29 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Setahun berlalu, Maal Hijrah kembali lagi. Tahun baru juga bakal menjemput dalam beberapa hari lagi. Saya tidak ingin berceloteh panjang. Mungkin entry Maal Hijrah yang anda temui sebelum ini sudah menyebut tentang peristiwa pengeboman zionis. Ataupun telah memberi banyak tazkirah yang bakal menyemarakkan lagi semangat anda untuk tahun depan. Kalau belum, saya tolong promote beberapa belog Mesir:
KalamPuncak | Fathiyyah | Madsha | Fatin Hanira | Ayu Amiza | Radin.




Saya tidak reti menulis bahan Dakwah dan Islah seperti mereka, maka jangan mengharapkan entry ini bakal berisi ilmu yang bermanfaat. Belog ini cuma karutan sahaja. Hehe. Tapi jika ada artikel bermanfaat insyaAllah saya letakkan link. Mungkin kerana itu Bounce Rate belog saya agak tinggi. Takpe tak kesah. Belog ini tidak popular seperti mereka. Wakaka.

Bersambung..
Continue Reading

21 December 2008

Drama Dunia Media

Dah lama saya ingin menulis sesuatu tentang dua drama ini: On Air dan Spotlight. Tapi perasaan kemalasan itu sentiasa membataskan idea.

Maka, untuk merasmikan kembalinya sebuah internet, saya cuba juga menulis. Lagipun format review, cukup sekadar ringkasan yang memberi gambaran.


ON AIR



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 21
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-Mar-05 to 2008-May-15
More: OST - Torrent | OST - Download | OST - Streaming | Pix
Download: Torrent


Saya paling suka cerita ini. Lari daripada kebiasaan kisah cinta Korea. Bertemakan "ONe sided love affAIR", saya tertanya-tanya apakah maksud di sebalik tema tersebut. Satu tema yang dapat menarik penonton khasnya peminat drama Korea untuk terus mengikuti drama ini.

Rating drama ini semakin meningkat pada setiap episod hingga menjangkau lebih 20%, mungkin disebabkan beberapa kejutan buat penonton. Episod satu sahaja menampilkan babak Anugerah SBC (ala-ala Anugerah Bintang Popular - Berita Hairan, dll dsb) yang menampilkan kemunculan ramai bintang popular. Dirakam pada acara anugerah sebenar, sudah tentu ia menarik perhatian ramai penonton.

Antara kejutan lain ialah kemunculan cameo (pelakon undangan) dalam beberapa episod. Saya tak kenal sangat maka boleh rujuk Wiki. Kemunculan mereka menggunakan nama sebenar maka sedikit sebanyak saya TERmengenali mereka. Wakaka.

Okeh sedikit sinopsis: Kisah ini menceritakan tentang seorang penulis skrip, pelakon, pengarah filem dan pengurus artis, dalam proses mereka untuk menghasilkan sebuah drama bertajuk Ticket to the Moon. Dari bermulanya konsep cerita, rekaan skrip, pemilihan pelakon hinggalah ke babak lakonan, semuanya diadun dalam drama ini.

Boleh dikatakan saya tak pasti siapakah watak utama dalam drama ini kerana keempat-empat watak mempunyai peranan tersendiri dalam perkembangan jalan cerita dan mereka saling berkait.

Oh ya, satu lagi konsep yang menarik - drama dalam drama. Saya tak tahu proses yang mereka tunjukkan adalah benar atau tidak, tapi sedikit sebanyak memebri gambaran bagaimana sesuatu drama dihasilkan. Mungkin anda tidak tahu bahawa kadang-kadang mereka merakam babak terakhir terlebih dahulu. Ataupun mungkin anda tidak tahu bahawa berdasarkan permintaan penonton, penulis skrip terpaksa menambah skrip dari 16 episod kepada 21 episod.

Ini juga menjawab persoalan saya sekian lama; kenapa drama Korea yang sedang ditayangkan tetibe berubah bilangan episod dari 16 kepada 21? Contohnya, drama The Four Gods. Wakaka.

Lagu Soundtrack juga menarik, malah beberapa lagu turut dinyanyikan oleh pelakon mereka sendiri; Bad Love - Park Yong Ha, Shadow - Song Yoon Ah.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, tapi ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Cuma kalau diolah beberapa isu, ia pasti menambah episod dan menyelesaikan beberapa persoalan.

Oh ye, satu lagi ciri menarik drama ini - anda tidak akan jumpa babak kissing selain daripada ketika melakonkan salah satu babak dalam drama Ticket to the Moon, itupun ditutup dengan payung. Scene lain mungkin di hujung episod 19 dan 20 yang pasti anda boleh close serta-merta untuk menonton episod seterusnya. Atau pendek kata - drama ini sesuai untuk tontonan umum. Wakaka. Anime Gundam Seed banyak je kissing scene untuk kekanak.

Oh ya, kenapa agaknya ia bertemakan "ONe sided love affAIR"? Saya tak jumpa penerangan yang jelas dalam forum perbincangan atau di mana-mana tapi mungkin sebab jalan ceritanya lurus, tidak melencong-lencong bertukar-tukar pasangan atau berlaku konflik memilih pasangan seperti dalam typical korean love story. Haha.

Apapun, bagi peminat Korea, mesti tonton kalau anda inginkan kelainan, ataupun gambaran bagaimana sesuatu drama dibuat. Cuma ending mungkin mengecewakan anda kerana **** (spoiler adalah dilarang). Wakaka.




SPOTLIGHT



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 16
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-May-14 to 2008-Jul-03
More: Pix
Download: Torrent


Masih lagi berkisar dalam dunia penyiaran televisyen, cerita ini membawa kita ke GBS News Department. Kali ini kita berpeluang melihat sesuatu proses berita dibuat sebelum disiarkan. Nama Spotlight adalah berdasarkan nama rancangan berita tersebut (Kalau TV3, mereka ada Buletin Utama).

Walaupun jalan cerita agak keji dan kita akan rasa menyampah, tapi boleh laa ditonton. Sape takkan menyampah kalau cerita ini menunjukkan pemberita yang jujur, hanya menyampaikan berita yang tepat serta sanggup berdepan dengan kerenah orang-orang yang berkuasa. Wakaka.

Sinopsis: Drama ini berkisar tentang seorang pemberita bersama ketuanya dan seorang rakan setugas berusaha membongkar konspirasi keji yang bakal memusnahkan negara. (Wakaka agak exaggerate sinopsis nih)

Rating drama ini agak kurang, tidak mencapai 10%. Tidak pasti samada kerana hero tidak hensem, atau jalan cerita tidak menarik, ataupun kerana ini bukan love story.

Drama ini juga memberi saya beberapa idea untuk website. Antaranya penggunaan nama 'department' menggantikan 'unit' yang ketinggalan zaman, buruk dan bosan dilihat. Haha. Selain itu, teknik menghasilkan berita visual juga saya ambil dan ubah mengikut kemampuan pelajar perubatan tapi mungkin masih memerlukan pengubahsuaian supaya lebih mantap.

Saya ingin mencontohi gaya ketua mereka. Reporter memberikan laporan masing-masing tentang isu yang diperolehi, ketua yang bertanggungjawab memilih isu yang sesuai disiarkan. Kalau tak sesuai, "KILL!!" dan reporter tersebut terpaksa cari isu lain, atau membaiki laporan supaya lebih baik. Mesti best kalau saya praktikkan. Haha tapi kesian plak.

Keseluruhan jalan cerita berkaitan kerja-kerja berita, tiada love story yang serius. Walaupun reporter praktikal di bawah tanggungjawab heroin adalah bekas kawan sekolah, tapi isu cinta tidak dihuraikan lanjut. Mungkin ia satu sebab kenapa rating yang agak rendah. Wakaka.

Ape pun, drama ini mengajar beberapa perkara malah saya boleh ambil beberapa idea daipada drama ini. Walaupun tidak termasuk dalam list 'Mesti Tonton' tapi berbaloi untuk dimasukkan dalam koleksi.

*requires registration to enter the site.

MORE EPISODES HERE!

Continue Reading

11 December 2008

Ilusi, Realiti?

Raya korban tahun ini disambut meriah. Program penyembelihan pada raya pertama, dan "Full House" PERUBATAN pada raya kedua. Kemudian "Full House" Yuci pada raya ketiga.

Saya pula menyambut raya korban dengan hidung yang berair, suhu badan yang tinggi dan kesakitan kepalaan yang melampau. Ya, saya demam lantaran kesejukan.

"Full House" PERUBATAN berakhir kira-kira pukul 4 petang. Saya sudah mula menampakkan tanda-tanda akan jatuh sakit. Usai solat Asar, tidur sebentar di Musolla ARMA. Entah kenapa, saya terjaga pukul 4.30 petang, lantaran ada akhawat di tempat wudhu', bermain air barangkali. Aiseh, hilang macho tapi masih bermuka selamba, terus pulang menaiki bas.

Malam itu sejuk terasa luarbiasa. Kepeningan mula dirasai. Mungkin penangan daging unta, atau kesan lemak daging kambing, atau terdedah pada kesejukan, saya sendiri tidak tahu puncanya. Sampai di rumah, terus rebah setelah solat Maghrib.

Saya tidak ingin bercerita kisah demam sebenarnya. Semua orang tahu demam itu bagaimana. Tapi mungkin ada di kalangan anda yang tahu bahawa saya fobia dengan demam. Mungkin saya pernah bercerita dalam entry lepas, atau sembang kosong di YM. Kenapa saya fobia dengan demam? Hal ini demikian kerana saya akan meracau.

Dan buat pertama kalinya di Mesir, saya meracau dalam tidur dan terjaga kira-kira jam 0230. Mujur waktu itu manusia normal telah lelap, nyenyak dibuai mimpi, dan saya memiliki bilik sendiri. Maka keegoan serta kemachoan itu masih belum tercalar.

Maka kita akan mula masuk pada tajuk. Sejak naik ke tingkatan satu, saya tidak lagi mengalami racauan histeria. Mungkin disebabkan saya tinggal di asrama, dan demam jarang menyerang dengan teruk.

Sewaktu di sekolah rendah, saya kerap mengalami ilusi-ilusi yang menyebabkan racauan dan histeria ketika demam. Sebagai contoh, mimpi ditembak dengan meriam sahabat Doraemon, Kid. Dan juga mimpi jatuh bangunan. Zaman kanak-kanak memang penuh dengan ilusi melampau sebegini.

Saya tahu ia kelihatan kelakar tapi ia terjadi dan saya merasakan ianya realiti. Ditembak meriam Kid, saya kesakitan di dada, terjaga dan terus muntah. Kesakitan itu kekal beberapa ketika. Jatuh bangunan, saya terjaga dengan keadaan kejang tak mampu bergerak buat beberapa ketika; manusia yang jatuh bangunan memang tak boleh berbuat apa-apa, kan?

Kisah lain, meja disebelah katil dirasakan berpuluh-puluh meter jauhnya. Siling rumah seolah-olah setinggi menara KLCC. Dan lebih menerukkan keadaan, seolah-olah ada bebola besi yang waktu itu saya gelarkan sebagai "raksaksa" mengerumuni katil tempat saya tidur. Sangat melampau dan exaggerate. Hasilnya saya berselimut 24jam. ingin mengambil air di atas meja, terasa jauh. Memandang siling, terasa akan dihempap. Haha.

Ini cuma sebahagian daripada ilusi yang ditafsirkan sebagai realiti. Baru-baru ini saya berkunjung ke rumah Pemenang. Ahl beyt beliau, nAmi an-Nursi seang menonton sebuah video di Yahoo. Video tentang sebuah eksperimen.

Saintis tersebut memakai sebuah alat yang disambung pada sebuah patung/mannequinn. Manakala pembantunya menggerakkan pen pada tubuh patung tersebut. Rangsangan yang dihasilkan menyebabkan saintis tersebut merasai gerakan pen tersebut seolah-olah ianya berlaku pada tubuh saintis itu sendiri.

Secara teorinya, manusia menerima rangsangan dari luar yang ditukar kepada impuls, kemudian diterjemahkan oleh otak. Maka, kita boleh mengawal terjemahan otak berdasarkan jenis rangsangan yang kita hasilkan. Itu secara teori.



Konsep ini digunakan dalam beberapa anime, antaranya Chaos Head dan Hitman Reborn. Chaos Head menjelaskan bagaimana rangsangan yang dihantar kepada otak manusia diterjemahkan oleh otak, menjadikan manusia tersebut merasakan ianya realiti. Hasil kawalan komputer, seorang ibu menyangka dia memegang anaknya, walhal realitinya dia sedang membelai sebiji patung Barbie. Otak menterjemahkan ilusi kepada realiti.

Hitman Reborn pula; salah seorang watak, iaitu Mukuro Rokudo menggunakan ilusi sebagai kuasa beliau. Musuh yang yakin dengan kuasa tersebut akan terkena efeknya. Bak kata pepatah, "We believe what we see, and we see what we believe".

Ramlee Awang Murshid juga mengimplementasikan konsep ilusi dan realiti dalam karyanya: Rahsia Perindu. Jika anda inginkan kepeningan melampau, dapatkan novel ini di pasaran sekarang. Haha. Promosi percuma: sila ke Kelab RAM.

Baiklah, balik pada kisah saintis dan patung tadi. Saya terfikir, kalaulah kita menikam patung tersebut bertubi-tubi, kemudian rangsangan yang dihasilkan cukup untuk diterjemahkan otak sebagai "kematian", adakah saintis tersebut akan mati? ini adalah satu keadaan di mana otak menganggap kita telah mati, ataupun brain death. Ye ke?

Kalau ini benar, satu lagi kaedah pembunuhan telah ditemui: berikan pil tidur, pakaikan alat, tikam patung bertubi-tubi, mati tanpa sebarang kesan. Wakaka. Juga, saya bernasib baik kerana terjaga sebelum kejatuhan bangunan sampai ke bawah. Huhu.

Apapun, racauan di Mesir kali ini, saya bermimpi dibelasah Arab hingga mati. Sedar-sedar, tubuh terasa sakit tak bermaya. Huhu. Pagi terasa panas tubuh badan, namun Dinmat takkan demam lebih 24 jam. Malam nih demam telah kebah, suhu kembali normal, walaupun masih terdapat hawa-hawanya lagi.

Saya tak tahu "hawa-hawa" dalam bahasa standard ape. Seumpama kita meletak tangan di atas air kopi yang panas, kita merasai kepanasannya, tapi kita tak sentuh pun air kopi tu. Kita dah tak demam, tapi simptom demam masih kekal dirasai. Macam tu kot. Ataupun perkataan ini hanya saya yang guna. Haha.

Okes. Till next time.

Berhati-hatilah dengan realiti, kemungkinan ia satu fantasi.
[Ramlee Awang Murshid, Rahsia Perindu]

Continue Reading

08 December 2008

Salam Eidul Adha 2008

Just nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung belog nih..



Sorry sebab takleh online 24 jam. Saya dah mula merindui adik-adik saya.

Kalau dulu selalu mengacau Izan, sekarang dah tak boleh. Harap-harap dia sihat selalu. Asyik demam je.

Adikku Alia yang tengah berseronok cuti nih, memang nak kena piat. Baru je nak tanye result pekse. Sori laa eyh. Tenet tengah jem.

Kak Radin pun same. Suke sangat mengacau anak buah dia nie. Kekadang tak paham gak. Biar laa die. Layan je laa. Pompuan memang cam tu. Damak, bersabarlah~ Tapi sekarang nih mesti tengah sedih nanes2 sebab saya offline sokmo. Haha.

Tapi seronok gak takde tenet nih, bleh tumpu pada mende lain. Tapi kan, bak kate pepatah Jackster; Webmaster hape kalu takde tenet? Wakaka.

Alaa Pemenang takde tenet bleh je survive. Saya dulu berbulan-bulan takde tenet bleh je survive. Kan? So jom berusaha bersama-sama.

Pas raya nih baru laa terkedek-kedek nak meguruskan tenet. Sape suh tak bayar pada waktunye. Wakaka.

Pastu, kepada 3 orang sahabat saya yang pergi menunaikan haji tahun nih; Ehmad Hamdi, Aman Ramadhan dan Jackster, semoga mendapat haji mabrur dan diterime Allah. Korang jangan doakan aku cepat kahwin depan Kaabah tuh, maunye termakbul, habis aku. Haha.

Okes, selamat melakukan pengorbanan. 2 review drama in progress. Nanti upload. Hehe.
Continue Reading

01 December 2008

Google Analytics November 2008

Hurm, species ini saya baru terfikir setelah melihat bermacam-macam gaya manusia berbangga dengan statistik belog mereka. Namun mungkin post permulaan ini agak bagus untuk memperkenalkan apa itu Google Analytics.


Mula-mula untuk mendapatkan gambaran rupa Dashboard Google Analytics, sila download file di bawah:
Download: MediaFire

Saya takkan bercerita tentang semua benda dalam GA, tapi saya akan pilih Top 20 dan embed kat sini. Ini disebabkan dalam file PDF di atas, cuma Dashboard sahaja, dan ia cuma memaparkan bilangan yang terhad. OK?

TOP 20 CONTENTS

Apa itu Contents? Secara ringkasnya ia adalah kandungan. Haha maksudnya post belog anda. Pix di atas telah ranking-kan ia mengikut kepopularan.

Dan pemenang kali ini ialah Stupid Fatwa Everywhere. Well saya rasa bukannya sedap sangat pun. Mungkin sebab isu tersebut sedang hangat pada masa itu. Huhu.

TOP 20 REFERRALS

Apa itu referral? Referral secara ringkasnya adalah Content lain, samada website, email dll dsb. Pengunjung klik pada link belog anda kat situ, maka sampailah ke belog anda. Content tersebut dipanggil referral. Maybe tak tepat sangat, tapi boleh bagi sedikit idea. Cuba Wiki "referral". Hehe.

URL paling berjaya mempromosikan belog ini adalah: iLuvIslam. Macam biasa. Huhu.

TOP 20 KEYWORDS

Apa itu keywords? Lebih kurang macam perkataan apa yang selalu digunakan supaya belog anda muncul di GahooYoogle Search. Mungkin tak tepat sangat tapi boleh menggambarkan bahawa perkataan tersebut menarik minat pembaca untuk tiba ke belog anda.

Keyword popular kali ini masih lagi "akudarahanakmalaysia". Ada juga beberapa keyword lucah naik ke Top 20. Hehe jangan salah sangka, belog ini takde entry lucah, cuma terdapat perkataan tersebut, sebab tu naik di GahooYoogle Search.

APA ITU GOOGLE ANALYTICS

Google Analytics adalah sejenis kuih berbentuk segiempat, tidak berbucu tajam, dam mempunyai satu lekuk di tengah. Ianya berwarna hijau gelap, dan lekuk di tengah diletak gula agar membentuk bulatan. Cuba anda bayangkan..

Wakaka, adanya teknologi GahooYoogle, maka gunakan laa. Takpun baca je kat sini: Google Analytics. Ada Tab Features kat kanan atas.

Secara basicnya, ia merupakan sebuah alat untuk merekod statistik belog anda. Amat berkuasa tinggi saya kira, malah PERCUMA! Ramai orang menggunakan GoStat, SiteMeter dll dsb yang memberatkan belog tapi saya lebih sukakan GA. Mungkin dah biasa kot.

Kalau anda buka file PDF di atas, mukasurat pertama adalah Dashboard Asas. Mukasurat seterusnya adalah hasil klik pada menu dalam mukasurat pertama. Tapi GA mempunyai lebih dari itu. Cubalah sendiri.

Di sini saya cuba memberi beberapa terjemahan secara overall supaya pembaca faham apa yang diorang tengok kat file tersebut. Untuk terjemahan detail dan tepat, sila GahooYoogle:

MUKASURAT 1:
Visits:
Lawatan. Menunjukkan berapa kali pengguna membuka belog anda. Biasanya 1 visit merangkumi beberapa puluh minit.

Pageviews:
Bilangan page yang dilihat. Tidak dibataskan dengan masa.

Pages/Visits:
Bilangan pageviews bahagi Visits. Nilainya boleh memberi gambaran berapa page yang dibuka oleh pelawat ketika membuka belog anda dalam satu masa.

Bounce Rate:
Melompat? Haha. Peratus pelawat yang keluar sejurus selepas membuka belog anda. Semakin kecil nilainya, menunjukkan Content belog anda menarik hinggakan pelawat tak sanggup untuk meninggalkan belog anda malah terus-terusan membaca content yang lain.

Avg Time On Site:
Purata masa yang dihabiska pelawat di belog anda. Faham lah ye?

New Visits:
Visits daripada orang baru. Iaitu manusia yang tak pernah membuka belog anda.

MUKASURAT 2:
Absolute Unique Visitors:
"Unique" biasanya membawa maksud sama. Di sini ia membawa maksud bilangan Visitor sebenar pada hari itu. Istilah ini membezakan dari Visitor, kerana kalau orang sama membuka belog pada pukul 1 dan 2, dia mungkin direkod sebagai 2 visits.

Haih~ Tak reti menterjemah istilah. Kalau salah, betulkan neh. Maka tolonglah GahooYoogle. Malas betul. Huhu.

Continue Reading
 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template