15 March 2010

Kenapa Lelaki Mesti Duduk Di Depan?

Hari ini secara tiba-tiba saya mendapat idea untuk mengembangkan lagi konsep Lucah Islamik sepertimana yang pernah saya sebut dulu. Saya tahu ramai tidak setuju saya menggabungkan istilah berkenaan, tapi sedarkah anda bahawa istilah itu cuma saya reka untuk menjelaskan keadaan? Realitinya, Lucah Islamik berada di mana-mana.

Saya tertarik dengan satu isu yang mungkin tidak dialami dalam komuniti pelajar yang "biasa-biasa", tapi di kalangan pelajar-pelajar yang kononnya "Islamik" dalam segala segi, isu ini mungkin pernah timbul. Sekiranya bercampur lelaki dan perempuan dalam satu dewan kuliah, maka kedudukan lelaki dan perempuan akan menjadi pernyataan "Lelaki Mesti di Depan dan Perempuan Mesti di Belakang".

Image and video hosting by TinyPic


Saya tidak berminat untuk membahaskan persoalan tersebut, tapi saya lebih tertarik dengan konsep Lucah Islamik yang ditunjukkan dalam isu ini. Kebanyakan manusia gemar mengambil contoh dari solat, di mana lelaki di depan dan perempuan di belakang. Begitu juga dalam dewan kuliah, menurut mereka. Tapi sebenarnya keadaannya jauh sekali berbeza.

Dalam solat kita melakukan pergerakan seperti rukuk dan sujud. Tapi di dewan kuliah tidak. Kita cuma duduk dan mendengar kuliah, sambil membuat perkara-perkara sengal yang normal. Saya tidak tahu kalau-kalau ada yang tiba-tiba membuat "KARA Butt Dance" di dalam kuliah. Itupun saya tidak tahu nampak atau tidak. Dari belakang, manusia di depan nampak seolah-olah sedang mengambil gambar pasport dengan muka dipalingkan ke belakang; hanya belakang kepala, leher dan bahu yang terlihat.

Di manakah contoh Lucah Islamik yang saya maksudkan? "Nafsu lelaki suka berimaginasi tinggi. Sekiranya mereka duduk di belakang, maka mereka akan membayangkan yang bukan-bukan." Kalau dalam solat saya boleh terima pernyataan ini. Sewaktu rukuk atau sujud mungkin tiba-tiba kopiah lelaki akan tercabut melihat punggung perempuan, tapi di dalam dewan kuliah? Melihat belakang sudah sukar, inikan pula mengintai punggung mereka. Sekaligus menyatakan bahawa lelaki Islam sebenarnya gila seks, dalam dewan kuliah masih sempat berfikiran kuning; otak mereka sudah mengalami gliosis dengan pus formation.

Nampak? Sungguh lucah dalam norma Islamik mereka.

Namun begitu, saya tidaklah menyokong perempuan duduk di hadapan seratus peratus. Saya cuma ingin menyatakan bahawa sebab dan contoh yang diberi tidak relevan. Bagi saya, yang paling jelas apabila perempuan duduk di hadapan adalah aurat mereka. Maklumlah, aurat perempuan bukan setakat pusat hingga ke lutut. Aurat mereka adalah keseluruhan tubuh mereka.

Apabila di hadapan, 2 jam kuliah memberi masa yang lama untuk kita terlihat aurat mereka. Tudung yang dipakai bukannya Opaque. Kadang-kadang 20% transparent. Sesekali sanggul digerak-gerakkan. Lengan pula kadang-kadang terdedah. 2 jam itu cukup untuk anda melihat paling kurang sekali aurat mereka. Mungkin boleh ditambah wangian yang mereka pakai. Mereka bukannya memakai bedak murahan di kaki lima "kullu hagah bigenih". Wangian mereka adalah Imperial Majesty yang boleh dihidu 40 meter hadapan, kiri, kanan dan belakang.

Menuntut ilmu dan solat tidak sama. Praktikalnya berbeza, situasinya juga berbeza. Bandingan ini sedikit sebanyak sukar diterima. Namun begitu, tidak semestinya kita perlu mengabaikan terus alasan ini. Adab juga jangan dilupa. Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati manusia yang tidak beradab. Hidup bukan hitam dan putih. Baik akan selamanya putih, dan buruk akan selamanya hitam. Pasti ada ill-distinct line of demarcation; kelabu. Sekiranya dibuang perkara yang hitam, adakah cuma putih pilihan kita? Adakah adab hanya dengan perempuan duduk di belakang? Tidak beradabkah lelaki duduk belakang? Adakah perlu untuk memenuhkan ruang kosong? Lecture dan praktikal, di mana keperluan melihat slide? Adakah perlu duduk di depan kalau kuliah cukup sekadar mendengar suara? Dan persoalan-persoalan lain.

Cuma dalam entry kali ini, saya sebenarnya ingin menunjukkan satu lagi contoh Lucah Islamik yang biasa digunakan. Kenapa mesti nafsu menjadi pengukur dan penyebab sesuatu perbuatan? Kenapa mesti ganjaran membaca al-Quran adalah bidadari di syurga? Kenapa tujuan menutup aurat adalah untuk mengelakkan nafsu manusia? Memang tiada perkara lainkah selain nafsu? Adakah hanya nafsu musuh utama manusia? Lebih-lebih lagi nafsu seks? Jujurnya, dibandingkan bidadari dan komputer, saya lebih rela sebuah desktop dengan sambungan internet serta harddisk yang penuh dengan cerita Asia. =P

Kesimpulannya, duduklah di mana-mana asalkan anda selesa. Saya suka duduk dalam lingkungan pendengaran manusia. Kalau ingin duduk di depan, datanglah awal. Kalau nak duduk di belakang, juga mesti datang awal. Kalau tidak, nanti tempat tersebut dipatuk ayam~ XD. Menuntut ilmu kena berusaha, bukannya duduk menanti datang melayang. Bukannya budak-budak untuk disuruh-suruh, disuap-suap, ditentukan tempat duduk.

Jom kita cuba mengurangkan konsep Lucah Islamik. Barulah ada alasan yang lebih segar. Asyik-asyik nafsu, boring juga kan? =)

14 penghinaan diterima:

Hamizah VenXas on March 16, 2010 at 5:40 PM said...

haha.. kara butt dance.. tak pnah2 sy nk wat cmtu kat public..

hai~ sje jenguk blog orang..
jmpa awk pnye kat blog Kak Asniza :D

mohd hazwan bin mohd salleh on March 16, 2010 at 8:44 PM said...

kalo duduk depan xbule bukak kasut..kan dinmat =P

[MH] on March 16, 2010 at 9:22 PM said...

sejak kat kisas, budak2 laki kompem akan tegur budak perempuan yg bukak kasut. tu tk masuk teguran(plus surat layang dr exco badar) utk budak perempuan yg minat gila bola tahap tak ingat(mcm fathiyyah)--> jahil sungguh budak ni dulu

aih...
senanya nk kata, entry ini salah satu bukti menunjukkan dinmat mmg sarcastic :D

HafizAdam on March 16, 2010 at 9:29 PM said...

Aya Shin:
eh, kamu ni sape? adik MakNgah?

mHazu Ismu Eh:
ape kaitan? aku bukak kasut je di mana-mana. sedap duduk sambil memeluk lutut. XD

Fathiyyah Ibrahim:
ler, minat je r bola sebagaimana sy minat SNSD. ape masalahnye kan XD

tp di amna sarcasm-nya?

anor said...

hmm.. dlm kelas saya dgn komuniti yg 'islamik', klau lelaki dduk sblh kanan, pmpuan akan dduk sblh kiri, so bole je sape2 dduk dpan.. ngeh2.. sbnrnya selain dri isu nafsu, alasan yg lebih segar ialah klau lelaki dduk dpan tu dpt la 'semangat' sbg pmimpin, sort of 'leading the way' gitu.. XD

heheh.. maka sesungguhnya nakkan desktop dgn internet line dan cerita asia itu juga nafsu (tmbh2 klau nk suka kt snsd tu.. wakaka)..


p/s sy bru hbis tngok ep akhir iljimae.. huhu knpa endingnya begitu.. adehhss

alQasam on March 17, 2010 at 8:02 AM said...

Persoalan lelaki wajib untuk duduk depan ketika majlis ilmu bukanlah persoalan ittifaq, dhoruriyat atau al-a'mal ma'lum fi deen bidorurah (yang dah absolute dimakulumi hukumnya). Ia diqiyaskan dengan kaedah solat/ibadah. Sepertimana Nabi saw mengasingkan pintu masuk lelaki dan perempuan di masjid Madinah. Dr Qardhawi- ulama' paling fleksible- menqiaskan tentang ini untuk hukum ikhtilat.

Tetapi, bila bab siapa duduk depan belakang, bukan bab ikhtilat lebih kepada adat-tahsiniyat-. Lelaki sebagai pemimpin. Satu simbolik. Bukan mesti atau definite hukumnya. Adab sahaja. Jika sebaliknya, tiada masalah. Jika aman dari fitnah bagi kedua-dua pihak (tidak ada isu, perbalahan, dibesar-besarkan) silakan memulakan anjakan paradigma.

Ini yang diqiyaskan ulama'-saf solat- jika dalam majlis ilmu digalakan wanita duduk belakang. Tidak mesti. Sebaiknya buat sahaja bersebelahan. Tidak kira belah mana. Asal tidak bercampur.

Yang menjadi masalah, ialah minat/menonton SNSD yang tiada ulama' mengharuskannya atau perempuan yang suka melihat abs- artis-artis lelaki.

Allahua'lam.

HafizAdam on March 20, 2010 at 7:20 PM said...

wah ade ustat respon.
tibe2 rase terharu. haha

Anonymous said...

assalamualaikum wbt
dalam kelas ustaz nazrul ari tu ade ckp
laki lagi elok dok dpn n pompuan dok blakang
saidina umar lagi rela jln blakang singa dpd jalan blakang pompuan
ni bukan selesa@ x selesa..tapi ni utk keberkatan ilmu.
tapi x tau la kalau klas campur ngan non muslim tu cane
wallahua'lam
wassalam
oleh sbb xde blog,maka saya anonymous..huhu

anor said...

anonymous, bole je tulih nama kt name/url tu wpun xde blog (cam saye.. heheh)

budak cairo said...

lorh..
atakat buka kasut, angkat kaki naek atas krusi..
bkn apa pon..
haha..
dok dpn pon x kesah..

Hamizah VenXas on April 2, 2010 at 8:21 AM said...

haha.. sy bkn adik spe2 yg awk knl.. sy ni pem-visit blog orang :D

aku jua anak malaysia said...

Assalamualaikum..hurm..Lucah Islamik?terpikir..mesti byk lagi ilmu agama yang saudara ni xtau..so dats u comment based on ur "nafsu"..walaupun saudara katakan yng saudara x suke ngan "nafsu" tapi hakikatnye tulisan saudara dah terpampang yang saudara ni bernafsu..mana ada manusia xde nafsu..ALLAH yang cipta kita bernafsu, so DIA dah tetapkan peraturan tuk kita kekang nafsu tersebut.tu ujian yang diberikan sementara hidup ni.pandai kawal nafsu atau x..yang kite nk menentang pehal??

sekian, terima kasih (^,^)

:) said...

sy stuju ngn pnulis.
jgn tlalu tksub dan asek mgunakn alasan nafsu.
bpe rmai plaja llaki yg nk dok dpn wktu dlm klas?
pastu klu kne pksa,sah2 dh xleh nk focus dlm klas.

yg heranny,
dorg ni (meke yg mbntah) sibok2 sgt psl tatatertib dlm klas kononny,TAPI npe xpenah tlintas ttg bc doa sblom klas,ucpn slm pd pensyarah?

stuju ngn sy,saudara penulis?
:)

penegur eklas said...

to aku jua anak malaysia.

"MESTI BYK LG ILMU AGAMA YG SAUDARA NI XTAU."

teguran ikhlas dr sy,jgn suke mnilai dan mpsoalkn status pdidikan ssorg.lebih2 lg ilmu agama.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template