15 April 2009

Mikhail by Ramlee Awang Murshid

Nah rasakan, manusia Mesir pertama memiliki buku ini! Haha nak perasan berlagak poyo jap.

Baru sahaja tiba petang tadi. Dalam keadaan tengah mamai bangun tidur, terus segar bila nampak posmen; Abdurrahman Nik Mazian. Thank you Aman, nanti aku bayar~

EDITED:

"Mikhail - Bukan sekadar nama"

5 minit memulakan pembacaan, novel ini mengingatkan saya kepada A.D.A.M. dan Mandatori. Kisah sharpshooter yang membunuh mangsa dengan sekelip mata. Sedikit teruja kerana selang masa antara novel pembunuhan seperti ini cukup lama - Trilogi Sunan.

Kali ini watak utama menampilkan seorang penjenayah - hampir sama dengan Mandatori, dan diimbangi dengan beberapa scene pihak polis - mengingatkan saya kepada A.D.A.M. Perjalanan watak utama, Mikhail memburu pembunuh keluarganya berdasarkan arahan pihak atasan dan bagaimana beliau membongkar konspirasi di sebalik perancangan pihak tersebut.

Novel kali ini memberikan sedikit gambaran tentang konsep Illuminati dan New World Order, kaitannya dengan Yahudi malah turut menampilkan latar tempat di Israel, walaupun cuma sekejap. Sedikit sebanyak agak teruja walaupun cuma sekadar gambaran kasar tentang cara tindakan dan idea.

Dokumentari lanjut mungkin boleh disearch GahooYoogle atau bermula dengan menonton dokumentari ini: The Arrivals. Atau dapatkan daripada saya, hampir selesai didownload.

Setelah kekecewaan dengan penutup Trilogi Sunan - Hijab Sang Pencinta yang direct tidak berbelit, novel ini mampu mengubat kekecewaan apabila elemen 'kepening berbelitan' itu kembali diwujudkan. Separuh novel dihidangkan dengan siapakah identiti sebenar Mikhail, dan separuh yang berbaki kita bermain dengan teka-teki siapakah Big Boss sebenar. Kali ini 'orang jahat' bukan seorang tapi berangkai-rangkai, menyebabkan tekaan kita yang betul masih tidak cukup untuk merangkumi keseluruhan cerita.

Sesuai dengan tema dan watak yang jahat, beberapa scene dalam novel ini mungkin memberi perspepsi negatif, tapi masih boleh dipertimbangkan sesuai dengan keadaan watak utama yang tidak mengenal ajaran Islam dan mengamalkan gaya hidup barat. Langsung berlainan daripada novel-novel sebelum ini.

Dan gaya Mikhail menyebut nama 2 perempuan dalam novel ini; Reina Raihana dan Zetty Erlina membuat saya tergelak seorang diri kerana saya kadang-kadang mempunyai tabiat menulis nama kedua; Radin Rahmah, Fathiyyah Ibrahim, Atiqah Hanifah, Safwan Roslan. Huhu~

Dibandingkan dengan A.D.A.M. dan Mandatori, Mikhail masih saya letakkan di tempat ketiga. Aksi yang kurang, serta beberapa kes yang tidak dijelaskan terperinci, sedikit sebanyak mencacatkan olahan cerita. Tapi cukup untuk mengisi kekosongan, saya tetap wajibkan anda mendapatkan novel ini.
(hehe Uncle RAM kena bagi komisen promosi)

"Memang mustahil memburu orang yang telah mati, kecuali kalau kita tahu di mana kuburnya"


Sinopsis : MIKHAIL
Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-432-6

13 penghinaan diterima:

DH on April 15, 2009 at 5:53 PM said...

SALAM...
aku dah pegang & dah nak beli buku tu last weekend...tp end up x jadi beli..haha

aLia on April 16, 2009 at 11:01 AM said...

cite psl nde alg?kabo kt alia neh :)

AsNiza on April 17, 2009 at 2:55 AM said...

HahahafizAdam serius poyo..

lalalala~ =p

y on April 18, 2009 at 2:36 PM said...

Aku dah angkat, tapi belum habis baca la..hehe..
A.D.A.M best ka bro?

c's on April 18, 2009 at 4:56 PM said...

Penah bce mandatori, tapi baca separuh.. die ulang cetak semula depan.. x abis.. taubat2~

klon x penah bce ke?xbrp nk tebal n bes~

btw, buku thriller die ala-ala Dan Brown versi Melayu~.. bes2..

p/s nama kedua tuh ape?

victoire on April 18, 2009 at 11:38 PM said...

heh ni cite thriller psl ape lok nih?
triologi ke novel sekor diri kali nih..?
mcm mane mu beli, online ke?
aku pon cari novel nih.
rindu lok thriller melayu.
aku bli kt amazon biasenye hok steve berry, grisham.

buku dan brown hok the solomon key x tubik2 ag. hhuhuh

Norain MT on May 6, 2009 at 4:03 PM said...

Salam. Rasa macam ketinggalan zaman sebab baru habiskan A.D.A.M. Lepas tengok kulit A.D.A.M, tergelak sendiri sebab terus teringat tajuk blog Hafiz. Memang tertinggal beberapa kurun ke belakang!

HafizAdam on May 8, 2009 at 10:56 PM said...

Hurul Aini:
takpe. pompuan memang tak minat genre camnie. hehe

Alia Diyana:
buzz Along kalu nok tau.

MakNgah:
hapekah?!

Myf3ak:
ADAM recommended~

Radin Rahmah:
Klon penah nampak tapi belum tgerak nak beli. lain kali.
nama kedua mcm perkataan kedua.
Radin = Radin Rahmah
Safwan = Safwan Pemenang
Fathiyyah = Fathiyyah Ibrahim

K-riey Bond:
haha kriey. aku order nge org hok balik Mesia r.
boleh la tahan.
xde semangat nak bace novel BI senanye.

Qudwatun:
xde r kurun. Abad mungkin. haha

Anonymous said...

uisyh..manusia pertama mesir..dahsyat tu..mintak hard copy leh..

Anonymous said...

uih...cter nie mmg best lar... aku ada suma novel RAW...peminat setia nih...

wan-niza on June 26, 2009 at 1:49 PM said...

salam..

bunyi mcm ketagih elemen 'kepening berbelitan'
dah lama tak ke kedai buku...kena masuk dalam list must buy item ni

Anonymous said...

salam..aku baru pas abis baca mikhail..best gler citer 2...aku memg minat karya ramlee nii...

m4rilyn on October 16, 2009 at 5:34 AM said...

dah beli tp lom baca..tgh nak khatam trilogi laksamana sunan

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template