02 June 2010

MV Rachel Corrie: Simbolik Kepada Perubahan

Tiap kali tiba bulan Jun, ada sahaja ISU yang timbul. Apabila wujud ISU, maka akan ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh. Yang tidak pernah ambil tahu akan mula buat-buat tahu. Yang tidak pernah peduli buat-buat peduli. Masing-masing sibuk bercerita mengenai ISU. Masing-masing berlumba menjadi pihak pertama menyampaikan ISU. Hinggakan rumor yang belum dipastikan benar boleh menjadi berita rasmi. =P

Contohnya saya. Blog ini tidak pernah menyentuh isu Palestin, tiba-tiba gatal ingin menulis sesuatu. Pada mulanya saya ingin bercerita tentang kejayaan Lifeline For Gaza membuka mata dunia, kemudian peperangan media antara dunia dan Israel, tapi kedua-duanya telah dirampas ditulis oleh orang lain, dan saya merasakan mereka mengupas dengan lebih sedap, maka dibatalkan sahaja. Buat apa menyebut perkara yang orang lain telah tahu. Blog mereka lebih popular, pastinya telah dibaca ribuan manusia. =)

Maka kali ini, entry pertama untuk Jun 2010, saya bercerita secara santai sahaja.


Konvoi pertama telah berlepas dan menyelesaikan perjuangan mereka hingga 10+ terkorban, kini tiba giliran MV Rachel Corrie; kapal yang tidak bersama dalam konvoi sebelum ini dipercayai disabotaj. Dengan muatan simen, ubat-ubatan dan keperluan lain, mereka juga ingin meneruskan perjuangan ke Gaza sepertimana MV Mavi Marmara, Sofia, Defna, Challenger 1, Gazze dan satu lagi saya lupa namanya sangat panjang. MV itu bukan Music Video, ia adalah Merchant-Vessel, ataupun kapal kargo/penumpang. Walaupun namanya Challenger, ia juga bukan kapal perang, harap maklum.

MV Rachel Corrie mengalami 2 perubahan sempena Misi Kemanusiaan:
(Mungkin ada lagi, tapi saya senaraikan 2)

PERUBAHAN #1
MV Rachel Corrie diberi nama sempena aktivis yang terdibunuh Israel. Sebelum ini namanya MV Linda, dan ditukar nama khas untuk misi kemanusiaan ini. Sepertinya berubah daripada seorang artis murahan kepada pejuang kemanusiaan. =)

PERUBAHAN #2
Kapal ini agak tua, dengan operasi awal adalah sebagai kapal kargo, sebelum dibeli lelong. Ironinya, kargo yang pernah dibawa oleh MV Rachel CorrieLinda adalah arak. Kemudian ditukar kepada balak, sebelum tuannya mengalami kerugian menyebabkan pekerjanya sehelai sepinggang dan berhutang. Kini, kapal tersebut membawa muatan demi misi kemanusiaan. Ironi, kan? Kapal juga bertaubat, kenapa tidak manusia?

Sudah banyak pendedahan demi pendedahan, maka cukupkah kita hanya dengan menukar status di Yahoo Messenger, menulis di Blog, Retweet di Twitter dan Share di Facebook? ISU mungkin reda tidak lama lagi, tapi PEDULI itu adalah lebih penting. KePEDULIan yang membuatkan manusia berubah. Berubah untuk mencapai mimpi.

"Dream is the Door to the Future."
- Taec-hyung -


Orang kata, apa yang kita buat sekarang adalah sia-sia. Zionis Israel menguasai hidup kita. Sukar untuk berubah. Mereka sangat kuat. Tiada alternatif lain. Sekarang isu mungkin panas, nanti reda sepertimana Shabra Shatilla.

Pernahkah anda bermain Treasure Hunt? Atau lebih popular; Explorace. Kita semua menuju satu matlamat, iaitu hadiah di penghujung pengembaraan. Kan? Tapi untuk mendapatkan hadiah tersebut, kita terpaksa membuat perkara yang sia-sia. Pergi satu stesen, kena menari. Kemudian cari orang ini. Buat puzzle. Ada stesen kena decipher kod rahsia. Kemudian korek lubang hidung kawan. Ada stesen kena lukis babikucing. Kadang-kadang kita tak sampai pun penghujungnya, kita dah kalah.

Tapi adakah hadiah itu tidak wujud? Hadiah tetap wujud di penghujungnya. Kalau bukan kita, orang lain yang akan dapat. Tapi, kalau kita tidak turut serta dalam Explorace tersebut, bolehkah kita mendapat hadiah tersebut?

"Kita tak boleh jadi orang yang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik."
- Adam Hasan, Nur Kasih -



MV Rachel Corrie dibeli menggunakan duit Malaysia, dibaiki oleh Irish dan Dublin untuk pelayaran. Ataupun mudahnya, LE 200k yang KITA (pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Mesir) sumbangkan itu adalah MV Rachel Corrie. Jika sebelum ini anda tidak peduli tentang pelayaran MV Mavi Marmara dan 5 kapal yang lain, sekarang cubalah untuk menyayangi wang anda. Doakan keselamatan duit andamereka. Walaupun sebenarnya, saya tidak menderma hari itu, maaf =P

Antara fakta lain yang menarik adalah:

1. Pikachu itu agen Yahudi.
Dulu saya pernah mendengar haiwan yang mengeluarkan elektrik ini adalah propaganda Yahudi untuk membinasakan umat Islam. Hari ini saya percaya, kerana ternyata Yahudi sendiri mengakui bahayanya Pikachu kepada mereka. Ataupun sebenarnya evolusi kepada Raichu mampu menjana elektrik yang cukup untuk melumpuhkan komunikasi dan peralatan elektrik tentera Israel melalui EMP.

2. Latihan ketenteraan Israel gagal.
Israel menyatakan mereka telah memberi amaran awal tetapi konvoi LL4G tidak ingin menukar haluan dan tetap ingin meneruskan pelayaran. Maka mereka terpaksa bertindak lebih awal. Tapi bodohnya Israel, mereka langsung tidak menjangkakan penentangan dan turun ke kapal yang dipenuhi manusia dengan bodohnya. Sekurang-kurangnya lempar dulu flashbang grenade untuk clear-kan dek kapal, baru turun. Kan dah kena pukul ngan rod besi. Mungkin situasi ini tiada dalam silibus ketenteraan mereka, ataupun mereka hanya mendapat 3A dalam SPM dan masuk universiti melalui ejen. Kemudian malas study, main Facebook dan hanya Maqbul dalam exam untuk bergelar komando. *sarcasm*

3. Israel terlalu banyak menonton filem dan drama.
Israel terlalu banyak menonton filem dan drama. Kalau dalam drama, penjenayah berbahaya boleh menjadikan pensel sebagai senjata membunuh. Adakah ini pengaruh filem Bourne? Buktinya, Israel mendakwa konvoi membawa senjata, tetapi apa yang kita lihat mereka cuma diserang dengan kerusi plastik dan rod besi serta pisau dapur. Kemudian tewas hinggakan mereka terpaksa menembak dengan peluru hidup. =P


Ada 2 hari lagi sebelum Patho, tolak makan dan tidur, tinggal 24jam. Tapi baru di mukasurat 158. Aaaaaa tolong!

p/s: 40 kali saya berusaha, akhirnya berjaya membuat butang LIKE di bawah ini. Sila LIKE banyak-banyak. Kalau ada iklan Nuffnang, klik juga banyak-banyak supaya saya jadi kaya! Boleh beli kapal terbang ke Gaza. =)

3 penghinaan diterima:

Anonymous said...

saya xsetuju dgn point latihan ketenteraan israel gagal.diorang xdiserang tanpa sebab dan xperlu grenade pun.apa yg terjadi ialah diorang tembak ammunition dlu ke arah kapal,baru decide untk turun.thats why turki serang as self defense.ini taktik diorang nak buat spekulasi diorang diserang.

AsNiza on June 3, 2010 at 12:13 PM said...

salam wbt..

lama tak komen, saja singgah buat SPAM.

tQ~

HafizAdam on June 3, 2010 at 4:43 PM said...

Anon:
dah tulis kat situ *sarcasm* supaya pembaca berfikir.
ade tak polis terjun dalam demo bodoh camtu?
kalau takde, kenapa diorang buat?

p/s: kalu ikutkan hati komen ni saya DELETE sbb xde name. =)

Mak Ngah Asniza:
selambe je, delete kang!

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template