01 December 2008

Google Analytics November 2008

Hurm, species ini saya baru terfikir setelah melihat bermacam-macam gaya manusia berbangga dengan statistik belog mereka. Namun mungkin post permulaan ini agak bagus untuk memperkenalkan apa itu Google Analytics.


Mula-mula untuk mendapatkan gambaran rupa Dashboard Google Analytics, sila download file di bawah:
Download: MediaFire

Saya takkan bercerita tentang semua benda dalam GA, tapi saya akan pilih Top 20 dan embed kat sini. Ini disebabkan dalam file PDF di atas, cuma Dashboard sahaja, dan ia cuma memaparkan bilangan yang terhad. OK?

TOP 20 CONTENTS

Apa itu Contents? Secara ringkasnya ia adalah kandungan. Haha maksudnya post belog anda. Pix di atas telah ranking-kan ia mengikut kepopularan.

Dan pemenang kali ini ialah Stupid Fatwa Everywhere. Well saya rasa bukannya sedap sangat pun. Mungkin sebab isu tersebut sedang hangat pada masa itu. Huhu.

TOP 20 REFERRALS

Apa itu referral? Referral secara ringkasnya adalah Content lain, samada website, email dll dsb. Pengunjung klik pada link belog anda kat situ, maka sampailah ke belog anda. Content tersebut dipanggil referral. Maybe tak tepat sangat, tapi boleh bagi sedikit idea. Cuba Wiki "referral". Hehe.

URL paling berjaya mempromosikan belog ini adalah: iLuvIslam. Macam biasa. Huhu.

TOP 20 KEYWORDS

Apa itu keywords? Lebih kurang macam perkataan apa yang selalu digunakan supaya belog anda muncul di GahooYoogle Search. Mungkin tak tepat sangat tapi boleh menggambarkan bahawa perkataan tersebut menarik minat pembaca untuk tiba ke belog anda.

Keyword popular kali ini masih lagi "akudarahanakmalaysia". Ada juga beberapa keyword lucah naik ke Top 20. Hehe jangan salah sangka, belog ini takde entry lucah, cuma terdapat perkataan tersebut, sebab tu naik di GahooYoogle Search.

APA ITU GOOGLE ANALYTICS

Google Analytics adalah sejenis kuih berbentuk segiempat, tidak berbucu tajam, dam mempunyai satu lekuk di tengah. Ianya berwarna hijau gelap, dan lekuk di tengah diletak gula agar membentuk bulatan. Cuba anda bayangkan..

Wakaka, adanya teknologi GahooYoogle, maka gunakan laa. Takpun baca je kat sini: Google Analytics. Ada Tab Features kat kanan atas.

Secara basicnya, ia merupakan sebuah alat untuk merekod statistik belog anda. Amat berkuasa tinggi saya kira, malah PERCUMA! Ramai orang menggunakan GoStat, SiteMeter dll dsb yang memberatkan belog tapi saya lebih sukakan GA. Mungkin dah biasa kot.

Kalau anda buka file PDF di atas, mukasurat pertama adalah Dashboard Asas. Mukasurat seterusnya adalah hasil klik pada menu dalam mukasurat pertama. Tapi GA mempunyai lebih dari itu. Cubalah sendiri.

Di sini saya cuba memberi beberapa terjemahan secara overall supaya pembaca faham apa yang diorang tengok kat file tersebut. Untuk terjemahan detail dan tepat, sila GahooYoogle:

MUKASURAT 1:
Visits:
Lawatan. Menunjukkan berapa kali pengguna membuka belog anda. Biasanya 1 visit merangkumi beberapa puluh minit.

Pageviews:
Bilangan page yang dilihat. Tidak dibataskan dengan masa.

Pages/Visits:
Bilangan pageviews bahagi Visits. Nilainya boleh memberi gambaran berapa page yang dibuka oleh pelawat ketika membuka belog anda dalam satu masa.

Bounce Rate:
Melompat? Haha. Peratus pelawat yang keluar sejurus selepas membuka belog anda. Semakin kecil nilainya, menunjukkan Content belog anda menarik hinggakan pelawat tak sanggup untuk meninggalkan belog anda malah terus-terusan membaca content yang lain.

Avg Time On Site:
Purata masa yang dihabiska pelawat di belog anda. Faham lah ye?

New Visits:
Visits daripada orang baru. Iaitu manusia yang tak pernah membuka belog anda.

MUKASURAT 2:
Absolute Unique Visitors:
"Unique" biasanya membawa maksud sama. Di sini ia membawa maksud bilangan Visitor sebenar pada hari itu. Istilah ini membezakan dari Visitor, kerana kalau orang sama membuka belog pada pukul 1 dan 2, dia mungkin direkod sebagai 2 visits.

Haih~ Tak reti menterjemah istilah. Kalau salah, betulkan neh. Maka tolonglah GahooYoogle. Malas betul. Huhu.

3 penghinaan diterima:

Anonymous said...

pergh.. terer la blog ni.. mempunyai sebegitu ramai pengunjung yang disemak samun.. wakaka.. nak maju gak ar..

Anonymous said...

gahooyoogle? hahaha

-aliaaa~

HafizAdam on December 11, 2008 at 7:37 AM said...

NiKuBe:
pelik gak, belog karutan nih gak yg popular..
wakaka

Aliaa:
alaa orang reke dokleh..hish..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template