03 November 2008

[Tutorial] Menggunakan WinRAR Split Archives

Tutorial nih saje-saje. Tak penting pun sebenarnya. Namun begitu, disebabkan pengunjung belog ini kebanyakannya NOOB, terpaksa juga buat, untuk memudahkan mereka. Tapi kan, kalau semua benda nak diajar, jenguh jugak kite kan?

Okeh, untuk PENGENALAN
Kekadang bile kite download file, selalunya di Rapidshare atau direct download yang lain, akan ade file WinRAR Split Archive nih. Atau dengan kata lagi mudah, file WinRAR yang ade part.

Fungsi ini dibuat supaya kita boleh pecahkan satu file menjadi beberapa file, untuk beberapa tujuan. Antaranya:

- Satu video bersaiz 1GB boleh dialih menggunakan 2 pendrive bersaiz 512MB.
- Satu file bersaiz 200MB boleh diupload ke MediaFire yang hadnya cuma 100MB.


Satu lagi fungsi lain ialah mengecilkan file tersebut hingga 50% tapi saya belum pernah cuba walaupun pernah nampak, jadi tak dapat den nak mengajar. Mungkin selepas ini akan diupdate.

Sebelum tuh, software WinRAR boleh didapati di sini: DOWNLOAD

MEMBUAT SPLIT ARCHIVES

So, macam mana nak menghasilkan file nih?


Mula-mula ambil file yang ingin kita jadikan split archive tuh.


Klik-kanan dan pilih Add To Archive.


Window ini akan keluar. Adjust mengikut kesesuaian:
1 - Pastikan formatnya RAR
2 - Optional. Normal pun okey je sebenarnya.
3 - Taipkan saiz pecahan yang diingini.

Klik OK dan siap! Sekarang bolehlah di masukkan ke pendrive bersaiz 50MB. Hehehe.

MENGGUNAKAN SPLIT ARCHIVES

Tadi kita dah buat file Split Archives. Camne plak kalau kita TERdownload file nih, atau kite bagi file tadi kat kawan kite, apa yang perlu dilakukan?


Kumpul semua file tadi dalam SATU folder yang sama. JANGAN tertinggal satu pun.
Kalau download, pastikan SEMUA file telah siap didownload.


Klik-kanan, Extract to ..... (nama file)

Setel, bolehlah delete file Split Archives tadi dan guna file baru kat dalam folder yang baru terhasil.

Selamat mencuba. Diharapkan selepas ini kalau saya upload file Split Archives, korang reti nak guna camne.

UPDATE.

Not yet.

3 penghinaan diterima:

guild_hunterz on November 3, 2008 at 2:35 PM said...

wah.. hebat nye anda..

HafizAdam on November 3, 2008 at 4:29 PM said...

bising r ko bebe.
sume tnye cmne nak proses file video yg aku upload. nk lempang wase.
ko da power xpe.
nih tutorial utk NOOB.

Anonymous said...

NOOB tu ape?

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template