23 July 2008

Berpagi-pagian..

Sebulan lagi sebelum exam.

Tidur jam 2300, bangun pagi jam 0430.

Semalam shaN dan zAlee merancang jadual untuk saya ikut dan amalkan. Heh macamlah bleh ikut. Takpe, sebab ini nasihat dari sahabat yang Mumtaz, saya cuba ikut.

Saje boring-boring, hapdate kejap belog yang mungkin akan berabuk nih.





Atas Kiri: Ni laa dye peneman waktu cuti. Gula nih saya beli dan menjadi hakmilik sendiri. Tapi kalu ahl beyt nak gune, no problem je. Hyperglycemia kalau makan sorang-sorang gula nih. Nescafe tuh hakmilik rumah. Tapi sebab manusia lain tak suke buat hayer, suke beli kat luar je, sekali lagi dijadikan harta peribadi. Hehe.

Atas Kanan: Nih cerek tradisional. Tak main cerek letrik. Asalnya putih silver berkilat. Tapi akibat kekerapan kitorang memasak 'cerek', ianya merajuk dan menghitamkan diri. Sape suh masak air kemudian tido. Wakaka

Bawah: Nih laa dye sarapan tetiap pagi - Nescape. Biasanya makan ngan Toast. Tapi sebab terlupa nak beli semalam, minum je laa pagi nih cicah Syibsi.

Jam 0530, pakcik Zibalah datang membuat pahala, mengutip sesampah yang kitorang buat. Tapi disebabkan ahl beyt sume tido pas Subuh, saya lah yang melayan kerenahnya yang suka menekan loceng rumah. Wakaka.

Currently trying to Upload Majalah I Jun dan Julai. Tapi asik ERROR je. Haih~



Kiri: 2 bijik Majalah I yang di-try-upload.
Kanan: Rupa host yang asik ERROR tuh.

Sekali lagi shaN berjasa, beliau menukar tarikh tiket kepada 15hb September. 5 hari sebelum kuliah bermula. Pulang ke Mesir kembali pada 10hb Oktober. 3 minggu di Malaysia lebih dari cukup rasanya. Supaya rasa rindu tuh tak hilang sepenuhnya, baru perasaan nak balik tetiap tahun tuh ade.

Ini disebabkan komen manusia yang balik berbulan-bulan tahun lepas, sume mengatakan boring taktau nak buat hape. Kalau 3 minggu mungkin tak puas sebab tak cukup masa nak enjoy suasana Malaysia. Haha.

Mengikut Exam Masterplan yang Nash buat, pagi nih kena baca Endocrine. Tapi malas la plak. Hehe.

Okeh kuatkan semangat, jom menatap buku.

Esok tidak boleh mengubah hari ini, namun hari ini boleh mengubah hari esok.
[HafizAdam]

6 penghinaan diterima:

cikgu_eya on July 23, 2008 at 4:24 PM said...

sempat plak buat keje merepek yang tak berkenaan dengan buku tuhh... Cabut jek lar wayer pc tuhh... abeh citer. concentrate sket kot kalu pc tuh dok pejam mata. ^^

nurilahi on July 24, 2008 at 12:16 PM said...

tidak pulangkah?

HafizAdam on July 24, 2008 at 12:31 PM said...

cikgu_eya:
haha, same gak..
takkan stadi punye..
lgpun kalo PC nih ditutup, ahl beyt nk gune PC sape?
wakaka

nurilahi:
pulang tapi lewat. mcm pulang beraya je laa. hehe

rem on July 24, 2008 at 5:32 PM said...

dinmat gud lak exam yea~ bagus btol nash dan zalee yg mumtaz itu mengarrange gadual utk ko..

fathiyyah said...

salam...lama tidak meninggalkan jejak kat sini..

menarik pasal cerek tuu..moga2 lepas ni bertambah rajin utk mengilatkan ia..

betul la,baru 3 minggu duduk rumah,sudah mula rasa bosan2..tapi tak ada pulak rasa mahu kembali dlm masa terdekat..
bro amik exam? gud luck yaa!

Anonymous said...

kesian cerek tuh...
merajuk sampai menghitamkan diri..
haha....

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template