11 December 2008

Ilusi, Realiti?

Raya korban tahun ini disambut meriah. Program penyembelihan pada raya pertama, dan "Full House" PERUBATAN pada raya kedua. Kemudian "Full House" Yuci pada raya ketiga.

Saya pula menyambut raya korban dengan hidung yang berair, suhu badan yang tinggi dan kesakitan kepalaan yang melampau. Ya, saya demam lantaran kesejukan.

"Full House" PERUBATAN berakhir kira-kira pukul 4 petang. Saya sudah mula menampakkan tanda-tanda akan jatuh sakit. Usai solat Asar, tidur sebentar di Musolla ARMA. Entah kenapa, saya terjaga pukul 4.30 petang, lantaran ada akhawat di tempat wudhu', bermain air barangkali. Aiseh, hilang macho tapi masih bermuka selamba, terus pulang menaiki bas.

Malam itu sejuk terasa luarbiasa. Kepeningan mula dirasai. Mungkin penangan daging unta, atau kesan lemak daging kambing, atau terdedah pada kesejukan, saya sendiri tidak tahu puncanya. Sampai di rumah, terus rebah setelah solat Maghrib.

Saya tidak ingin bercerita kisah demam sebenarnya. Semua orang tahu demam itu bagaimana. Tapi mungkin ada di kalangan anda yang tahu bahawa saya fobia dengan demam. Mungkin saya pernah bercerita dalam entry lepas, atau sembang kosong di YM. Kenapa saya fobia dengan demam? Hal ini demikian kerana saya akan meracau.

Dan buat pertama kalinya di Mesir, saya meracau dalam tidur dan terjaga kira-kira jam 0230. Mujur waktu itu manusia normal telah lelap, nyenyak dibuai mimpi, dan saya memiliki bilik sendiri. Maka keegoan serta kemachoan itu masih belum tercalar.

Maka kita akan mula masuk pada tajuk. Sejak naik ke tingkatan satu, saya tidak lagi mengalami racauan histeria. Mungkin disebabkan saya tinggal di asrama, dan demam jarang menyerang dengan teruk.

Sewaktu di sekolah rendah, saya kerap mengalami ilusi-ilusi yang menyebabkan racauan dan histeria ketika demam. Sebagai contoh, mimpi ditembak dengan meriam sahabat Doraemon, Kid. Dan juga mimpi jatuh bangunan. Zaman kanak-kanak memang penuh dengan ilusi melampau sebegini.

Saya tahu ia kelihatan kelakar tapi ia terjadi dan saya merasakan ianya realiti. Ditembak meriam Kid, saya kesakitan di dada, terjaga dan terus muntah. Kesakitan itu kekal beberapa ketika. Jatuh bangunan, saya terjaga dengan keadaan kejang tak mampu bergerak buat beberapa ketika; manusia yang jatuh bangunan memang tak boleh berbuat apa-apa, kan?

Kisah lain, meja disebelah katil dirasakan berpuluh-puluh meter jauhnya. Siling rumah seolah-olah setinggi menara KLCC. Dan lebih menerukkan keadaan, seolah-olah ada bebola besi yang waktu itu saya gelarkan sebagai "raksaksa" mengerumuni katil tempat saya tidur. Sangat melampau dan exaggerate. Hasilnya saya berselimut 24jam. ingin mengambil air di atas meja, terasa jauh. Memandang siling, terasa akan dihempap. Haha.

Ini cuma sebahagian daripada ilusi yang ditafsirkan sebagai realiti. Baru-baru ini saya berkunjung ke rumah Pemenang. Ahl beyt beliau, nAmi an-Nursi seang menonton sebuah video di Yahoo. Video tentang sebuah eksperimen.

Saintis tersebut memakai sebuah alat yang disambung pada sebuah patung/mannequinn. Manakala pembantunya menggerakkan pen pada tubuh patung tersebut. Rangsangan yang dihasilkan menyebabkan saintis tersebut merasai gerakan pen tersebut seolah-olah ianya berlaku pada tubuh saintis itu sendiri.

Secara teorinya, manusia menerima rangsangan dari luar yang ditukar kepada impuls, kemudian diterjemahkan oleh otak. Maka, kita boleh mengawal terjemahan otak berdasarkan jenis rangsangan yang kita hasilkan. Itu secara teori.



Konsep ini digunakan dalam beberapa anime, antaranya Chaos Head dan Hitman Reborn. Chaos Head menjelaskan bagaimana rangsangan yang dihantar kepada otak manusia diterjemahkan oleh otak, menjadikan manusia tersebut merasakan ianya realiti. Hasil kawalan komputer, seorang ibu menyangka dia memegang anaknya, walhal realitinya dia sedang membelai sebiji patung Barbie. Otak menterjemahkan ilusi kepada realiti.

Hitman Reborn pula; salah seorang watak, iaitu Mukuro Rokudo menggunakan ilusi sebagai kuasa beliau. Musuh yang yakin dengan kuasa tersebut akan terkena efeknya. Bak kata pepatah, "We believe what we see, and we see what we believe".

Ramlee Awang Murshid juga mengimplementasikan konsep ilusi dan realiti dalam karyanya: Rahsia Perindu. Jika anda inginkan kepeningan melampau, dapatkan novel ini di pasaran sekarang. Haha. Promosi percuma: sila ke Kelab RAM.

Baiklah, balik pada kisah saintis dan patung tadi. Saya terfikir, kalaulah kita menikam patung tersebut bertubi-tubi, kemudian rangsangan yang dihasilkan cukup untuk diterjemahkan otak sebagai "kematian", adakah saintis tersebut akan mati? ini adalah satu keadaan di mana otak menganggap kita telah mati, ataupun brain death. Ye ke?

Kalau ini benar, satu lagi kaedah pembunuhan telah ditemui: berikan pil tidur, pakaikan alat, tikam patung bertubi-tubi, mati tanpa sebarang kesan. Wakaka. Juga, saya bernasib baik kerana terjaga sebelum kejatuhan bangunan sampai ke bawah. Huhu.

Apapun, racauan di Mesir kali ini, saya bermimpi dibelasah Arab hingga mati. Sedar-sedar, tubuh terasa sakit tak bermaya. Huhu. Pagi terasa panas tubuh badan, namun Dinmat takkan demam lebih 24 jam. Malam nih demam telah kebah, suhu kembali normal, walaupun masih terdapat hawa-hawanya lagi.

Saya tak tahu "hawa-hawa" dalam bahasa standard ape. Seumpama kita meletak tangan di atas air kopi yang panas, kita merasai kepanasannya, tapi kita tak sentuh pun air kopi tu. Kita dah tak demam, tapi simptom demam masih kekal dirasai. Macam tu kot. Ataupun perkataan ini hanya saya yang guna. Haha.

Okes. Till next time.

Berhati-hatilah dengan realiti, kemungkinan ia satu fantasi.
[Ramlee Awang Murshid, Rahsia Perindu]

15 penghinaan diterima:

Anonymous said...

abg demam ke??
kesian nyee..
xpe..mimpi kene belasah je..
xde mati betol pon..
kalo dh sehat bgus la..
(naseb baik betol kalo duk bilik sorg2 nih)
lain kali mandi kalo demam,biar ilang panas tu..
hahaha...

Anonymous said...

demam jd gtu pa??? huhu..x tahu pun sblum ni

cikgu_eya on December 11, 2008 at 3:43 AM said...

maka dengan entry nih, tercalar sudah kemachoann.... wakakakaka... ^^

HafizAdam on December 11, 2008 at 7:33 AM said...

Kau yg comel:
malas laa nk mandi, sejuukk..

Aliaa:
hehe spesel kes..

Kak Eya:
lalala xde pun..
biase je..
kalu tgk bari tercalar kemachoan..
hehe

Anonymous said...

halouusss.. Arigato Ghuzaimaste Hyte!!! LOLZ..
wah Anime lee. alah xder link download ke inche HafizAdamz??

Anonymous said...

yep!~ betul2...bacalah 'Rahsia Perindu' jika anda mau pening2 selama beberapa hr...saiko betul citer tu..

ops..lari tajuk..ohh demam ke..patut lama senyap..syafakallah :)

c's on December 13, 2008 at 1:31 AM said...

Cte psl ulasan2 buku psl realitu sakit adalah manifestasi otak etc.. etc.. ad gak disebut dalam satu buku Harun Yahya a.k.a Adnan Oktar dalam salah satu bukunya.. tp x igt lak tjuk die.. bce mse umuq 12 thn dulu.. bce pun fhm gitu2 je..

btw,
cpt2 sembuh.. jackster balik, kita on project.. kali nih.. lebih spesifik n teratur, tanpa overlapping iA..

syafakallah..

Anonymous said...

best jgk mimpi2 tu (kalo orang len yg kena la ngeh3)

Anonymous said...

ala..tian2...demam ye..

Anonymous said...

sib baik ilusi atau realiti tu tidak melibatkn org lain..kang naya lak tetiba tgh tdo g hempuk kepala member bilik sebelah..hak3

btw..sekali lalu, akak nk gtau, blog lma dah tutup kedai dah, lingkup sebab managernya iaitu Incik frenster sungguhlah hampagas plus sengal-senggolan..

so klu anda rajin leh tukar link kt blog awk sekalik yer..kpd yg INI

http://semut2comel.blogspot.com/

tk care.

nessa syahirah on December 17, 2008 at 9:08 PM said...

tok, email pe eyh?

ade hal sikit.Arigato..

pm kat iluvislam pun leh gak.

As on December 21, 2008 at 1:22 AM said...

dah seminggu lepas
dah kebah lum demamnye?

HafizAdam on December 21, 2008 at 4:44 AM said...

NiKubes:
Chaos Head je yg ade kat Realitylapse. Hitman Reborn takde sbb dh dilesenkan. cari kat torrent lah ye.

Penulis Cerita:
haha suke laa sgt. pdhal baru bace.

Radin Comel:
gile ah. 12 tahun dah bace buku adnan oktar. mase tuh kite bace buku kuntum je.

RajaOtai:
haha betul3. mimpi tuh mmg SANGAT best.

DakChomey:
eh sape lak nih?

Mak Ngah:
dah tuka..

Nessa:
nanti PM ikut iLuvIslam. nk wat pe?

As:
demam udah kebah. sehari je pun. selesema + batuk je yg taknak pegi. geram gak.

Anonymous said...

haha.buku KUntum.

c's on January 4, 2009 at 2:28 AM said...

tuh psl x igt pe bnda sgt.. bce mse umuq xsmpi wktu matang.. mne nak digest.. adess..

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template