Tengok tajuk pun macam pelik. Dinmat bercakap tentang cinta. Power ah. Takde ah bercakap tentang cinta direct. Saje nak bersembang berapi kat sini. Mana tau ada komen membina dari pembaca kot (ntah sape laa yg bace blog ngarut nie). Lagipun boleh aku letak quote-quote menarik yang aku jumpe.
Tadi sekali lagi aku hantar SMS bertanyakan result matriks. Saje nak test level kemarahan dia. Sebab ape dia marah? Ntah laa. Aku pun tak tau. Dia pun tak bagi tau. Jadi aku tak tau laa. Tak bolehkah dia berterus terang? Tak boleh, tak ayu laa kalau bagitau. Kan? Back to cerita tadi, dan hasilnya - dia reply. Ingatkan dia takkan hantar mesej dah. Memang power ah. 4 flat. Aku lak? Result takde lagi. Exam final pun tak abis lagi. Kah3.
Tapi sempat lagi dia bagi pesan jangan hantar mesej kat die "simpn kdit utk msg ngn yg tsyg". Entah sape yang tersayang tu pun aku tak tahu. Aku mesej ngan adik aku je rasenye. Yang tersayang laa tu. Yang penting aku rasa lega. Pesal lega pulak? Ntah. Juz rasa lega.
Sebelum nie masa dia hantar mesej marah kat aku tu, rasa cam gelisah gile. Tak senang duduk. Makan kenyang, Tidur lena, Mandi basah. Tapi tetap resah gelisah. Rasa nak bunuh diri. Pesal aku nak bunuh diri lak? Kan dia dah pesan jaga diri leklok. So aku tak bunuh diri. Lagipun membuang masa je. Menyusahkan orang pulak tu. Nak kafan lagi. Mandi lagi. Nak pos mayat aku lagi. menyusahkan member aku je. Kuang3
Bila fikir-fikir balik, dia suruh aku jangan contact dia tu sebab ape ye? Dia marah aku berfoya-foya ngan pompuan lain ke? Makne nye dia jeles ah. Kalau tak, takkan dia marah. Betul tak?
"Kalu dia jeles maknenye dia suke aku."
"Eh eh, jangan perasan Dinmat oii. Takkan laa dia suke kau. Kau tu sape, dia tu sape. Dia anak raja, kau anak pacal yang hina."
Brrr..dish dush (sound efek tampar muke). Tidak tidak tidak, jangan perasan lebih.
"Dia sebagai perempuan marah aku mempermainkan perempuan lain je. Betul tak?"
"Betul. Sedar la diri tu sikit."
Jadi aku kena wat konklusi lain. Fikir-fikir balik. Hmmm... Konklusinya..
"Dia dah ade pakwe lain kot.."
Prangg.. Ambik kau aku hempuk ngan kerusi. Pecah berderai retak seribu kerusi tu. Ni pemikiran seorang pakwe. Aku bukan pakwe dia laa. Kena adjust sikit statement tu.
"Dia dah ade pakwe so dia takut pakwe dia jeles ngan aku kalau aku hantar mesej kat makwe dia"
"Bijak, ni konklusi paling tepat. Tak sia-sia aku jadi kau."
Tapi pesal aku resah gelisah mase dia suruh aku jangan mesej die? Ni satu lagi persoalan yang belum terungkai. Siap rase down lagi. Termenung memanjang.
"Aku takut berpisah dengan die kot.."
Pangg.. Ambik kau sekali lagi. kali nie laptop Azlee jadi mangsa kekejaman diri sendiri. Terbelah dua bak kayu digergaji empat. Ni pemikiran orang jatuh cinta. Dinmat the Feeling-less takkan jatuh cinta masa nie. Maksiat. Tukar kenyataan tu.
"Aku cuma rasa bersalah sebab buat dia marah je. Betul tak?"
"Kali nie betul. Sayang Dinmat. Mmmuahh."
Aku asyik kate tidak, dan tidak. Tapi persoalan sebenar yang aku cuba elakkan - Adakah kali ini, aku benar-benar jatuh cinta?
Apa definisi cinta sebenarnya?
Bebaru nie tengok cite Crazy First Love(Korea, English HardSubbed). Memang best macam mana cinta boleh jadi pendorong seseorang. Lelaki tu jadi peguam berjaya kerana cinta. Segala janji dengan ayah perempuan dikotakan. Kerana cinta. Tapi yang paling best part masa perempuan tu cuba goda lelaki tu. Seksi habis (cite korea agak lucah, malah tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana kadang-kadang lawak die pun lucah) tapi lelaki tu bleh tahan siap tampar perempuan tu walaupun boleh dikatakan perempuan tu bogel habis ah. Mungkin kita boleh ambil pengajaran - lelaki yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak, menolak pelawaan wanita cantik untuk berzina. Lagi part yang best semasa perempuan tu dah tak boleh hidup lame, lelaki tu kate dia akan tukar bidang jadi doktor - semata-mata kerana kekasihnya. Pelik kan bahana cinta.
Haha last sekali kuar pasal cite Korea lak. Ape laa aku melalut nie. Persoalan aku tu, tiada siapa boleh jawab. Hanya diri sendiri yang boleh mendefinisikan cinta.
Tapi, sebagai panduan untuk kita - Aisyah kate, cinta itu pengorbanan.
Perlukah ku korbankan cinta ilmu
demi cinta seteguh Khadijah?
Patutkah ku korbankan cinta sahabat
demi cinta sesetia Fatimah?
berbaloikah ku korbankan cinta ibubapa
demi cinta setulus Zulaikha?
Pantaskah ku korbankan cinta Muhammad
demi cinta sesuci Aisyah?
Atau cukup ku korbankan cinta manusia
demi mengharap cinta Ilahi
Kerana cinta aku ingin hidup,
kerana cinta juga aku ingin mati
[Luqman, Satu Janji]
1 penghinaan diterima:
bagus2, aku ske post ni hehe
Post a Comment