26 October 2008

Cerita Raya PERUBATAN 2008



Ha boring nak mereka cerita, kali nih kita bercerita sambil melihat gambar je lah ekk? Malas nak menulis ayat pepanjang. Jadi pendeknya menjadi cerita bergambar. Lagipun "a pix tells a thousand of words". Itu baru satu gambar. Post kali ini mempunyai 15 gambar dan 1 video. Haha.


Sambutan raya kali ini diadakan pada 24 Oktober 2008 di: Hadiqah Yabaniyyah, Nadi Muqawalun, Sikkah, Qahirah atau dalam bahasa melayunya: Taman Jepun, Kelab Kontraktor, Sikkah, Kaherah. Macam alamat kan?

Nama sambutan kali ini ialah Semarak Fitrah PERUBATAN 2008 bertemakan "AidilFitri Menyemarak Fitrah". Dengar nama program sahaja, saya terbayang novel Semarak tulisan Salina Ibrahim, terbitan Creative Enterprise (macam betul je. harap tidak tersalah fakta). Haha mungkin pencipta nama program ini terpengaruh dengan novel tersebut.

Saya bertolak awal ke sana, seawal pukul 2 walaupun tentatif program bermula pada 3.30 petang. Ini semua gara-gara mengikut AJK program - dAli. Lagipun pergi awal banyak manfaatnya. Beberapa shot sebelum majlis dapat dirakamkan.

Ribut pasir dan hujan renyai-renyai menjemput kami seawal di 6th October (nama tempat) lagi. Berterusan hingga kami sampai. Pakcik drebar pulak seperti sengal, tidak menutup tingkap teksi. Maka pasir masuk beserta air menjadi hujan selut. Awal-awal lagi baju telah menjadi kotor. Oh ya, kami pergi bertiga: dAli, Pemenang. dan saya.

Majlis bermula sekitar 4.30 kerana lapangan tempat majlis diadakan basah. Maklumlah, tempat terbuka. Air bertakung menyebabkan AJK Pelaksana terpaksa mengubah setting tempat daripada karpet kepada kerusi.



Sementara menunggu majlis bermula, sempat bertemu beberapa manusia. Ini adalah perkumpulan puak Terengganu; dari kiri: Jackster, Pemenang, Arif dan saya.






Kemudian mendaki bukit yang terletak di sebelah. Kedudukan hadiqah ini di sebelah bukit kecil maka bolehlah beberapa shot dari tempat tinggi diambil.



En Hazam Hajanan, Penasihat Pendidikan & Latihan JPA di Mesir, turut hadir. Malah LE18,000 telah disumbangkan JPA untuk majlis ini, hanya untuk makanan (kononnya). Tapi cukup kesian kerana beliau hanya berucap beberapa minit sahaja, tidak sepadan dengan duit yang disumbangkan JPA. Haha. Gambar kanan merupakan perkumpulan orang-orang tertinggi: Ashraf Isa (Pengarah Semarak Fitrah merangkap Ketua Biro Pembangunan Insan), En Hazam (Pegawai PPL JPA), Tengku Abdul Kadir (Presiden PERUBATAN) dan nYsa (Ketua Biro Penerangan & Penerbitan)



Antara kumpulan yang membuat persembahan malam tersebut: Munawwarah. Ataupun boleh digelar sebagai old-timer. Masih belum ada pelapis nampaknya. Haha.

Untuk mendengar persembahan diorang, Klik: PART01 | PART02



Ni kejutan yang disediakan AJK Pelaksana: Nazrey Johani. Saya tak terkejut disebabkan saya bersama nYsa sewaktu beliau memaklumkan Ustaz Malik yang menguruskan Nazrey sepanjang beliau di sini, bahawa PERUBATAN mengadakan program pada hari Jumaat. Secara kebetulan, Nazrey juga free pada hari tersebut. Kedatangan beliau ke Mesir adalah untuk mempromosikan kamus al-Miftah, maka sebagai bayaran promosi beliau di majlis PERUBATAN, Nazrey perlu membuat persembahan. Haha.

Nih rakaman persembahan beliau: Nazrey di Semarak Fitrah



Ini pula Akram Abdul Kadir @ Eckm, designer PERUBATAN yang menghasilkan video promo. Hensem? Gambar kanan diambil sewaktu turun dari bukit. Tadi mendaki, sekarang lalu ikut jalan normal.

Overall, disebabkan sibuk mengambil shot menarik (kononnye), maka saya terlepas untuk makan. LE10 yang dibayar terbang melayang. Walaupun boleh dibawa balik namun yang tinggal hanya nasi dan kuah (?). Haha sape suruh melaghokan diri mengambil video?



Dan ini pula liputan penuh Semarak Fitrah PERUBATAN 2008:



Credits goes to Pemenang, sebab semua gambar2 nih dirompak dari kamera beliau.

Take the first step with faith. You dont have to see the whole staircase, just take the first step.
[MLK Jr, Spotlight]

14 penghinaan diterima:

PEMENANG on October 27, 2008 at 6:27 AM said...

sume gamba ko...xleh blah btol

Anonymous said...

woit awat x amek gmbar aku, sdey aku xde sbijik pn gmbar aku time raye ni haih

HafizAdam on October 27, 2008 at 9:03 AM said...

Pemenang:
mmg laa. aku pilih gmbo aku je laa sbb nih belog aku. har har harun.

Jackster:
tuh ade gmbar ko satu. perkumpulan set tranu. hahaha

cikgu_eya on October 27, 2008 at 12:34 PM said...

comei ar gambar shot dari atas. Nak rompak gambar tuh, ada watermark pulak...hoho

p/s: mana ilang rambut kesayangan? ^^

HafizAdam on October 27, 2008 at 2:11 PM said...

antara pekdah meletak watermark camtuh r.
wakaka
rambut tertinggal kat airport. nk bwk tp dye kate terlebih berat. tpakse ditinggal. sdeh x?

Anonymous said...

sepertinya anda sedang khusyuk menayangkan handycam baru..wakaka..sangat syok ngan kamera baru smpai terlupa nak makan..huhu..sadis sungguh!

ari2 cenggini leh tinggal tulang la jawabnya..balik kg tahun depan konfem nangis mak ayah tengok, terkenang anak di perantauan yg tak cukup makan(padahal sibuk duk mengambil gambau)..isk3

HafizAdam on October 28, 2008 at 10:01 AM said...

bukan menayang handycam. tp bayangkan anda tidak membawa tungku kaki tiga (tripod) dan anda dipaksa merakam persembahan di hadapan ketikamana manusia lain sedang syok makan. apakah yg akan anda buat? mestilah memegang menatang alah tuh.

kalau ade tripod pun, rasenye mmg kne jage handycam tuh. mane de mase nak makan. nak suh org lain? oh no, jahanam handycam aku.

wakaka

CONNIE on October 28, 2008 at 6:47 PM said...

tak makan? boleh lak kn.haha. sy g tak tangkap gmbr , sy mkn je..hee

cikgu_eya on October 29, 2008 at 5:46 AM said...

huhu... beli handy, tak dapat tripod skali ker, denmark? watermark?

kalu ada tripod, kurang2 leh tinggal jap, amek makanan, sentap kat situh jek...
( *nasehat dr org yg dah biase buat lalalala~)

HafizAdam on October 29, 2008 at 7:29 AM said...

dapat. tembark kang.
tp malas angkut lam kapal terbang. lgpun bukan best pun kalu stakat pinggang tuh. beli sini je r yg setinggi gunung. hahaha.

nessa syahirah on October 30, 2008 at 3:50 AM said...

mesir pun ade tempat lawa2 camtu ek tok,hari ni baru tau,igt mesir cam byk debu2 ngan padang pasir je..huhu

Anonymous said...

ko rupenye yg aku nmpk bertenggek kat atas bukit ngambik gamba..padan muke dak laki kene marah ngn pakcik arab sbb berlegar merata2..dinmat,ade byk gamba best x? aku nak bole~

Anonymous said...

"Malah LE18,000 telah disumbangkan JPA untuk majlis ini, hanya untuk makanan (kononnya). "

what is this supposed to mean?ada bukti ke dengan perkataan "kononnya" itu?

HafizAdam on November 13, 2008 at 9:20 PM said...

Nessa:
aah, Mesir nih walaupun buruk tp fotogenik. kalo nk tgk lg byk, KLIK SINI

kakRem yg comel:
huh? kakRem watpe mngintai org? hish..

Anonymous yang keji:
"kononnya" means cakap2 khabar2 angin. nak caye bleh, xnak caye pun bleh. satu lg, cerita ni pun bukan betul sgt pun. jgn pertikai sebarang maklumat dlm belog nih sbb kat atas tuh dh ade AMARAN: Belog ini hanya karutan. TQ.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template