10 September 2007

Bajet 2008: Elaun sara hidup siswa naik hingga 84 peratus

90,000 pelajar IPT semua peringkat kursus dapat manfaat

KUALA LUMPUR: Lebih 90,000 pelajar tajaan kerajaan di pusat pengajian tinggi tempatan akan menikmati kenaikan elaun sara hidup antara 23 peratus hingga 84 peratus, berkuat kuasa mulai semester pertama sesi 2007.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kadar baru itu membabitkan pelajar semua peringkat, termasuk yang mengikuti kursus persediaan dan kursus bahasa.




Elaun sara hidup bagi pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada pula dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuat kuasa bulan ini.

Pada masa ini, kerajaan menaja 17,000 pelajar di universiti luar negara dan elaun sara hidup pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan sudah dinaikkan tahun lalu.

Abdullah juga mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meningkatkan jumlah pelajar Ijazah Pertama tajaannya di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 orang mulai tahun depan.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM12 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pengajian tinggi termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di empat Universiti Penyelidikan.


Kerajaan juga akan meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar menjelang 2010, manakala Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan akan dinaik taraf.

Perdana Menteri berkata, kolej komuniti pula akan dijenamakan semula melalui penyediaan kursus pada peringkat diploma dan menggiatkan kerjasama dengan syarikat swasta.

Abdullah turut mengumumkan mulai tahun depan, skim pinjaman buku teks akan diperluas kepada semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini,” katanya.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma bagi semua, beliau juga mengumumkan pemansuhan yuran bagi sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan tahun depan.

Selain itu, kerajaan akan memansuhkan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dimansuhkan dalam Bajet 2007.

“Bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum beruniform, kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah,” katanya.

Abdullah berkata, kerajaan juga akan mewujudkan 60 sekolah kluster sepanjang tahun depan dan setiap sekolah berkenaan masing-masing akan menerima peruntukan RM500,000 untuk membiayai aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.

Bagi memartabatkan profesion keguruan pula, kerajaan mengumumkan peningkatan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, manakala kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 sehari kepada RM150 sehari.

Selain itu, kerajaan akan memberi elaun RM60 sejam bagi guru lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lulusan diploma yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, khidmat guru bersara tetapi masih boleh menyumbang juga akan dimanfaatkan dengan mengambil mereka berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.

Bagi menghargai usaha badan amanah dan pertubuhan amal yang membiayai dan mengurus dengan baik sebilangan sekolah rendah dan menengah pula, kerajaan mencadangkan sekolah berkenaan diberi pengecualian cukai pendapatan.

“Pengecualian ini akan memberi manfaat khususnya kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah agama,” katanya.

Secara keseluruhan, RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dalam Bajet kali ini yang turut merangkumi peruntukan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program Sekolah Cemerlang, memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Sumber: Berita Hairan

-=-=-=-=-=

Pelajar Perubatan kesal kenyataan Perdana Menteri

KAHERAH: Pelajar-pelajar di negara Mesir khususnya pelajar perubatan tajaan JPA amat kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan elaun pelajar tajaan kerajaan di Mesir telah dinaikkan tahun lepas.

Ini berikutan elaun sara hidup di Mesir tidak pernah naik malah berkurangan sedikit demi sedikit ditambah pula dengan kejatuhan nilai USD di pasaran antarabangsa. Menikut kajian yang dijalankan salah seorang pelajar, elaun pelajar perubatan Mesir berkurang daripada RM840 kepada RM790 mulai awal tahun ini. Ini menimbulkan kehairanan kerana mengikut perjanjian, kerajaan WAJIB menyediakan elaun sara hidup sebanyak RM840 sebulan malah jumlah yang diterima dalam USD akan ditukar mengikut nilai tukaran antarabangsa.



Tertulis di status YM, salah seorang senior menyifatkan perkara ini sebagai 'bull****'. Ada juga yang menyatakan isu ini sebagai 'permainan politik semata-mata' berikutan kehangatan pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menyentuh perkara ini, pelajar-pelajar perubatan di Mesir telah lama memohon kenaikan elaun sejak 165 tahun yang lalu namun masih belum diluluskan kerajaan. Malah lebih memburukkan keadaan, mereka dihentam balik dengan slogan 'kena manage' elaun sara hidup yang diberikan. Pegawai wakil kerajaan tersebut memberi contoh yang langsung tidak berasas dengan menyeru pelajar-pelajar makan Maggi separuh pada waktu pagi dan separuh lagi pada waktu petang.

Bercakap di perjumpaan pegawai JPA bersama pelajar baru-baru ini di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pegawai JPA tersebut memberitahu bahawa permohonan telah dibuat oleh JPA namun kementerian belum meluluskannya. Sedikit sebanyak melegakan pelajar kerana keprihatinan JPA dalam masalah ini. Namun segalanya jelas kini bahawa usaha menaikkan elaun tersekat di kementerian.

Andaian juga dibuat jika kenyataan Perdana Menteri tersebut benar, ke manakah perginya duit pelajar-pelajar selama ini yang bernilai jutaan ringgit? Adakah dimakan kroni-kroni kerajaan seperti yang biasa dilakukan dengan projek kerajaan yang lain atau dicuri di pertengahan jalan?

Pendapat salah seorang pelajar pula, jika kenyataan tidak berasas dan bersifat menipu ini terus dikeluarkan Perdana Menteri, tidak mustahil pelajar luar negara khususnya Mesir tidak akan mengundi Barisan Nasional buat selama-lamanya apabila pulang ke tanah air.

Permohonan kenaikan elaun sara hidup dibuat berikutan kenaikan harga barang dan sewa rumah sebanyak dua kali ganda malah kebanyakan rumah berharga LE1000 ke atas dan tidak mafrusyah* berbanding zaman dahulu kala di mana harga sewa rumah hanya LE100. Ketidakbolehan JPA membayar private tuition pelajar juga mendorong mereka memohon kenaikan elaun demi mendapatkan secebis kecemerlangan dalam pelajaran. - TANPANAMA

*mafrusyah - fully furnished

3 penghinaan diterima:

k-riey on September 16, 2007 at 9:30 PM said...

weh,jangan la convert elaun mu tu k RM..
kalu g2 mmg la jadi murah.
sbb kjaan bg elaun based on USD kan.
kalu nk komplen kjaan tipu elaun xnaik x pe laa..
tp jgn la kate elaun berkurang..

iqbalmunauwir on September 21, 2007 at 6:31 AM said...

salam...kalo memang dalam perjanjian elaun 'fix' in usd kitorang tak bersuara la. massalahnya, kitorang nye elaun di'fix'kn dalam RM bernilai RM 840 sebulan...ulangan, RM 840 sebulan sahaja (ni berdasarkan perjanjian yang kitorang tandatangan)...tibe2 pegawai JPA datang tahun lepas, kate sekarang dah 'fix' dalam USD, iaitu sebanyak USD 224. jangan cakap pasal sekarang la. masa ubah 'fixation' tuh pun, lebih kurang RM 50 hilang entah kemana (ni dah gune rate semase mase tuh)...so, sape nak jawab?????????...sekian

Anonymous said...

tak pernah bersyukur

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template