01 April 2009

Betul atau Salah?

Saya ber-YM dengan seseorang dan persoalan di atas timbul kerana dia memberi ucapan selamat malam sedangkan saya di waktu petang.

Cuba anda pula jawab soalan berikut samada benar atau tidak:
  • Hari ini hari Rabu.
  • Sekarang adalah waktu pagi.
  • Saya online di Cyber Cafe.

Dunia ini tidak ada perkara yang absolutely betul, atau absolutely salah. Sentiasa akan ada pilihan ketiga; benar jika __, salah jika __, benar dengan syarat __, betul di sisi __ salah di sisi __ dan sebagainya. Maka berhentilah berfikir bahawa hanya kita di pihak yang benar.

Jika anda ingin menyatakan bahawa anda di pihak yang benar kerana Quran menyatakan demikian, maka saya soal kembali adakah interpretasi anda terhadap ayat Quran itu benar. Amat mudah sekali memutarbelit ayat untuk kehendak nafsu diri sendiri sedangkan diri sendiri tiada ilmu yang cukup untuk berhujah. Sekadar belajar di masjid beberapa tahun, pergi SC seminggu sekali belum cukup bang.

Lihat sendiri pihak orientalis. Belajar bertahun-tahun demi menyesatkan umat Islam. Karangan dan hujah dipenuhi sumber ilmuwan dan ulama' Islam malah ayat Quran dan Hadis. Maka apa bezanya orientalis dengan 'mereka yang berlagak ulama' ini'?

Usah berhujah dengan ayat Quran jika akhlak tidak mengikut Sunnah. Usah mengatakan diri mengikut Rasulullah jika adab tidak menghormati pewaris baginda. Semata-mata alasan kebenaran perlu disebarkan, kesalahan perlu dicanang.

Sekadar memetik nasihat seorang guru: Berhentilah memaksa orang lain mengikut pemikiran kita kerana kita definitely berbeza. Jika betul kita di pihak yang benar, dan anda berfikir demi kebaikan mereka, satu hari nanti pasti mereka akan nampak keikhlasan anda.

Saya tidak menafikan kebenaran, atau mengiyakan kesalahan. Cuma perbetulkan kembali konsep pemikiran. Dalam perkara yang tidak absolute, maka kita bebas memegang mana-mana pegangan yang bersesuaian dengan diri dan konsep kendiri.

Sebagai contoh satu fakta kes:
Saya yakin dan percaya bahawa meninggalkan SMKA Tok Jiring dan berpindah ke KISAS akan menjadikan saya seorang yang alim.


Maka bolehkah anda memaksa rakan anda yang ingin terus berada di SMKA Tok Jiring untuk turut sama mengikut anda? Berpindah ke KISAS mungkin betul, mungkin salah. Tidak absolute. Kalau dasar pemalas, rockerz, kaki perempuan, dan tidak makan nasihat, berada di KISAS atau SMKATJ adalah serupa; tak alim jugak.

Atau kes berikut:
ISMA itu benar maka ikutlah SC mereka jika anda inginkan tarbiyah.


Jika anda rasa itu benar maka ikut. Tidak benar maka jangan ikut. Langsung tidak menjejaskan akidah. Setiap orang berhak melontarkan pendapat dan mengikut pegangan masing-masing.

Kenapa melenting apabila ada pihak mengatakan tidak boleh? Kenapa marah apabila ada pihak mengatakan boleh? Setiap mereka ada hujah masing-masing. Maka pilih yang kita paling sukai. Hafiz seorang yang pemalas maka Hafiz tak join. Adam pula terlampau aktif sehingga dilantik menjadi Penasihat. Hakikatnya Hafiz Adam adalah orang yang sama. Selesai.

Kes lain:
Proses Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) mengikis Bahasa Melayu.


Ramai melihat dalam kes ini hanya ada dua pilihan: Terima atau Tolak. Melaksana atau Menentang.

Saya quote lagi nasihat seorang guru: Apabila ada dua pilihan dan anda tidak dapat menerima kedua-duanya, maka carilah pilihan ketiga.

Ikutlah sistem Mesir; Textbook dalam Inggeris, kuliah dalam Melayu. Dalam keadaan kerajaan yang degil dan rakyat yang memberontak serta pelajar yang bengap, maka ini salah satu solusi. Cuba fikirkan pilihan keempat dan kelima.

Tidak ada perkara yang absolutely benar atau salah. Serulah ke arah kebenaran dan kebaikan, bukan memaksa mereka melakukan ini dan itu. Apabila kedua pihak tegar dengan keputusan masing-masing, maka ubah cara dan kaedah. DI situ kegunaan akal fikiran.

Kes yang lebih parah lagi:
Fathiah membuang bayi di atas longkang kerana beliau berzina.


Saya tak berbicara soal hukum. Betul atau tidak tindakan beliau?
  • Betul kerana kalau dipelihara, masyarakat akan menyisih, beliau akan dihina. Maka kenapa salahkan beliau? Salahkan masyarakat!
  • Salah kerana bayi tersebut tidak berdosa. Buanglah ditempat anak yatim ke, sedekah kepada masjid ke, boleh dilatih menjadi pejuang Islam.

(Nama hanya lintasan di fikiran, tidak ada kaitan dengan Fathiyyah di Mesir.)

kedua-dua situasi, Fathiah adalah sengal kerana sape suruh berzina kalau tak bersedia untuk menerima akibat? Lempang kang~. Seorang guru pernah berkata: Jangan salahkan orang lain jika sesuatu yang buruk berlaku. Kita mesti bertanggungjawab di atas apa yang kita lakukan dengan hidup kita.

Tidak boleh salahkan Fathiah. Mungkin beliau tdak tahu. Maklumlah masih muda remaja. Ada seorang rakan telah melakukan seks dengan teman lelaki beliau selama 2 tahun, tanpa mengetahui bahawa seks boleh menyebabkan dia mengandung. Hairan?


Jika terlalu lambat untuk loading, sila Save As Image


Kesimpulannya, belajar berfikir dari sudut pandang ketiga, kenapa mereka bertindak demikian, kenapa mereka berfikiran demikian, sebelum kita membuat keputusan. Kebenaran akan tetap menang sepertimana filem Hindustan. Persoalannya; kita yang benar, atau mereka yang salah? Kebenaran kita yang salah atau kesalahan mereka yang tidak benar?

Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini bahawa yang kekal benar selamanya, yakin dan pasti tidak akan berubah, adalah:
Radin Rahmah seorang Exco PERUBATAN yang berdaddy-kasi dan berkanibal.


Sekian repekan untuk hari ini. Repekan ini pun tidak semestinya benar, maka layak untuk dikritik dan dikomen. Bo bo ah dulu, next time sambung~

Kita layan lagu nih, sesuai untuk mereka yang sedang down stadi.

Okes.


__^*Exile - Exit*^__
4Shared


11 penghinaan diterima:

PEMENANG on April 1, 2009 at 10:00 PM said...

x paham r ko...aku tak dapat jawapan walau dah cube kaji ko...

aku akan terus kaji pasal ko..huhu

PEMENANG on April 1, 2009 at 10:02 PM said...

bodohnye..gune nama anak buah aku..lempang karang....

HafizAdam on April 1, 2009 at 10:13 PM said...

ish pesal plak. name nih aku amik dalam suratkabar laa.. haih~ hehe

teruskan mengkaji aku.

c's on April 1, 2009 at 10:19 PM said...

bru nk puji tulisan bes.. xde kje~

HafizAdam on April 1, 2009 at 10:43 PM said...

bile bace balik, rase nak EDIT la plak. banyak lg kes yang boleh dimasukkan. hehe malam nih r.

PEMENANG on April 2, 2009 at 12:45 AM said...

weh tu video ape? bile mase org jepon ade sekben?(sideburn)

DH on April 2, 2009 at 2:57 AM said...

hahaha....ending tu...mmg unexpected....tapi point yg hafiz keluarkan mmg ada kebenarannya...perlu untuk semua orang fikirkan sebab hidup kita semua tak sama dan pemikiran kita juga x sama...hehe:)
p/s:crita joou tu best ke? x penah dengar pun...ehe

AsNiza on April 2, 2009 at 11:44 AM said...

Betul..betul..betul...tak semua burung boleh terbang..^_~

Haru on April 2, 2009 at 3:10 PM said...

post yang menyenangkan hati
haha

Anonymous said...

sy suka post nih~
bak kata pemenang:
"cubalah berfikir terbalaik sket"

guntur on April 10, 2009 at 2:24 PM said...

salam,bro.idea kau menarik la.mohon copy idea kau dalam blog aku.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template