16 August 2009

Kegilaan Drama

Lebih kurang seminggu telah berlalu selepas entry sebelum ini. Untuk mengelakkan blog ini berhabuk, saya perlu menulis sesuatu. Tapi saya tidak punya idea untuk mengutuk mana-mana pihak. Maka kali ini sembang kosong tentang koleksi drama.

EPIDEMIK NUR KASIH

Saya tidak tahu sekiranya istilah 'epidemik' ini tepat atau tidak. Wabak yang menular di alam maya sekarang adalah drama Nur Kasih daripada Kabir Bhatia. Ataupun sebenarnya saya kurang menonton cerita Melayu hinggakan saya menganggap kegilaan manusia-manusia ini adalah EPIDEMIK yang jarang berlaku.

Mencapai 3000 view di YouTube, 500 download, dan 50 komen. Ini statistik dalam masa 24 jam selepas satu-satu episod disiarkan. Memang gila.


Saya cuba bandingkan dengan cerita Melayu lain, masih belum ada yang boleh mengatasi rekod ini, walaupun statistik daripada AC Nielsen mencatatkan Nur Kasih tewas kepada Keliwon dan Bionik. Statistik AC Nielsen mungkin dikaji dari sudut lain. Maklumlah, anda tidak akan jumpa kuiz "Siapa watak Bionik anda?" di FaceBook. Jika and inginkan traffic yang lebih ke blog anda, silakan tulis satu entry berisi kata kunci "download Nur Kasih". Kalau nak best, sila letak "episode 01-26". Hehe.

Cerita ini cerita biasa. Kisah kahwin paksa. Kehidupan kampung. Abang baik, adik jahat. Simple. Seperti novel. Bezanya novel boleh dihabiskan dalam satu malam, tapi drama ini terpaksa menunggu seminggu untuk ditonton bab seterusnya. Bezanya lagi cerita ini sukar dijangka penamatnya. Cerita ini simple, tapi shotnya cantik, skripnya ringkas dan padat. Pelakon pun hensem, terutamanya hafiz Adam, =P.

Mungkin masyarakat inginkan kelainan. Saya pun sebenarnya telah meninggalkan cerita Melayu kerana bosan. Cerita ini slow. Tapi saya tak mengantuk. Sekali sekala rasa nak menggedik geram bila tengok Sarah, ataupun teruja bila tengok babak romantik Adam-Nur. Mungkin sebenarnya saya yang telah gila. Haha. Bengong akibat lama tak tengok cerita Melayu.

Drama dan filem adalah refleksi kehidupan. Ramai kata banyak unsur keagamaan yang salah dalam drama ini. Saya tidak hairan. Filem sekarang kononnya memaparkan realiti masyarakat seperti rempit dan bohsia. Nah, ini dia realiti yang masih ada dalam masyarakat kita selain keruntuhan akhlak. Gantung tak bertali, konflik anak-ayah, pakaian pelajar UIA (hehehe), dan budaya adat resam Melayu kampung. Lihat dan nilai yang mana masih diamalkan, yang mana salah, yang mana betul.

Benar, anak dara bersalam dengan pak Imam itu salah, tapi orang tua masih memandang slack kalau saya tak bersalam dengan Makcik tua di kampung. Tengok bagaimana pengaruh asing menusup masuk ke IPT-IPT Malaysia walaupun mereka bergelar IPT Islam. Dan bagaimana gejala sihat pelajar luar negara yang beramai-ramai kawen (hehehe).

Saya menanti karya seterusnya Kabir Bhatia. Setakat ini kebanyakan cerita beliau tidak menghampakan. Cinta, Kekasihku Seru, dan Sepi. Seperti biasa, shot yang lawa. Menunggu filem Setem untuk didownload, dan drama Tower 13 untuk dinilai. =)


DRAMA SEJARAH

Hujung bulan ini bakal Hari Merdeka. Saya tercari-cari cerita yang sesuai dan bertemakan sejarah. Hati Malaya mungkin.

Sekarang sedang seronok menghafal sejarah Korea. Queen Seon Duk - Queen pertama memerintah Shilla, dan Jumong - Pengasas Goguryeo. Kalau saya sebut pun bukannya kamu tahu. Sangat seronok menonton cerita ini. Hinggakan saya dengan semangatnya mem-Wiki sejarah Shilla, sejarah Goguryeo, siapakah Seon Duk, dan legenda Jumong. Memang gila.


Cerita lama Korea memang best. Antara nichenya adalah baju perisai hero yang lawa, taktik perang, dan konflik diraja. Ianya juga jarang terdapat kisah cinta yang keterlaluan sebagaimana drama Korea biasa. Juga 180 darjah berbeza dari cerita Cina lama yang banyak kungfu dan kuasa. Saya tidak kata tiada unsur tersebut tapi tak pernah melihat Kame Hame Ha keluar dari tapak tangan hero, ataupun berlaku letupan dan permainan kuasa sakti antara watak-watak sepertimana cerita Cina.

Plot dan jalan cerita diolah dengan menarik. Melalui Wiki, terdapat beberapa perbezaan antara sejarah sebenar dengan drama Queen Seon Duk, tapi tidak banyak. Plot asal masih dikekalkan, dengan pengolahan beberapa situasi, seperti giliran kelahiran dan bilangan adik beradik. Begitu juga Jumong, dalam teks Korea lama mengatakan Jumong berasal dari sebiji telur sakti (Ya, saya tahu ini legenda), tapi telah diubah dalam drama Jumong kepada manusia normal. Agaknya lubang-lubang dalam teks sejarah memang disediakan untuk dimanipulasi penulis skrip.

Selain itu, turut ditonjolkan kepercayaan masyarakat zaman dahulu kala, kenapa mereka begitu memuja pemerintah. Menganggap Raja adalah dari kalangan Tuhan. Sangat menarik sekiranya anda memiliki ilmu falak, kemudian kononnya membuat ramalan bahawa Tuhan akan menunjukkan murkanya dengan menelan matahari (Gerhana Matahari) pada sekian-sekian waktu, sekiranya permintaan anda tidak ditunaikan. Menunjukkan beza orang berilmu dan tidak berilmu. =)

Saya mengimpikan Malaysia kembali membuat drama sebegini. Dulu Hati Waja lakonan Rusdi Ramli terkenal dengan Tendangan Tanpa Bayang. Sejarah Tanah Melayu di zaman Hang Tuah banyak lubang-lubang yang boleh dimanipulasikan, dan ini diolah dengan baik oleh Ramlee Awang Murshid dalam novel Bagaikan Puteri. Tapi mungkin juga sebenarnya hutan-hutan semuanya telah diteroka menyebabkan kita tidak lagi mampu menghasilkan suasana purba, kot.

Agaknya kalau Malaysia menerbitkan drama sebegini, tiada masalah untuk menghafal semua perjanjian raja-raja dengan British. Ataupun kisah-kisah semua residen di Tanah Melayu. Mungkin. =)

Dengar cerita Romance of Three Kingdom bakal di-dramakan hujung tahun ini. Kalau begini, saya bakal menghafal sejarah Cina; Liu Bei, Cao Cao, Zhang Yun. Wah, sangat mengujakan. Wakaka. Saya dah kata, Malaysia perlu meneroka genre ini.


Tamat.
Akhir kalam, marilah menonton drama. Maksiat perlu dibenci, tapi tak bermakna drama perlu diboikot. Walaupun Sharifah Sofea berpeluk sakan dengan Remy Ishak, tapi suami tetap perlu membimbing isteri, lebih-lebih lagi kalau isteri tuh seorang mualaf. Jangan frust kalau Ayah panggil balik suruh kahwin, sebab kalau anda seorang yang keji, pasti Ayah anda telah memilih seorang yang comel dan baik hati. Juga jangan frust kalau adik anda merampas awek anda, kerana jodoh yang lebih baik bakal kita miliki.

Jangan bersedih kalau selalu gagal, sebab kejayaan ada di depan sana. Kalau kita telah dipilih Tuhan, takkanlah dengan mudah kita rebah dengan ujian. Walaupun anda frust So Seo-No gagal bersama Jumong, ataupun frust kegagalan Ye So-Ya bertemu suaminya, sila jangan frust jika terpaksa mengorbankan cinta, demi cita-cita. Eh-eh, ni macam jawapan kepada soalan Nur Kasih: "Apakah yang sanggup dikorbankan demi cinta?".

Wakaka.

Okeh, chow. Hingga minggu depan. Perlu buat latihan Anatomy sekarang.
=)

21 penghinaan diterima:

Azzira said...

yr writing style is very interesting. Dapat tgk animation bkt chandu pun dah very melekat dlm kepala. kalau segala perjanjian dibuat filem or animation mesti lg ramai student score sejarah.

Jackster® on August 16, 2009 at 6:41 AM said...

denmat bagi tazkirah, aku kagom haha btol la safwan ckp, ko da jadi ust p**am, pakai kopiah, sideburn pnjang, muke sries haha

oranglidi on August 16, 2009 at 11:02 AM said...

hidup NUR KASIH!

Leokid on August 17, 2009 at 5:29 PM said...

Bro, x upload Cinta Sempurna? T_T

cikgu_eya on August 18, 2009 at 5:20 AM said...

Dengarnya apis dah semakin rajin study. Tapi, masih menggila... apekah?

Anonymous said...

nk tnya ckit...
org kt cite nur kasih 2 aslnya novel??
btul ke???
klu btul, apa nama novel 2???

HafizAdam on August 18, 2009 at 8:11 PM said...

Nur Kasih bukan dari novel.

Kebanyakan novel di pasaran banyak guna tema kahwin paksa seperti ini, maka nampak seperti novel.

Antaranya Adam Hawa, Kau Yang Satu, Bicara Hati dll dsb.

Boleh baca respon Penulis Skrip: Maizura Ederis di blog beliau. Rujuk shoutbox.

qieynah on August 18, 2009 at 8:24 PM said...

salam alaik hafiz yang bukan adam dalam nur kasih. kalau benar ada jodoh yang lebih baik utk aidil, agak2nya, siapakah beliau itu?
sangat teruja melihat remy ishak. he s perfect skrang. mndekati kesempurnaan tapi panas baran. sexy tau...ahakzz..sory tatabahasa yang agak mengarut...tapi aku suke entri ni...rase nak copy n paste it to my blog, tapi konpem ko akan keji aku kan???

imtiaz on August 19, 2009 at 10:49 AM said...

nur kasih sgt bosan

sirius!

haha

Anonymous said...

ada x lagu drama nur kasih???

[amiza a.malik] on August 20, 2009 at 5:12 AM said...

sampai hari ni aku kurang paham ngape blog ko hot skali. takpe hafiz adam. belajar rajin2.

HafizAdam on August 20, 2009 at 5:35 AM said...

Qieynah:
Sila jangan rampas Remy-ku. Pergi amik Fizz Fairuz. Haha [ayat seorang Gay]

Imtiaz;
Sila jangan muncul lagi di blog ini. Daku sudah terasa hati. Isk3.

Anon:
Belum. Tahun depan insyaAllah kuar. Hehe.

Ayu Amiza:
Bile kita tak malu menulis secara public, maka jangan malu untuk mencapab di blog2 lain promote blog kite. Tips pertama untuk hari ini.
=)

sam said...

nur kasih xbes pon?

imtiazsofea on August 20, 2009 at 4:02 PM said...

huhu..

terasala..

watak utama nur kasih tak best sgt2x..

tak sesuai n jalan cerita bosan

tp ade 1 yg best .TAJUK dia

nur kasih..tu pn ciplak

ngaaa..peminat nur kasih jgn marah haa..^-^

noniamara said...

Tolong! camna nak download cita ep 10 sampai 13, kenapa ada sajer, iklan media file terpampang....

HuRuL_AiNi on August 23, 2009 at 2:29 PM said...

salam...
aku x follow lg drama ni..hehe..mana ada masa nak tengok tv...nanti la download...haha

Queen Seon Duk drama panjang kan...tp lepas baca entri ni rasa nak donlot jugak...haha...

nice entri....true, aku tunggu2 kalau Msia boleh buat drama yang mantap...hehehe

kueh bakar on August 24, 2009 at 2:30 PM said...

nama ko adam...patut minat adam..wakakka

sam_sunshine06 on August 28, 2009 at 11:37 AM said...

salam...
nak balas komen >>
kalau sam diatas cakap nur kasih x best tapi sam_sunshine06 menyatakan nur kasih, cerita yg agak best.. walaupun kadang2 agak slow...

cz kiter kena pandang dari banyak aspek yg blh beri pengajar kepada kiter ttg kehidupan...

n story about anak n ayah yg memaparkan cerita sebenar dlm kehidupan yg mgkin org lain x sedar...

i like this story..

Anonymous said...

aku minat giler ngan citer NUR KASIH ni. HafizAdam >>> Remy tu aku punya taw.
dgn tegasnye aku menegaskan, citer NUR KASIH adalah citer terBEST abad ni. citer ni je yg mampu wat aku tertgu2 stp mgu. NUR KASIH BEST!!! 10000000000000000000000000000 starzzzz aku kasi kt citer ni! tp donlod lambat giler! mcm mne nk wat bia jd cepat???

Anonymous said...

HafizAdam >>> aku jeles ngan k0. mesti k0 dpt tgk citer ni ulang2 kan? ala... dengkinye aku!!!
aku try donlod, x dpt. cam ne nk wat??

kpd sesapa yg x minat ngan citer ni, pergi main jauh2. jgn nk menyibuk kt sini, 0k? hehehe... jgn marah!

nik said...

mana peginya link yang boleh donlod citer nur kasih nih...gue baru je sempat donlod 10 episode....takkan dah delete kot...tak kesian ke gue nih....share la admin

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template