10 May 2009

Hadiah Buat Ibu

*Sketsa pendek ini telah dipost di iLuvIslam dan dipublishkan di sini dengan sedikit editing.

Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat.

"Assalamualaikum, Si Anak dah balik..." Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya.

"Kenapa muka mak pucat macam tu?" Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut.

"Dah pukul berapa ni? Si Anak pergi ke mana? Mak risau, tahu?" Si Ibu meluahkan kebimbangan.

"Hehe, cuba mak teka hari nih hari apa?" soal Si Anak.

"Main-main pulak. Hari ini hari Ahad. Kamu tuh, pergi ke mana dekat Isyak baru pulang?" SI Ibu masih dengan nada kerisauan. Si anak hanya tersenyum.

"Hari nih memang hari Ahad, tapi spesel punya. Teka laa," Si Anak masih berteka-teki. Si Ibu mengerutkan dahi.

"Kamu nih disampuk hantu jembalang mana? Tu laa, balik lewat lagi," Si Ibu membelek-belek muka Si Anak. Nada risau masih berbaki.

"Ish mak nih. Hari nih Ahad Kedua bulan Mei. Hari Ibu!" beritahu Si Anak. Si Ibu terkujat.

"Si Anak pergi mengambil hadiah untuk mak, sebab tuh lewat sikit," Si Anak tersenyum-senyum. Si Ibu masih blur.

"Mak nak hadiah tak?" sambung si anak. Si Ibu tersedar. Alangkah terharunya Si Ibu, Si Anak mengingati hari itu.

"Nak," jawab Si Ibu, perlahan. Persaan berbaur.

"Walau apa pun hadiah Si Anak bagi, mak jangan buang tau," pesan Si Anak.

"Ye, mak tak buang punye," kata Si Ibu. Anaknya memang baik. Setiap tahun ada hadiah.

"Mak mesti suka adiah anak mak nih," ujar Si Anak.

"Hadiah anak mak, semua mak suka," ucap Si Ibu. Hampir menangis.

Si Anak membuka pintu, keluar mendapatkan hadiah. Si Ibu sabar menunggu hadiah dari Si Anak.

Si Anak masuk kembali, tanpa apa-apa di tangan. Si Ibu kehairanan.

"Mana hadiah?" Ingin terkeluar soalan itu.

"Jeng jeng jeng!" sambil tangan Si Anak menunjuk ke arah pintu yang sedikit terbuka.



"Nih adiah untuk mak," katanya apabila seorang gadis muncul.

"Seorang menantu!" sambung Si Anak Lagi.

Si Ibu terkedu.

"Mak dah janji takkan buang, kekeke" pesan Si Anak sambil tersenyum kekejian. Rancangan mendapatkan persetujuan Si Ibu berhasil.

Si Ibu terduduk. Si Anak melompat kegembiraan. Si Awek tersipu-sipu. Sememangnya hadiah terbaik buat si ibu adalah seorang menantu yang comel.


Selamat Hari Ibu, buat Rosilawati bt Ramli.

Along dah lama tak dengar suara ma. Asyik sembang ngan kakak je. Nanti bila dah kaya along kol. Haha. Semoga sihat selalu.

*sketsa ini adalah rekaan semata-mata. idea asal: LeoKid.



12 penghinaan diterima:

c's on May 10, 2009 at 6:51 AM said...

haih~ hari ibu sempat lagi menyengal~ isk

btw, nice one!

relax on May 10, 2009 at 6:51 AM said...

:) hahah tak pe bw blk menantu bukan "hantu".

ijan said...

alahai~
comey nye pangai...
wujud ke laki mcm ni? /:)

Neo Rantissi on May 10, 2009 at 8:28 AM said...

Nice!!! Taktik baek punya!

Jackster® on May 10, 2009 at 3:44 PM said...

haha rlek2 ar lu denmat, awal deh nk kawen haha

guild_hunterz on May 10, 2009 at 5:37 PM said...

wah..
taktik bagus nie..
boleh dipraktikkan~

misa'e on May 10, 2009 at 8:07 PM said...

tataw nak cakap hape..kepala otak kau memg penuh dgn idea..

rusydiali said...

hahah,cite lawak hujung2ny buat ak tergelak-gelak,nsb baik 1 arma x dgr.

HafizAdam on May 11, 2009 at 5:00 AM said...

Radin Rahmah:
ish mane de menyengal. berkreatip, baru betul, haha.

Relax:
hehe tapi pompuan zaman skrg kebanyakannye memang 'hantu'..

Izan Bazlina:
comey kan?
kiut je.
kekgi nge pakwe Ijan tra ar wat camnih neh. hehe

Neo Rantissi:
biasa lah. tiada yang lebih berharga daripada keizinan ibubapa dalam mendirikan rumah tangga.

Jackter:
kawen awal boleh beranak awal, theoretically. sebab Syidi belum beranak lagi. hehe

Bebe Alfy:
memang pun. taktik baik punyaa..

kakRamisah Aini:
haha kakRem jangan sedih2 lagi ye. sketsa ini hadiah utk akak. selamat hari ibu. huhu.

Rusydi Ali:
pesal gelak? kelakar sangat ke? kwang3

chep on May 12, 2009 at 7:02 PM said...

hahaha...
cute story...
selamat arie ibu kepada sesiapa yg bergelar ibu..

Mohd Al-Amin Daud on May 16, 2009 at 10:01 AM said...

hahahaha..tergolek2 gelak..baru nak feeling tangkap lentoq..ni idea sape ni??boleh tiru ni aksi nie...hehehe..

ikhwana syuhada on May 8, 2010 at 4:18 AM said...

mcm dah besa baca... ni yang tahun lepas punya ka?

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template