23 January 2010

Filem Lucah Islamik

Setelah kejayaan istilah Couple Islamik, kini muncul pula istilah baru yang pastinya asing pada pendengaran, tapi tidak asing lagi dalam kehidupan seharian anda semua. Jangan tidak percaya, anda pastinya pernah menonton filem tersebut.

Filem Lucah Islamik: Ketika Cinta Bertasbih 2



Setelah menonton sambungan KCB1, memang sungguh dahsyat kelucahan filem ini.

Hero terdesak untuk berkahwin, manakala Heroin terdesak untuk membuat anak. Jatuh kesikahan Khaerul Azzam dan Anna Althafunnisa dalam filem ini. Secara tiba-tiba saya menjadi penyokong Furqan.

Abdullah Khaerul Azzam ke hulu ke hilir dengan desperate-nya mencari calon isteri. Selepas seorang, seorang ditemui. Setelah berpuluh-puluh perempuan comel gagal dikahwini, akhirnya beliau menyerahkan seratus peratus keputusan kepada Kiai Lutfi untuk memilih mana-mana gadis. Asalkan beliau dapat berkahwin.

Anna Althafunnisa pula yang dilihat sangat comel dalam KCB1, tiba-tiba menjadi sangat gedik dalam KCB2. Tiap-tiap masa yang difikirkan selepas berkahwin hanyalah menggoda suaminya Furqan untuk melakukan seks. Sungguh lucah.

Hero dan Heroin, kedua-duanya gilakan seks. Astaghfirullahal azim. Moga Allah melindungi kita daripada pemikiran lucah ini.

Apa akan jadi apabila 2 orang yang berfikiran sama bertemu? Tentulah berlaku Addition. Seumpama Pemenang dan Jackster yang gila, apabila bertemu keduanya, bertambah gilalah mereka. Begitu juga dengan kisah Hero dan Heroin cerita ini.

Mula-mula penonton dihidangkan dengan aksi gedik kononnya mengimbas kembali pertemuan pertama mereka dahulu. Sungguh menggelikan hati melihat gaya Hero menjawab soalan Heroin. "Abdullah~~~"

Kemudian diakhiri dengan dialog lucah daripada Hero, "Kita solat dulu yuk. Setelah itu..." dan dijawab oleh Heroin, "Setelah itu..." lalu keduanya ketawa mengekek "Ihik ihik ihik" seperti kakRem. Argh jatuh kesikahan mereka. Ingin saya menangis on the spot.

Contohilah Furqan. Beliau berjaya mengawal dirinya daripada menodai Anna. Padahal penyakit yang dihidapinya bakal membuatkan beliau tidak dapat salah satu nikmat dunia seumur hidup. Seumur hidup. Anna baru 6 bulan dah desperate. Go Furqan! Tolonglah undi Furqan kalau ada Anugerah Watak Terbaik. T____T

Kesimpulannya, filem kedua ini lebih menekankan aspek ke-desperate-an mereka untuk berkahwin. Mungkin juga ke-desperate-an mereka untuk seks. Di manakah aspek pembangun jiwa itu? Sungguh mengecewakan. Argh~

Inilah dia filem lucah yang berselindung di sebalik tema Islam. Mungkinkah sebenarnya, tiada tempat untuk Islam dalam industri Hiburan?

Lambakan perempuan comel yang silih berganti, mengalahkan Girl's Generation (SNSD). Mungkin lebih baik kita menonton Teaser album kedua SNSD ini daripada KCB2. Sekurang-kurangnya tidak jatuh reputasi KCB2 pada pandangan kita.



Jangan lupa dapatkan album kedua SNSD apabila ianya keluar di pasaran. Kali ini dengan konsep "comel". Yeay~ Dan entry ini hanya karutan untuk menambah hits. Haha.



Created at: 20th January

51 penghinaan diterima:

pemenang2 on January 23, 2010 at 8:05 PM said...

baik ko tengok cite faiz dan faizah cite bersiri dari indonesia....bes dowh

ataupon munajat cinta....

pemenang2 on January 23, 2010 at 8:07 PM said...

hasil kerosalan pemikiran tajaan fair and lovely?

acu tengok iklan fair and lovely...ape mesej dia?

[MH] on January 23, 2010 at 8:09 PM said...

insaflah.....

Anonymous said...

Sperti kak rem tu tak tahan tu..
hahaha...

pemenang2 on January 23, 2010 at 8:17 PM said...

bagi aku lebey baik tgk KCB dari SNSD..yang paling baik x yah tgk dua2( kalo dua2 lucah la)...kalo takleh nak tolak, pilih mudarat yg lebey kecil...haha

amekla ko, fatwa aku yg sesat nih

ko x yah la nak kate snsd ko tu bagus sgt...kah2 tu kan mesej tersirat ko

Haru on January 23, 2010 at 9:19 PM said...

dua dua gedik [kcb2 dan snsd]
yang kedua tu teruk
menjatuhkan imej perempuan seratanya

ternyata buku MCQ physio lebih menarik dan membina iman dan otak
dan entri ni tak seronok
bb.

sam said...

haha..cant help nk komen gak!...klaka gler lorh..xtau sampai camtu kamu analisa cete ni...bole jd pengkirtik ye?;p

HafizAdam on January 23, 2010 at 10:13 PM said...

isk3, SNSD itu bagus.
melihat Akhawat ngan melihat Ustazah sudah berperasaan berbeza, inikan pula melihat Anna ngan melihat YoonA.
SNSD itu memang konpem kite takleh dapat, tapi Akhawat mungkin kite boleh dapat.
jagalah pandangan terhadap Akhawat, nanti kamu dijangkiti penyakit Khaerul Azzam. desperate nak kawen.

lihatlah dunia, mane de peminat SNSD nak kawen dalam mase terdekat. wakaka

kakRem memang gelak camtuh, "ihik3" maka sesuailah jadi contoh.

faza4peace on January 24, 2010 at 1:26 AM said...

hahaha enjoy kritik mengkritik nih?

setiap marhalah itu ada cara dan tekniknya kawan..

leh baca artikel Ustaz Zaharuddin mengenai Film Islamik...aku rasa otak ko jer terlalu kuning sampai fikir yang bukan2 (diluar norma manusia berimana) hahahah ganassss...

Anonymous said...

dinmat ni agak2 la.

Vita Meglio on January 24, 2010 at 8:27 AM said...

salam...

ui na...

Unknown on January 24, 2010 at 8:40 AM said...

sangat kagum melihat awak menulis mukadimah utk memperkenalkan album kedua SNSD. hehehe~ i like snsd too but i like 2ne1 more...hehe~

Nadhirah Ahmad on January 24, 2010 at 9:59 AM said...

blum tengok lg cite ni. tp fkir +ve. lam cite, dieorg dah kawen. jd biorla dieorg nak wat pape ng laki or bini die org. plg krg, xde la wat sblm kawen. op.op. ha3

Wal on January 24, 2010 at 10:37 AM said...

Eeeuw~
SNSD sangatlah lucah. Maka jangan tengok SNSD. Haha.

Kamu pegi la suruh SNSD buat filem Islamik. XD

mohd hazwan bin mohd salleh on January 24, 2010 at 1:07 PM said...

selepas solat boleh wirid dan lain2.

kcb xsalah. yang salah dinmat =P

karutan ini sgt tidak cambes.

c's on January 24, 2010 at 7:16 PM said...

orang lain tidak sebijak n sekritis n seanalitikal HA ok untuk berfikir sebegitu dalam.

saya belum tengok lagi. tapi tengoklah saya letakkan KCB di belakang barisan princess frog oleh Disney

:P

Sakinah Omar on January 25, 2010 at 4:26 AM said...

Salam,
Makcik dah baca entri Hafiz.
Makcik pun mula cadang nak tulis entri tentang KCB1&2.Cuma belum berkesempatan.
I may not setuju semua pendapat hafiz...but you have your facts laid down right.I have to agree with some.
Memang betul...rasa tak sesuai hero spend 9 years kat sana n lulus pun ngan Jayyid je.
cuma mungkin akhlaknya ok la jugak sehingga kawan2 look up on him.
N Furqan...OK la watak dia.Pelajar cerdik.Sijil semua gred baik punya.Tapi as I heard over radio pagi tadi,in working life harap gred je bagus tak cukup.tu pendapat orang la.
Watak Khairul azzam walaupun in a way nampak desperate nak kawin tapi still terkawal.Tu la namanya manusia.Ada keinginan untuk berpasangan.Tak semestinya untuk seks semata2.Marriage is absolutely not about sex je.
Hafiz pun mesti ada perasaan nak berpasangan kan?Cuma Hafiz masih muda dan banyak prioriti lain jadi tak la tumpukan sangat pada hal tu.Believe me,makcik dah tengok ramai bila sampai certain age in life mmng jadi desperate nak kawin.itu naluri manusia.cuma perlu disalurkan pada jalan yang benar dan halaal.
You`ll understand when you grow older.
Tapi kalau orang tu 'gila seks' n nak kawin pun tak salah jugak.Sebab nabi sendiri anjurkan bagi pemuda untuk kekang nafsunya agar bekahwin dan kalau tak mampu maka berpuasa.
Nabi tau...sebab tu Nabi anjurkan gitu.Supaya tak jadi perkara yang haram.
Satu lagi tentang anna.6 bulan berkahwin tanpa disentuh suami adalah satu penderaan jiwa.lagi pulak kalau dia tak tau kenapa dia tak disentuh.Itu hak isteri.dia nak gak tau salah dia ke?ada apa2 tak kena ke?
Cuma Furqan boleh dipuji kerana boleh bertahan selama itu kerana tidak mau memudharatkan istrinya dan seterusnya melepaskannya.If you love someone you have to be strong to let her go..Agaknya dia berpegang kepada kata2 itu.Cuma patutnya dah tau sakit tak yah la kawin langsung.
Tapi itu tidak juga boleh dijadikan alasan untuk mengataka Anna gila seks.Seks bukan benda yang dilarang malah sangat2 dianjurkan dalam hubungan suami isteri yang sah.Ia bukan segala2nya dalam perkahwinan tapi antara kemuncak hubungn kasih mereka berdua.
Jangan dipandang serong urusan itu dalam urusan berkeluarga.
Tentang Azzam g cari Kiyai Lutfi tu pun antara perkara yang dituntut sebenarnya.Memamng nampak cam dia desperate nak kawin.tapi kalau ikut watak dia dah korbankan diri menyara adik2 dan adik pun ada yang nal kawin,mak pula mati maka sangat wajar dia juga memikirkan tentang berkahwin supaya hidupnya lebih terurus.
cuma satu makcik terkilan tengok watak anna bila dia mintak diceraikan.sedangkan furqan lum explain lagi apa yang terjadi.tapi mungkin juga sebab furqan tak sepatutnya mengahwininya dalam keadaan dia tau dia sakit.
on the whole citer ni ok la.not so bad.boleh la dijadikan alternatif kepada citer cinta yang karut marut kat luar sana.setakat babak "Kita solat dulu yuk. Setelah itu..." dan dijawab oleh Heroin, "Setelah itu..." lalu keduanya ketawa mengekek "Ihik ihik ihik" ...kira ok lagi sebab penulis ingin merealisasikan gambaran kemesraan antara mereka.cinta yang terpendam.bila disatukan mestilah gembira.I can imagine you going 'YUCK!' bila baca ni.Tapi tu facts of life...believe me,one day you`ll face it!
yang boleh dicontohi ialah bagaimana mereka menyimpan cinta mereka dalam hati sehinggalah disatukan oleh Allah dalam satu ikatan yang halal.tak de pulak tunggang langgang frust ke masa tak dapat.n akhlak mereka bila tau akan disatukan.
Ni sekadar pandangan makcik.sebagaimana ynag di atas pandangan Hafiz.
we should agree to not agree right?Ahaks..

pemenang2 on January 26, 2010 at 6:22 PM said...

ranking 1st----filem x lucah islamik

ranking 2nd----filem lucah islamik

ranking 3rd---filem x lucah dan x islamik

ranking 4th---filem lucah x islamik

carikla filem 2 yg lain bagus cam ranking 1 st tuh...

PEMENANG on January 26, 2010 at 8:50 PM said...

padan muke ko denmak...seks tu x salah pon....

kan tu salah satu tujuan kawen?

perempuan pon ade keinginan kan? eh ke laki je?

tak tahu r...

Eng Einy on January 27, 2010 at 12:45 PM said...

dinmark sabotaj akoo..siyort!


hoi2..aku da tukar cara gelak r skang..

gagagagaga~

tu trend baru, tak tahu ke?

oranglidi on January 28, 2010 at 3:48 AM said...

cerita ni best woo.. (lucah kat mana?)

anor said...

sib baek la entri ini hanya karutan untuk menambah hits.. kalo x.. byk penghinaan nk bg ni tpi makcik sakinah omar dh bg sejibik.. okeh la tuh.. wakaka

tpi kn sorila.. x suka kt furqan sbb klau dia btul syng kt anna, dia x akan proceed dgn marriage tu in the first place pun.. so x akan undi dia utk apa2 award pun.. ngeh3x

Neo Rantissi on January 28, 2010 at 6:42 PM said...

denmat, ni kalau peminat2 setia KCB baca ni, mau cari ko nk pukul, haha, nasib baik aku x berdaya nk meminati KCB. SNSD pun x minat gak, cuma skrg dlm proses menghabiskan Hong Gil Dong, aku tau ni drama lama, ko mestia dh khatam byk kali, hahaha.

Anonymous said...

Manusia yang menaip entry ni memang nakkan perhatian.. Dahagakan perhatian. Sebab tu wat entry camni.. Publisiti murahan.. Seolah2 diri cam mulia sangat.. Yang pegi pomote Kamastura tu apa? Tengok SNSD konon.. What the.. Haha.. Big HAHA..
Wat maksiat dgn tengok lenggokan SNSD, pastu bleh pulak wat entry camni yang konon2 cam mulia.. Isk2.. Sedih2..

pemenang2 on January 29, 2010 at 10:06 PM said...

haha..rileks la...denmak tengah membesar banyak lagi wayar dalam otak dia x beberape betol cam aku la..pada denmak cinta yang suci bukan cinta yang ada unsur2 sebegitu...tu pandangan dia....

sebab tu makcik tuh tegur pandangan hafiz yang agak ekstrem...mende tu salah satu keperluan manusia kate makcik tuh.....

Anonymous said...

salam....

cerita nih tak lucah sebenarnya.... kalau orang trus tgk ceritanya tanpa baca novel dier mybe akan ader slah tanggapan... Khairul Azzam bukan desperate tapi dier cume mencari jodoh yang Allah dah tetapkan untuk dier... sama cam mnusia lain gak....kiter nak yang terbaik untuk diri kite....

furqan is he example of manusia yang bersabar dengan ujian yang dia dapat cume bila dier kawen ngan Anna, agak tak fair lah bagi anna... sebagai istri die cume tuntunt hak dier...

read the novel first... tapi yelah pendapat orang mana boleh sekat kan..
cuma bile kite tengok satu-satu fim tuh, macam mana kita nak judge citer tuh.... janganlah sampai label Filem Lucah Islamik....
at least ader gak bender yang kiter boleh blajar dari novel tuh...

anis.samihah said...

rasanya hafizadam dah baca novel2 kcb sebab dia pun dah komen jalan ceritanya dlm entri yg dulu2.. jadi, beliau sudah belajar sesuatu drpd novel2 tu.. cuma saya rasa entri kali ni adalah luahan ketidakpuasan hati beliau terhadap filem kcb2 dan watak azzam-anna yg digambarkan sbg 'gila seks'(?).. sebenarnya istilah 'filem lucah islamik' itu tidak lain hanyalah idea panas hafizadam utk menghangatkan entri kali ini dan menjulangnaikkan hits.. tahniah atas kreativiti anda tapi kena berhati-hati lagi dgn sensitiviti org lain.. :)

Wal on January 31, 2010 at 11:01 AM said...

Haha.
Dalam masa beberapa hari (mungkin seminggu)
respon dah jadi 26 (tak termasuk komen saya).

Kamu mesti teruja dengan komen2 yang dihujahkan
lepas habis exam nanti. XD

Unknown on January 31, 2010 at 3:05 PM said...

aargh~~ lucah xlucah,aku layan suma..
paling aku layan Buletin Utama..haha

HafizAdam on January 31, 2010 at 5:01 PM said...

kenapa semua orang menganggap entry ini serius?
senyum kemudian sebut "Argh lucahnya filem nih!!" kemudian gelak~ har3

Anonymous:
saya memang mulia. rupanya kamu mengaku diri kamu hina. haha kesian, mak kamu mengandungkan orang yang hina. sedih mak kamu kalau dia dengar =P

Firuz Akhtar:
hanya SNSD yang mampu membuatkan saya download SEMUA album diorang. Suju, 2NE1, KARA, FT Island, DBSK, 2PM etc gagal. xD

ape pun, entry nih cuma gurauan je. korang mesti teruja kan?

Wal on February 1, 2010 at 5:36 PM said...

Saya cuma teruja
bab ketawa terkekek tuh je. Haha.

Anonymous said...

"Slalunya kebenaran itu susah di amalkan,
tetapi apabila diamalkan terasa bahagia,
kejahatan itu mudah diamalkan,
tetapi apabila diamalkan tak pernah tenang jiwa.."

renung2kan wahai kawan & slamat beramal

kayko on February 3, 2010 at 9:31 PM said...

pening aku dgn fahaman pemeningisme...siap ada ranking lagi...

munaizzah on February 4, 2010 at 5:46 PM said...

setuju !!

Anonymous said...

aiyoh.penulis ni tak jaga pandangan. tengok SNSD menaikkan nafsu syahwat sendiri je. Allah kata tundukkan pandangan. maksudnya bukan di jalanan je, kat tv, kat internet, kat youtube. apa saja lah.
teguran membina isnt it?
kalau tak boleh terima jangan lawan ya.

Anonymous said...

aku rasa orang bodoh la buat artikel ni,aku rasa filem KCB n KCB2 ini karya agung,cube bukak mata tu,bandingkan filem rempit,BOHSIA,budak kelantan,rempit 2.impak maksima,impak maksima 2,ni semua orang islam tapi kat MY KAD je la....semuanya kerosakan akhlak,tunggu la KAMU di saat PERSOALAN dari TUHANMU atas apa-apa yang telah kamu lakukan di atas bumi ALLAH ini...

muhammad fakhruddin on February 5, 2010 at 7:20 PM said...

Maaf,saya ingin berbeza pandangan.
Walaupun artikel ini hanya karutan & gurauan anda semata-mata,meletakkan label LUCAH bersama ISLAMIK ialah 1 perbuatan yang amat tak wajar.

Dr. Hafiz Adam boleh bergurau tapi fikirkan juga apa yang pembaca fikir...

Anonymous said...

aku x penah tgk citer ni..tp bla baca ape y ko tulis,aku rasa kesian kat ko..menunjukn y ko ni xmatang...gurau pon gurau jgk,tp ko ade lagi bnd lain y ko bleh begurau slain dari islam....cuba bayangkn kalau aku begurau dgn tajok mcmni"allah itu x wujud sbenarnye"
ok ke aku gurau bnd camni??n org akan marah2 aku,tp aku still nk defend diri aku dgn mengatakan aku begurau..ape2 pom,ko mmg bodoh

anor said...

wow.. panass.. mmg lah kne 'read between the lines' dn kne phm 'asbabul nuzul' entri ni.. klau x, jd la panass mcm Anonymous 35, 36, 38 tu (ke, tu smua org yg sama? haha).. kalo ye pn nk beremosi.. jgn la smpai kita mmbodohkn diri sndiri dgn memanggil org lain bodoh pulak.. LoL

Anonymous said...

AMARAN KERAS: BLOG INI TELAH DIHARAMKAN,KERANA SEBAHAGIAN ARTIKELNYA BERUNSUR MENGELIRUKAN DAN MEMECAHKAN AKIDAH UMAT ISLAM...KEPADA PENULIS BLOG SILA TAMATKAN KARYA PENULISAN ARTIKEL ANDA DENGAN KADAR SEGERA SEBELUM TINDAKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH AKAN DIKENAKAN...

Anonymous said...

Saidina Umar Al-Khatab r.a. berkata:
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Anonymous said...

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi"

(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Anonymous said...

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

kiamat sudey dekat on February 10, 2010 at 10:05 AM said...

nothing to say.
masing masing ade hak untuk keluarkan opinion ,lgpun..movie KCB ni pun mcm bertujuan ..keuntungan...instead of dakwah.
so,who care whenever people labelled it with such "l***h words"

define l***h....

Anonymous said...

adoi ko nie pk kuning sgt r...ko tafsir cte 2 -ve sgt..pdhal byk yg ko boley tafsir lbey +ve...mcm r ko nie xde nafsu seks...normal r sket

Anonymous said...

x pnah lak ak tngok cter ni,tilik smpai camni skali..

xie yuen on February 25, 2010 at 5:57 AM said...

salam...
pada pendapat saya setelah melihat KCB 1 n 2.. dapat sy simpulkan bahawa jalan cite ni lebih kepada usaha mendapatkan jodoh bersesuaian dengan ketentuan Allah.. khairul azzam sekurang2 dia berusaha mencari jodoh untuk menyenangkan hati keluarganya kerana umur yg dah sesuai tuk berkahwin. Lucah ke x lucah cite ni bukan menjadi perkara pokok pada cite ni. yang penting mesej utama yang ingin disampaikan.

Anonymous said...

salam.. KCB 1 dan 2 amat baek... kenapa kate lucah???? pelik... cube bandingkan filem ni ngan filem2 lain di Malaysia... mner yang lucah??? ader x manusia d negara ini yang cube kuarkan filem seperti ini???? ader x??? sy rase hanya filem Syukur 21 jer.. yang lain2 xder.... Nur Kasih??? setengah je islamaik... lagi setengah??? hampeh... filem yang laen??? hanya membawa kepada kemungkaran... kemaksiatan... cube fikir dengan akal.. bukan dengan nafsu... jadi.. aku nsihatkan.. ko tengk balik cite KCB ni dr awal... tpi sebelum 2.. kene bersihkan kpl otak ko 2 dr pemikiran negetif,... usahakan....

Anonymous said...

dalam islam antara perkahwinan yang haram adalah perkahwinan yg menzalimi si isteri...dlam contoh filem ini, furqan yg ade HIV telah menzalimi isterinya dngan tidak jujur dan tidak memberi nafkah batin. jadi, jelaslah furqan bukan watak terbaik...tentang Abdullah pulak, wajarlah dia mencari isteri kerana umurnya yang telah lanjut dan digalakkan ibunya serta adik beradiknya...

nursyuhada on March 7, 2010 at 5:08 PM said...

salam saudara..pada pndangan sy,jika induvidu i2 bfikirn negatif,mgkin mreka pn mganggp yg sme sperti saudara.filem kcbt xla lucah bgi sye,krn xde adegan yg xsnonoh pn,cume dialog anna dn suaminya je yg agk pelik skitla,tpi mrekakn suami isteri mgkin sbab 2 adegan 2 dianggap biase buat orng yg buat dialog 2,so xprlula mlabelkn yg filem 2 lucah.krn agk krang sopan tajuk yg saudara tlis 2.sye rsa ada byk agi filem yg saudara blh labelkan sbagai lucah sperti filem trbru seperti V3...renung2kan=)

Anonymous said...

aku bleh cakap due bende je;

1- tahniah la ko berjaye menambah hits utk entry kali ni

2- bodo sial pemikiran ko~

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template