16 January 2010

Butterfly Effect

Pernahkah anda menonton iklan kemalangan yang popular dengan tagline "Kalaulah saya bersabar sikit..."? Dalam iklan ini digambarkan bahawa penunggang motosikal tersebut telah menyebabkan kematian pembonceng kerana melebihi had laju. Sedikit kesilapan sahaja telah menyebabkan seorang manusia maut.

Ataupun mungkin anda pernah membaca berita kemalangan keretapi yang disebabkan pemandunya terlewat sedikit lantas menaikkan sedikit kelajuan keretapi beliau lalu terbabas keluar. Sedangkan beliau cuma terlewat 30 saat sahaja.



Butterfly Effect adalah satu istilah yang biasa berlaku. Anda mungkin tidak pernah tahu tentang istilah ini, tapi mungkin biasa menggunakan konsep ini dalam kehidupan. Tagline yang biasa digunakan untuk menggambarkan Butterfly Effect adalah "Kibasan sayap rerama yang kecil mampu menjadi ribut di masa akan datang."

Secara ringkasnya Butterfly Effect adalah "Perubahan kecil yang berlaku pada sesuatu keadaan mungkin menyebabkan perubahan yang lebih besar dalam jangka masa panjang". Maka istilah ini sering digunakan dalam filem-filem kembali ke zaman silam dan sering dijadikan konsep penting dalam pembinaan strategi. Hatta permainan catur yang simple juga menggunakan konsep ini.

Contoh lain: Apakah beza di antara peserta Seminar 300 orang dan 600 orang? Perubahan mungkin berlaku dalam satu aspek sahaja, tapi ianya bakal merubah banyak pihak; penginapan, pengangkutan, pembahagian makanan, perjalanan program dan kos. Penginapan yang diperlukan akan bertambah. Lebih banyak Tremco diperlukan. Pembahagian makanan akan menjadi lebih lambat.

Contoh lain lagi: Kes pembunuhan yang pertama menggunakan Kame Hame Ha. Sekiranya disabitkan kesalahan, maka kes ini bakal dirujuk bagi kes-kes lain berkaitan tenaga dalaman dan mungkin dijadikan satu alasan kenapa mereka yang menggunakan Bola Jiwa boleh disabitkan kesalahan. Sebab kedua-duanya adalah tenaga dalaman. Maka hukuman gantung ke atas Goku yang membunuh Fliza bakal menjadi sebab kenapa Gohan yang membunuh Cell disabitkan hukuman yang sama.

Situasi lain lagi: Meminjamkan cerita Ketika Cinta Bertasbih 2 kepada seorang jiran anda bakal menyebabkan demam KCB2 kepada seluruh penduduk Cairo disebabkan jiran anda memberi cerita tersebut kepada 2 orang rakannya. Rakannya pula memberi cerita tersebut kepada rakannya yang lain. Rakannya yang lain pula meng-copy paste cerita tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Sedangkan anda cuma memberi cerita tersebut kepada SEORANG jiran. Ataupun sebenarnya Butterfly Effect telah pun bermula seawal anda download KCB2. Siapa suruh download kan?


Kajian situasi menggunakan konsep Butterfly Effect lebih kepada penggunaan perkataan "Kalau". Ada orang alergik dengan perkataan kalau, tapi sebenarnya semua benda dalam dunia ini tidak dicipta sia-sia jadi perkataan ini sangat penting untuk digunakan.

Kalau saya letakkan katil di sudut ini, almari tak muat. Kalau letakkan katil di sudut itu, pintu tersekat. Kalau letakkan katil memanjang begini, lantai akan jadi sempit. Kalau letakkan memanjang begitu, meja komputer tak muat. Dan seterusnya. Sebab itu saya kata konsep Butterfly Effect biasa digunakan dalam kehidupan.

Dan memahami konsep ini juga membuatkan kita lebih faham tentang sebab musabab sesuatu perkara, dan meletakkan setiap perbuatan kita sebagai SANGAT penting. Setiap perbuatan kita walaupun sangat kecil bakal memberi kesan yang besar di masa hadapan.

Anda mungkin membuang air kotak bersaiz 15x5 sentimeter di tepi jalan, tapi tempat itu bakal menjadi tempat buangan sampah sebesar 15x5 meter seminggu kemudian. Ataupun, anda mungkin meletakkan signboard "Dilarang Membuang Sampah Di Sini", tapi tempat itu akan disalah anggap sebagai tempat membuang sampah oleh orang lain. XD

Kita mungkin merasakan perbuatan kita memberikan manfaat kepada diri kita, tapi kita tak pernah fikir bahawa perbuatan kita tersebut memberi mudarat kepada orang lain. Membuang sampah di dalam poket mungkin menjadikan poket seluar kita bersih, tapi sebaliknya anda telah menambah sampah di tempat pelupusan. Kita sering berfikir kita sedang ke syurga, tapi tak pernah sedar bahawa orang lain bakal ke neraka demi kita ke syurga.


Ataupun sebagaimana satu situasi dalam You Are My Destiny, untuk menyelamatkan ibu mertua yang menghidap leukemia, anda mungkin perlu mengorbankan ibu anda sendiri yang juga menghidap penyakit yang sama. Apakan daya, anda merupakan individu yang sesuai untuk kedua-dua pesakit, tapi undang-undang cuma membenarkan Pemindahan Sum-sum Tulang kepada seorang pesakit sahaja dalam setahun.

Maka, jadikan setiap detik dan perbuatan kita sebagai sangat berharga. Manfaatkannya untuk menjadi lebih cemerlang.

Salam kecemerlangan, sempena musim exam yang bakal menjelang.



4 penghinaan diterima:

Anonymous said...

"Kita sering berfikir kita sedang ke syurga, tapi tak pernah sedar bahawa orang lain bakal ke neraka demi kita ke syurga."

x paham...blh tlg explain?

anis.samihah said...

Kata org, jangan merungut kalau berlaku sesuatu yg menyebabkan urusan kita terlambat @ terganggu walaupun seminit dua sebab ada hikmah di sebalik semuanya dan tidak ada satu pun kejadian yg berlaku sia-sia.

Contohnya, anda sudah agak terlewat ke kelas, ketika hendak keluar dari bilik, baru anda perasan kasut yg biasa dipakai ke kelas tidak ada di tempatnya, mungkin seperti biasa dipinjam oleh roommate.. terpaksalah anda 'membuang masa' selama seminit masuk semula ke dalam bilik dan meminta izin rakan yg lain utk meminjam kasut beliau..

Tanpa disedari, 1001 macam perkara boleh berlaku dalam seminit yg anda 'dilewatkan' itu, mungkin saja kalau anda keluar seminit lebih awal, anda akan bertembung dgn kemalangan atau pun segala macam perkara baik atau buruk lagi tapi Allah masih belum mentakdirkan untuk anda lantas kisah kasut tadi terjadi.

~wallahu'alam

ahya_ijja on January 18, 2010 at 2:40 PM said...

Tambah bersemangat baca karutan pakcik apis kali ni. Baru je dengar istilah ni masa ksus ngan excellcareer mggu lepas..perkongsian yang berpekdah la buat saya..Syukran ;D

Haru on January 22, 2010 at 2:51 PM said...

dragon zakura.. cerita cikgu kacak tu..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template