jam 2100.
Saya masih lagi bergelak ketawa bersama Sunny. Baru sahaja membuka buku Anatomy, Zalee muncul seraya bertanya, "Weh korang dapat tak mesej Yus, bebudak yang pergi ke Ain Sokhna accident?"
Muka kami berubah. Sunny bergegas cuba menghubungi Aman. Saya pula memeriksa status di Yahoo Messenger. Beberapa teman telah meletak "doakan mereka."
Status Najib MARA, "otai kol aku, dia selamat tapi 3 masih tidak sedarkan diri. diorang sedang tunggu ambulan."
Siapa hairan kalau diberitakan kemalangan? Otai pernah kemalangan. AbgKadir pernah kemalangan. Ini umpama rutin harian. AbgEffy sendiri turut menyoal, "Ini betul-betul atau main-main?" Menunjukkan bahawa sangkaan kami hanyalah kemalangan biasa.
Sungguh, langsung tidak menyangka kemalangan mereka tragedi menyayat hati.
Sunny sudah naik ke rumah atas, rumah abgHamdan.
Sedikit kisah telah diketahui - mereka terbabas. Allah, selamatkan sahabat kami.
jam 2120.
Update dari otai - Ambulan tiba dan mereka dibawa ke Hospital Suez el-Am.
Suasana kelam kabut. Saya masih mundar-mandir, tidak tahu apa perlu dibuat. Hanya menanti update seterusnya.
jam 2200.
Sunny, abgMdan, abgHaikal dan abgWafi telah bertolak ke hospital. ziFaH pula entah ke mana, fikiran saya tidak ambil kisah. Terlalu bercelaru. Tidak tahu apa perlu dibuat. Tiba-tiba mass mesej dari krulez mengejutkan. Ya, saya masih belum terasa apa-apa waktu itu. Cuma terkejut. Kelu. zifaH yang baru pulang bertanyakan Update terkini.
Saat saya membuka suara "Ammar telah pergi," hati terasa sebak. Air mata ingin mengalir. Namun digagahkan kembali. Ditambah pula dengan pesanan beberapa rakan bahawa berita tersebut belum diconfirmkan. Air mata dikesat kembali.
jam 2230.
Berita Ammar disahkan.
Cause Of Death: Base skull fracture. Saya menangis kembali. Terasa seolah semalam baru berjumpa Ammar.
Rakan-rakan yang lain sedang diuruskan pemindahan ke Hospital Kasr El Ainy kerana Hospital Suez el-Am tersebut dhaif dan tidak mempunyai kemudahan yang cukup.
jam 0200.
Eckm dan Aman tiba di Hospital Kasr El Ainy. zifaH keluar ke hospital. Beberapa senior yang lain turut di sana. Otai yang mengalami kecederaan ringan di lengan kanan dan kepala turut di sana.
Dan saya? Di rumah mengemas rumah, hajatnya ingin diadakan bacaan Yasin buat mereka berdua yang masih kritikal pagi nanti.
jam0400.
zifaH pulang dengan berita. Aman telah sedar tapi masih meracau. Bahu kanan patah bersama punggung kiri. Eckm belum sedarkan diri, tapi sentiasa menunjukkan pergerakan contract-relax berulang-ulang. Betapa lemah jika tiada buku, tiada istilah untuk dilabelkan pergerakan itu. Gambaran kami semua, otak Eckm mempunyai masalah.
jam0830.
Sunny tiba di rumah dengan update terkini. Bacaan yasin berjalan lancar. Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra Abbasiah. Damak sendiri menemani arwah. Saif masih di Suez. Ditahan untuk soalsiasat kerana dikhabarkan hanya beliau yang sedar dari awal tragedi hingga akhir.
And 75% story's here.
The untold story (from abgBobby):
- Acetabulum kiri Aman patah menyebabkan berlaku simptom seperti ingin kencing tapi keluarnya sedikit. Ini disebabkan ureter telah ditekan oleh darah. Setelah masuk ke bilik pembedahan, kira-kira pada jam 1000, beliau kehilangan darah yang banyak menyebabkan hypovolumic shock dan terpaksa diresuscitate semula.
- Lengan kanan Aman patah zigzag atau seperti tebu (multiple fracture).
- Pergerakan Akram menunjukkan tanda-tanda seizure,
- Keduanya dimasukkan kembali ke wad ICU untuk distabilkan dan diagnos lebih lanjut.
- Sistem Mesir sangat menjengkelkan. Sewaktu tiba di Kaherah, CT Scan mereka berdua tertinggal di Suez. Terpaksa dibuat CT Scan kembali. Kasr El Ainy telah ditutup bahagian tersebut. Mereka dipindah ke hospital swasta, mesinnya ada tapi radiologist tiada. Menunggu lagi, sehingga jam 0400, sehingga jam 0830. Ketentuan Allah. Kita terima dengan redha.
Semoga ketiganya berjalan lancar. Doa dan harapan buat mereka. Keadaan mereka berdua sangat pantas berubah sehinggakan terdapat banyak versi cerita. Doakan perjuangan mereka mencapai kemenangan.
Terdapat beebrapa cerita tidak enak terbit seperti kenapa mereka bersukaria di Ain Sokhna pada waktu peperiksaan. Ini adalah tidak benar. Mereka merupakan AJK Rehlah Gen6 28 Jun nanti, dan ke sana untuk meninjau tempat. Dan ini juga menyebabkan kesedihan tambah dirasai, kerana Rehlah ini idea Ammar, demi ukhuwah sesama Gen6. Ya Allah, moga kita tidak siakan pengorbanan beliau. Mari mantapkan ukhuwah kita, selamanya, hingga mati. Berjaga-jagalah, mereka yang berani menimbulkan fitnah dan spekulasi serta menghina sahabat saya, akan saya musnahkan dengan tangan dosa ini sendiri.
Situasi yang sama ketika 2005 dahulu. Masih lagi berlima menjadi mangsa. Masih lagi anak buah saya yang pergi bertemu Tuhannya. Hanya sipi sahaja diri ini. Allah, betapa dekat kematian dengan diri ini.
Tragedi ini juga menunjukkan betapa lemah ukhuwah saya dan rakan serumah. Langsung tidak tahu nombor telefon ibubapa di Malaysia. Bersusah payah mencari dan menyelongkar barangan Aman, akhirnya Izamil menjadi penyelamat. Selepas ini, tampal nombor untuk dihubungi ketika kecemasan di pintu locker masing-masing.
Kali ini juga pengalaman pertama, betapa tidak tersusun sistem penyampaian maklumat. Maklumlah, semuanya panik ditambah ingin menyampaikan kepada orang lain. Hinggakan saya menerima mesej forward dari Malaysia "5 orang pelajar Malaysia cedera parah dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kaherah, Mesir." Sepatutnya sebarang berita buruk disampaikan kepada pihak berautoriti terlebih dahulu untuk disahkan.
Kehilangan Ammar cukup terkesan bagi saya, bukan ahli keluarga, bukan ahl beyt. Saya tak boleh menyebut nama Ammar, atau melihat SLR, pasti menitis air mata. Bayangkan perasaan mereka yang menjadi ahl beyt beliau, atau ahli keluarga beliau, atau rakan karib beliau sejak kecil, pasti lebih galau. Sama-sama kita kuatkan diri dan hati. Sesungguhnya tangisan hari ini, bayaran kepada ketawa semalam. Duka semalam, adalah harga riang hari esok. Semoga titis air mata hari ini, akan lebih menguatkan semangat kita hari-hari seterusnya.
10062009. Pasti tetap tersemat di hati. Perginya seorang ketua (batch gen6), anak buah saya PERUBATANonline(Jabatan Galeri), kameraman dan seorang sahabat. Tiada lagi senyuman ikhlas beliau, tiada lagi kusyari atau makrunah, tiada lagi tazkirah beliau, tiada lagi kedengaran ayat "melihat dari jendela akhirat."
Semoga tenang menggapai cita-citamu wahai Ammar, kembali ke sisi Tuhan Semesta Alam.
Al-Fatihah~
As usual, pix is NOT my specialty, so here's a video. Nothing's special. Just like other blog, except that it is a video:
:Versi Penuh:
__^*HIJJAZ - KAU SAHABAT KAU TEMAN*^__
4Shared
Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat.[Ammar Zul, kalam_puncak]
[Update 0600 12.06.2009]
Husaini:
Alhamdulillah, semalam sempat bersama sec terus dengan doktor yang menyelia eckm.
beliau telah melaksanakan ct scan di bhgn kepala dan spinal cord dan beberapa lagi ujian di bhgn lower limb.
setakat ini, didapati ada brain edema di bhgn left frontal lobe yang mengakibatkan seizure (normal sign untuk brain edema) di peringkat awal. perginya seizure tersebut mrupkan tanda positif terhadap berkurangnya edema tersebut dan doktor akan memberi pengawasan rapi untuk next 48 hours dan dijangka eckm akan get concious level within thios range of time.
spinal cord semuanya intact dan result untuk bhgn lower limb setakat petang smlm masih dlm siasatan.
ditanaya tentang coimplication lain yg dihadapai, doktor mengesahkan tiada berlaku sebarang pendarahan dalaman mahupun di otak. seorang doktor pakar bedah juga telah dipanggil untuk turut sama check eckm juga berpendapat tidak perlu dilakukan sebrang operation untuk masa ini. jadi, konklusi yang disebut doktor adlah positif dan ImsyaAllah akan kembali sihat seperti normal.
untuk masa ini, eckm diberikan diuretic mannitol untuk menghurangkan edema yang dihadapinya bersama satu lg terapi yg saya x ingat namanya. satu lg jenis theraphy yg sepatutnya diberikan bersama belum lgi dilakukan iaitu hyperventilation memandangkan ia tidak perlu.
Parents Eckm dijangka tiba pagi ini. Keduanya masih di ICU, waktu melawat kalau tak silap 11-1pm, 6-7pm.
25 penghinaan diterima:
terima kasih atas post ni
semoga tenang
terkedu tak terkata. apa-apa update yang nak hebahkan dari masa ke semasa, bagitahu je ye
Gen 6.. ktrg ade tau.. sila kuat!
i din know him..but..semoga rohnya tenang kembali kepada Sang Pencipta..turut bersedih..
slm...
moga ALLAH mencucuri rahmat ke ats allahyarham..
pemergian beliau satu pengajaran dan ujian buat kita yg masih hidup....
al-fatihah...
gudbye is hurt more than anything.. especially when i know u won't say hello again.. we have so many memories.. so many things to lo0k back on.. i learned so much from u.. gained so much.. i loved the way u made me laugh.. i hated when u made me cry.. but i hate most was when i must to say so long n gudbye.. did u know.. gudbye make me think u make me realize what i have.. what i've lost n what i've taken for granted.. so l0ng amar zulkifli.. may u'll be ALLAH pious one n we'll meet in jannah paradise i.a..gudbye ama ='(
Assalamualaikum..
Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un..
Semoga Allah menempatkannya bersama para syuhada' yg syahid di jalanNya..
Bertalu mesej YM menyatakan pemergian beliau.. hati ini sebak walaupun tidak mengenali beliau..hari ini hari dia..hari kita akan tiba..
Ya Allah jika sudah sampai masanya kami kembali kepadaMu,, Kau jadikan pemergian kami, pemergian yang baik..pemergian yang dirindui sahabat dan teman..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Al-Fatihah...
ya Allah, rahmati dia yg telah pergi,
Ya Allah, selamatkanlah mereka yg masih koma,
ya Allah, damaikanlah, tenangkanlah mereka yg masih trauma....
ujian buat mereka, pengajaran bagi kita
sudah datang peringatan dari Tuhan,
maka bersegeralah ke arah maghfirah Tuhanmu
takziah
ujian kmatian org terdekat adlh stu teguran dr Allah kpd kta yg tgh sgt lagha n lupa..
ajal itu akan mnamatkn segalanya yg kita sibukkn di dunia ini..
dunia ini hnya kcil nilainya.
snr ammar telah tmat pjuangnnya di dunia ni..
kta bakal mnyusul..
hnya waktu n amaln yg mbezakn..
sesungguhnya Allah lebih mnyayangi dan berhak ke atas hambaNya
berbahagialah snr ammar yg tlah mcapai kjayaan HAKIKI yg kta smua dambakn sbenarnya..
i-Allah
hey uh, i'm akram's sis, so uh, kalau ada apa2 update, tolong beritahu ye.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...
innalillahi wa inna ilahi rojiun
semoga rahmat Allah dilimpahkan ke atas mereka yg masih hidup dan mereka yg telah tiada. amin.
salam....
takziah pada family dan sahabat handal...
semoga perginya ke sisi Yang Lebih Berhak itu suatu perjalanan yang menggembirakan.
al-fatihah....
p/s: awat kena ban plak kat shoutbox tu....
Innalillahi wainnailaihiraojiun...
Saya adalah kenalan kepada ibu dan bapa Alahhyarham Ammar di tempat kerja...selepas mmbaca post dan video ini... perasaan amat sedih dan sy dapat rasa kehilangan yg amat besar (walaupun tidak kenal) apatah lg buat ibu bapa Ammar...
Alfatihah buat saudara Ammmar..
Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un...
Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali.
Takziah kepada keluarga dan rakan2 beliau. Doakan si mati dan yg masih selamat. Semoga ruh si mati ditempatkan bersama ruh para anbiya dan syuhada'..Amiinn..
Tiada ucapan yg paling afdhal utk diucapkan ketika musibah melanda melainkan Istirja' : INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI'UN...
~Jangan lupa, kita juga sedang menunggu hari kita. Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah, Amiiinnn~
salam alaik. walau sy x mengenali Allahyarham, tp sebagai saudara seIslam sy amat sedih dgn pemergian beliau. sebak melihat video. semoga roh saudara Ammar ditempatkan bersama golongan beriman
Assalamualaikum...
salam Takziah, wlaupun tak knl tp rasanya trut trkesn dgn pmergian Ammar, samalah doaknnya disana, serta sahabt yg lain agr kmbali pulih, insyaAllah..
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... melihat dunia dari jendela akhirat."
saat ana membaca petikn ini,kat luar trdgr org sdg brsuka ria brmain gitr. sdih,andai saja kita tahu bila ajal kita...
stiap sesuatu yg brlaku, dalami dan fahamilah hikmahnya..
Ameen...
Al-Fatihah untuk Ammar dan sahabat
Assalamualaikum...
Orang yang sentiasa menyebut kebaikan arwah, pastinya arwah mndapat rahmat dan syurga Allah,
assalamualaikom semoga adam tabah . semoga keluarga ammar tabah dan segalanya berjalan lancar...semoga si perjuang 2 org lagi tu kuat untuk berjuang.post nie buat saya sedar mati begitu hampir paling dengan kita...al fatihah untuk ammar. sedey tgk video tuh....
takziah.
semoga ammar ditempatkan dikalangan orang yang soleh.
buat paman zul dan umi, serta ikhwan, munzir, A O, sofea, athirah dan ainun harap banyak bersabar dan redha lah dengan ujian ini...Ammar adalah hak Allah dan DIA berhak mengambilnya bila2 masa sahaja...
buat teman2 ammar, harap dapat menyambung cita-cita ammar yang tertunggak serta sempurnakan tugas dan impian ammar yang ada...pengorbanan ammar jangan dipersia...
alfatihah buat ammar
Ammar, u've always been a friend i respect the most..World today needs someone like u..but Allah loves u the most..I'll be someone who r useful to Islam,in order to continue ur work..i've always been someone who are so busy with world,being carefree..But now i realize, Islam need more Rijall..never give ur responsible to others..IAllah..God...give me strength..
Salam,
Buat Zul dan Siti, tabah dan sabar dengan dugaan Allah SWT ini.
Saya adalah kenalan Zul dan Siti, sama-sama satu batch belajar DTMP Pulau Pinang dan seterusnya bertugas di USM Kelantan.
Semuga roh arwah di masukkan dalam golongan Hamba2Nya yang soleh. AMIN.
AlFatihah buat Ammar dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang telah meninggalkan kita mengadap Allah SWT.
salam
though i dont know Ammar
im sure,
perginya dia sbg seorg mujahid.
be strong.
truskan segala perjuangan yg arwah harapkan
Allah bless us, Allah bless his soul.aamiinn
takziah buat semua yg mengenali amar...
Post a Comment