Waa.. Sewaktu aku menulis post nie, masih lagi dalam kebingungan menghafal anatomi untuk esok. Bila difikirkan balik, dah setahun aku berpisah dengan cikgu-cikgu aku. Looks like i'm gonna miss them this year.
Tahun lepas sempat aku sempat lagi bermesra dengan cikgu walaupun dah tamat SPM. First time aku rasa, they have done a lot for me. Dari warden, ustaz ustazah sampai laa cikgu biase, rasa macam tak nak berpisah je.
Cikgu Burn, guru BM form3 merangkap ketua warden - dah jadi macam pak sedara je. Selalu kejut aku time Subuh pukul 6.30 ngan rotan. Aku ingat lagi dia suka bawak anak dia yang paling kecik mase tuh. Paling suka tegur aku, maybe sebab aku selalu pergi rumah dia kot, untuk amik sign, mintak outing, lapor hal bilik. Ingat lagi aku mintak outing nak kuar asrama pukul 10 malam (masa ni jadi mangsa bebudak tengah lapar), die tak marah pun, siap belanja kitorang 10 manusia nasi goreng telur ngan air sirap. Sorang RM5, RM50 dia habis, langsung tak mintak ngan kitorang. Paling best, dia tak kisah aku lepak asrama dua tiga hari walaupun dah tamat sekolah. Mase jumpe die sebelum fly, dia kate, "bagus ah mung din, gi Mesir" - nampak sangat dia tak percaya aku pergi Mesir. Sebab ape? Sebab dia kenal aku lebih.
Ustazah Maimunah - ustazah PSI fom5 merangkap warden aspuri. Juga kenal aku rapat. Selalu kena sindir, maklumlah ustazah mulut laser. Asyik-asyik "guane din?". Tahu aku suka wat masalah kat asrama. Pernah kantoi jumpa budak perempuan tengah malam kul 12 malam Jumaatkat luar Aspuri. Direct hit aku kena hari Ahad dalam kelas depan semua orang, "awak ada awek eyh?". Memang bengang gila ahh. Sebulan dia pandang slack kat aku, ngan member dia - Ustazah Sabar merangkap warden Aspuri jugak. Akhirnya kes tu setel sebab informer tuh reka cerita lebih-lebih nak kenakan budak pompuan tu. Walaupun aku asyik wat masalah ngan Aspuri, aku masih ingat lagi kata-kata dia,"saya tahu awak boleh buat yang terbaik". Kata-kata Ustazah Sabar pun aku ingat,"awak buat masalah pun saya tetap rasa awak pelajar terbaik asrama".
Cikgu Norhayati, BIO fom4-5 - aku rindu kata-kata sempoi dia. Always senyum dan kata,"BIO ni semeset je". Semeset(se-may-set) - senang. Loghat ape entah. Selalu guna nama aku jadi contoh untuk bagi penerangan. Rebah waktu dia sebut name aku ngan WNN,"contoh kalau hafizuddin pandai MM, gabung ngan ovum N pandai BM,dapat anak pandai BIO"
Cikgu Zul,KIM fom4-5- satu satu nye cikgu paling gila pernah aku jumpe. Lawak dia memang power. Ala-ala Apek. Selalu kaitkan KIM ngan life ngan alQuran. Nampak cam tak betul, tapi cikgu paling best mengajar aku rase. "saya rase macam ade orang tukar tempat arini", dia sebut mase aku pindah duduk depan sebab aku suke duduk belakang.
Cikgu Fauziah,MT fom4 - cikgu paling kejam pernah aku dapat. Hari pertama Mizah yang cuba bermesra dah kena attack. Suka suruh aku tunjuk jalan kira kat depan walaupun first time masuk tajuk tuh. Terkial-kial aku dibuatnye. Pertama kali aku baca buku teks MT sebab takut kena mengajar kat depan. Pernah pukul belakang aku dengan buku teks sebab guna jalan panjang dalam MT. Tapi akhirnya aku rasa dia masih lagi cikgu yang baik, "mung ni din, kang aku ajo doh kang!"
Ustaz Che Ku,BA fom4-5 - ustaz paling payah nak difahami. Mengajar 3/4 BA, juz sikit je dia guna BM. Selalu bercerita, tapi biasanya cerita dia cerita yang sama, "nak dengar cerita tak?". Selalu denda bila tak buat kerja, ketuk ketampi, push-up, rotan - semua aku dah kena. The best about him, bagi latihan siap ngan jawapan. Bagi insya' siap ngan isi, still malas nak tulis. "ana tak redha ilmu ana kalau anak murid ana lawan Islam. ingat tu. ana tak cakap pasal politik. ana cakap pasal Islam."
Cikgu Mat, FIZ fom5 - cikgu yang slow. Selalu jadi mangsa gurauan aku ngan member. Panggil abang Mat je. Mengantuk gile time dia mengajar. Bila discuss kertas exam, semua orang mengharapkan dia bagi jawapan tapi dia akan jawab balik, "err..nak wat camne haa??" Member siap kutuk lagi, "ni cikgu ke anak murid ni". Aku tahu dia dengar, tapi dia senyum je. "awak memang ade bakat dalam FIZ."
Teacher Salmi, BI fom5 merangkap my debate instructor. Mungkin sebab itu aku jadi rapat dengan dia. Tahu perangai gila aku sebab masa latihan selalu guna perkataan pelik-pelik. Bersama Teacher Surina, memang pasangan yang baik untuk mengenakan aku. Masih ingat lagi masa SPM aku tertido setengah jam, dia yang bersusah payah cari aku kat asrama, seluruh sekolah dia cari. Aku tak tahu tapi maybe naluri seorang teacher - he found me walaupun aku tersorok kat kelas tingkat paling atas dikelilingi almari. Selalu awasi aku masa exam, bagi nasihat tentang BI, kenakan aku supaya jadi debater, denda aku bila tak buat kerja - orang lain tak kena. Sweet memories with her memang banyak. "you nie hafizuddin, boleh tak jangan nyusahkan orang."
Mungkin 16 Mei takkan aku sambut lagi, tapi still aku ingat. This is the worse student ever they had - dengan kerenah, perangai dan masalah yang aku buat, aku rasa mereka dah cukup letih. Selalu kena marah, pukul, sindir, denda, tegur - semua tu yang membuatkan aku jadi seorang yang 'keras'. Maybe dah lama aku tak rase benda macam tu menyebabkan aku jadi 'lembut' sikit. Selalu terasa walaupun aku cuba tahan, atau maybe aku dah jadi matang kot. Hehe.
Buat ex-cikgu aku, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah aku, berjaya menolak aku hingga ke sini. Maybe kite boleh lepak lagi satu hari nanti dekat kantin like the old days.
Teacher..
i hate you..
i really hate you..
but..
if it wasnt for you, i would not be here rite now..
i appreciate all your scolding to get me here..
thank you..
compared to any textbook, you were the one that i learned from most..
[Misaki Youko, Attention Please]
Happy Hari Guru Day
2 penghinaan diterima:
sengih sorang2 aku bace post nih.
rndu lak ayat ckgu yati smeset 2..
ust CK,ustzh wan saba ngn ustzh maimunah..
ckgu zul..macam2 lagi laa
ish...jht nye kawan awk dinmat.... kejam giler...sian ke cg mat... mmg x kenang budi,...cg mat ssh payoh ngajo , wat kls tmbhn la,..tp bdk2 x pnoh nk hargai... tau x, cg mat sedey gok w/pun nmpok slamber gitu,....
rmai org komplen ye, tp ye ttp brsggh2 nk kita fhm,... pttnya cuba r fhm...klu x fhm, wat r lolok2 fhm,... niat nk jg hati cg,... sedey nya dgr ade org kata gitu ke ye...
-munirah-
Post a Comment