Nampaknya kali ini aku benar-benar telah membuatkan manusia lain marah. Dua offline messages YM, satu emel, dan tiga message Friendster. Semuanya menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara aku. Aku cuba baiki walaupun tak sepenuhnya. Tak tahu kenapa, tapi tetiba je tergerak hati nak ikut apa message tu kate.
Kadang-kadang, kita tak sedar kita telah menyakiti hati orang. Tengok-tengok mereka dah terluka. Padahal mungkin niat kita nak bergurau. Semalam aku menerima message henset. Lagi sedap.
"Sy ni sape la kn dlm idup awk.klu sy msg nnt dkatekn pngcau kuarga org"
"atr list kwn awk tu sy no brape la yg awk akn msg"
"tlg lpekn sy"
"jg dri leklok"
Terkedu aku dibuatnya. Langsung tak dapat recall macam mana aku buat dia marah. Memang tetibe. Down sekejap. Rasa nak bunuh diri. Tapi sebab dia dah pesan jaga diri molek, aku amik pesanan tu. Jadi malas la nak bunuh diri. Lagipun bukan awek pun. Sekadar teman baik aku jer. Mungkin aku kena senyap sebentar kot. Eh dah menyimpang jauh nie. Tetibe cite kisah sedih lak. Hehe.
Balik pada cite asal. Selama nie memang sedap kalau dapat menyakiti hati orang. Tak kira sedar atau tak sedar. Slow-slow aku mula pikir balik apa yang aku dah buat kat orang lain. Banyak kan dosa aku ngan orang lain. Seolah-olah aku ni kilang dosa. Sape nak beli bolehlah. Mengumpat aku banyak-banyak. Dapat laa saham dosa aku tuh.
Marah memang lumrah manusia. Sebab tu kita kena mengawal marah. Aku tak kisah manusia nak marah aku. Biarlah. Lagipun sedap kena marah. Macam makan ikan singgang cicah budu campur tempoyak. Pergh memang menyengat. Cuma kalau berlebihan baru berbisa. Baru aku sedar aku tak pernah marah orang. Jadi senior kat asrama pun tak pernah marah junior. Sekadar denda je. Marah diorang urusan Jamal atau member yang lain. Aku terlalu baik atau terlalu berlembut? Entahlah.
Yang lepas biarlah lepas. Kepada semua kawan-kawan, member-member, geng-geng aku - minta maaf, sorry, maalish, gome atas segala penyakitan kehatian yang aku dah buat. Mungkin satu hari nanti kesakitan itulah satu-satunya kenangan terindah yang korang ada bersama aku. Selepas nie aku takkan melibatkan korang dalam hidup aku kerana aku mungkin menyepi terus dari dunia nie. Mungkin sesekali aku aktif menulis blog nie je kot. Atau sekadar bermain-main di radio GT. Ape-ape hal, hidup bukan sekali. Kita akan hidup sekali lagi. Yang penting bukan hidup di sini, tapi hidup di akhirat yang kekal abadi.
You are really a genius at pissing people off
[Nakahara Shouta, Attention Please]
4 penghinaan diterima:
mungkin kena muhasabah cara kita bergaul dengan orang lain, banyak perkataan dan bahasa yang diguna asal niatnya nak bergurau, tapi orang tak anggap macam tu, then mungkin kalau orang anggap bergurau pun gurauan yang melampau...mmg ada orang komen cara anta bermuamalah, pelik dan kadang2 kurang sesuai bila umur dijadikan ukuran dalam muamalah, rasa hormat dan bahasa yang berpatutan lebih aula untuk digunakan.
sekadar muhasabah untuk kita semua
'sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkatalah dengan perkataan yang baik atau diamlah'
-mafhum hadis-
haha...
gurls mmg lah sensitip skit. kalo gurls pn buat muka kayu, slumber mcm bebudak lelaki, ilang seri dunia.. ~ahaks
penggunaan nada, kata bahasa yg dgunakan penting, utk urusan komunikasi. pilih2 lah perkataan yg betul utk berhubung dgn org. sama2 muhasabah diri.
p/s: ruang kat atas tuh, 'sila menghina dgn tatabahasa yg betul n gayabahasa yg lembut dan menyenangkan hati semua pihak' bukankah menunjukkan nta juga meminta para pembaca menjaga perasaan nta? ~cuma cetusan sampingan ^_^
actually, cuba gak try bukak link 'belog nih' tp tak leh pn...
^_^
*hehe tsilap:
yg kat ats tuh pringatan takut2 jadi cam belog nih, bukan stakat pmilik belog, skali ngan org komen pun kne. muahaha.
Post a Comment