"Manusia Sering Bermusuh Dengan Apa Yang Dia Tidak Tahu".
Biasa dengan frasa ini kan? Amnya ia bermakna tanpa ilmu tentang sesuatu perkara, jarang sekali manusia akan melibatkan diri mereka dalam perkara tersebut.
Sewaktu vaksinasi mula-mula diperkenalkan, tiada seorang pun yang ingin mencubanya kerana idea memasukkan virus yang lemah ke dalam badan adalah sesuatu yang boleh dianggap gila. Anggapan mereka pada ketika itu adalah memasukkan virus sama seperti menempah penyakit. Itu belum lagi dikira dengan efek yang diterima, ianya lebih menakutkan mereka.
Sama juga sewaktu penicillin terhasil. Tiada siapa ingin melabur dalam kos pembuatan penicillin kerana mereka tidak tahu limit keupayaan penicillin. Sedangkan penicillin adalah anjakan paradigma dalam dunia perubatan. Boleh dikatakan dunia perubatan maju 50 tahun lebih awal dengan adanya penicillin. Tapi kos yang mahal untuk sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu keuntungannya, siapa berani melabur?
Begitu juga dengan penyakit berjangkit. Sekiranya kita tidak tahu AIDS tidak berjangkit melalui sentuhan, adakah ahli keluarga akan sanggup menyokong pesakit? Sewaktu Cholera menyerang Edo, Jepun pada masa lampau, ratus ribuan meninggal, malah doktor sendiri tidak berani merawat kerana mereka sendiri tidak tahu kaedah rawatan yang berkesan dan cara pencegahan jangkitan.
(Contoh dia atas adalah pengaruh J-Drama JIN)
Maka, bukankah melawan ketidak tahuan itu sangat bagus? Menghapuskan ketidak tahuan lalu menjadi orang yang berilmu tentang sesuatu perkara itu bagus? Kan?
Cuma masalahnya kadang-kadang kita lupa tentang sesuatu.
Manusia yang mati lemas biasanya manusia yang reti berenang. Kalau tak reti berenang, dia tidak berani ke dalam sungai. Apabila mandi laut, dia tidak berani ke kawasan dalam.
Begitu juga dengan kemalangan. Mereka yang tidak pandai membawa motosikal, bagaimana mereka akan membawa motosikal lalu terbabas ke dalam semak? Kalau anda tidak reti melintasi Syari' Kasr El Ainy ketika peak hour, anda akan menunggu hingga tiada kenderaan. Lalu anda tidak akan terlibat dalam kemalangan.
Kalau anda tidak reti menggunakan Internet, sudah tentu anda tidak akan melaghokan diri melekat dengan FaceBook dan YM. Mungkin juga anda tidak akan bergelar Webmaster yang setiap hari memikirkan bagaimana untuk menarik pengunjung, melajukan loading, dan menjimatkan bandwidth. Mungkin juga anda masih menulis di dalam diari, tidak risau akan blog yang tidak diupdate. XD
Saya tahu contoh di atas tidak absolute. Tidak benar dalam sesetengah keadaan. Tapi mengikut logiknya, begitu. Secara umumnya.
Satu perkara yang orang berilmu gagal amalkan adalah mengakui mereka tidak tahu. Mereka sedar dengan kesilapan mereka, tapi mereka ego untuk mengatakan "Saya silap".
Sedangkan ianya cuma semudah, "Maaf, ianya kesilapan saya. Saya tidak tahu."
Sebagai contoh, baju kurung sekolah itu seksi. Anda kata YA, sedangkan kawan anda kata TIDAK. Anda berkata bahawa ianya seksi sebab warna putih itu menampakkan pakaian dalam. Kawan anda kata tidak sebab baju kurung itu potongannya lebar dan bercirikan Uniform. Anda bergaduh dan bergaduh seolah tiada penghujung sedangkan anda dan kawan anda sepakat pada satu perkara: "Baju kurung itu menampakkan pakaian dalam dan perlu diubah". Maka kenapa perlu digaduhkan perkataan SEKSI?
Contoh lain: Kalimah ALLAH. Anda berpandangan kalimah Allah itu boleh digunakan orang bukan Muslim sebab Allah itu hakikatnya adalah Tuhan seluruh Makhluk. Maka sekiranya bukan Muslim mengucapkan perkataan Allah, ianya dibenarkan. Kawan anda pula mengatakan bukan Muslim tidak boleh menggunakan perkataan Allah sebab bukan Muslim tersebut menggunakannya dalam kitab Bible. Anda menghukum kawan anda tidak open-minded, padahal anda dan kawan anda bersetuju dalam satu perkara: "Perkataan Allah hanya boleh digunakan merujuk pada Allah Tuhan yang Esa, bukan benda lain". Maka kenapa perlu anda bergaduh, menghina dan memutarbelit kenyataan?
Nak lagi? Masalah sosial makin menjadi-jadi. Budak Junior sudah pandai dating secara senyap-senyap di kawasan yang tertutup (tapi kantoi, haha). Maka kawan anda berpandangan kita perlu memperkasakan Beyt Muslim, dan menggalakkan perkahwinan. Anda pula tidak setuju kerana perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan perhubungan, tapi ianya datang dengan banyak cabaran dan dugaan. Anda pun berbahas dengan kawan anda sedangkan keduanya bersetuju bahawa: "Maksiat di kalangan Junior perlu dibanteras!" Maka apa gunanya perkataan KAHWIN itu dibahaskan?
Sukarkah mengatakan "Maaf, saya silap. Sebenarnya kita mempunyai pemikiran yang sama. Saya tidak tahu pemikiran anda sama seperti saya."
Kadang-kadang, menjadi tidak tahu itu lebih baik. Bila kita tidak tahu, kita akan senyap, dan senyap itu sebenarnya satu kekuatan. Kalau kita benar-benar tidak tahu, senyap kita tidak menunjukkan kebodohan, dan jika kita sebenarnya tahu, kita tidak menunjukkan menunjuk-nunjuk. Bukan begitu?
Selamat Ulangtahun buat Exco BPP: Madihah, Mantan Exco (6 Jan) dan Radin, Current Exco (8 Jan). Ceh saya cuma ingat ulangtahun Exco BPP je, maka untuk Exco lain, sorry sorry lah ye.
Jangan lupa MAT-7 6 Februari ini, dan nantikan berita baik Seminar Ahad ini.
21 penghinaan diterima:
Entri yg padat dan sarat dgn ilmu. Idea anda semakin matang. Terima kasih yg amat.
Mungkin selain drpd mengaku kesilapan sendiri, kita perlu mnyebut dahulu perkara yg kita dapat persetujui bersama dan bukan membesar-besarkan perbezaan pendapat kita.
Cuma kita perlukan ilmu sebelum boleh menemui 'common interests' itu, jadi memang kena bermusuh dgn ketidaktahuan yg ada..
ketidaktahuan tu lebih serius
wah tahniah..entri yg xmengarut..hehe
pening bace entry nih,meh cni sy bg kesimpulan,kesimpulannya kalau x tahu tu ckp x tahu,jgn la nk gado2 ckp tahu...eh btul ke?
hidup ini memang ade risiko.....
berenang ade risiko
x tau berenang ade risiko
bawak moto ade risiko
x tau bawak moto ade risiko
ade intenet ade risiko
xde intenet ade risiko
nanti aku wat artikel dari sisi berbeza sesuatu duit syiling..kah2
cume kene la pandai mengendalikan kebodohan...
kalo cam tu baik mati
sebab mati kite da x de risiko wat dosa
eh2 tapi
ade risiko lain plak
risiko masuk neraka....
maknenye sume ade risiko
kah2 mari kutuk artikel nih
Kadang-kadang, menjadi tidak tahu itu lebih baik. Kita akan senyap, dan senyap itu sebenarnya satu kekuatan. Kita tidak menunjukkan kebodohan, dan tidak menunjukkan menunjuk-nunjuk. Bukan begitu?
sy suka yang ini.tq bro
tengok org2 kampung yang xde tenet make risiko diperbodohkan melalui media massa utama amat tinggi
tu hanye satu contoh....
lagi satu, sangat betul
kalau tak tahu, katakan saja tidak tahu
kah2 kalo kite senyap sampai bile2 la kite memeramkan kebodohan kite..make kebodohan perlu ditunjukkan supaya orang membetulkan kebodohan kite.....cam ko wat nih..cam aku wat nih
pandai dan bodoh asalnya bersatu di dunia fana kemudian mereka berpecah sehinggakan manusia sangka bodoh dan pandai adalah musuh padahal mereka berkawan
untuk jadi pandai memang kite harus tunjuk bodoh dulu iaitu dengan bertanyekan kepade orang yang tahu
apa yg sy dpt simpulkan.. org selalu dispute on sumthing yg msg2 kata len, yg nih kata len, yet.. debate on same topic
cth unity gov dlu.. yg nih act define gini2.. yg belah sini gitu2.. yg blogger lak xtau pape kata gini2 gitu2.. last2 jd la rkyt msia yg mcm tu..
ag satu cth bes.. dri psl isu rampasan arak haram xberlesen [note here:lesen] pusing2 putar isu.. last2 jdi pe?
entah
aih
inikah dunia org dewasa?
p/s TQ for da wish
ceh karutan ini pening sebenarnya.
mengaitkan "tidak tahu" dengan "perbezaan pandangan" itu sangatlah tidak berkaitan.
tapi masalah orang berilmu adalah suka berbicara seolah-olah dia tahu apa yang orang lain maksudkan, lantas mengulas seolah-olah dia lebih tahu. lama kelamaan sifat menunjuk-nunjuk itu menjadi semakin jelas, sebab makin banyak dia hurai, makin banyak persamaan dengan apa yang orang lain maksudkan, cuma dalam bentuk ayat yang lain.
@Pemenang: kalau orang bodoh yang menunjukkan kebodohan itu macam engkau dan aku, mungkin takpe. tapi kalau Doktor yang menunjukkan kebodohan, maka HO akan mengikut!
haha~
MAT 7!
iye ke 'tidak tahu' dgn 'perbezaan pandangan' itu x berkaitan? hmm bukan ke bila kita ada pndapat yg berbeza drpd org lain, ada kemungkinan kita x tahu yg sbnrnya pandangan kita berdua didasari oleh isu yg sama.. hmm pening ke.. :D
ehmad, dah dibetulkan STRUKTUR AYAT.
MAT 6 Februari ini
dibaca
MAT pada 6 Februari ini
bukan
MAT 6 pada Februari ini.
har3~
tak semestinye
situasi: doktor yang menunjukkan kebodohan
kalo HO tu bodoh maka dia akan ikut
kalo HO tu bijak atau pon hanye pelajar perubatan maka dia akan tegur atau marah seperti abg faizal yang bijak
kalo doktor tu pendam kebodohan dia maka yang jadi mangsa ialah pesakit
kutuk atikel nih.....kah2
jawab2...hik2
sebenarnye aku tuju entry nih kepada TGNA.
caye tak?
caye2
...tapi aku pro TGNA..hik2
wei..aku da beli novel ko.....9 nyawa....artikel yg nih memang aku kutuk ko.....
kalo ko wat artikel2 pemikiran songsang nafsu aku minat...
next artikel pasal sex.
tengah pikir nk publish ke tak.
haha
ye, sabar dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
tergopoh2 itu dari syaitan.
nak jawab exam pun kene outline kan isi yang nak dibentangkan, kan?
bile kite tahu kite tak tahu, maka akan berusaha nak tahu.
tambahkan pengetahuan, so balik2 ilmu tu insyAllah dapat jugak.
maka kene la moderate pada tempatnye.
ye ke [pak/ammu] abgHafiz?
btw, kanak2 baca belog ini, malang sekali.
maka sile la berpada2, bagi warning awal2 dekat heading post tu ke xpe gak.
[bukan amaran palsu]
Post a Comment