10 January 2010

Pengaruh Bahan Lucah ke Atas Tabiat Seks Pelajar

Entry ini mengandungi istilah dan situasi yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Bagi kanak-kanak di bawah umur 20, anda dinasihatkan mendapat pengawasan orang dewasa. Mereka yang menghidap penyakit akut dinasihatkan bersama seorang doktor.

Pernahkah anda melihat bahan lucah? Sekiranya anda tidak tahu apa itu lucah, menurut kamus dewan ianya bererti "hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan". Dengan kata lainnya tidak bersopan adalah perbuatan lucah. Maka sila bersopan santun.

Sebenarnya tajuk ini misnomer sebab saya nak mengarut sempena berita-berita perkahwinan yang semakin kerap didengari kebelakangan ini. Wakaka. Dan berita-berita tersebut di kalangan famili Gen6. Maka sudah tentulah saya sebagai famili member merasa sangat gembira.

Berikut adalah rekod-rekod berkaitan perkahwinan yang dipegang oleh ahli-ahli Gen6 setakat ini. Mana tahu anda juga berpeluang memegang rekod yang masih kosong. Rekod di bawah adalah untuk Yang Pertama sahaja.

1. [Yang Pertama Sesama Gen6: Rashidi-Alia]
Izamil-Aqilah terlewat maka sabar neh. Rekod ini tidak power sangat sebab semua orang boleh buat dan paling common. Cumanya Shidi menjadi yang pertama. Nak buat camane kan. Haha.

2. [Yang Pertama Bersama Ustazah: Irfan]
Perkahwinan beliau bersama Ustazah Nafisah, Kuliah Lughah Azhar melayakkan beliau memegang rekod ini. Tahniah diucapkan.

3. [Yang Pertama Bersama Ustaz: _____]
Dah ade ke? Sila isi tempat kosong dengan nama-nama yang anda tahu.

UPDATE: Afida
Ustaz Wan Saifuddin berjaya menjadikan beliau sebagai orang rumah pada musim Winter 2010.

4. [Yang Pertama Bersama Senior: _____]
Yang ini? Nantikan pengumuman rasmi di YahooGroup perubatan_mesir. Ingatkan orang lain, tup-tup orang lain yang berjaya mendapat tempat pertama. Huhu~

UPDATE: Naimah Zakaria
Beliau berjaya merampas hati abg Israq Husin. Tahniah.

5. [Baby Pertama: ____-_____]
Rekod ini sepatutnya dipegang oleh Rashidi-Alia, kan? Ke tak? Kita tunggu Summer nanti.

UPDATE: Izamil-Aqilah
Kelahiran baby pertama Gen6! Aisyul Hani~

6. [Yang Pertama Bersama Junior: _____]
Rekod ini saya paling tunggu-tunggu. Siapakah yang bakal menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik dengan merampas salah seorang ahli mereka? Tidak kira Ikhwah Gen6 merampas Akhawat Gen8 atau Akhawat Gen6 menggoda Ikhwah Gen7, pastinya Junior akan tercabar. Haha.

UPDATE: Faiz Sabri
Masih lagi tertanya-tanya bagaimana beliau memikat hati Natasha Anis Rusli XD

7. [Yang Pertama Bersama Pasangan di Malaysia: _____]
Nantikan berita gembira daripada Pemenang. Beliau sedang menyiapkan kertas kerja untuk mengahwini seorang wartawan akhawat Utusan Malaysia. Wakaka. Saya rasa sudah ramai yang berpunya, pasangan mereka di Malaysia, tapi siapakah yang bakal mengikut jejak langkah Abang Hidir?

8. [Yang Pertama Bersama pasangan Oversea: _____]
Meniru jejak langkah Abang Kadir, pasangan beliau berada di UK atau Australia atau India. Lebih mencabar. Ataupun sebenarnya Afiffi Alfy yang sering ke Europe sebenarnya mempunyai isteri rahsia di sana? Jom terjah.

9. [Yang Pertama Bersama Pasangan Berlainan Muhafazah: _____]
Asyik sesama Kaherah je. Apa kata pecahkan tembok muhafazah. Seorang di Kaherah, seorang di Iskandariah. Umpama suami yang sering outstation, hujung minggu pulang ke rumah di Iskandariah. Haha. Menarik jugak kan?

10. [Yang Pertama BerPoligami: ______]
Rekod ini pun best. Kalau ada yang berjaya menjalani hidup berpoligami dengan jayanya, sudah tentu makin tercabar lelaki-lelaki perubatan mesir. XD

Rekod yang masih kosong berpeluang diisi oleh warga Gen6 sekalian. Teruskan usaha. Bagi yang ingin menjadi ahli bersekutu Gen6, ataupun Ikhwah Gen6 yang kecewa akibat akhawat sasaran mereka terlebih dahulu dikebas lelaki lain, jangan lepaskan peluang! Terdapat lebih kurang 40 akhawat yang masih available. Dapatkan satu sebelum kehabisan stok.

Tahniah diucapkan kepada yang telah atau bakal berkahwin. Asyik kitorang yang masih bujang je memberi hadiah, apa kata korang berlumba-lumba memberikan anak buah untuk kitorang? Sungguh bosan setelah Fateh dan Syaima' pergi.

Dan mereka-mereka yang bergelora nafsu seks mereka untuk berumahtangga, apa kata baca artikel Abang Muhaimin ini terlebih dahulu. Kemudian baru buat keputusan yang terbaik.

=)


25 penghinaan diterima:

guild_hunterz on January 10, 2010 at 10:12 PM said...

alamak dinmat~

jgn la kantoikan aku~
haha

Eng Einy on January 10, 2010 at 10:25 PM said...

wakakakambing~~~~


GELI PEROWT BEB!


haha aku nk tunggu bila rekod2 tu bole penuh

akhawat gen6 said...

"Akhawat Gen6 menggoda Ikhwah Gen7"

terase ok~

Eng Einy on January 10, 2010 at 11:12 PM said...

eh ade ke yg ngorat adeyk2? muahaha hot story neh

Anonymous said...

din mat!!

klu "adik2" Gen 7 nk isi tempat kosong tu buleh x???

a.i.y

PEMENANG on January 11, 2010 at 4:21 AM said...

wei..aku pening la...xleh ke pompuan ngorat laki ataupon pompuan kejar laki....

kalo ade ramai pompuan ngorat aku kan bes......

kah2

susah la nak ngorat org..haha...

wei.bodo la ko wat men2 mende serius nih

PEMENANG on January 11, 2010 at 4:24 AM said...

org yg layan artikel nih sebenarnye manusia yang telah dirosakkan hedonisma dan salah gune perkahwinan......


haha..ingat kawen maen2 ke?

Adam on January 11, 2010 at 1:19 PM said...

denmat, kau tertinggal yang pertama kawen dgn Arab/bukan melayu.Susah la nak buat pengumuman macam nih.

*Safwan, atas dasar apa manusia kahwin??

Frodo Baggins on January 11, 2010 at 2:12 PM said...

ko x nak pecah kan mana2 record kat atas ni ker?


>>_____<<

[MH] on January 11, 2010 at 2:55 PM said...

ya robbi. teringin jugak nak tahu berita dr pemenang tu.

anor said...

adehss.. betol2 misnomer lah tjuk nih.. muahaha~

HafizAdam on January 11, 2010 at 8:09 PM said...

Pepe-chan:
heh, bajet aku tak tau ko salu pegi Europe buat ape. haha

kakRemy:
6 rekod yang pertama tuh da ada orang da. Tunggu mase nak kahwin je. hehe

adik-adik pun hensem dan comel ape. ;))

Akhawat Gen6:
wakaka. kamu laa yang kantoi dating arituh?

Baem:
haha Gen7 buat rekod diorang sendiri la. tapi kalau nak tolong isi tempat kosong Rekod Bersama Junior tuh, beres je...

Safwan Roslan:
haha pemenang dah gile.
cepat la balik sini.

Adam Lee:
Aku list-kan 10 je. Yang tuh boleh masuk rekod-rekod lain. takde masalah.

pesal? ko nak isi Rekod tu ke? mentang-mentang dah ade akhawat keturunan Lee.

Frodo Baggins:
kahwin itu maksiat.
daku tanak terlibat.

Fathiyyah Ibrahim:
eceh. tak sabar tunggu bos dia kawen.
kamu je la kawen dulu.
ish3.

Anor:
sesekali tajuk misnomer adalah best.

Haru on January 11, 2010 at 8:21 PM said...
This comment has been removed by the author.
HafizAdam on January 11, 2010 at 8:31 PM said...

kahwin itu maksiat.
maka saya tanak terlibat.

tapi kalu kamu sudi, boleh je. XD

wakaka tiada keje nak kawen.
daku telah berkahwin dengan PERUBATANonline.
kalau saya bersedia meninggalkan PERUBATANonline kerana seorang perempuan, akan dipertimbangkan.

plus: mak sudah ade calon. tunggu mase nak kawen paksa je. haha

shaker on January 11, 2010 at 8:34 PM said...

6. [Yang Pertama Bersama Junior: _____]
Rekod ini saya paling tunggu-tunggu. Siapakah yang bakal menjadi penyuntik semangat kepada adik-adik dengan merampas salah seorang ahli mereka? Tidak kira Ikhwah Gen6 merampas Akhawat Gen8 atau Akhawat Gen6 menggoda Ikhwah Gen7, pastinya Junior akan tercabar. Haha.

ko mmg 'keji' r denmat!
xleh blah tajuk entry!

cuma aku nk try pecahkan rekod yg no 6 tu!..wakaka!
oleh kerana itu, ko try r tanya sape2 yg gen7 yg 'available' lg..haha..ko kan sekelas ngn mereka!..hehe..tolong ye!...

haha..xle blah!

tp aku da kena taqdim r!..klik ni!..haishh!..camne nih?

http://shakir88.blogspot.com/2010/01/kena-taqdim.html

PEMENANG on January 12, 2010 at 3:31 AM said...

wei..cepat ngorat aku....ak da bosan la xde yg nak ngorat aku

Anonymous said...

aku rasa klau denmat isi yg no 10 tu kewl hape!

wakaka~
XD

Haru on January 12, 2010 at 11:34 PM said...
This comment has been removed by the author.
Haru on January 12, 2010 at 11:36 PM said...
This comment has been removed by the author.
Syaimaa' Ahmad on January 12, 2010 at 11:45 PM said...

aw..
hahaha
hawt ~ rampas ahli batch ni sggh menarik

HafizAdam on January 12, 2010 at 11:54 PM said...

pesal sue_hyela? haha
mentang2 beliau tidak membaca blog ini...

pape pun, ade 10 ikhwah gen6 telah memohon melalui Beyt Muslim.
sape2 yang rase nk pegi blind date, bolehlah apply melalui BM. manelah tahu BM match-kan kamu ngn lelaki yang sesuai. kekeke~

rahsia kedua; ade akhawat gen7 jeles bile dengar Pemenang nk kawen. tu yang Pemenang serba salah tuh. cube teka sape...

hahaha~

Haru on January 13, 2010 at 12:59 AM said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

astaghfirullah...
ckp benda yg x de ilmiah langsung!
jaja nama org(esp pompuan)ikut suka hati je!
x takut dosa ke?
tobat sket!

HafizAdam on January 15, 2010 at 9:20 PM said...

haha sue_hyela da marah. XD

+a'JeM- said...

ape tajuk lagu ni??
dr cite mane2 ke??

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template