22 March 2010

Blog Ini Blog Lucah?

Saya memeriksa Google Analytics dan menemui keyword lucah yang sangat banyak dalam pencarian Search yang membawa mereka ke blog saya. Maka saya senaraikan 20 keyword yang menarik yang mungkin perlu disenaraikan semula supaya lebih ramai yang menemui blog ini. Wakaka.



1. sex jiring
Sekolah saya SMKA Tok Jiring. Tapi tidak pernah pula terdengar kes-kes seks. Adakah sekarang sudah berleluasa? Ini sangat memalukan, lebih-lebih lagi sekolah SMKA. Mungkin perlu saya melawat sekolah lama untuk maklumat lanjut.

2. seks ganas
Manusia ini pasti sukakan seks ganas sehingga mencari keyword seperti ini. Blog ini bukan blog keganasan. Blog ini untuk suka-suka dan karutan. Mungkin juga keganasan dalam kelembutan. =P

3. sedapnya dirogol
Adakah manusia ini sedang meluahkan perasaan ketika dirogol? Kalau tidak, bagaimana beliau tahu dirogol itu sedap? Atau sebenarnya "dirogol" itu sejenis makanan? Sebagaimana "tahi itik" itu sejenis kuih, mungkin juga "dirogol" itu sejenis kek. Jika ya, saya juga teringin merasa. =)

4. sakit puan
Keyword ini pasti kerana eBook Persoalan Sakit Puan yang saya post-kan dahulu. Dapatkan sekarang!

5. position seks
Saya berharap agar manusia yang Search keyword ini adalah mereka yang telah berkahwin ataupun akan berkahwin sebentar lagi. Yang memelikkan adalah keyword ini sebenarnya tidak perlu dicari di Google! Kalau tidak, larangan lelaki dan perempuan berdua-duaan tidak akan wujud untuk lelaki yang innocent kerana mereka tidak tahu tentang seks. Tetapi larangan tersebut tetap ada, sebab seks itu satu refleks! Haih~

6. pengaruh filem lucah
Yay~ Keyword ini pastinya merujuk kepada Pengaruh Bahan Lucah Ke Atas Tabiat Seks Pelajar. Saya memohon maaf sekiranya anda sedang membuat assignment kerana entry tersebut gagal membantu anda. =P

7. pelajar seks
Wah, masalah sosial semakin menjadi-jadi sehinggakan pelajar boleh dikaitkan dengan seks dalam keyword Search. Sungguh menakjubkan! Tidak hairan banyak anak luar nikah sekarang. T__T

8. teman sebilik lelaki
Saya merasakan manusia ini sebenarnya merasa bimbang dengan gejala Gay. Ataupun manusia ini seorang perempuan yang baru berkahwin dan bakal menerima teman sebilik yang baru berjantinakan lelaki. Nasihat saya, sama jantina atau berlainan jantina, kedua-duanya sama sahaja cara layanan. Tak perlu bimbang okay. XD

9. camne nak mengorat
Anda tersilap blog. Saya tidak reti mengorat. Mungkin pembaca boleh berikan sedikit tips?

10. tukar pasangan
Sekiranya anda bertukar pasangan study, ianya sangat bagus. Membantu dalam mendapatkan skil-skil study yang berlainan. Teruskan usaha.

11. anti couple
Kenapa mesti anti-couple? Couple itu bagus secara Islamik.

12. aku nak bakal isteri aku sopan santun
Sudah saya katakan, perempuan di luar sana perlu belajar bersopan santun kalau nak bergelar "bakal-isteri". Setelah bergelar "sudah-isteri", bolehlah dibuang kesopanan dan kesusilaan tersebut. XD

14. apa itu lucah
Mengikut kamus dewan, lucah itu bermaksud "tidak sopan". Maka tidak bersopan santun itu adalah lucah!

15. baca novel lucah
Mungkin saya boleh pertimbangkan di masa hadapan untuk menulis sebuah cerpen lucah. =P

16. budak medic kawin awal
Orang kata Medical Student bila dah jadi Medical Doctor, saham mereka naik menyebabkan ramai yang inferior untuk masuk meminang. Tapi bagi saya, Medical Doctor samada ego jual mahal tak nak kahwin sebab lelaki yang masuk meminang cuma drebar bas, ataupun selalu bertangguh dengan alasan nak belajar. Maka sebab itu menjadi anak dara tua tak laku. Haha

17. cerita seks panas read cerita seks panass
Sekarang musim sejuk. Ramai yang gilakan santapan panas. Kalau panas dari oven memang bukan di sini tempatnya. Sila keluar. Terima kasih.

18. data peribadi kim bum
Saya tahu saya handsome seperti Kim Bum, tapi ini bukan blog beliau. Blog beliau di sini. Harap maklum.

19. filem indon berunsur sex
Ya! Saya sokong! Boikot Indon! Filem Islamik pun berunsurkan seks!

20. kali pertama disentuh suami
Kalau baru berkahwin, baguslah. Bermakna kamu berdua amat menjaga perhubungan.
Kalau sudah lama berkahwin, sila dapatkan khidmat kaunseling.



Ini sungguh menarik. AkuDarahAnakMalaysia sememangnya blog lucah! Disebabkan itulah ianya sungguh tidak sopan.

Ada banyak lagi keyword yang menarik, tapi mungkin di lain waktu. Teruskan berkunjung ke sini dan klik iklan-iklan yang disiarkan. Yay~

p/s: perlu study. blog ini perlu dibiarkan bergua.
Continue Reading

20 March 2010

Debate

Sekarang sedang render video persembahan pelajar Malaysia sewaktu Konsert Antaradunia 2010 di Cairo University baru-baru ini. Entry telah siap di-draft tapi video masih belum siap, maka saya publish yang ini dulu. dipublish. Sila klik. =P

Seronok juga menggabung video dari 2 punca yang berbeza. Sudut saya kelihatan sungguh tidak lawa kerana saya memang merancang dari awal untuk mencari manusia yang turut sama merekod, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan pandangan keseluruhan. Maka, rule no 1: Jangan duduk di sudut yang tipikal. Carilah tempat yang pelik dan tidak disangka-sangka. Siapa sangka, ada yang meng-offer video mereka walaupun saya cuma memperjudikan sebuah sangkaan. XD

Konsep ini dinamakan; Persatuan. =P
Kebaikannya, pada masa shot saya tidak begitu elok, maka boleh diganti dengan shot beliau, dan vice-versa. Kita perlu buat lagi pada masa akan datang. Kalau lagi banyak lagi bagus. Satu untuk Wide Shot, satu untuk Right Angle, satu untuk Left Angle, satu untuk Close Shot, wah banyaknya XD



Medicophilic Week (MeW) mengadakan pertandingan Debate, satu acara yang jarang diadakan. Sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan-kenangan debater-debater yang bersepah-sepah di muka bumi Mesir ini. Tetapi saya langsung tidak bersemangat untuk pergi menyokong atau menyorak atau melihat pertandingan yang diadakan. Cerita-cerita yang hangat menunjukkan keseriusan para debater sekalian mengemukakan hujah menyebabkan saya teringat kumpulan debate kami yang sengal suatu ketika dahulu sehingga pihak lawan boleh menjadi gila melihat kami beraksi dengan kelakarnya di atas pentas.

Seolah-olah bukan debate, tetapi pertandingan komedi mematikan hujah lawan. Sehinggakan di peringkat negeri, pihak lawan mencaci maki mencarut di atas pentas kerana kebangangan pasukan kami. Tetapi mereka masih diberikan kemenangan kerana juri sendiri menggelengkan kepala dengan psikologi kesengalan yang dimainkan debater-debater dari SMKA Tok Jiring; Juri sanggup memberikan kemenangan kepada pasukan yang melanggar peraturan berbanding pasukan yang tidak serius XD.

Kriey, Sting, Zulqarnain, saya suka waktu itu kita memonteng kelas dengan alasan latihan debate dan mengorat perempuan dari sekolah lain sewaktu pertandingan. Sudah 4 tahun, masih handsome-kah kamu bertiga? Kita perlu mengadakan reunion cuti nanti. =D

Last-sekali, Medicophilic bukan untuk satu Week. Tetapi sepanjang waktu kamu berada dalam bidang perubatan. Kalau kamu bertukar kepada bidang lain, mungkin boleh dibuang rasa Medicophilic dan diganti dengan Medicophobic. =P

Jom pergi kelas jom. Exam 2 bulan lagi. Tolak waktu tidur, main game, makan, minum dan berak, berbaki 1 bulan sahaja untuk study. Maka, pergilah ke kelas supaya masa tersebut dapat dimaksimumkan penggunaannya bersama buku. Yeah! Balik rumah boleh tengok Invincible Youth. XD

p/s: MeW ini saya sungguh cemerlang tidak ponteng kelas. Adakah dapat diteruskan? Huhu~

Akhir sekali, lagu baru Girl's Generation - Run Devil Run!
Macam SNSD - Chocolate Love + KARA - Lupin. Lagu ini boleh digunakan untuk Cairo Sports Day =P. Run Devil Run!

Continue Reading

19 March 2010

Konsert Antaradunia 2010



Walla~
Walaupun saya bukan seorang yang sikah @ thiqah @ teah @ tsiqah, tapi saya belum pernah pergi ke konsert. Namun begitu, acara tahunan Cairo University iaitu International Day mempunyai konsert mereka yang tersendiri. Disebabkan gagal menghadiri konsert di Faculty of Medicine, maka saya berkunjung ke Cairo University Main Campus untuk menyaksikan Konsert Antaradunia 2010.

Anda pasti merindui video-video terbaru daripada saya, maka saya dengan kejinya telah menyediakan 2 video untuk persembahan pelajar-pelajar Malaysia yang menggabungkan seni keras dan lembut. Kalau dalam komik Alam Perwira, terdapat kungfu keras dan kungfu lembut. Sama juga dengan persembahan mereka. Saksikan sendiri. Tahun ini berjaya menebus kekecewaan tahun lepas, di mana saya dengan rancaknya merakam mencari sudut yang terbaik, tapi setelah selesai persembahan; No no no no no~ Butang Record tidak ditekan! Terasa ingin menghentak kepala ke dinding. Sungguh sia-sia beraksi dan mengejangkan tangan selama setengah jam. ~X(




FULL VERSION
Resolution: 704x396
Download: Mediafire


Apa reaksi anda setelah melihat persembahan ini? Siapa kata lelaki itu keras? Kelenturan dan kelembutan itu boleh dilatih. kalau lelaki Malaysia boleh membuat persembahan sebegini, apatah lagi perempuan Malaysia yang terkenal dengan kelemah lembutan, pastinya lebih meliuk lentuk. Apakan daya, demi menarik perhatian lelaki Arab yang gay, lelaki Melayu terpaksa dipergunakan. Anak-anak persembahan, jom buat tarian Super Junior - It's You pula selepas ini. =P

Image and video hosting by TinyPic


Ini dia artis-artis Vietnam kita yang membuat pertunjukan fesyen serta persembahan tadi. Walaupun kecewa kerana tiada wakil dari Korea, Vietnam pun jadilah. Asalkan Asia! Mereka masih lagi pelajar, tapi pada hari ini bertukar kepada artis yang popular di kalangan fanboy-fanboy Malaysia. Identiti seorang lagi manusia terpaksa dirahsiakan kerana beliau merupakan seorang yang berpengaruh di arena politik PERUBATAN. Sebagaimana Pak Lah dikeji maki kerana Michelle Yeoh, maka kita tidak ingin beliau menjadi seperti demikian dan terpaksa dirahsiakan. Nanti saya ditangkap masuk ke ISA. XD

Sebenarnya bukan konsert pun, tapi persembahan Cultural Day yang dipenuhi lagu dan tarian menyebabkan saya terfikir; Tidak ada benda lainkah untuk dijadikan Culture? Haha.

Kadang-kadang tertanya-tanya kenapa manusia suka pergi ke konsert sedangkan kedudukan di belakang langsung tidak nampak pentas, ditambah dengan hiruk-pikuk manusia yang histeria dengan artis kegemaran masing-masing, maka apakah yang menjadi daya tarikan kepada manusia-manusia sebegini untuk ke konsert? Satu persoalan yang saya tidak boleh jawab, tapi pengalaman ke Cairo University ini sedikit sebanyak memberikan gambaran. Agaknya kemeriahan inilah yang menghidupkan suasana?

Penghargaan buat Anisah Shamilah untuk shot video dari sudut sebelah kiri dewan. Sesekali bermain dengan video seronok juga. Lain kali kita buat lagi neh. =)
Yang menghairankan adalah saya tidak ingat muka budak tersebut walaupun mengambil camcorder secara terus daripada beliau XD. Penyakit Alzheimer makin menjadi-jadi, gagal mengenalpasti keadaan dan manusia di sekeliling. Maka buat sesiapa yang saya terlupa biodata mereka, sila jangan terasa. Saya sendiri terasa hati apabila saya gagal mengingat muka orang atau biodata mereka walaupun telah berkenalan 40 tahun. ;)

Masih banyak kerja perlu dibereskan. Jom selesaikan dalam minggu ini. =)
Continue Reading

15 March 2010

Kenapa Lelaki Mesti Duduk Di Depan?

Hari ini secara tiba-tiba saya mendapat idea untuk mengembangkan lagi konsep Lucah Islamik sepertimana yang pernah saya sebut dulu. Saya tahu ramai tidak setuju saya menggabungkan istilah berkenaan, tapi sedarkah anda bahawa istilah itu cuma saya reka untuk menjelaskan keadaan? Realitinya, Lucah Islamik berada di mana-mana.

Saya tertarik dengan satu isu yang mungkin tidak dialami dalam komuniti pelajar yang "biasa-biasa", tapi di kalangan pelajar-pelajar yang kononnya "Islamik" dalam segala segi, isu ini mungkin pernah timbul. Sekiranya bercampur lelaki dan perempuan dalam satu dewan kuliah, maka kedudukan lelaki dan perempuan akan menjadi pernyataan "Lelaki Mesti di Depan dan Perempuan Mesti di Belakang".

Image and video hosting by TinyPic


Saya tidak berminat untuk membahaskan persoalan tersebut, tapi saya lebih tertarik dengan konsep Lucah Islamik yang ditunjukkan dalam isu ini. Kebanyakan manusia gemar mengambil contoh dari solat, di mana lelaki di depan dan perempuan di belakang. Begitu juga dalam dewan kuliah, menurut mereka. Tapi sebenarnya keadaannya jauh sekali berbeza.

Dalam solat kita melakukan pergerakan seperti rukuk dan sujud. Tapi di dewan kuliah tidak. Kita cuma duduk dan mendengar kuliah, sambil membuat perkara-perkara sengal yang normal. Saya tidak tahu kalau-kalau ada yang tiba-tiba membuat "KARA Butt Dance" di dalam kuliah. Itupun saya tidak tahu nampak atau tidak. Dari belakang, manusia di depan nampak seolah-olah sedang mengambil gambar pasport dengan muka dipalingkan ke belakang; hanya belakang kepala, leher dan bahu yang terlihat.

Di manakah contoh Lucah Islamik yang saya maksudkan? "Nafsu lelaki suka berimaginasi tinggi. Sekiranya mereka duduk di belakang, maka mereka akan membayangkan yang bukan-bukan." Kalau dalam solat saya boleh terima pernyataan ini. Sewaktu rukuk atau sujud mungkin tiba-tiba kopiah lelaki akan tercabut melihat punggung perempuan, tapi di dalam dewan kuliah? Melihat belakang sudah sukar, inikan pula mengintai punggung mereka. Sekaligus menyatakan bahawa lelaki Islam sebenarnya gila seks, dalam dewan kuliah masih sempat berfikiran kuning; otak mereka sudah mengalami gliosis dengan pus formation.

Nampak? Sungguh lucah dalam norma Islamik mereka.

Namun begitu, saya tidaklah menyokong perempuan duduk di hadapan seratus peratus. Saya cuma ingin menyatakan bahawa sebab dan contoh yang diberi tidak relevan. Bagi saya, yang paling jelas apabila perempuan duduk di hadapan adalah aurat mereka. Maklumlah, aurat perempuan bukan setakat pusat hingga ke lutut. Aurat mereka adalah keseluruhan tubuh mereka.

Apabila di hadapan, 2 jam kuliah memberi masa yang lama untuk kita terlihat aurat mereka. Tudung yang dipakai bukannya Opaque. Kadang-kadang 20% transparent. Sesekali sanggul digerak-gerakkan. Lengan pula kadang-kadang terdedah. 2 jam itu cukup untuk anda melihat paling kurang sekali aurat mereka. Mungkin boleh ditambah wangian yang mereka pakai. Mereka bukannya memakai bedak murahan di kaki lima "kullu hagah bigenih". Wangian mereka adalah Imperial Majesty yang boleh dihidu 40 meter hadapan, kiri, kanan dan belakang.

Menuntut ilmu dan solat tidak sama. Praktikalnya berbeza, situasinya juga berbeza. Bandingan ini sedikit sebanyak sukar diterima. Namun begitu, tidak semestinya kita perlu mengabaikan terus alasan ini. Adab juga jangan dilupa. Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati manusia yang tidak beradab. Hidup bukan hitam dan putih. Baik akan selamanya putih, dan buruk akan selamanya hitam. Pasti ada ill-distinct line of demarcation; kelabu. Sekiranya dibuang perkara yang hitam, adakah cuma putih pilihan kita? Adakah adab hanya dengan perempuan duduk di belakang? Tidak beradabkah lelaki duduk belakang? Adakah perlu untuk memenuhkan ruang kosong? Lecture dan praktikal, di mana keperluan melihat slide? Adakah perlu duduk di depan kalau kuliah cukup sekadar mendengar suara? Dan persoalan-persoalan lain.

Cuma dalam entry kali ini, saya sebenarnya ingin menunjukkan satu lagi contoh Lucah Islamik yang biasa digunakan. Kenapa mesti nafsu menjadi pengukur dan penyebab sesuatu perbuatan? Kenapa mesti ganjaran membaca al-Quran adalah bidadari di syurga? Kenapa tujuan menutup aurat adalah untuk mengelakkan nafsu manusia? Memang tiada perkara lainkah selain nafsu? Adakah hanya nafsu musuh utama manusia? Lebih-lebih lagi nafsu seks? Jujurnya, dibandingkan bidadari dan komputer, saya lebih rela sebuah desktop dengan sambungan internet serta harddisk yang penuh dengan cerita Asia. =P

Kesimpulannya, duduklah di mana-mana asalkan anda selesa. Saya suka duduk dalam lingkungan pendengaran manusia. Kalau ingin duduk di depan, datanglah awal. Kalau nak duduk di belakang, juga mesti datang awal. Kalau tidak, nanti tempat tersebut dipatuk ayam~ XD. Menuntut ilmu kena berusaha, bukannya duduk menanti datang melayang. Bukannya budak-budak untuk disuruh-suruh, disuap-suap, ditentukan tempat duduk.

Jom kita cuba mengurangkan konsep Lucah Islamik. Barulah ada alasan yang lebih segar. Asyik-asyik nafsu, boring juga kan? =)
Continue Reading

14 March 2010

Terburu-buru Cemburu

Sayeda Zainab, 29 Februari – Seorang pelajar perubatan Mansurah terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan malam tadi. Ahmad Dicomarol, pelajar perubatan tahun tiga Universiti Mansurah meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah arwah dibawa ke Hospital Kasr el-Ainy untuk bedah siasat. Punca dan sebab tragedi dikatakan kerana kemalangan. Pihak polis masih menahan beberapa pelajar untuk siasatan lanjut. –PERUBATAN-today





29 Februari, jam 2205

Kaki lima Syari’ Mubtadiyan kelihatan sibuk walaupun malam telah lama melabuhkan tirai. Dingin musim sejuk terasa hingga ke tulang, ditambah dengan angin malam yang menderu namun pejalan-pejalan kaki masih ramai berjalan kaki ke destinasi masing-masing, tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Kenderaan lalu lalang tidak putus-putus, dengan teriakan tremco dan hon-hon teksi. Syari' Mubtadiyan tersebut sememangnya jalan utama yang menjadi laluan tremco dan bas dari Sayeda Zainab terus ke Mounira dan Abu Risy.

Tiba-tiba kedengaran jeritan kecil, sebelum kaki lima Syari’ Mubtadiyan dibasahi darah pekat. Seorang lelaki terbaring menggelepar kesakitan, akhirnya kaku dalam kedinginan malam. Orang ramai berteriak, beramai-ramai memenuhi tempat kejadian umpama semut mengerumuni lipas mati. Beberapa Arab berbincang sesuatu sambil menuding jari ke atas. Seolah-olah memberitahu orang lain bahawa si mati jatuh dari atas bangunan itu. Terdongak-dongak makcik-makcik Arab mencari tempat jatuh si mati, sambil mengelak serpihan kaca lampu pendarfluor berhampiran si mati.

Jauh di tingkat atas, kelihatan seorang lelaki dan perempuan memandang ke bawah dari balkoni. Lelaki itu menoleh ke arah si perempuan, dengan tangan yang masih menggeletar.



29 Februari, jam 2135

Tyffa menekan punat telefon bimbitnya, mematikan talian. Dia berlunjur di dalam bilik, melegakan kepenatan yang dialami. Tiba-tiba loceng pintu rumahnya berbunyi, mengeluarkan suara burung. Bunyi yang biasa digunakan untuk rumah-rumah di Mesir.

Tyffa kehairanan. “Cepatnya dia datang. Baru 5 minit, dah sampai?”

Dia mengenakan tudung dan membuka pintu biliknya. Ruang tamu dibahagian depan gelap, bersama bilik-bilik lain yang tidak berpenghuni. Teman serumahnya belum pulang dari tuisyen subjek Matematik. Hanya biliknya sahaja yang agak tersorok ke belakang, berdekatan dengan dapur. Bilik lain berada di ruang depan.

Tyffa membuka pintu rumahnya. Kelihatan seorang lelaki Asia menanti dengan sejambak bunga di tangan. Tyffa tersenyum malu bercampur terkejut.

* * * * *
Nawfas mengenakan kasut Nice merahnya. Zalee yang melihatnya kehairanan.

“Kamu berhias di tengah malam kenapa? Mentang-mentang presiden, sibuk memanjang dengan mesyuarat.”

“Ada perempuan minta tolong baiki lampu, aku sebagai presiden yang berkaliber mestilah berusaha sedaya upaya untuk memenuhinya,” jelas Nawfas.

“Macamlah esok tak boleh baiki, tengah malam juga nak dibaiki. Perempuan memang menyusahkan,” balas Zalee sambil berlalu ke biliknya.

Nawfas tidak kisah. Yang penting, yang meminta pertolongannya adalah seorang perempuan comel bernama Tyffa. Sungguh gembira diberi peluang memberikan bantuan, dia tidak teragak-agak untuk menjawab “Ya” biarpun pada jam 1 pagi.

“Aku pergi dulu!” Jerit Nawfas. Dia menutup pintu dan menuruni tangga.

Rumahnya berdekatan dengan rumah Tyffa. Jika berjalan dengan pantas, cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit.

Spontan matanya beralih ke arah kedai bunga di seberang jalan. Fikirannya menerawang membayangkan reaksi Tyffa kalau dia membeli bunga sebagai buah tangan sambil tersenyum seorang diri bagai orang gila seks.



29 Februari, jam 2015

Dicomarol membawa pinggan mangkuk keluar dari bilik 967 menuju ke tandas. Dewan Melayu Abbasiah Kaherah yang lebih dikenali dengan nama Asrama Rumah Anak Melayu sememangnya menempatkan pelajar di situ, lebih kepada konsep asrama. Tandas merupakan tempat yang istimewa untuk mencuci pinggan mangkuk selain bilik pantri.

Hari itu dia berkesempatan menghadiri jamuan kecil-kecilan bersama junior-junior dari sekolah lamanya yang baru tiba di Mesir. Sekurang-kurangnya pertemuan seperti itu boleh menghubungkan silaturrahim di samping bertukar-tukar cerita dan gosip sensasi. Tambahan pula, dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia, belum pernah walau sekali sepanjang 3 tahun belajar di Mesir.

Selesai mencuci pinggan mangkuk, dia meminta diri untuk pulang awal disebabkan dia belajar di Mansurah, bukannya Kaherah. Perjalanan pulang mungkin mengambil masa yang lama, ditambah pula dia perlu mengambil tremco di Mubarak, beberapa puluh minit perjalanan dari situ.

Melangkah keluar dari bangunan 40 tingkat itu, Dicomarol teringat sesuatu. Jam tangannya dilihat sekilas lalu, "Baru 8.40, ada masa lagi." Tiba-tiba dia tersenyum keji. Berlari-lari anak dia menuju ke jalan utama dan menahan sebuah teksi.



29 Februari, jam 2150

Tyffa membuka pintu rumahnya. Nawfas tersenyum di muka pintu. Tyffa teragak-agak untuk mempelawa Nawfas masuk.

“Maaf lambat, beli lampu sekejap,” Nawfas memulakan perbualan. DIa menunjukkan lampu pendarfluor panjang di tangannya. Tyffa mengangguk.

Ruang tamu rumah tersebut bergelap kerana lampunya terbakar. 15 minit yang lalu dia menelefon Nawfas untuk membaiki lampu tersebut. Entah kenapa dia terasa lampu tersebut perlu dibaiki secepat mungkin.

“Tyffa! Sini sekejap!”

Suara lelaki dari dalam rumah perempuan itu mengejutkan Nawfas. Mukanya berubah. Secara tiba-tiba dia mengesyaki sesuatu. Api cemburu menguasai fikirannya. Lampu pendarfluor diletak di atas lantai. Dia menolak pintu rumah dan terburu-buru masuk. Tyffa beralih ke tepi memberikan ruang. Wajahnya kaget.

Nawfas mencari-cari arah suara tadi, bahagian depan yang gelap menyukarkan penglihatannya. Pencahayaan yang ada cumalah cahaya dari luar yang masuk melalui pintu yang terbuka dan dari bilik Tyffa di hujung bahagian belakang. Akhirnya dia menyedari seseorang berada di balkoni rumah tersebut. Tyffa masih lagi kelu tidak tahu ayat yang sesuai untuk diucapkan. Hatinya bimbang situasi tersebut akan disalah tafsir.

Pantas Nawfas meluru melalui bilik dan tembus ke balkoni. Benar sangkaannya, seorang lelaki berdiri di situ di atas kerusi. Pandangan mereka berdua bertembung. Kemarahan Nawfas sukar dikawal lagi lalu dia menarik baju lelaki tersebut sambil menyuruhnya turun dari kerusi. Baginya, apa lagi yang dilakukan seorang lelaki dan perempuan di dalam rumah tersebut dalam gelap?

Setelah ditarik kasar, Dicomarol hilang keseimbangan. Tambahan pula, kerusi tempat dia berdiri bukan kerusi kayu, tetapi kerusi meja komputer. Balkoni yang kecil itu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk dia berpaut. Akhirnya dia jatuh melepasi penghadang.

Nawfas tergamam. Tyffa menjerit lalu meluru ke sisi balkoni. Mereka berdua memandang ke bawah. Dicomarol sudah berada di kaki lima, dikerumuni orang ramai. Nawfas yang tersedar daripada kemarahannya menggeletar. Tyffa sudah mula pucat dan teresak-esak mengalirkan air mata.



29 Februari, jam 2140

Tyffa membuka pintu rumahnya. Kelihatan seorang lelaki Asia menanti dengan sejambak bunga di tangan. Tyffa tersenyum malu bercampur terkejut.

“Surprise!” ujar lelaki tersebut. Dia menghulurkan bunga ros 11 kuntum kepada Tyffa.

“Tyffa mesti tak sangka saya datang kan?” Dicomarol bertanya dengan gaya gedik. Perempuan di hadapannya mengangguk. Dia tertanya-tanya bagaimana Dicomarol boleh tiba di rumahnya pada malam itu.

“Hari ini ada pertemuan dengan kawan-kawan di Dewan Melayu Abbasiah Kaherah. Jadi, saya rasa tak salah membuat kejutan sekejap untuk teman perempuan saya. Jam 11 masih ada tremco ke Mansurah kan?” Dicomarol menyambung. Tyffa merasa terharu. Bunga di tangannya dihidu. Wangi.

"Kenapa tak telefon dulu?" Soal Tyffa. Dia menyandar di sisi pintu.

"Kalau telefon, di mana keterujaan surprise tersebut?" Jawab Dicomarol. Mereka tergelak.

“Eh, kenapa bergelap? Orang lain tidak ada di rumah ke?” soal Dicomarol. Dia perasan ruang tamu rumah tersebut bergelap. Lebih menghairankan adalah bilik lain turut sama bergelap. Tyffa membuka pintu luas sambil menjelaskan lampu ruang tamu yang terbakar.

“Balkoni ada lampu pendarfluor, tapi tidak digunakan. Tak tahu kenapa Arab pasang lampu di balkoni. Memang mereka tiada kerja ataupun lampu itu bertujuan untuk digunakan sewaktu menjemur baju di ampaian pada waktu malam,” beritahu Tyffa sambil ketawa. Dicomarol melangkah masuk setelah ditunjukkan oleh Tyffa kedudukan balkoni tersebut. Perempuan itu sudah terlupa Nawfas yang dihubunginya tadi setelah teman lelakinya menawarkan diri untuk membantu.

“Maka, kita tukar lampu ini dengan lampu ruang tamu. Boleh?” Soalan lelaki itu tidak dijawab. Sebaliknya Tyffa mencadangkan Dicomarol mencuba saiz lampu tersebut terlebih dahulu. Dicomarol menarik kerusi meja komputer sebelum dihalang oleh Tyffa.

“Bahaya, nanti jatuh.” Tyffa tidak setuju Dicomarol menggunakan kerusi tersebut. Dia melangkah keluar dari bilik untuk mengambil kerusi lain. Waktu itu, loceng rumahnya berbunyi sekali lagi.



1 Mac, jam 1200

Nawfas masih berteleku di sisi kubur Dicomarol. Jenazah Dicomarol dikebumikan pagi tadi dan beliau tidak disabitkan dengan apa-apa dakwaan. Walaupun tragedi itu adalah kemalangan disebabkan sikapnya yang terburu-buru, namun dia tetap menyalahkan dirinya sendiri.

Kadang-kadang cemburu menyebabkan manusia tidak berfikiran rasional. Sedangkan kalau Dicomarol tidak berada di situ dan dia yang membaiki lampu, situasi yang sama tetap berlaku; seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan di dalam satu rumah yang tertutup.

Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.



Cerita ini hanya rekaan. Tidak ada sebarang kaitan dengan yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia. Semua nama manusia dan tempat adalah rekaan semata-mata, tidak semestinya wujud di bumi Mesir ini.

Nota:
Al Fatihah buat arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan yang meninggal dunia pada 11 Mac lalu. Klik untuk berita lanjut dan kenyataan rasmi.

Cerita ini diilhamkan daripada tragedi, persamaan yang disengajakan mungkin hanya pada keratan berita di atas sekali. Selain daripada itu, segalanya hanyalah rekaan. Sebarang keji makian amatlah dialu-alukan.

Pengajaran cerita ini:
1. Lelaki janganlah bertandang ke rumah perempuan di waktu malam. Walaupun perempuan tersebut adalah awek anda.
2. Perempuan pula janganlah mengajak lelaki ke rumah di waktu malam. Lebih-lebih lagi apabila anda berseorangan. Walaupun lelaki tersebut adalah presiden yang terkenal dengan kealimannya.
3. Sila ber-couple secara Islamik. Jika tidak, sila menjadi gay.
4. Kesabaran itu sangat penting dalam semua perkara. Jangan-terburu-buru cemburu.


p/s: Cerita ini lebih 350 perkataan dan kurang 1000 perkataan. Bolehkah dihantar ke pertandingan The Zikr atau Medicophilic Week? XD
Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template