16 February 2008

Bukan Sekadar Pertandingan

Hari Keluarga PERUBATAN menemui kita kembali pada tahun ini. Seperti biasa, matlamat utama untuk menyatukan dan merapatkan ukhuwah pelajar-pelajar inter-muhafazah dan senior-junior masih lagi diteruskan. Malah ianya diadakan bertepatan dengan musim cuti yang pastinya bakal menjadi salah satu agenda masa cuti pelajar perubatan di Mesir.

Kali ini, nama Karnival PERUBATAN 2008 dipilih untuk mewujudkan konsep yang berlainan dalm sejarah Hari Keluarga pada tahun ini.




SEJARAH
Hari Keluarga PERUBATAN bermula beberapa tahun dahulu dengan hanya diadakan secara kecil-kecilan dan hanya berlangsung selama sehari sahaja. Seiring dengan peredaran tahun, dan pertambahan bilangan pelajar, bilangan acara juga telah ditambah, menyebabkan Hari Keluarga diadakan selama tiga hari.

Karnival PERUBATAN kali ini terus mengekalkan ciri-ciri Hari Keluarga dengan pertandingan permainan dalaman dan luaran seterusnya acara kemuncak sukaneka pada hari terakhir. Seperti biasa, antara acara popular adalah catur, dam haji, bola tampar, bola jaring, dan futsal yang menyaksikan persaingan sengit untuk merebut kejuaraan, samada merampas gelaran juara ataupun mengekalkan gelaran juara bertahan.

Walaupun tahun ini adanya beberapa acara yang digugurkan akibat kekurangan wakil ataupun tidak memenuhi piawaian yang diingini, namun Karnival PERUBATAN telah memperkenalkan beberapa acara baru. Sebagai contoh, acara balapan – 100m, 400m, 4x100m, 4x400m dan 1500m telah dinamakan sebagai acara permainan luaran kali pertama diadakan tahun ini, sekaligus menamakan pemenang acara tersebut sebagai pemegang rekod PERUBATAN.

KENAPA KARNIVAL?
Idea karnival mula diutarakan oleh pengarah program, Mohd Faizal Nor Azmi dalam mesyuarat pertama AJK pelaksana Hari Keluarga PERUBATAN pada 22 Disember yang lalu. Antara lain beliau menyebut beberapa perubahan yang akan dilaksanakan agar Hari Keluarga kali ini lebih berkonsepkan Karnival.

Disebabkan kegawatan ekonomi, Hari Keluarga tahun ini hampir tidak mendapat sebarang peruntukan dari pihak luar. Namun beliau datang dengan idea yang lebih ekstrem dan berisiko semata-mata untuk mendapat tajaan daripada organisasi ternama di Mesir dan Malaysia. Sekaligus menukar pemikiran warga perubatan selama ini daripada ‘menunggu duit’ kepada ‘mencari duit’.

Hasil kesungguhan beliau dan AJK pelaksana yang lain, Manyalawi Engineering dan Al-Attal Brothers bersetuju untuk menaja lebih kurang LE7000, daripada keseluruhan kos karnival yang berjumlah lebih LE10000. Sudah tentu duit tersebut tidak datang melayang, namun dengan beberapa strategi pemasaran yang telah dibentangkan kepada wakil syarikat tersebut.

Selain itu, nama ‘karnival’ dipilih kali ini dengan satu lagi percubaan PERUBATAN mengadakan satu program yang tidak terhad untuk warga perubatan sahaja, malah untuk semua warga pelajar di Mesir, iaitu mengadakan gerai jualan, setelah kejayaan Seminar Ibadah Pesakit pada tahun lepas. Walaupun kelihatan biasa sahaja, ini adalah antara kejayaan besar Biro Ekonomi yang diketuai Mohd Hafzi Abdul Hamid, di samping memperkenalkan beberapa produk terbaru PERUBATAN.

BUKAN SEKADAR PERTANDINGAN
Namun yang lebih penting adalah matlamat karnival untuk mempertemukan warga perubatan di Mesir ini, beramah mesra, bertegur sapa antara satu sama lain. Maka pertandingan adalah salah satu cara untuk mencapai tujuan ini.

Suatu ketika dahulu, bilangan pelajar yang sedikit menjadikan hampir semua pelajar turun ke karnival dan menyertai pertandingan yang diadakan. Pada ketika itulah si ulat buku memunculkan diri. Ketika itulah si kaki bangku menyentuh bola. Saat itulah si kera sumbang bertegur sapa.

Teringat kembali perbincangan saya dengan seorang abang tahun 6 Universiti Kaherah. Mengimbas kehidupan mereka muda-muda dahulu, jika mereka bermain bola tidak kiralah di hari keluarga atau permainan biasa, mereka yang kerap memegang bola ialah mereka yang paling tidak mahir sekali bermain bola. Begitulah cara mereka meraikan kelemahan dan kelebihan seorang kawan. Namun kini, suasananya sudah jauh berbeza. Rata-ratanya bermain hanya bermatlamatkan menang sahaja, sekaligus meminggirkan mereka yang tidak mampu bermain dengan baik. Lantas, medan jalinan ukhuwah yang terbina tergadai begitu sahaja. Adilkah kita untuk bersikap demikian? Atau adakah di kalangan kita sendiri yang memandang rendah soal persahabatan ini?

Disebabkan ini jugalah karnival kali ini lebih bersifat ‘menyediakan’ 2 tempat untuk kontinjen Mansurah, daripada ‘mewajibkan’ 2 kontinjen dari Mansurah. Namun kesan sampingannya tetap ada di mana terdapat beberapa acara yang tidak memenuhi kuota lantas menyukarkan pihak urusetia menetapkan jadual dan format perlawanan.

Berjaya atau tidak Karnival PERUBATAN yang diadakan selama tiga hari pada tahun ini bukannya persoalan utama, namun karnival kali ini menjadi bukti kemampuan PERUBATAN mengadakan program mega, bersesuaian dengan nama ‘persatuan’, bukannya ‘badan kebajikan’ lagi. Malah perubahan dan pembaharuan yang dibuat kali ini, bakal menjadi perintis kepada Hari Keluarga yang akan datang.

Artikel ini telah disiarkan dalam majalah TIBBians03 Februari 2008 di bawah kolum Fokus. Penulis adalah Muhammad Hafiz Adam, pelajar tahun dua Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.

Continue Reading

12 February 2008

Blue House Effect



GREENHOUSE EFFECT

Panas. Memang panas. Pemanasan global yang semakin ketara kian terasa. Ais di kutub mula mencair. Paras air laut makin naik. Makin lama makin panas. Fenomena ini disebut sebagai kesan rumah hijau ataupun GREEN HOUSE EFFECT.



Tahukah anda apakah itu Green House? "Rumah Hijau," jawab beberapa budak tadika. Rumah Hijau ini merujuk kepada satu sistem buatan di mana segalanya dikawal oleh manusia. Ini bertujuan agar produktiviti tanaman - tidak kira tanaman hiasan atau makanan, dapat ditingkatkan sepanjang musim. Suhu, kadar kelembapan, kandungan O2 dan CO2, segalanya dikawal. Namun begitu, apa kaitannya dengan Green House Effect?



Kesan Rumah Hijau digunapakai untuk menggambarkan keadaan dunia yang semakin hari semakin panas, regardless of the season. Tak kira winter atau shita', tetap panas. Keadaan ini juga dikawal oleh manusia - melalui kadar pencemaran yang mereka lakukan.



Karangan ini adalah karangan darjah satu, jika anda perasan. Sebab topik utama post nih adalah Blue House Effect yang berlaku di bilik aku pada musim sejuk ini.



BLUEHOUSE EFFECT

Ketika post ini ditulis - di-draft sebenarnya, adalah ketika musim sejuk. Namun dilengkapkan ketika berakhirnya Januari aka akhir Winter. Nampak tak relevan dengan keadaan semasa kan?



Okeh sebenarnya nak bagitahu yang bilik aku sangat sejuk, mengalahkan bilik manusia lain. Hal ini turut diperakui oleh beberapa manusia yang menyangka rumah mereka sangat sejuk, rupanya bilik aku lagi sejuk. Hingga ke tulang sum sum.



Ini maybe disebabkan oleh keadaan bilik yang takde difayah (heater) malah tingkap pun asyik terbuka kerana tak dapat ditutup ngan kemas. Arab yang renovate rumah nih bengap sangat, dia cat sekali lock tingkap sampai melekat takleh nak gerak. Haha.



Kesejukan ini bertambah buruk apabila bilik aku yang berdekatan bilik air telah banjir sebanyak 2 kali, menyebabkan karpet terpaksa dijemur so lantai marmar tuh berbogel, menyejukkan udara di atasnya. Air banjir yang lambat kering juga menyumbang ke arah penyejukan ini.



Sejuknya sampai berselimut lihaf pun tak cukup. Namun hikmahnya adalah aku dapat tidur dengan sedap sekali, seolah-olah mati kesejukan. Ade sekali tuh aku tidur direct sampai Maghrib, terlepas sume solat. Astaghfirullah. Memang tidur mati terus.



So, apa pengajaran yang boleh diambil daripada Blue House Effect pada bilik aku nih? Sekali kita kesejukan, hilang setahun kepanasan. Fikir-fikirkan.



Do you want to take the exam? Or do you want to study?

[Sugawara Michiko, Juken no Kamisama]
Continue Reading

04 February 2008

Adakah Ini Cuti?

Sebenarnya nih bukan post yang aku nak tulis sebenarnya. Sedih tengok ARCHIVE untuk Januari ade satu jer post. Aku ada menulis sikit-sikit tentang beberapa tajuk tapi tak sempat siap so maybe akan dihabiskan dalam masa terdekat nih, semasa cuti masih ade.



Akhirnya RELEASED - TIBBians03, walaupun dalam kekelam kabutan aku dengan Karnival PERUBATAN 2008, sempat gak tulis FOKUS, buat rekaletak, design, sume2 tuh. Alhamdulillah. Semua kerja siap on time walaupun aku dah jadi cam sparuh gila. Haha.



Tapi kali ini memang banyak cabaran yang dihadapi, dengan program mega Karnival PERUBATAN, TIBBians dan EXAM. Semuanya mesti ditempuhi dengan konsisten sepanjang masa. Bukannya sehari dah setel. Untuk Karnival sahaja, aku asyik berulang-alik online, telefon manusia yang tak dapat2, tulis nama, dll dsb untuk beberapa hari. TIBBians lak walaupun kerja menunggu bahan tapi macam segan laa plak nak mintak banyak kali kan? Pastu bila dah dapat sume bahan, kena siapkan edit + rekaletak sume tuh dalam masa semalaman - bayangkan. Exam, memang konpem kne bace setiap hari. Haha



Kaki aku dah berdarah, sebab aku biasa berjalan ngan selipar. Cuaca sejuk - kaki kering. So berdarah, bukan melecet, terus berdarah. Merekah. Tapi tak sakit. Sebab sejuk kot - freezing anaesthesia. Macam syok plak tengok darah mengalir setiap kali pas berjalan. Kali nih aku nak rehat jer kat umah. Layan movie.



Orang kate, manusia yang bizi sangat pandai menguruskan masa. Namun aku rasa, manusia yang pandai urus mase je yang sibuk. Sebab ape? Sebab mase dorang dah dirancang so ade je aktiviti dorang. Bukan macam aku, asyik lepak tido je sepanjang masa. Setelah terlibat ngan banyak acara camni laa baru aku tahu kelemahan diri; tak reti urus masa, tak reti jadi ketua.



Ape-ape pun, sekarang aku nak tumpu pada website je dulu, and maybe rancang something untuk TIBBians04, plus sambung penulisan beberapa tajuk yang tergendala. Akhir kalam, buat mereka yang tengah sedap bercuti, ingatlah bahawa hidup nih bukan untuk bercuti. Enjoy-enjoy gak, compensate balik ngan amal.



Tahukah kamu perkara terpenting untuk ke syurga? Iaitu mengetahui macam mana nak merentasi neraka

[Lady Hwa-Yong, Princess Hours]
Continue Reading

19 January 2008

Puaka Musim Exam

Adam berlari anak. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Udara luar cukup sejuk, apatah lagi apabila angin bertiup. Membekukan hingga ke sum sum tulang. Jalanraya sudah lengang walaupun masih ada Arab yang lepak minum teh sambil ber-shisha di warung berhampiran. Anjing-anjing liar yang putih comel mula berkeliaran mencari secebis tulang di tong-tong sampah tepi jalan. Namun semua itu langsung tidak dihiraukan Adam. Dia hanya ingin segera sampai di rumah.

Adam mendaki tangga imarah. 2 anak tangga dilangkah sekaligus. Dia tercungap-cungap kepenatan. Tangannya menyeluk poket sweater yang dipakainya. Mencari kunci rumah. Dari luar, rumah itu sudah bergelap. Penghuninya sedang tidur nyenyak dibuai mimpi "Mumtaz Exam".


Pintu rumah ditutup perlahan lalu dikunci. Gelap. Lampu suram dari dapur sudah cukup untuk Adam melihat sekeliling. Lagipun, dia sudah biasa dengan keadaan itu. Tiap-tiap malam dia pulang lewat setelah selesai berfoya-foya di rumah Messi. Tidak perlu bersusah payah untuk menge-on lampu.

Namun kali ini, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Tengkorak di ruang tamu kelihatan bercahaya sekilas pandang, disiram cahaya suram dapur. Adam terkaku seketika. Dia memandang sekeliling. Anak matanya menangkap sesuatu. Pantas matanya difokuskan ke situ. Hilang. Bayangan tadi hilang sekelip mata.

Hatinya disedapkan. "Ish bau ape pulak nih," rungut Adam. Hidungnya terhidu bauan semerbak. Kali ini dia tidak peduli. Semangatnya dikuatkan. Perlahan dia melangkah ke biliknya. Biliknya mempunyai pintu bertingkap kaca half-transparent yang khas ditempah dari Belgium dan berusia 100 tahun lebih.

"Ah, sudah. Mende ape pulak nih." Cahaya bersinar keluar dari tingkap kaca pintu. Cahaya biru bertukar hijau. Kemudian kuning dan putih. Suara ketawa mulai kedengaran. Bau tadi semakin kuat. Menyesakkan hidungnya. Darahnya berderau. Tangannya digenggam kuat. Kali ni dia nekad.

Pintu bilik ditolak kuat. Sepenuh tenaga. Berdentum bunyinya melanggar dinding bahagian dalam. Adam meluru masuk.

"Weh zifaH, ko nak panaskan lauk ke, nak bakar lauk tuh. Dah hangus tau tak? Berasap satu umah."

zifaH dengan mata berair akibat ketawa menge-pause citer Stephen Chow di komputer desktop. "Alamak lupe laa, sorry sorry," ujarnya sambil bangkit ke dapur.

Adam mengambil alih. Media Player Classic di-minimize-kan. Pendrive dicucuk. Tangannya meng-klik beberapa kali memindahkan file Karnival.doc dari pendrive-nya ke My Document. Dialog moving tertera. Tiba-tiba zAlee muncul di sebelahnya.

"Warcraft jap, ekk?" pintanya.

"Haish," Adam mengeluh. Dia menuju ke katil bersiap untuk tidur. zAlee bertukar tempat ke kerusi empuk di hadapan desktop. zifaH masuk tidak lama kemudian. Tangannya memegang pinggan berisi nasi kari hangus.

"Laa zAlee, bagi aku laa tengok citer."

"Sekejap je nih, 10 minit. bagi aku main game jap. Ko gi stadi, esok nak EXAM." Mereka terus bergaduh. Seperti adik-beradik.

Tidak lama kemudian Adam melelapkan mata. Nyenyak dibuai mimpi bersama eh mane leh cite mimpi ape, secret. haha

Kisah di atas adalah rekaan semata-mata. tidak ade kaitan langsung ngan ahli beyt umah aku. So, Puaka Musim Exam rumah aku adalah komputer desktop aku yang sarat berisi citer dan game. Kalau nak dimasukkan kerja-kerja Persatuan, boleh gak. Anda pula?

Once is a mistake, but twice is a sin.
[Sujini, The Legend of First King's Four Gods]


Continue Reading

28 December 2007

Final Fantasy VII Crisis Core



Well, what can I say about this game. Released on September but I just knew it a couple of days ago. TIDAK! Betapa ruginya tak membaca majalah Gempak. Haha. Latest FF serie from Square-Enix mesti tau bagi manusia cam aku. Walaupun takleh main, cukuplah hanya mengetahui keluaran serie ini. Huhu.




Final Fantasy VII adalah collection FF yang terpanjang dan bagi aku laa - terbaik setakat nie. Dengan watak-watak yang masing-masing mempunyai role mereka yang tersendiri, jalan cerita dan plot yang kompleks, skil-skil yang power-power, FF ni memang favourite kebanyakan manusia walaupun sekarang telah kuar FFXIII.

Daripada Cloud Strife hinggalah ke Sephiroth, semua watak dibina dengan cukup teliti dari segi skil masing-masing sampailah ke perwatakan diorang. Malah Tifa Lockheart ngan Aerith Gainsborough serta Yuffie Kisaragi masing-masing ada tarikan tersendiri hinggakan aku taktau nak minat sape (Hehe, takpe2, kiter bleh pilih 4. Cukup laa tu termasuk bini aku).

Okeh berikut adalah urutan siri FFVII setakat nie:



Final Fantasy VII membawa dimensi baru dalam dunia RPG-game dengan persamaan (kebetulan kot) konsep Star Wars. Star Wars IV,V dan VI difilemkan terlebih dahulu pada tahun (err lupe r) sebelum siri sebelumnya difilemkan dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih. Namun perjalanan cerita serta perfileman Star Wars telah dirancang terlebih dahulu oleh pengarahnya (Steven Spielberg ke? Haha tak kenal) sedangkan FFVII langsung tidak dirancang.

Final Fantasy VII telah mendapat sambutan hangat ketika filemnya - Advent Children ditayangkan dengan grafik yang berkualiti sama seperti The Spirit Within malah beberapa konflik/persoalan yang belum selesai turut mendorong ke arah penghasilan lebih banyak subtitle untuk FFVII. Boleh dikatakan, konsep FF telah banyak berubah kepada filem interaktif dengan sistem interaksi penonton-cerita yang lebih kompleks. Tapi yang lebih mengagumkan adalah apabila FFVII di-title-kan sebagai game yang musy ma'ul ade pada PSone dengan kualiti sound dan grafik yang menjangkaui keupayaan PSone pada masa itu.



Overall nya, Final Fantasy adalah salah satu daripada idea terulung yang dikurniakan Allah kepada masyarakat Jepun. Barangsiapa yang mengikuti perkembangan FFVII pasti menyedari bahawa prequel (siri sebelum) FFVII tidak dirancang sama sekali dan hanya dibina/dibuat demi memenuhi kehendak peminat yang amat tinggi. Setelah 10 tahun, FFVII masih lagi dinobatkan antara game FF terbaik sepanjang zaman mengikut survey atau poll yang dijalankan.

Malah tema dan persoalan yang dibawa dalam FFVII juga memberi sedikit sebanyak impak yang amat besar dalam sejarah FFVII. Tema utama FF - Selamatkan Dunia Dari Penjahat telah dicover sepenuhnya dengan tema sampingan dan persoalan dalam FFVII. Contohnya cinta yang tak kesampaian, cinta yang tak dibalas, kekeluargaan, balas dendam, pengklonan, kegilaan research dll dsb.

Conclusionnya, this new title - Crisis Core, is another great job from Square Enix. Hinggakan antara review yang diterima mengatakan 'ku sangkakan filem, rupanya game'. Ataupun dalam Crisis Core yang dikeluarkan 2008, 'kenapa Zack Fair kena mati?!' atau 'Square-Enix tak pandai pilih watak yang sepatutnya dimatikan'. Sedangkan dalam FFVII yang keluar tahun 1997, telah dinyatakan bahawa Zack Fair mati - peminat tak dapat menerima plot ini walaupun telah tahu lama dahulu. Betapa teruknya pengaruh FFVII pada manusia (peminat).

A true men are those who shed tears for their own fate, and for their friends
[Zack Fair, Final Fantasy VII]



Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template