20 October 2008

Mari Membaca Buku.


Haha, post pertama dari Mesir untuk sesi 2008/2009. Kali ini saya berkempen satu kempen yang sudah basi bagi kebanyakan manusia. Ya, kempen ini sudah cukup lama. Namun bilangan buku yang dibaca rakyat Malaysia tetap tidak berubah. Kekal di takuk lama: satu buku setahun. Haha.




Dari Kiri: Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Salju Sakinah, Syabab Musafir Kasih.

Ya, inilah dia senarai novel yang telah di'borong' sewaktu pulang ke Malaysia. Tergamam cashier tuh. Bukan sebab 4 novel di atas, tapi sebab 4 novel di atas + 6 buku kat bawah. Haha.

3 novel di atas telah dibuka, dan dibaca. 2 ditinggalkan di Malaysia sebab adik nak baca. 2 lagi dibawa sebab Salju Sakinah ingin dipinjam hantu novel lelaki manakala Syabab Musafir Kasih belum dibuka. Masih comel berbalut plastik.

2 novel Ramlee Awang Mushid ini tidak mengecewakan walaupun perasaan membacanya lain daripada novel-novel RAM sebelumnya.

Ungu Karmila walaupun masih berlatarkan misteri tapi tidak dapat menipu analisis otak saya: debunga tersebut menyebabkan halusinasi. Kali ini novel tersebut boleh dikatakan 'tak best' oleh sesetengah peminat beliau sebab keboleh jangkaan ini.

Hijab Sang Pencinta, pelengkap trilogi Bagaikan Puteri. Idea RAM amat menarik kali ini. Menggunakan kisah Ashabul Kahfi, beliau menghidupkan Sunan di zaman moden. Kalau Haryani dan Dani 'terlontar' ke zaman silam melalui roh; jasad di masa kini, tapi roh di masa silam, tapi beliau 'tercampak' ke zaman hadapan dalam bentuk jasad + roh. Namun berlaku sedikit kecacatan kerana kalau Sunan dimatikan buat sementara, kenapa abangnya tidak menemui beliau di gua tempat beliau tidur? Kan?

Teknik penceritaan HSP berubah menjadi teknik tipikal penulis novel - direct. Tidak berbolak balik. Benar-benar berbeza dari gaya penulisan RAM sebelum ini. Tapi gaya ini telah diberi klu awal-awal lagi oleh RAM sendiri dalam Ungu Karmila. Faktor ini juga dijadikan point untuk melabelkan novel ini agak mengecewakan sesetengah peminat, ditambah pula dengan kematian Sunan di akhir cerita, tanpa dapat mengahwini Haryani. Memang menyedihkan. Saya teringat babak yang seakan sama dalam Semangat Hutan; hero mati. Haha.

Salju Sakinah, saya gelarkan ia Novel Budak Mengulang Tahun. Haha. Adik nombor 4 merasmikan novel ini menyebabkan saya hanya dapat membacanya setelah keputusan 'dur tani' diumumkan. Sedikit sebanyak memberi kesan. Jika anda ingin tahu perasaan mereka yang mengulang tahun, boleh cuba membaca novel ini.

Memang benar seperti review yang diterima, novel ini seolah-olah ditulis penulis wanita. Penceritaan watak dan perwatakan wanita dilakukan dengan begitu baik. Isu yang dikupas juga berlatarkan keadaan semasa di Malaysia seperti ajaran sesat, dakwah serta adat kebiasaan masyarakat Melayu. Tapi agak mengecewakan kerana penulis tidak membuat watak Sumayyah 'tegas' dalam membendung ajaran sesat yang merasuk kakaknya, malah penyelesaian isu ini juga tidak menarik kerana Tok Ayah mati begitu sahaja disambar petir.

Namun begitu, ianya tidak mencacatkan keseluruhan novel. Peristiwa Sumayyah tidak lulus satu subjek juga sedikit sebanyak membuatkan kita mengagumi ketabahan beliau. Amat bermanfaat jika anda memerlukan semangat di saat menghadapi kesusahan akibat mengulang tahun. Sepertimana yang dialami Sumayyah: beliau dilamar Naufal setelah pulang ke Jordan untuk meneruskan pengajian. Bertuah kan? Hehe.

Buku ini amat sukar dicari serta agak tidak popular di Terengganu jadi saya membeli 5 keping untuk dijadikan hadiah. Haha. Sape yang dapat tuh mesti rasa special kan? Tak perlu susah payah mencarinya malah mungkin anda adalah satu-satunya budak yang membaca novel ini di kampung anda.

Syabab Musafir Kasih, novel kedua Fatimah Syarha selepas Tautan Hati. Tak sabar nak membuka balutan tersebut. Amat sukar mencari novel ini. Dalam 40 buah kedai yang dikunjungi, hanya satu sahaja yang ada novel nih. Haha. Mungkin disebabkan ianya diterbitkan Telaga Biru maka kebanyakan kedai buku kecil tidak menempahnya. Never mind. Akhirnya terjumpa di Dewan Bahasa & Pustaka: Kedai Buku Banggol, Kuala Terengganu.




Dari Kiri: Asam Garam Gula & Kopi, Biar Betul-betul, Aku Di Hatimu, Pelangi Membeku, Fikir-fikirlah, Buat Sampai Jadi.

Buku-buku ini belum dibuka kecuali Asam Garam Gula & Kopi maka takde komen untuk mereka. 2 tahun saya merantau, koleksi buku HM Tuah Iskandar telah menjadi semakin banyak. Saya suka membaca buku beliau samada novel atau buku motivasi.

Kebanyakan manusia berpendapat novel beliau hanya jiwang pada tajuknya sahaja, tapi ceritanya tak sedap serta sukar difahami. Ya, saya tak nafikan. Lihat sahaja Original dan Hatimu Untuk Siapa. Cukup memeningkan dan langsung tak jiwang. Tapi tetap saya baca berulang kali. Kenapa ya? Mungkin disebabkan isi tersirat yang cuba beliau sampaikan. Nama pun novel motivasi. Inikah Cinta pula gagal ditemui maka tak dibeli. Stok habis? Entahlah. Terlepas pandang mungkin.

Buku motivasi beliau jarang dibeli. Ini disebabkan ianya berlambak di perpustakaan sekolah. Tiada siapa ingin meminjamnya. Terbiar begitu sahaja. Bayangkan anda menjadi peminjam pertama buku tersebut. Bukan satu judul, tapi 3! Hahaha.

Kelakarnya minat membaca orang muda. Deretan novel yang baru sampai dari kedai, setelah siap dilekat stiker serta cop Pusat Sumber, habis dipinjam dalam masa tiga hari. Bukan satu tingkat, tapi satu rak yang mempunyai 6 tingkat atau lebih; saya lupa. Yang tinggal adalah novel lama. Contohnya Salina. Serta beberapa koleksi cerpen Sasterawan Negara.

Saya masih ingat lagi buku Keris Mas yang berhabuk tak disentuh. Benar, saya sendiri yang mengelap sampul buku tersebut. Ini adalah salah satu pengalaman sepanjang menjadi pengawas Pusat Sumber (Perpustakaan)Sekolah, selain daripada memerhati gerak laku pengunjung, menyusun buku, menerima buku-buku baru, mengecop kad pinjaman, mendenda pelajar dan sebagainya.

Itu belum lagi saya berbicara tentang sudut Red Spot yang dipenuhi buku-buku tebal Ensiklopedia. Tak ubah seperti muzium buku - bersih berkilat seolah-olah tidak pernah dikunjungi. Mujur sahabat saya, Rahim Robot, juga seorang pengawas PSS selalu melepak di situ. Saya akui beliau lebih kuat membaca berbanding saya. Pinjaman maksimum pengawas PSS 3 buku seminggu sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya banyak menemui buku menarik daripada beliau.

Itu baru secebis daripada situasi yang saya alami. Saya tak layak mengkritik manusia lain kerana saya sendiri malas membaca sekarang, tapi itulah kenyataannya. Masyarakat Melayu masih kurang membaca. Alasan yang diberi: "Saya baca buku rujukan, buku teks serta buku soalan peperiksaan. Takde mase nak bukak buku lain."

Eh melalut ke tempat lain pulak. Asam Garam Gula & Kopi tak direkemen buat mereka bawah 18 tahun. Saya klasifikasikannya sebagai 18SX. Maklumlah, ianya kompilasi celoteh pengarang dalam majalah Pesona Pengantin dan Seri Dewi & Keluarga. Kebanyakannya adalah cerita kahwin, sindirannya cukup tajam, nasihatnya amat berguna tapi lawaknya cukup lucah bagi kekanak. Haha.

Tapi ada lagi isu lain yang disentuh, walaupun kebanyakannya berkisar dalam lingkungan lelaki, perempuan dan keluarga. Contohnya isu pembantu rumah dan bunga telur. Siri kedua: Teh Tarik Kurang Manis ingin dibeli tapi terlupa bawa duit lebih.

Hidup tahun ini dipenuhi buku. Baca perlahan-lahan supaya habis pada tahun depan. Okeh? Jom sama-sama membaca.

Membaca Jambatan Ilmu.

5 penghinaan diterima:

Ami Farhani MNA on October 21, 2008 at 11:00 AM said...

jelesnye melihat buku2 itu..dah lame takde bahan bacaan (selain medic) berbentuk sebuah 'buku'..

HafizAdam on October 21, 2008 at 11:13 AM said...

takyah jeles2. sakit tangan nak mengangkut buku nih. haha

Anonymous said...

din..nak pinjam..nati kasi ek..tenkiu! sape suh mnunjuk-nunjuk buku tus..he2..

HafizAdam on October 23, 2008 at 1:09 PM said...

sape nak bg?
haha saba ekk. tggu kite abes bace lu..

nessa syahirah on October 30, 2008 at 3:59 AM said...

panjang pos ni,lepas geram tenet cari pasal time cuti hari tu ke tok..haha

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template