29 August 2009

Meriah Ramadhan @ iLuvIslam

Berita baik buat semua pengunjung-pengunjung blog ini yang berada di Malaysia!



Saya berada di Mesir serta salah seorang krew, maka saya tidak dapat menyertai keMeriahan ini. Tapi melihat hadiah langganan majalah tersebut cukup untuk teruja membayangkan penjimatan daripada membeli Majalah i selama setahun! Wargh ruginya, Nya~


Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com
(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)

Kategori A : Bawah 12 tahun

Kategori B : 13 - 18 tahun

Kategori C : 18 tahun ke atas



Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)
2. Mengarang Esei (Semua Kategori)
3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)
4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)


Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.
2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum

i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.
ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.

Baca Maklumat Lanjut


Continue Reading

26 August 2009

15Malaysia - Halal

Jackster say this film is rubbish, but I'll say it's an eye opener.

Some may found it's offense, but I think if this video was made in a non-muslim-majority country, it'll be an educated one.

I know it's stupid, and lack lots of information, but truly a great film from a non-muslim director and crews.

Read the comments, notice some of the non-muslims comments, and your heart will cry.



Official Site: 15 Malaysia - Halal

Continue Reading

21 August 2009

Ahlan ya Ramadhan

Ucapan tipikal.
"Ahlan ya Ramadhan."
"Ramadhan Kareem."

Tak bolehkah kalau saya ingin mengucapkan "Jom Kembali ke Madrasah!"?



Madrasah Ramadhan ada jadual Terawih, maka kena kosongkan sume aktiviti selepas Isyak.

Lepas tu, Tok Guru kata kena baca Quran, habiskan 30 juzuk.

Tok Guru juga kata, buat baik dapat duit, maka kita kena double-kan amalan.
Tapi kan, amalan saya 0. Kalau di-double-kan jadi 0 jugak. Hurm, kena tambah laa jawabnye.

Lagi ape ek?
Nak pergi Madrasah Ramadhan sebab nak didik diri.
Moga Result di madrasah kali ini adalah yang terbaik berbanding result-result sebelum nih. Mesti Mumtaz! Tanak dah Dur. Kalau Dur, tak boleh Raya.

=)


Saya sedang bosan.
Sila meriahkan shoutbox di sebelah.
Sambil tuh sila klik iklan Nuffnang jika anda nampak ia muncul.
Boleh?

Continue Reading

16 August 2009

Kegilaan Drama

Lebih kurang seminggu telah berlalu selepas entry sebelum ini. Untuk mengelakkan blog ini berhabuk, saya perlu menulis sesuatu. Tapi saya tidak punya idea untuk mengutuk mana-mana pihak. Maka kali ini sembang kosong tentang koleksi drama.

EPIDEMIK NUR KASIH

Saya tidak tahu sekiranya istilah 'epidemik' ini tepat atau tidak. Wabak yang menular di alam maya sekarang adalah drama Nur Kasih daripada Kabir Bhatia. Ataupun sebenarnya saya kurang menonton cerita Melayu hinggakan saya menganggap kegilaan manusia-manusia ini adalah EPIDEMIK yang jarang berlaku.

Mencapai 3000 view di YouTube, 500 download, dan 50 komen. Ini statistik dalam masa 24 jam selepas satu-satu episod disiarkan. Memang gila.


Saya cuba bandingkan dengan cerita Melayu lain, masih belum ada yang boleh mengatasi rekod ini, walaupun statistik daripada AC Nielsen mencatatkan Nur Kasih tewas kepada Keliwon dan Bionik. Statistik AC Nielsen mungkin dikaji dari sudut lain. Maklumlah, anda tidak akan jumpa kuiz "Siapa watak Bionik anda?" di FaceBook. Jika and inginkan traffic yang lebih ke blog anda, silakan tulis satu entry berisi kata kunci "download Nur Kasih". Kalau nak best, sila letak "episode 01-26". Hehe.

Cerita ini cerita biasa. Kisah kahwin paksa. Kehidupan kampung. Abang baik, adik jahat. Simple. Seperti novel. Bezanya novel boleh dihabiskan dalam satu malam, tapi drama ini terpaksa menunggu seminggu untuk ditonton bab seterusnya. Bezanya lagi cerita ini sukar dijangka penamatnya. Cerita ini simple, tapi shotnya cantik, skripnya ringkas dan padat. Pelakon pun hensem, terutamanya hafiz Adam, =P.

Mungkin masyarakat inginkan kelainan. Saya pun sebenarnya telah meninggalkan cerita Melayu kerana bosan. Cerita ini slow. Tapi saya tak mengantuk. Sekali sekala rasa nak menggedik geram bila tengok Sarah, ataupun teruja bila tengok babak romantik Adam-Nur. Mungkin sebenarnya saya yang telah gila. Haha. Bengong akibat lama tak tengok cerita Melayu.

Drama dan filem adalah refleksi kehidupan. Ramai kata banyak unsur keagamaan yang salah dalam drama ini. Saya tidak hairan. Filem sekarang kononnya memaparkan realiti masyarakat seperti rempit dan bohsia. Nah, ini dia realiti yang masih ada dalam masyarakat kita selain keruntuhan akhlak. Gantung tak bertali, konflik anak-ayah, pakaian pelajar UIA (hehehe), dan budaya adat resam Melayu kampung. Lihat dan nilai yang mana masih diamalkan, yang mana salah, yang mana betul.

Benar, anak dara bersalam dengan pak Imam itu salah, tapi orang tua masih memandang slack kalau saya tak bersalam dengan Makcik tua di kampung. Tengok bagaimana pengaruh asing menusup masuk ke IPT-IPT Malaysia walaupun mereka bergelar IPT Islam. Dan bagaimana gejala sihat pelajar luar negara yang beramai-ramai kawen (hehehe).

Saya menanti karya seterusnya Kabir Bhatia. Setakat ini kebanyakan cerita beliau tidak menghampakan. Cinta, Kekasihku Seru, dan Sepi. Seperti biasa, shot yang lawa. Menunggu filem Setem untuk didownload, dan drama Tower 13 untuk dinilai. =)


DRAMA SEJARAH

Hujung bulan ini bakal Hari Merdeka. Saya tercari-cari cerita yang sesuai dan bertemakan sejarah. Hati Malaya mungkin.

Sekarang sedang seronok menghafal sejarah Korea. Queen Seon Duk - Queen pertama memerintah Shilla, dan Jumong - Pengasas Goguryeo. Kalau saya sebut pun bukannya kamu tahu. Sangat seronok menonton cerita ini. Hinggakan saya dengan semangatnya mem-Wiki sejarah Shilla, sejarah Goguryeo, siapakah Seon Duk, dan legenda Jumong. Memang gila.


Cerita lama Korea memang best. Antara nichenya adalah baju perisai hero yang lawa, taktik perang, dan konflik diraja. Ianya juga jarang terdapat kisah cinta yang keterlaluan sebagaimana drama Korea biasa. Juga 180 darjah berbeza dari cerita Cina lama yang banyak kungfu dan kuasa. Saya tidak kata tiada unsur tersebut tapi tak pernah melihat Kame Hame Ha keluar dari tapak tangan hero, ataupun berlaku letupan dan permainan kuasa sakti antara watak-watak sepertimana cerita Cina.

Plot dan jalan cerita diolah dengan menarik. Melalui Wiki, terdapat beberapa perbezaan antara sejarah sebenar dengan drama Queen Seon Duk, tapi tidak banyak. Plot asal masih dikekalkan, dengan pengolahan beberapa situasi, seperti giliran kelahiran dan bilangan adik beradik. Begitu juga Jumong, dalam teks Korea lama mengatakan Jumong berasal dari sebiji telur sakti (Ya, saya tahu ini legenda), tapi telah diubah dalam drama Jumong kepada manusia normal. Agaknya lubang-lubang dalam teks sejarah memang disediakan untuk dimanipulasi penulis skrip.

Selain itu, turut ditonjolkan kepercayaan masyarakat zaman dahulu kala, kenapa mereka begitu memuja pemerintah. Menganggap Raja adalah dari kalangan Tuhan. Sangat menarik sekiranya anda memiliki ilmu falak, kemudian kononnya membuat ramalan bahawa Tuhan akan menunjukkan murkanya dengan menelan matahari (Gerhana Matahari) pada sekian-sekian waktu, sekiranya permintaan anda tidak ditunaikan. Menunjukkan beza orang berilmu dan tidak berilmu. =)

Saya mengimpikan Malaysia kembali membuat drama sebegini. Dulu Hati Waja lakonan Rusdi Ramli terkenal dengan Tendangan Tanpa Bayang. Sejarah Tanah Melayu di zaman Hang Tuah banyak lubang-lubang yang boleh dimanipulasikan, dan ini diolah dengan baik oleh Ramlee Awang Murshid dalam novel Bagaikan Puteri. Tapi mungkin juga sebenarnya hutan-hutan semuanya telah diteroka menyebabkan kita tidak lagi mampu menghasilkan suasana purba, kot.

Agaknya kalau Malaysia menerbitkan drama sebegini, tiada masalah untuk menghafal semua perjanjian raja-raja dengan British. Ataupun kisah-kisah semua residen di Tanah Melayu. Mungkin. =)

Dengar cerita Romance of Three Kingdom bakal di-dramakan hujung tahun ini. Kalau begini, saya bakal menghafal sejarah Cina; Liu Bei, Cao Cao, Zhang Yun. Wah, sangat mengujakan. Wakaka. Saya dah kata, Malaysia perlu meneroka genre ini.


Tamat.
Akhir kalam, marilah menonton drama. Maksiat perlu dibenci, tapi tak bermakna drama perlu diboikot. Walaupun Sharifah Sofea berpeluk sakan dengan Remy Ishak, tapi suami tetap perlu membimbing isteri, lebih-lebih lagi kalau isteri tuh seorang mualaf. Jangan frust kalau Ayah panggil balik suruh kahwin, sebab kalau anda seorang yang keji, pasti Ayah anda telah memilih seorang yang comel dan baik hati. Juga jangan frust kalau adik anda merampas awek anda, kerana jodoh yang lebih baik bakal kita miliki.

Jangan bersedih kalau selalu gagal, sebab kejayaan ada di depan sana. Kalau kita telah dipilih Tuhan, takkanlah dengan mudah kita rebah dengan ujian. Walaupun anda frust So Seo-No gagal bersama Jumong, ataupun frust kegagalan Ye So-Ya bertemu suaminya, sila jangan frust jika terpaksa mengorbankan cinta, demi cita-cita. Eh-eh, ni macam jawapan kepada soalan Nur Kasih: "Apakah yang sanggup dikorbankan demi cinta?".

Wakaka.

Okeh, chow. Hingga minggu depan. Perlu buat latihan Anatomy sekarang.
=)

Continue Reading

09 August 2009

Dakwah Adalah Alasan Sampah

Menjengkelkan apabila melihat sebilangan pengguna Internet hari ini.

Mula-mula boikot Friendster kerana alasan sosial.
Kemudian boikot FaceBook dan fotoPages kerana alasan Yahudi.
Akhirnya keduanya dihalalkan atas alasan dakwah.

Menggunakan Friendster, FotoPages dan FaceBook atas alasan dakwah adalah sampah penipuan terbesar pernah saya dengar.

Kenapa begitu? Kita lihat dari kaca mata seorang yang kuat berpegang teguh bahawa Friendster adalah sosial, dan FaceBook/FotoPages adalah hasil Yahudi:

Macam laa terdesak sangat nak berdakwah sehingga sanggup terjun ke dalam lembah maksiat. Macam laa terdesak sangat hingga sanggup menyumbang kepada Yahudi. Sedangkan rangkaian Friendster serta FaceBook tidaklah sebesar mana. FaceBook lebih keji, apabila limited access diberikan kepada Non-Friend. Maka seluas manakah rangkaian dakwah kamu?

Alasan dakwah, tapi Wall dipenuhi Mesej dan Kuiz lagho. Komen gedik menggedik bersama perempuan. Foto-foto entah pape beraksi di depan kamera. Guna FaceBook atas alasan dakwahkah begini?

Andaikata menghantar Buletin atau Notes agama sekalipun, tengok tajuk pun belum tentu bakal diklik dan dibaca. Maklumlah, tajuknya sahaja sudah typical, boring dan membosankan. Dakwah yang tidak sampai maksud dan tujuan.

Manusia yang benar-benar berdakwah di FaceBook, setiap hari menaip nasihat agama di Wall rakan-rakan mereka. Setiap hari meletak link-link berunsur keagamaan. Bersengkang mata membuat kuiz-kuiz Islamik. Tak putus-putus menukar status bermesejkan Islam. Itu pun belum lagi diambil kira meng-add rakan-rakan yang lagho lalu menasihati mereka. Ataupun setiap hari memeriksa koleksi Album foto mereka, ditegur mana yang beraurat, mana yang tergedik, mana yang melampau. Itu baru Dakwah di FaceBook.

Jika tidak, tak perlu gunakan alasan dakwah untuk kekal di FaceBook. Mengakulah bahawa kamu memang seorang yang lagho, suka main FaceBook walaupun ianya produk Yahudi. Saya pun takkan menyampah.



Golongan kedua yang menjadikan alasan dakwah adalah Blogger. Mereka juga telah menyampahkan perkataan dakwah tersebut.

Post pertama yang ditulis golongan sebegini biasanya "Moga-moga blog ana akan memberi kebaikan kepada orang lain. InsyaAllah ana akan berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan ilmu Islam.Bla bla bla"

Kemudian apa yang terjadi?

Samada blog tersebut dipenuhi entry-entry yang tiada faedah, atau berhabuk bersawang. Kalau yang berterusan menulis pula, biasanya lebih kelakar - tidak ingin blog mereka dikenali. Malahan kalau ada sesiapa yang meletak link blog mereka dalam mana-mana list, dengan marahnya menyuruh dibuang.

Promosi percuma, tapi tak nak. Dulu menggunakan alasan dakwah kononnya. Memang pun, ini namanya dakwah seorang diri. Lain kali kalau tak nak famous lalu riak, jangan kata kamu ingin berdakwah di blog. Tulis "Ini catatan peringatan untuk diri sendiri." Saya pun tak menyampah.

Manusia yang berdakwah di blog, setiap hari sejam sebelum tidur, melakukan blogwalking. Melompat dari satu blog ke blog lain yang tidak dikenali pemiliknya, untuk promosi artikel dan program. Mereka sentiasa menulis up-to-date dengan isu semasa, konsisten tidak menjadikan blog mereka seperti gua. Jalan mencari kefamosaan adalah jalan mencipta authoriti. Sudah terkenal, maka blog anda bakal menjadi wadah dakwah terhebat.

Jangan gunakan perkataan dakwah sebagai penyedap hati. Jika anda gemarkan karutan, maka tuliskan perkataan "Karutan".

Jangan jadi seperti peribahasa Melayu, "Kepala yu, ekor babi".

Continue Reading

08 August 2009

Soulless

Soul.
Jiwa. Hati. Semangat. Manusia.
Terjemahkan mengikut kreativiti anda.
Ia tetap takkan mengubah hakikat bahawa daku telah kehilangan 'soul'.

Rancangan asal ingin dimanfaatkan cuti ini.
Ingin berjalan-jalan sekitar Kaherah.
Ingin bermain-main dengan videocam.
Ingin menyiapkan lubang-lubang PO.
Ingin meneroka skrip Karaoke.
Pendek kata; hidup normal.

Namun sekarang terasa kosong.
Tiada semangat untuk bergerak.
Tiada semangat untuk hidup.
Tiada semangat untuk stadi.
Pendek kata; 'soulless'.

Sila kembalikan Jiwa itu.
Sila kembalikan Hati itu.
Sila kembalikan Semangat itu.
Sila kembalikan; agar daku bergelar Manusia semula.

Sleeping Mode.
A state where my soul's out of my body wandering around.
You also may call it: Death Mode.

p/s: Anat 5hb September.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template