26 October 2008

Cerita Raya PERUBATAN 2008



Ha boring nak mereka cerita, kali nih kita bercerita sambil melihat gambar je lah ekk? Malas nak menulis ayat pepanjang. Jadi pendeknya menjadi cerita bergambar. Lagipun "a pix tells a thousand of words". Itu baru satu gambar. Post kali ini mempunyai 15 gambar dan 1 video. Haha.


Sambutan raya kali ini diadakan pada 24 Oktober 2008 di: Hadiqah Yabaniyyah, Nadi Muqawalun, Sikkah, Qahirah atau dalam bahasa melayunya: Taman Jepun, Kelab Kontraktor, Sikkah, Kaherah. Macam alamat kan?

Nama sambutan kali ini ialah Semarak Fitrah PERUBATAN 2008 bertemakan "AidilFitri Menyemarak Fitrah". Dengar nama program sahaja, saya terbayang novel Semarak tulisan Salina Ibrahim, terbitan Creative Enterprise (macam betul je. harap tidak tersalah fakta). Haha mungkin pencipta nama program ini terpengaruh dengan novel tersebut.

Saya bertolak awal ke sana, seawal pukul 2 walaupun tentatif program bermula pada 3.30 petang. Ini semua gara-gara mengikut AJK program - dAli. Lagipun pergi awal banyak manfaatnya. Beberapa shot sebelum majlis dapat dirakamkan.

Ribut pasir dan hujan renyai-renyai menjemput kami seawal di 6th October (nama tempat) lagi. Berterusan hingga kami sampai. Pakcik drebar pulak seperti sengal, tidak menutup tingkap teksi. Maka pasir masuk beserta air menjadi hujan selut. Awal-awal lagi baju telah menjadi kotor. Oh ya, kami pergi bertiga: dAli, Pemenang. dan saya.

Majlis bermula sekitar 4.30 kerana lapangan tempat majlis diadakan basah. Maklumlah, tempat terbuka. Air bertakung menyebabkan AJK Pelaksana terpaksa mengubah setting tempat daripada karpet kepada kerusi.



Sementara menunggu majlis bermula, sempat bertemu beberapa manusia. Ini adalah perkumpulan puak Terengganu; dari kiri: Jackster, Pemenang, Arif dan saya.






Kemudian mendaki bukit yang terletak di sebelah. Kedudukan hadiqah ini di sebelah bukit kecil maka bolehlah beberapa shot dari tempat tinggi diambil.



En Hazam Hajanan, Penasihat Pendidikan & Latihan JPA di Mesir, turut hadir. Malah LE18,000 telah disumbangkan JPA untuk majlis ini, hanya untuk makanan (kononnya). Tapi cukup kesian kerana beliau hanya berucap beberapa minit sahaja, tidak sepadan dengan duit yang disumbangkan JPA. Haha. Gambar kanan merupakan perkumpulan orang-orang tertinggi: Ashraf Isa (Pengarah Semarak Fitrah merangkap Ketua Biro Pembangunan Insan), En Hazam (Pegawai PPL JPA), Tengku Abdul Kadir (Presiden PERUBATAN) dan nYsa (Ketua Biro Penerangan & Penerbitan)



Antara kumpulan yang membuat persembahan malam tersebut: Munawwarah. Ataupun boleh digelar sebagai old-timer. Masih belum ada pelapis nampaknya. Haha.

Untuk mendengar persembahan diorang, Klik: PART01 | PART02



Ni kejutan yang disediakan AJK Pelaksana: Nazrey Johani. Saya tak terkejut disebabkan saya bersama nYsa sewaktu beliau memaklumkan Ustaz Malik yang menguruskan Nazrey sepanjang beliau di sini, bahawa PERUBATAN mengadakan program pada hari Jumaat. Secara kebetulan, Nazrey juga free pada hari tersebut. Kedatangan beliau ke Mesir adalah untuk mempromosikan kamus al-Miftah, maka sebagai bayaran promosi beliau di majlis PERUBATAN, Nazrey perlu membuat persembahan. Haha.

Nih rakaman persembahan beliau: Nazrey di Semarak Fitrah



Ini pula Akram Abdul Kadir @ Eckm, designer PERUBATAN yang menghasilkan video promo. Hensem? Gambar kanan diambil sewaktu turun dari bukit. Tadi mendaki, sekarang lalu ikut jalan normal.

Overall, disebabkan sibuk mengambil shot menarik (kononnye), maka saya terlepas untuk makan. LE10 yang dibayar terbang melayang. Walaupun boleh dibawa balik namun yang tinggal hanya nasi dan kuah (?). Haha sape suruh melaghokan diri mengambil video?



Dan ini pula liputan penuh Semarak Fitrah PERUBATAN 2008:



Credits goes to Pemenang, sebab semua gambar2 nih dirompak dari kamera beliau.

Take the first step with faith. You dont have to see the whole staircase, just take the first step.
[MLK Jr, Spotlight]

Continue Reading

21 October 2008

Semarak Fitrah PERUBATAN 2008



http://raya.perubatan.org



Comel kan video promo nih? Hasil sentuhan kreatif Akram Abdul Kadir, Tahun 3 Universiti Kaherah. Siap dalam 30 minit sahaja.

Sebetulnya saya ingin membunuh seseorang malam nih. Siapa?
Jackster.

Kehampehan beliau menyebabkan saya tidur lewat malam ini. Kenapa?
Kerana sibuk menolong beliau mempromosikan website Semarak Fitrah PERUBATAN 2008 ke seluruh belog manusia Mesir.

Out of 649 belogs, mostly done by him. I only managed to shout in 38 belogs, including those which are already having his shout. Haha.

Ditambah ngan tenet slow, browser crash, malah lagu bercampur aduk. Ini semua gara-gara "Open In New Tab". Javascript, Flash, Audio sume dah bergaul bebas. Masakan tidak crash browser Musang Berapi tuh. Ikhtilat tak syar'ie berlaku.

Sebenarnya saya masih kagum dengan video promo nih. Memang mantap. menggunakan After Effects, I suppose. No, it IS After Effects. I know that arrows and flowers plus that flashing dots. I gave him those.

Memang saya akui, kebanyakan software yang designer PERUBATAN guna adalah saya sebagai perintis. Lihat saja Photoshop, mula-mula berebut nak belajar basic, last-last mereka lagi power daripada saya. Sama juga dengan After Effects, mereka telah menjadi sangat power.

Yes, I'm jealous. Sebab mereka Mumtaz exam, dan berjaya memahirkan diri. Unlike me. masih di takuk lama. Masih di tahun lama.

Maybe I'm not suited to all of these multimedia stuffs. A bit sad. Tapi masih gembira, kerana saya adalah orang yang mempopularkan software tersebut.

Akhir kata, jom memeriahkan Semarak Fitrah PERUBATAN 2008! Kunjungi belog ini untuk maklumat lanjut!

Continue Reading

20 October 2008

Mari Membaca Buku.


Haha, post pertama dari Mesir untuk sesi 2008/2009. Kali ini saya berkempen satu kempen yang sudah basi bagi kebanyakan manusia. Ya, kempen ini sudah cukup lama. Namun bilangan buku yang dibaca rakyat Malaysia tetap tidak berubah. Kekal di takuk lama: satu buku setahun. Haha.




Dari Kiri: Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Salju Sakinah, Syabab Musafir Kasih.

Ya, inilah dia senarai novel yang telah di'borong' sewaktu pulang ke Malaysia. Tergamam cashier tuh. Bukan sebab 4 novel di atas, tapi sebab 4 novel di atas + 6 buku kat bawah. Haha.

3 novel di atas telah dibuka, dan dibaca. 2 ditinggalkan di Malaysia sebab adik nak baca. 2 lagi dibawa sebab Salju Sakinah ingin dipinjam hantu novel lelaki manakala Syabab Musafir Kasih belum dibuka. Masih comel berbalut plastik.

2 novel Ramlee Awang Mushid ini tidak mengecewakan walaupun perasaan membacanya lain daripada novel-novel RAM sebelumnya.

Ungu Karmila walaupun masih berlatarkan misteri tapi tidak dapat menipu analisis otak saya: debunga tersebut menyebabkan halusinasi. Kali ini novel tersebut boleh dikatakan 'tak best' oleh sesetengah peminat beliau sebab keboleh jangkaan ini.

Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri. Idea RAM amat menarik kali ini. Menggunakan kisah Ashabul Kahfi, beliau menghidupkan Sunan di zaman moden. Kalau Haryani dan Dani 'terlontar' ke zaman silam melalui roh; jasad di masa kini, tapi roh di masa silam, tapi beliau 'tercampak' ke zaman hadapan dalam bentuk jasad + roh. Namun berlaku sedikit kecacatan kerana kalau Sunan dimatikan buat sementara, kenapa abangnya tidak menemui beliau di gua tempat beliau tidur? Kan?

Teknik penceritaan HSP berubah menjadi teknik tipikal penulis novel - direct. Tidak berbolak balik. Benar-benar berbeza dari gaya penulisan RAM sebelum ini. Tapi gaya ini telah diberi klu awal-awal lagi oleh RAM sendiri dalam Ungu Karmila. Faktor ini juga dijadikan point untuk melabelkan novel ini agak mengecewakan sesetengah peminat, ditambah pula dengan kematian Sunan di akhir cerita, tanpa dapat mengahwini Haryani. Memang menyedihkan. Saya teringat babak yang seakan sama dalam Semangat Hutan; hero mati. Haha.

Salju Sakinah, saya gelarkan ia Novel Budak Mengulang Tahun. Haha. Adik nombor 4 merasmikan novel ini menyebabkan saya hanya dapat membacanya setelah keputusan 'dur tani' diumumkan. Sedikit sebanyak memberi kesan. Jika anda ingin tahu perasaan mereka yang mengulang tahun, boleh cuba membaca novel ini.

Memang benar seperti review yang diterima, novel ini seolah-olah ditulis penulis wanita. Penceritaan watak dan perwatakan wanita dilakukan dengan begitu baik. Isu yang dikupas juga berlatarkan keadaan semasa di Malaysia seperti ajaran sesat, dakwah serta adat kebiasaan masyarakat Melayu. Tapi agak mengecewakan kerana penulis tidak membuat watak Sumayyah 'tegas' dalam membendung ajaran sesat yang merasuk kakaknya, malah penyelesaian isu ini juga tidak menarik kerana Tok Ayah mati begitu sahaja disambar petir.

Namun begitu, ianya tidak mencacatkan keseluruhan novel. Peristiwa Sumayyah tidak lulus satu subjek juga sedikit sebanyak membuatkan kita mengagumi ketabahan beliau. Amat bermanfaat jika anda memerlukan semangat di saat menghadapi kesusahan akibat mengulang tahun. Sepertimana yang dialami Sumayyah: beliau dilamar Naufal setelah pulang ke Jordan untuk meneruskan pengajian. Bertuah kan? Hehe.

Buku ini amat sukar dicari serta agak tidak popular di Terengganu jadi saya membeli 5 keping untuk dijadikan hadiah. Haha. Sape yang dapat tuh mesti rasa special kan? Tak perlu susah payah mencarinya malah mungkin anda adalah satu-satunya budak yang membaca novel ini di kampung anda.

Syabab Musafir Kasih, novel kedua Fatimah Syarha selepas Tautan Hati. Tak sabar nak membuka balutan tersebut. Amat sukar mencari novel ini. Dalam 40 buah kedai yang dikunjungi, hanya satu sahaja yang ada novel nih. Haha. Mungkin disebabkan ianya diterbitkan Telaga Biru maka kebanyakan kedai buku kecil tidak menempahnya. Never mind. Akhirnya terjumpa di Dewan Bahasa & Pustaka: Kedai Buku Banggol, Kuala Terengganu.




Dari Kiri: Asam Garam Gula & Kopi, Biar Betul-betul, Aku Di Hatimu, Pelangi Membeku, Fikir-fikirlah, Buat Sampai Jadi.

Buku-buku ini belum dibuka kecuali Asam Garam Gula & Kopi maka takde komen untuk mereka. 2 tahun saya merantau, koleksi buku HM Tuah Iskandar telah menjadi semakin banyak. Saya suka membaca buku beliau samada novel atau buku motivasi.

Kebanyakan manusia berpendapat novel beliau hanya jiwang pada tajuknya sahaja, tapi ceritanya tak sedap serta sukar difahami. Ya, saya tak nafikan. Lihat sahaja Original dan Hatimu Untuk Siapa. Cukup memeningkan dan langsung tak jiwang. Tapi tetap saya baca berulang kali. Kenapa ya? Mungkin disebabkan isi tersirat yang cuba beliau sampaikan. Nama pun novel motivasi. Inikah Cinta pula gagal ditemui maka tak dibeli. Stok habis? Entahlah. Terlepas pandang mungkin.

Buku motivasi beliau jarang dibeli. Ini disebabkan ianya berlambak di perpustakaan sekolah. Tiada siapa ingin meminjamnya. Terbiar begitu sahaja. Bayangkan anda menjadi peminjam pertama buku tersebut. Bukan satu judul, tapi 3! Hahaha.

Kelakarnya minat membaca orang muda. Deretan novel yang baru sampai dari kedai, setelah siap dilekat stiker serta cop Pusat Sumber, habis dipinjam dalam masa tiga hari. Bukan satu tingkat, tapi satu rak yang mempunyai 6 tingkat atau lebih; saya lupa. Yang tinggal adalah novel lama. Contohnya Salina. Serta beberapa koleksi cerpen Sasterawan Negara.

Saya masih ingat lagi buku Keris Mas yang berhabuk tak disentuh. Benar, saya sendiri yang mengelap sampul buku tersebut. Ini adalah salah satu pengalaman sepanjang menjadi pengawas Pusat Sumber (Perpustakaan)Sekolah, selain daripada memerhati gerak laku pengunjung, menyusun buku, menerima buku-buku baru, mengecop kad pinjaman, mendenda pelajar dan sebagainya.

Itu belum lagi saya berbicara tentang sudut Red Spot yang dipenuhi buku-buku tebal Ensiklopedia. Tak ubah seperti muzium buku - bersih berkilat seolah-olah tidak pernah dikunjungi. Mujur sahabat saya, Rahim Robot, juga seorang pengawas PSS selalu melepak di situ. Saya akui beliau lebih kuat membaca berbanding saya. Pinjaman maksimum pengawas PSS 3 buku seminggu sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya banyak menemui buku menarik daripada beliau.

Itu baru secebis daripada situasi yang saya alami. Saya tak layak mengkritik manusia lain kerana saya sendiri malas membaca sekarang, tapi itulah kenyataannya. Masyarakat Melayu masih kurang membaca. Alasan yang diberi: "Saya baca buku rujukan, buku teks serta buku soalan peperiksaan. Takde mase nak bukak buku lain."

Eh melalut ke tempat lain pulak. Asam Garam Gula & Kopi tak direkemen buat mereka bawah 18 tahun. Saya klasifikasikannya sebagai 18SX. Maklumlah, ianya kompilasi celoteh pengarang dalam majalah Pesona Pengantin dan Seri Dewi & Keluarga. Kebanyakannya adalah cerita kahwin, sindirannya cukup tajam, nasihatnya amat berguna tapi lawaknya cukup lucah bagi kekanak. Haha.

Tapi ada lagi isu lain yang disentuh, walaupun kebanyakannya berkisar dalam lingkungan lelaki, perempuan dan keluarga. Contohnya isu pembantu rumah dan bunga telur. Siri kedua: Teh Tarik Kurang Manis ingin dibeli tapi terlupa bawa duit lebih.

Hidup tahun ini dipenuhi buku. Baca perlahan-lahan supaya habis pada tahun depan. Okeh? Jom sama-sama membaca.

Membaca Jambatan Ilmu.

Continue Reading

09 October 2008

Sony Handycam DCR-DVD810E

Nih update yang tak seberapa. Mula-mula nak show-off duit raye, tapi lupe nak amik gambar. Haha. Takpe2, post nih lanjutan soalan Jackster kat ShoutBox.


Model: DCR-DVD810E
Official Site: SONY
Price: RM1900
Features: Refer Website
Specifications: Refer Website



More Pix from Official Site:





Di saat orang lain berebut menukar henset dan meninjau kamera lantaran kenaikan elaun, kenapa saya memilih HandyCam?
  • Lain dari orang lain (kononnye)
  • Budak lelaki takde handycam
  • Senang kalau nak gune utk dokumentasi.
  • Melaghokan diri.


Sebenarnya handycam nih dibeli di Kuala Terengganu, jadi harganya agak mahal sikit. Kalau nak lagi murah, try chek kat Low Yat ke. Tapi berbaloi laa, sebab murah dari harga kat website dan dapat starter pack FREE. Starter pack tuh cam accessory yang basic, abang Cina tuh bagi. Kononnye ade offer sehingga 31 Ogos, tapi dia extend (kononnye). Bijak gak Cina nih berniaga. Sebelum tuh saya dah survey kat kedai Melayu, hampes takde offer. Abes tarikh katenye.

Accessory tambahan yang dye bagi: Casing, bateri, DVD+RW. Tapi casing tuh buruk ngat. Maybe kne survey yang lebih lawo.

Selain dari harga yang mungkin agak mahal, pilihan model pun agak terhad. Tapi nasib baik dah survey kat website terlebih dahulu, maka beberapa model RM1500-Rm2000 dah ade lam jangkaan. Antara model yang ade kat kedai mase tuh: DCR-SR65E, DCR-SR200E, DCR-SR42E, DCR-SR82E, DCR-DVD610E dan DCR-HC28E

Banyak tol model Hard-Disk. Model Mini-DV telah lame saya tolak lantaran kemurahannya (hehe). Kelebihan model yang menggunakan hard-disk adalah kapasiti yang tinggi, membolehkan ia merakam tanpa henti berjam-jam lamanya selagi ada bateri. DVD lak adalah removable media. Memudahkan kalau nak transfer ke komputer orang lain di saat takde kabel USB.

Sepanjang mengenali Handycam nih, masalah utama yang sering dihadapi adalah kapasiti yang tidak mencukupi untuk merakam keseluruhan ceramah atau talk yang rata-rata berjumlah 2jam. Maka DCR-DVD810E yang menggunakan 3 storage - 8GB internal memory, memory stick, dan DVD, menjadi pilihan. Walaupun berkemampuan membeli model yang lebih mahal, berkapasiti 60GB, saiz yang lebih kecil, design yang lagi lawa, malah memiliki Photo Mode 4MegaPixel, semuanya dikenselkan kerana saya seorang yang cuai, kalau hilang, maka terbakarlah duit tersebut. Haha.

Saya sebutkan di atas, DVD berfungsi sebagai removable media, tapi dengan internal memory 8GB yang berupaya merakam 3jam, rasenye model ini lebih sesuai menggunakan DVD sebagai additional storage.

Handycam ini akan dibawa ke Mesir, tapi jangan harap leh pinjam. Sewa LE10 sejam. Haha.

Last sekali, gambar nih semasa melepaskan kerinduan kepada adik2 tersayang:

Yang tidur: Adik bongsu no 8, yang selebihnya dari kiri: no5, 7, dan 6. Nombo 2,3,4 mase nih berada di asrama. Padan muke dorang. Haha.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template