Ramadhan menjelma kembali. (
Post kali ini bercerita tentang iftar FREE. Ramai sangat manusia yang teruja bila diberitahu manusia Mesir berbuka secara percuma. Kali ini saya akan hancurkan keterujaan anda itu.
MAIDAH AR-RAHMANMaidah Rahman nih nama tempat yang kitorang selalu lepak berbuka bila kemalasan diri untuk memasak, ataupun kemiskinan duit untuk membeli. Makanan di sini Free tapi menunya adalah makanan Arab.
Tempat ini berbentuk segiempat dengan 6 boundaries. Hehe. Konsep tempat ini seperti kita iftar di masjid Malaysia tapi dalam suasana dan keadaan yang berbeza.
Kalau di Malaysia, kita berbuka di masjid, duduk bersimpuh seumpama majlis tahlil arwah datuk kita. Namun di Mesir, Maidah Rahman seumpama kita berkunjung ke majlis pekahwinan rakan kita; ada khemah, meja dll dsb.
(sorry snapshot lain kali)
Orang kata tempat ini di-sponsor manusia kaya yang ingin beramal jariah. Saya pedulik hape mende tuh sume, asalkan bleh makan. Hehe. Menunya berlainan mengikut tempat, maka kena lah ambil tahu menu Maidah Rahman di kawasan anda.
SNAPKali ini snapshot diambil di Maidah Rahman hadapan Maahad Taawun, berdekatan rumah. Jangkaan kitorang tentang menu kali ini meleset, jadi saya berpeluang mengambil gambar yang menarik untuk korang.
Inilah dia muka ceria pengunjung setia Maidah Rahman. Dari kiri,
Pemenang, Messi dan Afiq.
Di atas meja terdapat semangkuk jeruk, Arabnya 'tursyi' kalau tak silap. Rupanya yang macam ulam tuh. My faveret. Suka makan tapi tak suka beli. Hehe. Biasanya dibuat daripada lobak, zaitun, lada hijau dan .... (lupa namanya)
Then ada satu tupperware 'main dish'. Di atasnya ada roti 3isy, dan kurma (dalam plastik). Kurma tuh kekadang dipanggil '
balah', ke '
ruTob'? Rasanya macam ciku. Sedap gak. Beza sebutan kerana kurma ada banyak peringkat - Putik, Keras (
ruTob kalo tak silap), Masak (
balah kot) dan akhir sekali yang Kering biasa orang Malaysia makan iaitu '
tamar'. 3ala kulli hal, panggil laa pape pun, tak kesah. Wakaka.
Sape perasan ada satu bekas kecil panjang macam gelas. Kali nih dalam tuh ada kacang bersos tomato. Tak pasti kacang hape. Tapi rasanya seperti kita beli kacang dalam tin tuh. Hoho.
Jeng3 'main dish' telah dibuka. Teka lauk ape. Hehe.
Ayam? Salah.
Daging? Tak..
Abes?
HATI.
Ya, kami makan hati kali ini. Hahaha.
Maidah Rahman di hadapan Maahad Taawun nih menyediakan 2 lauk; daging atau hati. Oleh kerana Khamis telah dihidangkan hati (kebanyakan manusia Malaysia tak makan) maka jangkaannya daging, tapi meleset sama sekali. Hati jugak kali ini.
Tapi tuah buat post kali ini, korang bleh laa melihat rupa hati itu. Hehe.
Camne? Masih ada lagi keterujaan makan free? Saya rasa pasti ramai yang tertanya-tanya "camne laa korang leh makan mende tuh. hee geli I..". Maka jawabnya, "alah bisa tegal biasa". Cewahh masih power peribahasa walaupun berada di Mesir.
Akhir kalam, Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak. Ramadhan Kareem, Kullu 3am Wentum Thoyyibin InsyaAllah.Do as you please, as long as you keep on winning the bets.
[Kuroda Shuji, Code Blue]