasih untuk mencemburui, so tak kesah je la nk bg ipod engraving.

abg dinmat kaya yeay!

Jackster on May 14, 2010 at 8:56 AM said...

perh da jadi papa da ko skrg hahah

pstu buat2 tnye sme org "Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya saya menyatakan saya sukakan kamu? (3m)" pdhal ko sje nk buat2 bg mende tu nmpk normal, pdhal dalam ramai2 tu ade sorang yg ko tnye btol2 hahak

care ar denmat, x sia2 jadi anak murid aku ;))

HafizAdam on May 14, 2010 at 9:06 AM said...

kak Amany:
eh eh anak papa~
kuci kuci kuci.
dah jadi kakak eh sekarang?
mentang-mentang papa dah baik semula dengan mama. =P
jangan nakal-nakal ye, nanti papa balik, papa lempang kang. xD

iPod Touch demander:
OK, sedang fikir nak Engrave ape kat situ...

Hohohoho *thinking evil*

Jackster:
Pengaruh ko la ni, aku jadi sengal mengorat anak dara orang. Jangan jeles aku tanye Rem ko, sebab dia jawab dia buat bodoh je. Cuba ko lak tanye. =P

amany on May 14, 2010 at 9:42 AM said...

tula, Hafiz muda2 lagi dah jadi papa xD

papa kan dah baik dengan mama, bolehla orang jadi kakak =P

nak lempang eh?
elak~

Haru on May 16, 2010 at 1:47 PM said...

review ni seronok dibaca, terutama bahagian tentang penyandaran cinta pada Allah tu. bagus la dapat pengajaran.

still, tak tertarik nak tengok adik amani. adik saya lagi comel awww.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template