23 September 2009

Malon Anjing

Hari Raya yang mulia ini, izinkan saya mencarut sepatah dua sebelum meminta maaf zahir dan batin.

Inilah dia sikap Melayu Islam.

Tiada respek kepada orang lain. Hanya fikirkan diri sendiri.



Obviously, link download MegaUpload adalah copy-paste dari Aja-Aja dan link subtitle dari WITHS2. Langsung tidak mnghormati permintaan manusia lain, malah mencuri bandwidth website orang. Adakah slogan di bahagian kiri...

"Cume hamba Allah yg lemah dan hina. Hamba Allah nie cume mengabdikan dirinyer kepada Yang Maha Esa setiap masa.. Pentingkan solat dan amar ma'ruf dan nahi mungkar."


...hanya retorik semata-mata? Lebih memalukan, jelas ianya orang Malaysia. Haha. Akhirnya benarlah dakwaan Indonesia: Malaysia adalah pencuri tegar. Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari.



Belajar respek orang lain sebelum anda ingin manusia lain respek anda. Dunia Internet tiada siapa mengenali anda, tapi Allah sentiasa mengenali anda. Kenapa orang bukan Islam boleh menghormati kenalan Internet tapi orang Islam tidak, saya pun tidak tahu. Kurang didikan agamakah? Tidak mendapat hidayahkah?

Akhir kalam, celakalah manusia yang mencuri link orang lain hinggakan Aja-aja menutup blog mereka hanya kepada User yang membuat donation, menyebabkan saya tidak lagi boleh mendownload High Quality video untuk drama Korea HAN 800MB. Memang celaka.

Selamat Hari Raya, Maaf Jasad dan Jiwa.


Continue Reading

17 September 2009

Cabaran Kurang 24 Jam

Yaa, PSMB 2009 sudah mari~
Ingatkan nak tuka nama kepada WiNGs (Welcoming the New Generation Student) tapi tak ditukar. Sia-sia je bagi idea. Takpelah. Tahun depan pulak neh. Haha.

Exam tamat pada 13hb, manakala kanak-kanak ini tiba pada 14hb. 97 JPA, 15 Ministry of Defense. Dengar cerita, sampai kul 1, tapi tunggu punye tunggu, 330 baru dorang kuar. Letih jugak laa kalu korang tunggu dari kul 11 kan?

Lebih menyeronokkan, dalam tentatif ada "Tayangan Video Pembukaan" selepas slot "Gimik Perasmian". Teruja jugak nak tahu sape buat. Rupa-rupanya daku yang kena buat.

Program start 16hb. Waktu tu petang 14hb. Tolak-tolak rehat, tido, ade dalam 24jam untuk buat satu video. Ini dinamakan "Cabaran 24jam". Last-last amik video Adam, touch-up footage, tukar dubbing suara, dan walla~ Perasmian PSMB berakhir dengan gelak ketawa. Adakah video ini kelakar?



Video untuk hari kedua lagi best. Saya pulang ke rumah pada tengah hari, selepas Majlis Perasmian. Tiba di rumah, solat kemudian tidur dan hanya bangun setengah jam sebelum berbuka. Akhirnya megi jugak menjadi iftar.

Kemudian keboringan, teringat pada Madihah. Beliau sangat comel hari itu. Entah, semakin lama semakin comel. Kak Teah pun sama. Maka "Cabaran 12jam" bermula. Lagipun video perasmian semalam tak guna After Effects. Saya memerlukan sesuatu untuk berlatih AE dan "Pengenalan PERUBATAN" bakal menjadi mangsa. Yay~

3jam membuat 'Carta Organisasi', rasa nak give-up. Dah pukul 11. Terawih pun belum. Haih~ Malam Lailatul Qadar plak tuh. Tapi alang-alang dah buat, baik teruskan, kalaupun tak sempat siap, tapi demi kepuasan diri sendiri. Lagipun ada beberapa tutorial AE ingin dicuba. Solat Isyak, terawih, kul12 sambung dan segalanya menjadi smooth - berkat malam Lailatul Qadar kot.

Ktak ting ktak ting, pukul 2 siap After Effects, dan untuk 'Aktiviti PERUBATAN' saya just guna Sony Vegas untuk gabung2 video dan gambar serta bermain dengan lagu. Dan walla~ Video Summary untuk slot "Pengenalan PERUBATAN" pada hari kedua PSMB, selepas Madihah bercerita tentang PERUBATAN.

Itu pun, ada kesilapan sikit, tapi semua file project asal saya dah delete sebab memakan 2GB lebih. Maka saya Edit balik dengan video persembahan menyebabkan video baru ini kualitinya kurang sikit walaupun saiz lebih kurang sama. Ada pixelate dan bleeding di sana sini. Wargh! Tensen.



OST Queen Seon Duk pada permulaan video sangat best, ditambah dengan penggunaan Internal Speaker dewan, memang rock laa tadi. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama kali ini samada secara langsung atau tidak langsung. Dan mereka yang memberi kerja last minute, terima kasih jugak. Mana tahu ini kerja terakhir sebelum dihantar pulang ke Malaysia ke. Huhu.

Melihat video LDK tadi membuatkan daku ingin membeli Boom Mic. Walaupun lakonan sangat buruk, tapi saya lebih kisahkan suara (teknikal). Bab lakonan semua orang tahu yang kita bukan student Lakonan, tapi Medic. Namun begitu, menggunakan Internal Mic akan menyebabkan gangguan Noise di sekeliling. Walaupun bukan saya yang rekod, tapi jadi teruja bila tengok videocam saya yang dipinjam, haha. Bilakah inginku pergi ke City Star? Ke nak balik Malaysia je cari satu?

Oh ya, dalam tentatif ada "Tayangan Video Penutup" tapi sorry, daku dah tak larat. Ada 6 jam je lagi semasa entry ini ditulis. Orang lain je lah buat neh. Sayang korang AJK PSMB 2009. =)

Babai, jom layan Digimon. Dah siap download.
@Jackster, aku jumpa satu cite lawan-lawan tapi belum siap download. Baru episod 1 siap, tapi puas hati gak tengok walaupun kuasa dia melampau. Nota; Hero tak hensem.

Dan kat sini ada budak bengong. Saya mencapab sume orang maaruf. Tak pernah lagi guna nama orang lain. Tiba-tiba ada budak sengal memperkenakan orang. Haha mampus ko laa 'budak fb'. 'fb' tuh stands for? Fucking Bitch.

Continue Reading

12 September 2009

Project Alpha


Now a Blogger can be a Celebrity!
CeleBlogger?
Haha.

What is Project Alpha?

Project Alpha is Malaysia’s first online TV Show about bloggers. It is a fast paced, fast cut, lifestyle-driven show tailor made for the online market which provides increased recognition of the expanding role and influence of bloggers across the nation.

Project Alpha emphasizes that every blogger is unique in their own way, each gaining popularity and credibility as opinion leaders on various topics including celebrity news, fashion trends, travel and entertainment. It is set to be the first online TV show to look beyond the screen to unveil the real faces behind Malaysia’s top bloggers, taking a sneak peek into their lives – who they are, how they live, what makes them tick and from where they derive their inspiration – to capture the attention and interest of millions of online readers on a daily basis.

Look forward to a high powered working Mum, two shopaholics and a full-time accountant by day who is a powerful entertainment blogger by night in Project Alpha. Not only that, we will also feature a daredevil character who is always seeking the next adrenalin rush, and a travel writer who practically lives out of her suitcase.

Hosted by Jojo Struys (http://jojostruys.com), Project Alpha will be aired on http://www.nuffnang.com.my/projectalpha and http://www.hitz.fm daily for 7 weeks starting on 18 September 2009. Each episode is approximately 3 minutes and aims to deliver diverse content just for you.

Project Alpha inspires to encourage people from all walks of life start their own blog to share their passions in life.

(Source)

My Comment

This project will feature 7 bloggers, a well-known one. Well, maybe not for you but most of the people out there. Receiving hundreds of visitors to their blog, me and even you may wonder "Why do people read their blog?". Perhaps the introduction above already tell you everything you need to know, but the most important thing is, if you ever dream to be a successful blogger, at least look at their inspiration and create one for yourself.

And here's the trailer...
(Damn, I love the BG Music)



Season 1 Featured Bloggers





Continue Reading

08 September 2009

Munno and His Three Disciples

*Post kali ini menggunakan nama-nama dari Queen Seon Duk disebabkan ada orang tak suka nama mereka digunakan. Tambahan pula, tiada watak perempuan dalam kisah ini jadi tak best untuk bergosip*

Alkisahnya di zaman pemerintahan Maharani Seon Duk di negara Shilla, ada seorang tuk guru yang hebat. Tuk guru ini bernama Munno. Beliau mempunyai 3 orang anak murid; Yushin, Bidam dan Archeon.

Satu hari di bulan puasa, mereka berempat ingin makan Megi sebagai juadah berbuka puasa lantaran ketiadaan duit dan harga Megi yang murah. Sebelum ini memang mereka jarang membeli Megi disebabkan ianya tidak berkhasiat, tapi sekali sekala apa salahnya. Maka Yushin ditugaskan membeli Megi tersebut.



Setelah Yushin pulang, Munno menyuruh anak-anak muridnya memasak Megi tersebut. Yushi pun memanaskan air untuk memasak Megi. Bidam yang ternampak perbuatan Yushin bertanya, "Kenapa kamu masak air dulu? Tumis bawang dulu. Baru sedap."

Yushin menjelaskan bahawa dia mengikut arahan di belakang pek Megi tersebut. Archeon pula hanya memerhati. Bidam merajuk dan memarahi Yushin kerana tidak menumis bawang terlebih dahulu sedangkan itulah yang dipelajari dari ibunya dulu.

"Tumis bawang dulu, baru sedap. Mak aku yang kata."

"Eh, ikut arahan laa, baru Megi tuh jadi sedap. Ko jangan nak pandai-pandai tambah benda baru dalam masak Megi."

Dan begitulah berlarutan pergaduhan mereka kerana dua-dua tidak ingin mengalah. Maka Munno memanggil anak-anak muridnya itu ke depan rumah. Dia bertanya, "Apakah yang kamu gaduhkan?"

Lalu Yushin serta Bidam bergilir-gilir menceritakan pertikaian mereka. Munno hanya senyum. Dia pun mengambil 3 pek Megi dan memberikan kepada tiap-tiap anak muridnya.

"Masak Megi ini mengikut apa yang kamu tahu dan yakin serta amal. Kemudian bawakan kepadaku."

Ketiga-tiga mereka ke dapur dan memasak Megi dalam periuk masing-masing. Maka berasaplah dapur tersebut dengan 3 orang anak jantan di dalamnya.

Bidam mengejek Yushin kerana tidak tahu memasak Megi, manakala Yushin pula mengejek Bidam kerana memasak ikut suka hati. "Entah jadi atau tidak," kata Yushin.

Setelah siap, ketiga-tiga mereka mempersembahkan Megi masing-masing kepada guru mereka. Ketiga-tiganya berbeza sama sekali. Munno menyuruh tiap-tiap mereka memberitahu bagaimana mereka membuat Megi mereka.

Lalu Bidam memulakan cerita, "Saya belajar resepi ini daripada Mak saya. Ternyata resepi ini amat sedap. Mula-mula kita tumiskan bawang, masukkan air dan rempah. Kemudian baru masukkan mee. Memang umph!"

Yushin mengambil giliran selepas Bidam, "Saya mengikut arahan pada pek tersebut. Mula-mula panaskan air hingga mendidih. Kemudian masukkan mee, last sekali baru rempah. Memandangkan resepi ini direct daripada pembuat Megi, ini pasti akan mengekalkan keaslian dan kesegarannya."

"Saya panaskan air hingga mendidih, masuk dalam mangkuk. Letak rempah, kacau hingga larut. Kemudian masukkan Megi. Tutup dan tunggu sampai megi tersebut kembang sikit." Archeon pula bercerita. Cara ini adalah amat biasa dipraktikkan oleh budak-budak di sekolah berasrama.

Munno menyuruh ketiga-tiga anak muridnya merasa Megi sahabat-sahabat mereka. Kemudian dia bertanya kembali kepada anak-anak muridnya.

"Adakah semua Megi ini boleh dimakan?"
"Ya," jawab mereka bertiga serentak.

"Megi siapa yang paling tak sedap?"
"Megi Archeon!" Yushin dan Bidam serentak menunjuk ke arah Archeon. Dia tertunduk malu.

"Megi Yushin dan Bidam, adakah rasanya berbeza?"
"Ya."

"Tapi adakah ia boleh dimakan?"
"Ya, boleh. Cuma rasanya agak lain," ujar Yushin.

Munno cuma tersenyum. "Masak Megi ada banyak cara, tapi semuanya menjadi Megi akhirnya. Takde satu pun yang beracun kan?" Anak-anak muridnya mengangguk.

"Megi Bidam memang sedap, tapi kalau terlebih air tak mungkin dapat dibuang. Tunggu je laa air tu kering. Megi Yushin pula, kalau terlebih air boleh buang dulu sebab rempah belum dimasukkan. Tapi cara Yushin rasa bawang agak pekat berbanding Bidam. Kesimpulannya masing-masing ada pro dan kontra."

"Cara Archeon pula langsung tak boleh masak Megi atau letak bawang dan telur. Memang tak memuaskan hati, tapi sesuai kalau malas masak dan inginkan sesuatu yang simple." Panjang penerangan Munno.

"Tak semestinya apa yang dipelajari Bidam daripada ibunya adalah salah. Masa Megi mula-mula dipasarkan, orang memang tengok arahan pada pek. Tapi lama kelamaan, resepi tersebut diubah berdasarkan amalan memasak kaum ibu serta pengetahuan mereka yang mendalam dalam masakan. Ikut cara ibu masak, tetap mengikut resepi asal Megi pada pek. Tak merbahaya pun kan?" Bidam tersengih melihat Yushin.

"Kita hidup bermasyarakat kena saling tolong-menolong. Kalau semua orang inginkan resepi Megi mereka, maka sila pulang ke rumah dan masak sendiri. Kita makan apa yang orang masak. Yang penting, Megi tersebut 'menjadi', tak beracun serta enak dimakan. Nak tunggu kamu berdua gaduh pasal resepi Megi, nescaya kalau kita ada tetamu sekarang, tak berbuka puasalah beliau." Munno menepuk bahu Yushin dan Bidam.

Kemudian azan pun berkumandang.

"Dah. Jom kita makan. Dah azan." Munno duduk bersila bersama anak muridnya.

"Cikgu pula, bagaimana cara masak Megi yang Cikgu prefer?" soal Archeon.

"Cikgu ada resepi sendiri. Tapi bila dengan kamu, Cikgu boleh makan semuanya. Hehe" Jawab Munno.

Dan puasa hari itu berakhir dengan keempat-empat mereka hanya makan Megi Sup Punggung. Memang lazat.



Disclaimer; Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang masih mati atau yang telah hidup. Nama-nama yang digunakan adalah fiksyen semata-mata.

Continue Reading

07 September 2009

Time to Relax

Letih dan bosan dengan dunia.
Semuanya dilihat menjengkelkan.
Masih layakkah daku hidup di dunia ini?

Setelah berhempas pulas mencapab dengan tidak malunya di dunia maya, akhirnya berjaya juga blog ini merampas tempat pertama di topblogs iLI. Tahniah diucapkan.

Klik lah iklan sebagai tanda tahniah anda. Kepada semua bloggers di luar sana, anda tidak perlu menjadi hipokrit di alam maya, berubah menjadi Ustaz Hasrizal atau Ustaz Azhar Idrus untuk menjadi popular. Cukuplah dengan anda menjadi diri anda untuk menjadi seorang blogger berjaya. Haha~



Tangan saya telah mula sakit. Mungkin perlu menjauhkan diri dari komputer buat seketika. =)

Dan ini hadiah buat diri sendiri dan rakan-rakan yang mungkin telah letih dan bosan dengan hidup. Atau stress dengan kehidupan.

EDIT: Fixed some errors, edited some words and changed main color.

__^*Relax! - No Sleeves (AKB48)*^__



Download:
MP3 | Music Video Music Video v2



Song Info:
Artist: No Sleeves/no3b (Kojima Haruna, Takahashi Minami, Minegishi Minami)
Album: Relax!
Lyric: Click Here

File Info:
General
Complete name : Relax.No.Sleeves.XviD35-HafizAdam.avi
Format : AVI
Format/Info : Audio Video Interleave
File size : 36.5 MiB
Duration : 4mn 12s
Overall bit rate : 1 212 Kbps
Director : Muhammad Hafiz Adam
Encoded by : Muhammad Hafiz Adam
Writing application : VirtualDubMod 1.5.10.2 (build 2540/release)
Writing library : VirtualDubMod build 2540/release
Copyright : Creative Designer
Comment : http://akudarahanakmalaysia.blogspot.com

Video
Format : MPEG-4 Visual
Format profile : Streaming Video@L1
Format settings, BVOP : Yes
Format settings, QPel : No
Format settings, GMC : No warppoints
Format settings, Matrix : Default (MPEG)
Codec ID/Hint : XviD
Duration : 4mn 12s
Bit rate : 1 072 Kbps
Width : 640 pixels
Height : 480 pixels
Display aspect ratio : 4/3
Frame rate : 29.970 fps
Resolution : 24 bits
Colorimetry : 4:2:0
Scan type : Progressive
Bits/(Pixel*Frame) : 0.116
Stream size : 32.3 MiB (88%)
Writing library : XviD 1.2.1 (UTC 2008-12-04)

Audio
Format : MPEG Audio
Format version : Version 1
Format profile : Layer 3
Codec ID/Hint : MP3
Duration : 4mn 12s
Bit rate mode : Constant
Bit rate : 128 Kbps
Channel(s) : 2 channels
Sampling rate : 44.1 KHz
Resolution : 16 bits
Stream size : 3.85 MiB (11%)
Alignment : Split accross interleaves
Interleave, duration : 34 ms (1.01 video frame)
Interleave, preload duration : 500 ms



Note: For those who wants to download my last project (I'm Alone - Tiffany SNSD), I've added download link in my last post. Check it up. =)
Continue Reading

03 September 2009

Komik Hong Kong

Nota: post ini tidak lebih sebagai rujukan diri sendiri.

Boring-boring, terasa ingin membaca semula komik-komik Hong Kong zaman dulu. Alam Perwira, Wira Tunggal, Juara-juara Kembar, Jengking Merah, Dewata Raya, Anak-anak Wira, Pedang Setiawan, dll dsb.



Walaupun tak pernah beli, tapi dulu agak addicted juga hingga sehari suntuk di rumah member menghabiskan Wira Tunggal yang beratus bab tu. Hinggakan di sekolah pun berbicara tentang komik, berbahas sape yang mati, hikmat ape paling power, awek mana dengan hero mana, blablabla.

Alam Perwira adalah komik paling best saya baca, walaupun terlompat-lompat dek kerana koleksi rakan yang tidak lengkap. Jifat dan Jikao. Wargh sangat teruja. Tapi sangat payah nak jumpa. Rata-rata blog yang saya temui mempunyai Alam Perwira 4. Sangat Kecewa.

Juara-juara Kembar pula dicari setelah menonton beberapa episod Supreme Master di TV3. Selepas itu terpaksa pulang ke asrama dan terlepas banyak episod. Kalau di internet, tajuknya adalah Legendary Siblings, banyak sangat version tapi version TV3 tersebut takde kat internet (Legendary Siblings Season 1). Sekali lagi saya kecewa. Adikku jumpa CD pirate di Giant, wah daku rasa nak balik Malaysia!

Berikut blog-blog yang saya jumpa. Tapi kebanyakannya komik Wira Tunggal. Sungguh kecewa sekali lagi. Daku inginkan Alam Perwira 1,2,3.

Cyclonmaster
Masterfikar
Padloque
Masterniefeng
Masternoname
Jerung Gergasi
Projek Pendekar Laut

*Promosi ini adalah tidak dibayar, FREE of charge. Sekiranya anda berminat mengiklankan blog anda yang mengandungi download komik HK, sila tinggalkan komen. Kepopularan blog ini mampu menambah pelawat blog anda =P

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template