Salam untuk diri sendiri. Kali ini, saya bawakan satu topik yang saya rasa agak jarang manusia seperti saya buat kecuali dengan member rapat. Apa dia? Menegur aka sound.
Bebaru nie kecoh ngan emel sorang dak pompuan dalam Yahoo!Group. Tak lain tak bukan kerana isi emel tersebut menegur perbuatan manusia yang mengaibkan manusia lain. Tapi apa yang saya lihat, respon kepada emel tersebut tidak sepositif yang disangka. Secara ringkas emel tersebut menegur perbuatan salah seorang lelaki hensem dan bijak yang telah membuat satu video kartun mengenai ikhtilat sempena Kempen Ikhtilat Sifar bebaru nie. Beliau menyatakan adalah tidak patut menggunakan muka sebenar manusia walaupun badan kartun kerana mengaibkan. Saya tidak nampak di mana aib nya sedangkan pelakon pun takkan dikaitkan dengan lakonan mereka.
Kita lihat apa respon pembaca. Emel pertama membalas balik dengan teguran agar tidak menulis ayat yang panjang dan meleret-leret. Emel kedua pula bertanya 'video apa?'. Secara konklusinya saya boleh simpulkan bahawa isi yang cuba disampaikan oleh penegur tersebut tidak sampai atau tidak mencapai matlamatnya. kita lihat pula emel ketiga, barulah ada sedikit kaitan dengan teguran yang diberi namun masih lagi dalam bentuk counterattack yang saya rasa agak jauh menyimpang dari isi teguran. Emel ketiga menyatakan bahawa isu lama tidak perlu diungkit. Saya rasa penerangan saya jelas dan mudah difahami terutama yang menerima kesemua emel-emel tersebut.
Daripada peristiwa yang berlaku saya rasa perlu ada satu adab dalam menegur, bukan adab tapi lebih kepada tatacara menegur. Saya tidak ingin timbulkan soalan 'bagaimana 'kerana lain orang, lain cara yang sesuai dia gunakan. Tapi daripada kesemua tiga emel respon kepada emel asas, beberapa perkara saya rasa harus diberi perhatian dalam menegur manusia. Jika tidak, matlamat yang cuba dicapai akan jauh terpesong.
Mula-mula, kita lihat kepada emel respon pertama. Saya rasa penegur perlu dan patut mengambil perhatian keadaan dan situasi penerima. dalam hal ini, tidak hairan jika respon yang diberikan agak negatif kerana sebelum itu, kesemua emel yang tiba melalui Yahoo!Group tersebut adalah forwarded emel yang panjang dan meleret-leret. Mereka yang malas pasti akan terus men-delete tanpa melihat kepada isinya. Juga perlu diambil perhatian adalah kaedah menegur - tulisan. Dalam konteks ini, perlu untuk mempelbagaikan font, color and gaya tulisan kerana pembaca bosan untuk meneruskan pembacaan jika tulisan kecil dan maintain dari atas ke bawah.
Seterusnya kita lihat kepada emel respon kedua. Saya boleh simpulkan bahawa pembaca langsung tidak tahu video apa, malahan pula penegur hanya mengungkapkan satu ayat sahaja - ..dkejutkan dengan tayangan ringkas sebuah 'klip video' layang yang entah dari mana datangnya.. dan langsung tidak mengulas isi video tersebut. Pasti ada yang berkata "cite tuh mengaibkan, watpe nak cite.." tapi di sinilah kesilapan penegur. dalam konteks ini, satu persoalan yang tidak clear telah diwujudkan, ini dinamakan kaedah psychology dalam mengalihkan perhatian pembaca. Pembaca akan terus mengintai emel tersebut, YA saya tidak nafikan tapi apa yang cube diintai ialah - video ape? Kesimpulannya penegur haruslah mengetahui samada pembaca clear atau tidak dengan semua isu yang dirimbulkan. jika tak clear, pepandailah penulis pusing aerial.
Tapi yang lebih penting dalam hal ini adalah emel ketiga. Dapat kita simpulkan bahawa isu ini adalah satu isu lama. Kesilapan penegur dalam hal ini - mengungkit kisah lama. Tidak salah menegur setelah empat puluh tahun sekalipun namun tetap kurang pada pandangan saya. Pertama, maybe hal tersebut dah luput dari ingatan manusia. Kedua, maybe mangsa teguran telah bertaubat. Ketiga, maybe orang yang terlibat dah melupakan hal tersebut. Dalam persoalan ini, penegur telah membuat satu penulisan yang silap - menyebut secara agak detail iaitu 'klip video'. Seperti yang saya sebut sebelum ini, persoalan yang timbul di benak pembaca adalah 'video ape?' menyebabkan isu lama hangat kembali. Sekaligus mengaibkan bukan sahaja mangsa teguran malah mangsa kejadian.
Saya tidak menyalahkan sesiapa, jauh sekali membuka kesilapan manusia tapi apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kaedah dalam menegur perlu diambil kira. Seeloknya teguran dibuat ketika masih panas, direct hit dan jelas. Agar masalah lain tidak timbul, matlamat tercapai, mission accomplished.
Sebelum blah, jom kita renungkan quote nie,Walaupun menegur itu penting, yang lebih penting ialah kesedaran dalam menegur.
0 penghinaan diterima:
Post a Comment