Link Untuk di-cliCK (LUCK)
1. My Brute
Game ini merupakan kegilaan di kala exam. Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Seumpama haiwan peliharaan, anda hanya perlu membela seekor Brute. Sekiranya anda tensen, login dan pilih satu lawan untuk Brute anda bergaduh. Kemudian bersoraklah seperti orang gila melihat Brute anda berlawan.
Sesuai dimainkan ketika sedang tensen study. Ataupun sekiranya rakan anda mempunyai seekor Brute, dan anda geram dengan beliau, bolehlah cuba untuk mencabar Brute beliau. Game ini adalah kegilaan Gen6 pada tahun lepas. Gen7 taknak mewarisi ke? xD
Klik gambar di bawah untuk bermula. =)
2. My Minicity
Satu lagi game yang bodoh yang simple. Cuma SPAM rakan-rakan dengan link City anda kemudian lihat bandar anda membesar. Makin banyak klik, makin banyak populasi seterusnya makin maju City anda.
Sesuai dijadikan link pada status Yahoo Messenger. Lebih sesuai kalau berpakat dengan rakan-rakan. Kadang-kadang seronok melihat City "kita" maju daripada melihat City "saya" maju. Lagipun, ada fungsi News Bulletin untuk Chatting.
Maka, sila klik gambar di bawah. =)
3. Tabloid iLuvIslam
Promosi percuma. Bagi mereka yang berada di luar negara, boleh membaca edisi online tabloid iLuvIslam di sini. Tapi tidak lengkap. Samada preview untuk promosi ataupun tak habis upload. Tidak mengapa, sila tempah dengan mereka yang sedang berada di Malaysia. =)
4. Kempen Bahasa Melayu Tinggi
Saya terfikir sesuatu apabila membaca entry ini.
Adakah blog juga mempunyai kesan yang serupa?
Mungkin boleh dipertimbangkan dalam strategi menaikkan traffic; Tema entry yang evergreen dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Tapi otak saya tidak mampu memikirkan tajuk yang best, malah BM saya sendiri masih merangkak-rangkak.
Orang kata blog itu tempat kita bersuka ria dengan apa yang kita ingin tulis, tapi antara matlamat saya menulis blog adalah untuk mengekalkan kemahiran menulis dan mengolah idea, walaupun gagal dilaksanakan sepenuhnya. Maklumlah, kita berada di sebuah negara yang tidak menggunakan Bahasa Melayu, tiada subjek Bahasa Melayu, dan orang Melayu sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku. xD
5. Drama Korea Ob-Gyn
Last sekali, satu lagi drama Ob-Gyn selepas Gyne! Haha. Sebenarnya poster tersebut yang menarik. =P
Created at: 20th January
Edited at: 26th January
0 penghinaan diterima:
Post a Comment