13 October 2009

Inferiority Complex

Manusia ada ego. Samada ego tuh positif atau negatif.

Melihat orang lain membuat sesuatu, ego manusia menjadikan beliau melakukan yang lebih baik. Ataupun menyebabkan manusia tidak membuat sesuatu lantaran takut jatuh maruah mereka. Tidak berani mencuba kerana bimbang tidak mencapai standard orang lain.

Adakah ini dinamakan inferiority complex? Entahlah. Saya pun tidak pasti dan malas nak membelek kamus atau meng-Google.

Setakat ini, gejala merasakan diri mereka rendah dan tidak berkemampuan di kalangan pelajar perubatan Mesir amatlah tinggi. Orang kata, tidak tahu bila perlu direndahkan atau ditinggikan diri mereka.

Lantaran Anep membuat design menggunakan software berlainan; Photoshop, ImageReady dsb dan bermain-main dengan pelbagai brushes dan tona warna, maka tiada siapa ingin membuat wallpaper program. Lupakah mereka, dulu kita cuma mengambil wallpaper sedia ada, kemudian ditambah dengan maklumat program?

Lantaran Eckm membuat video menggunakan After Effects, ditambah dengan efek menggerunkan serta sound system yang menggegar, maka tiada siapa ingin membuat video pembukaan program. Lupakah mereka, dulu kita cuma menggunakan Windows Movie Maker, dimasukkan cuma gambar dan lagu-lagu?

Lantaran manusia lain semuanya mumtaz dan naik tahun, kita merasakan diri kita tidak layak lagi bersama mereka, apatah lagi bersua muka. Lupakah kita, mereka pun sama seperti kita? Akhir tahun memang mumtaz, awal tahun kembali bengap?

Saya suka kalau semua orang ingin melakukan sesuatu bukan kerana mereka boleh buat yang gempak, tapi kerana mereka tahu dan boleh buat perkara tersebut. Juga kesediaan untuk belajar, dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

Berikan kerja-kerja rumit dan efek yang power kepada Anip dan Eckm, dan kita cuba buat apa yang kita terdaya. Biarlah ianya cuma sesuatu yang simple. Entah, mungkin kerana saya merasakan ianya satu kebersamaan. (Asyik-asyik kebersamaan. Haha, sekarang musim gila kebersamaan.)

Kutukan, kejian, komen dan pujian itu perkara biasa. Peningkatan mende alah ini menunjukkan bahawa meningkatnya pemerhatian orang ramai terhadap hasil kerja kamu. Ataupun secara ringkasnya, persembahan kamu menarik! Tidak stereotaip dan memiliki niche tersendiri.

Lagipun, bukankah aktiviti kokurikulum di Mesir ini untuk berhibur? Mari lakukan sesuatu dengan gembira dan tidak tensen. Mari kita berbangga dengan secebis kelebihan yang ada pada diri kita. Bukankah variasi itu satu kemeriahan? Yay!

2 penghinaan diterima:

atiqah on October 16, 2009 at 9:27 PM said...

karutan kali ni susah difahami
ni kempen nak ramaikan anak buah BPP ke?

HafizAdam on October 17, 2009 at 11:02 AM said...

bukan. ini kempen bergembira dalam bekerja.
=)

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template