20 July 2008

Cuti Yang Bukan Cuti..

Akhirnya result kuar pada 16hb Julai yang lepas. Dengan pengulangan 3 subjek major, terasa seperti berat cabaran kali ini. Tetapi still tak terasa pape seperti sedih atau stress sebagaimana manusia lain.

Masih lagi bleh enjoy menghabiskan saki baki Drama yang ada. Masih lagi bleh tidur nyenyak 18jam sehari. Masih lagi bleh menatap komputer berejam lamanya. Masih lagi bleh berfikir sesuatu selain dari stadi.


PETANDA

Masyarakat Jahiliah kata, perempuan itu pembawa malang. Kekadang terasa kebenaran kata-kata itu. Hehe. Woman = problem. Pagi itu Kak basmitI mengeBuzz konon-kononnya hari itu bday Kak Thiqah. Hari sebelumnya juga ade 2 manusia perempuan mengacau tidur pepagi hari bertanyakan soalan.

Maka alkisahnya selepas selesai menjamu selera di Hayyu Asyir, result telah sedia sampai di emel. Nash_gh telah download maka file tersebut berada di Desktop Ragnarok. Menunggu masa untuk didouble-click sahaja.

Daripada 5 subjek, 3 perlu diambil kembali akhir Ogos ini - Anat Physio dan Histo. Tiada kata untuk dikata. Tiada rasa untuk dirasa. Masih lagi selamba seperti biasa, walaupun sepanjang hari itu file tersebut ditatap 40 kali. Adakah ini petanda 'down syndrome'?


Kiri: Wajah ceria mereka yang cemerlang.
Kanan: Wajah frust mereka yang mengulang.


SAPE SURUH MEMAIN

Menyesal tidak ada, sedih tidak ada, stress tidak ada. Sebab saya memang memain sejak dari awal. When you do something, prepare for the consequences. Ini satu kaedah supaya tak terlalu shock. Yang penting bukan menangisi masa lalu, namun berusaha untuk tidak menangis di masa akan datang.

Cuti ini nampak gaya buku teks terpaksa ditatap kembali. Lebih teruk, Exam akan diadakan pada 23hb Ogos hingga 13hb September. Nasrullah menawarkan untuk menguruskan tiket samada dipospone atau dicancel. Beribu lemon untuk Nasrullah. Itulah gunanya result Mumtaz beliau. Hehe.

DOA AGAR RAJIN

Manusia sering berdoa untuk berjaya. Tapi saya sering berdoa agar rajin. Kemalasan makin menguasai diri. Perlahan-lahan merebak, menyelubungi tubuh dan mencengkam hati. Asal bukak buku, mengantuk. Asal mengantuk, bukak buku.

Rajin itu kunci bagi kejayaan. Kalau perkara ini belum dapat diatasi, mustahil kejayaan berada di sisi. Saya tak kisah kalau kena repeat Tahun Dua, asalkan kerajinan menguasai kembali diri.

Bukannya saya tak perasan. Form1 amat rajin, tetiap malam menelaah. Nota bertampalan di mana-mana. Sehinggakan Dorm saya waktu itu seolah-olah milik saya seorang. Dihiasi nota saya seorang. Bilik Study Asrama menjadi bilik tidur kedua.

Naik Form2, kerajinan makin kurang. Tiada lagi nota bertampalan di dinding. Form3, Bilik Study Asrama sunyi dari suara saya. Buku makin jarang disentuh. Apatah lagi apabila naik Form4, melangkah ke Form5. Akhirnya makin teruk, terbawa ke alam Universiti.

Sesape ada tips untuk menjadi rajin?

HARD CASING SPECIAL EDITION

Kedatangan Syed Mohd ke rumah untuk mengambil cerita dimanfaatkan sepenuhnya. Laptop beliau dipinjam untuk burn 10 keping DVD. Lebih istimewa, setiap CD mempunyai casing tersendiri. Lihat sendiri:



Seronok plak bile tengok koleksi Special Edition nih. Hehe nampak gaya korang takleh pinjam ler, sayang kalu rosak.


Akhir kalam, jom menatap buku. Metro kali ini, mesti saya naik, supaya dapat sampai ke Tahrir, di mana manusia lain sedang menanti.

I want to believe, there are many possibilities for tomorrow.
[Furukawa Nagisa, Clannad]

4 penghinaan diterima:

Anonymous said...

nak rajin - memandangkan anda spesis suka tgk citer, ape kate jgn meng'ada'kan laptop atau sumber2 citer yg blh dijumpai. kat rumah (kalau bilik mesti xjalan..haha~) xde laptop atau komputer atau ape2 yg blh menghiburkan diri. ade buku je. xpun mintak tlg member suro belajar. tarik dari depan laptop pg depan buku. kalau addicted dgn game, uninstall suma game. w/pun sgt susah nk buat, tepaksela buat. suro kawan ter'uninstall'kan ke.. suro kawan sorok cd ke.. mula2 mmg xkeruan jugak la sbb aktiviti harian dah berubah. tp lame2 blh adapt. utk sy, lame jugak la nk adapt tu. haha.. tp yg pntg, it works. for me la tp. good luck. semoga jadi doktor yg baek. amin.

-princesshikari-

princess kacang said...

mcm kenal je princess kat atas ni..hi2..apepun..tul ckp die tuh..kerajinan xkan dtg dgn doa je..usaha kena ada..bru Allah permudahkan urusan tu..nk seribu daya..mahu seribu cara..manusia sekeliling ckp berbuih2 pun xde makne klu kite sndri xnk ubah..

"LA YUGHAIYYIRULLAHU MA bIQAUMIN HATTA YUGHAIYYIRU MA bIANFUSIHIM"

smoga kite same2 dpt jadi doktor yg cemerlg..dunia akhirat..sygi diri kmu..
wahai dinmat

-princess kacang-

Anonymous said...

mintak tolong kawan2 sabotajkan laptop tuh..hapuskan laptop tuh,leh ker??haha..ade yg x idup karang..=p

-kak as-

Anonymous said...

orang melayu memang pemalas...kaka..aku pon org melayu jugak

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template