11 March 2010

Cerberus

Setelah menghabiskan beberapa ketika dengan entry-entry yang tidak berfaedah, kita kembali ke jalan yang lurus. Kali ini saya akan menghuraikan beberapa sebab kita mesti bersatu. Bukan bersatu dalam konteks "Teguh Sehati", tapi bersatu dalam konteks "Penulisan Artikel".

Dewasa ini kita menyaksikan tumbuhnya banyak blog-blog persendirian. Tidak dinafikan juga banyaknya website-website yang kononnya dimiliki oleh individu atau badan tertentu yang spesifik merujuk kepada mereka. Namun begitu, yang menghairankan adalah individu-individu ini sebenarnya berada di bawah satu pertubuhan lebih besar, tapi bersaing mewujudkan website sendiri seolah-olah mereka adalah rival.

Post kali ini tidak akan menyentuh cuma blog atau website, tapi juga medium-medium lain yang berkaitan, seperti Facebook, YouTube, dll dsb. Tapi untuk memudahkan penulisan, saya cuma akan menyebut blog atau website.

Soalannya berbunyi; "Kenapa perlu kita mewujudkan cuma SATU medium untuk menulis, dibandingkan dengan BANYAK medium?"

1. Kesatuan

Satu medium, menunjukkan satu kesatuan. Ini sememangnya jelas dan nyata bagi sesebuah pertubuhan atau persatuan. Daripada sudut pandangan penulisan secara individu pula, satu medium menunjukkan kebersamaan antara penulis-penulis.

Dari segi pemasaran pula, satu website menjadikan ianya lebih mudah untuk dikenali. Sekiranya anda dan rakan anda berada di bawah satu pertubuhan yang sama, ataupun mempunyai satu matlamat yang sama, ataupun memiliki bahan dan corak penulisan yang sama, tidak rugi mewujudkan hanya satu medium untuk menulis, berbanding mempunyai pelbagai website dan link yang sukar diingat.

2. Promosi

Tahukah anda, 10 kepala lebih baik daripada 1 kepala? 10 kepala mampu mewujudkan 10 idea berlainan, dibandingkan dengan hanya 1 kepala. Ada kepala yang lebih ke arah dakwah. Ada juga kepala yang lebih ke arah teknologi. Ada juga kepala yang cuma tahu berfikir tentang cerpen.

Variasi dalam 10 kepala inilah yang akan menjadi daya tarikan promosi. Bandingkan 10 kepala menulis untuk satu website, maka akan ada banyak pilihan untuk pembaca. Mungkin Pembaca A yang selama ini hanya membaca artikel teknologi, secara tiba-tiba tertarik untuk membaca artikel dakwah kerana terlihat artikel tersebut di dalam satu website yang sama.

Sekarang, bandingkan dengan Pembaca B yang melawat website yang ditulis oleh 1 kepala, dan cuma bercerita tentang teknologi. Bilakah artikel dakwah akan dibaca oleh Pembaca B?

Kekuatan promosi bukan hanya disitu. Kekerapan website anda dibuka, menyebabkan "pengaruh" website anda sangat kuat. Sebagai contoh; di Google Search, setiap carian yang dibuat mungkin menjadikan website anda sebagai nombor 1 dalam ranking disebabkan "pengaruh" tersebut.

Soalan yang saya ingin tanya adalah, sekiranya keyword "Perubatan Islam" di-Google, tidak inginkah anda menjadi antara website utama yang dipaparkan dalam hasil carian? =)

3. Back-up

Menulis bukan senang. Ada turun, ada naik. Kadang-kadang istiqamah, kadang-kadang tawaquf. Kadang-kadang diberi hidayah, kadang-kadang writer's block.

Sekiranya seorang penulis mengalami musibah seperti di atas, bukankah pembaca akan merasa sedih apabila blog/website beliau terbiar sebulan dua akibat tiada update? Berlainan dengan Website 10 kepala, masih ada 9 penulis lain yang boleh back-up ketiadaan seorang penulis, lantas menjadikan website mereka tidak "bergua".

4. Perkongsian idea dan matlamat

Kadang-kadang penulis akan mengalami satu keadaan yang disebut writer's block. Ia satu keadaan di mana penulis tidak mempunyai idea untuk menulis. Sebenarnya mempunyai 10 kepala memiliki kebaikan tambahan selain perkongsian idea semata-mata, dan ianya lebih ke arah menuju satu matlamat yang sama.

Berkongsi satu blog atau website menjadikan setiap penulis sebagai duta website atau blog tersebut. Maka agak tidak sesuai sekiranya artikel yang ditulis bakal mendatangkan kesan buruk kepada penulis yang lain. Di sinilah tugas perbincangan dan perkongsian matlamat serta idea. Setiap penulis tahu apa yang perlu ditulis, di mana perlu fokus untuk mendapatkan idea, bidang yang perlu diterokai, bahan yang ingin dipersembahkan, dan sebagainya. Kadang-kadang mengurangkan masalah writer's block yang dihadapi.

Walaupun perkongsian idea mungkin boleh diperolehi walaupun kita memiliki blog/website berlainan, tapi mungkin mencorak sesuatu website dengan acuan yang sama menggunakan bahan yang berlainan hanya boleh dilakukan dengan website 10 kepala.


5. Misconception tentang 10 kepala dalam satu Website

A. 1 website setiap orang adalah lebih sistematik, tidak terlalu serabut.

Misconception ini wujud akibat banyaknya artikel yang diterbitkan, dan bercampur-campur antara satu kategori dengan kategori yang lain. Tambahan pula banyaknya artikel yang diterbitkan menjadikan artikel anda sedikit tenggelam bilamana artikel baru diterbitkan. Ini adalah satu misconception yang biasa.

Dengan sedikit penambahbaikan kepada template, mengubahsuai kategori penulisan serta penjadualan penerbitan artikel, anda akan mengatasi masalah ini.

B. Susah untuk submit artikel. Terpaksa melalui banyak kerenah birokrasi.

Ini juga satu misconception yang terjadi akibat pre-conception terhadap sesuatu website. Anda terlalu ghairah untuk menjadi Admin, menyebabkan anda prejudis terhadap proses yang melalui banyak "tangan".

Sebenarnya dengan sedikit pertanyaan, anda boleh memastikan anda mendapat kuasa penerbitan artikel secara terus. Sebagai contoh, Facebook membolehkan beberapa Admin dilantik untuk menukar status tanpa perlu menggunakan satu akaun yang khusus. Beberapa website yang lain juga sebenarnya mempunyai fungsi Submit Article yang anda sendiri boleh guna secara terus dari akaun anda sendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bertanya kepada Admin website tersebut.

C. Terdapat had terhadap bentuk penerbitan yang mungkin tidak disukai penulis lain, atau melanggar polisi website tersebut.

Ini adalah satu bentuk halangan yang sebenarnya bermanfaat. Sekiranya artikel tersebut bermutu dan berkualiti, tidak mungkin ianya dihalang daripada diterbitkan. Sekaligus menjaga kualiti sesuatu penerbitan. Ini sebenarnya check & balance.

Blog peribadi seperti blog saya boleh menerbitkan apa jua bentuk artikel yang saya suka, tapi di PERUBATANonline, terdapat standard etika penerbitan yang perlu dipatuhi. Sekaligus menjadikan PERUBATANonline lebih berkredibiliti dan berautoriti, dan entry blog saya cuma "karutan".



Suka saya berkongsi satu cerita mengenai satu blog. Maaf sekiranya ia bersifat hiburan, tapi memperkenalkan Allkpop - Sizzlin Kpop Gossip & Dirt. Sepanjang pengetahuan saya, beberapa penulis Allkpop pada asalnya mempunyai blog mereka sendiri, namun dihentikan untuk memberi komitmen kepada Allkpop, kerana beberapa sebab yang saya sebutkan di atas.

Antaranya point nombor 2: Promosi. Setiap penulis membuat liputan artis kegemaran mereka, tetapi pelawat yang mungkin hanya ingin membaca artikel artis tersebut ditarik untuk membaca artikel yang ditulis penulis yang lain disebabkan koleksi artikel mereka yang menarik perhatian. Sekiranya mereka boleh berbuat demikian, kenapa tidak kita?


Kisah lain yang tiada kaitan, sekadar suka-suka; Cerberus. Cerberus adalah anjing berkepala 3 dalam mitos Greek, penjaga pintu Hades. Walaupun terdapat banyak khilaf tentang bilangan kepalanya, tapi Cerberus pada asasnya mempunyai banyak kepala dengan hanya satu badan. Popular dengan 3 kepala. Satu kepala untuk masa lampau, satu untuk masa sekarang, dan yang akhir untuk masa depan. Ianya cuma cerita.

Tapi kalau dalam game, 3 kepala Cerberus tersebut masing-masing mempunyai giliran untuk menyerang dalam satu round, menyebabkan ianya agak sukar untuk dilawan. 3 lawan 1. XD

Entry ini tidak menyuruh anda menutup blog peribadi anda dan mula berpakat dengan rakan-rakan untuk mewujudkan hanya satu blog untuk batch anda. Entry ini cuma menjelaskan beberapa sebab kenapa lebih baik anda mencari satu platform untuk menulis, dibandingkan dengan mewujudkan platform sendiri. Namun begitu, sekiranya anda telah mempunyai blog sendiri, mungkin anda boleh mempertimbangkan cadangan untuk menulis artikel di ruang maya yang lebih menggegar seperti PERUBATANonline, dan menumpukan blog anda untuk catatan peribadi. Kadang-kadang mempunyai banyak blog untuk ditulis adalah menyusahkan, maka buatlah pilihan yang paling tepat.

Sesuatu artikel yang bagus, sekiranya diterbitkan dalam medium atau platform yang lebih baik, menjadi lebih besar manfaatnya. Kadang-kadang artikel yang kita tulis itu menarik, tapi kurang dibaca kerana kurangnya pelawat ke blog kita. Tapi sebaliknya berlaku apabila diletakkan dalam PERUBATANonline. Ia menjadi artikel paling popular dibaca selama berminggu-minggu.

Kesimpulannya? Mari Bersama mediaPERUBATAN! XD
Sekiranya lebih berminat menjadi Freelancer, Kami Masih Mengalukan Anda. =)

Untuk Cawangan bagi pertubuhan, mungkin blog atau website khusus boleh dipertimbangkan, tapi untuk mewujudkan bertimbun-timbun blog untuk setiap unit dalam pertubuhan tersebut, amatlah tidak berfaedah. Unit Dakwah inginkan blog sendiri, Unit Ekonomi ingin blog sendiri, Unit Akademik ingin blog sendiri. Lebih parah lagi, Bahagian Sirah Unit Dakwah inginkan blog sendiri, Bahagian Pharmacology Unit Akademik ingin blog sendiri, dan Bahagian Jualan Unit Ekonomi juga inginkan blog sendiri. Akhirnya semua terbengkalai. Sedangkan satu website pertubuhan sudah cukup. Cuma perlu diubahsuai kategori artikel kepada Dakwah, Ekonomi dan Akademik.

Jom menjadi simple dan efektif. Elakkan Redundancy.
Tahukah anda apa itu Redundancy?
Multiple Antibody reacting with the same Antigen.
Matlamat sama, tapi banyak pulak kerenah dan medium.
Bukankah lebih baik diupgrade sahaja satu Antibody tersebut menjadi Magic Bullet menggunakan teknik Monoclonal? Antibody tersebut boleh digunakan dalam anti-tumour therapy, bacterial typing, antiviral dan sebagainya. =)

Salam penulisan daripada saya, Bring Out the Wild Boar in You. XD

5 penghinaan diterima:

[MH] on March 11, 2010 at 10:37 PM said...

jom join media PERUBATAN.

ramai nk resign dh ni :D

HafizAdam on March 11, 2010 at 10:42 PM said...

fathiyyah takleh resign! piat kang~

[amiza malik] on March 12, 2010 at 11:24 AM said...

jum lah bersatu di bawah satu blog.haha

anor said...

"Setelah menghabiskan beberapa ketika dengan entry-entry yang tidak berfaedah, kita kembali ke jalan yang lurus."
.
.
.
~hmmm tau xpe.. wakaka~

Anonymous said...

kenapa cerberus? kenapa bukan hydra?
http://www.ffxi-atlas.com/monsters/monsters/imgs/hydra_large.jpg

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template