21 December 2008

Drama Dunia Media

Dah lama saya ingin menulis sesuatu tentang dua drama ini: On Air dan Spotlight. Tapi perasaan kemalasan itu sentiasa membataskan idea.

Maka, untuk merasmikan kembalinya sebuah internet, saya cuba juga menulis. Lagipun format review, cukup sekadar ringkasan yang memberi gambaran.


ON AIR



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 21
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-Mar-05 to 2008-May-15
More: OST - Torrent | OST - Download | OST - Streaming | Pix
Download: Torrent


Saya paling suka cerita ini. Lari daripada kebiasaan kisah cinta Korea. Bertemakan "ONe sided love affAIR", saya tertanya-tanya apakah maksud di sebalik tema tersebut. Satu tema yang dapat menarik penonton khasnya peminat drama Korea untuk terus mengikuti drama ini.

Rating drama ini semakin meningkat pada setiap episod hingga menjangkau lebih 20%, mungkin disebabkan beberapa kejutan buat penonton. Episod satu sahaja menampilkan babak Anugerah SBC (ala-ala Anugerah Bintang Popular - Berita Hairan, dll dsb) yang menampilkan kemunculan ramai bintang popular. Dirakam pada acara anugerah sebenar, sudah tentu ia menarik perhatian ramai penonton.

Antara kejutan lain ialah kemunculan cameo (pelakon undangan) dalam beberapa episod. Saya tak kenal sangat maka boleh rujuk Wiki. Kemunculan mereka menggunakan nama sebenar maka sedikit sebanyak saya TERmengenali mereka. Wakaka.

Okeh sedikit sinopsis: Kisah ini menceritakan tentang seorang penulis skrip, pelakon, pengarah filem dan pengurus artis, dalam proses mereka untuk menghasilkan sebuah drama bertajuk Ticket to the Moon. Dari bermulanya konsep cerita, rekaan skrip, pemilihan pelakon hinggalah ke babak lakonan, semuanya diadun dalam drama ini.

Boleh dikatakan saya tak pasti siapakah watak utama dalam drama ini kerana keempat-empat watak mempunyai peranan tersendiri dalam perkembangan jalan cerita dan mereka saling berkait.

Oh ya, satu lagi konsep yang menarik - drama dalam drama. Saya tak tahu proses yang mereka tunjukkan adalah benar atau tidak, tapi sedikit sebanyak memebri gambaran bagaimana sesuatu drama dihasilkan. Mungkin anda tidak tahu bahawa kadang-kadang mereka merakam babak terakhir terlebih dahulu. Ataupun mungkin anda tidak tahu bahawa berdasarkan permintaan penonton, penulis skrip terpaksa menambah skrip dari 16 episod kepada 21 episod.

Ini juga menjawab persoalan saya sekian lama; kenapa drama Korea yang sedang ditayangkan tetibe berubah bilangan episod dari 16 kepada 21? Contohnya, drama The Four Gods. Wakaka.

Lagu Soundtrack juga menarik, malah beberapa lagu turut dinyanyikan oleh pelakon mereka sendiri; Bad Love - Park Yong Ha, Shadow - Song Yoon Ah.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, tapi ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Cuma kalau diolah beberapa isu, ia pasti menambah episod dan menyelesaikan beberapa persoalan.

Oh ye, satu lagi ciri menarik drama ini - anda tidak akan jumpa babak kissing selain daripada ketika melakonkan salah satu babak dalam drama Ticket to the Moon, itupun ditutup dengan payung. Scene lain mungkin di hujung episod 19 dan 20 yang pasti anda boleh close serta-merta untuk menonton episod seterusnya. Atau pendek kata - drama ini sesuai untuk tontonan umum. Wakaka. Anime Gundam Seed banyak je kissing scene untuk kekanak.

Oh ya, kenapa agaknya ia bertemakan "ONe sided love affAIR"? Saya tak jumpa penerangan yang jelas dalam forum perbincangan atau di mana-mana tapi mungkin sebab jalan ceritanya lurus, tidak melencong-lencong bertukar-tukar pasangan atau berlaku konflik memilih pasangan seperti dalam typical korean love story. Haha.

Apapun, bagi peminat Korea, mesti tonton kalau anda inginkan kelainan, ataupun gambaran bagaimana sesuatu drama dibuat. Cuma ending mungkin mengecewakan anda kerana **** (spoiler adalah dilarang). Wakaka.




SPOTLIGHT



Info: DramaWiki | Soompi*
Episodes: 16
Genre: Romance
Broadcasted: 2008-May-14 to 2008-Jul-03
More: Pix
Download: Torrent


Masih lagi berkisar dalam dunia penyiaran televisyen, cerita ini membawa kita ke GBS News Department. Kali ini kita berpeluang melihat sesuatu proses berita dibuat sebelum disiarkan. Nama Spotlight adalah berdasarkan nama rancangan berita tersebut (Kalau TV3, mereka ada Buletin Utama).

Walaupun jalan cerita agak keji dan kita akan rasa menyampah, tapi boleh laa ditonton. Sape takkan menyampah kalau cerita ini menunjukkan pemberita yang jujur, hanya menyampaikan berita yang tepat serta sanggup berdepan dengan kerenah orang-orang yang berkuasa. Wakaka.

Sinopsis: Drama ini berkisar tentang seorang pemberita bersama ketuanya dan seorang rakan setugas berusaha membongkar konspirasi keji yang bakal memusnahkan negara. (Wakaka agak exaggerate sinopsis nih)

Rating drama ini agak kurang, tidak mencapai 10%. Tidak pasti samada kerana hero tidak hensem, atau jalan cerita tidak menarik, ataupun kerana ini bukan love story.

Drama ini juga memberi saya beberapa idea untuk website. Antaranya penggunaan nama 'department' menggantikan 'unit' yang ketinggalan zaman, buruk dan bosan dilihat. Haha. Selain itu, teknik menghasilkan berita visual juga saya ambil dan ubah mengikut kemampuan pelajar perubatan tapi mungkin masih memerlukan pengubahsuaian supaya lebih mantap.

Saya ingin mencontohi gaya ketua mereka. Reporter memberikan laporan masing-masing tentang isu yang diperolehi, ketua yang bertanggungjawab memilih isu yang sesuai disiarkan. Kalau tak sesuai, "KILL!!" dan reporter tersebut terpaksa cari isu lain, atau membaiki laporan supaya lebih baik. Mesti best kalau saya praktikkan. Haha tapi kesian plak.

Keseluruhan jalan cerita berkaitan kerja-kerja berita, tiada love story yang serius. Walaupun reporter praktikal di bawah tanggungjawab heroin adalah bekas kawan sekolah, tapi isu cinta tidak dihuraikan lanjut. Mungkin ia satu sebab kenapa rating yang agak rendah. Wakaka.

Ape pun, drama ini mengajar beberapa perkara malah saya boleh ambil beberapa idea daipada drama ini. Walaupun tidak termasuk dalam list 'Mesti Tonton' tapi berbaloi untuk dimasukkan dalam koleksi.

*requires registration to enter the site.

MORE EPISODES HERE!

2 penghinaan diterima:

Jolynn on December 24, 2008 at 12:38 AM said...

Sila menghina dengan tatabahasa yang betul? Hahaha! You really like Korean dramas, eh?

Hmm... I think I'll just stick to Blogger and just play around with the hacks so that I can also improve my hand at HTML and Java. And Blogger's free! =D

HafizAdam on December 24, 2008 at 12:43 AM said...

suke?
xpun. cume bile ade, tonton je laa..
kan?
hehe

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template