17 May 2009

Kami Sayang Cikgu

Setelah menghiburkan diri dengan entry ISMA Si Gampang yang menggalakkan maksiat, kita layan entry nih pulak. Saya tahu hari ini 17 hb. Hari Guru semalam, tapi sengaja publish lewat, kekeke.

Semua orang post puisi Usman Awang - Guru O Guru. So saya malas nak post. Saya post mende lain.


Hari itu Cikgu ajar kami tajuk Alkohol.
Cikgu gembira bila HafizAdam tanya soalan.
Tapi Cikgu hairan sebab Radin dan Fathiyyah gelak-gelak kat belakang.
Cikgu tanya, "Kenapa gelak?" tapi mereka jawab, "Takde pape."
Masa buat eksperimen, Cikgu pergi ke meja mereka.
Cikgu kecewa nampak majalah Remaja.
Cikgu nak rampas, tapi Radin buat muka comel.
Akhirnya Fathiyyah mintak maaf, janji tak nak buat lagi.
Cikgu ambil majalah, simpan sampai tamat waktu sekolah.

Hari itu Hari Merentas Desa.
Cikgu jaga pintu pagar, mencatat rekod masa.
Tunggu punya tunggu, cikgu nampak pelari pertama hampir sampai.
Cikgu kenal Pemenang sebab Cikgu ajar dia.
Tapi muka dia macam dah tak semangat nak berjalan.
Cikgu bagi semangat, "Sikit je lagi!"
Bila Pemenang sampai garisan penamat, Pemenang rebah pengsan.
Cikgu panik tak reti nak buat apa.
Guru lain ramai tak datang, yang ada pun sibuk dengan urusan masing-maing.
Akhirnya Cikgu dukung Pemenang ke Urusetia.
Minum air dan ambil nombor.
Pemenang cuma sebut, "Cikgu, nombor satu!"

Hari itu Hari Kelas Tambahan.
Cikgu edar Nota Tambahan.
Cikgu kata Free, boleh claim dari pihak sekolah.
Tapi mata cikgu nampak jelas merah.
Sebab Cikgu taip sendiri nota untuk anak murid Cikgu.
Habis kelas, cikgu jumpa Nota cikgu atas lantai.
Cikgu ambil balik, letak atas meja.
Cikgu nak marah, tapi tak tahu nak marah sape.
Anak murid cikgu semua dah balik.

Hari itu Hari Peperiksaan.
Cikgu datang sekolah tengok anak murid cikgu.
15 minit peperiksaan mula, Ketua Pengawas tegur Cikgu.
Ada anak murid Cikgu tak masuk dewan.
Cikgu cemas sebab peperiksaan itu penting.
Cikgu berlari ke asrama, entah-entah tengah tidur kat sana.
2 tingkat Cikgu periksa, tapi tiada manusia.
Cikgu jenguk musolla.
Kosong.
Akhirnya Cikgu naik ke kelas.
5 tingkat Cikgu panjat.
Nampak anak murid Cikgu - Jackster tidur nyenyak mengigau.

Hari itu Hari Guru.
Tapi Cikgu takde kat sekolah.
Doktor kata Cikgu kena duduk diam kat hospital.
Nanti sakit Cikgu melarat.
Cikgu rindu anak murid Cikgu.
Cikgu nak melawa, ambil gambar ngan mereka.
Cikgu nak terima hadiah dari anak murid Cikgu.
Cikgu sedih tapi Cikgu senyum.
Sebab Cikgu tahu kami semua sayang Cikgu.

Greatest thanks: Teacher Salmi, Ustazah Maimumah, Ustaz Che Ku, Cikgu Bakar, Ustaz Ramli, Ustaz Syed, Cikgu Raina, Teacher Zaliha, Ustaz Yusof, Ustazah Wan Saba dan semua guru SMKA Tok Jiring.

In Memories: Ustaz Wan Nordin, semoga Allah merahmati roh beliau.

*takde idea nak menulis, macam stub je entry nih.

Guru Pembina Negara Bangsa
[Tema Hari Guru 2009]


__^*Lagu Rasmi - Guru Malaysia*^__
4Shared

__^*Lagu Tema - Guru Pembina Negara Bangsa*^__
4Shared


Special Thanks: Laman Web Rasmi Hari Guru - Kementerian Pendidikan





9 penghinaan diterima:

ijan said...

bgus..
comel~
*jeles ngan org yg sume tgh cuti skrg ni,
siap ek2 g skolah lagi ari ni smbut ari guru..
xpe laa*

Wal on May 17, 2009 at 7:37 AM said...

hoho x sangke saudara hafizadam juge mampu beremosi

misa'e on May 17, 2009 at 8:33 AM said...

suka nama pelakon2 dan juga ceritanya..

AsNiza on May 17, 2009 at 9:09 AM said...

Teringat cikgu Teoh, cikgu bangsa Cina yang mengajar anak2 didik di sebuah sekolah di kelantan..cikgu pun kecek kelate..ekekek

-Masuk kelas beliau, semuanya kecut perut nk terberak terkencing..sape2 tk reti sifir terus terer sifir..

-Tak siap homework mmg sengaja carik nahas, dan dia paling tak suka kalu student menipu, selambe lempang pelajar dalam kelas..campak buku koyak buku, biasa..

-'perosak' bahasa..antaranya..
"dont drop my waterface" menjadi ingatan hingga kini..

-Tak kira garang cmne sekalipun dia, semuanya utk mendidik..sampai skang die masih diingatan..terima kasih cikgu, jasamu di kenang.

cikgu_eya on May 17, 2009 at 2:30 PM said...

Apiss....

Mungkin yang membaca, nampak entry nih macam fun. Tapi, sedih sangat2... Bila berada di tempat cikgu. Siyes sedeh.. huhu

Neh yang rasa nak nanges neh.... huhu

Jackster® on May 17, 2009 at 7:41 PM said...

slumber ckp aku tido haha

relax on May 18, 2009 at 5:33 PM said...

ahahhahahahahaha best bangat karya kamu nieh siap ade iringin lagu kami guru mesiaaaa. cayalah you bro

keri on May 21, 2009 at 2:57 AM said...

ohh rindu nk tgk name2 cikgu hk mg tulis tu.
ust yusuf pn aku rindu skali.
bekeng2 tp best gile. baik yang amat.
Tuhan je balas

imtiazsofea on May 21, 2009 at 12:36 PM said...

aduhaii..agak sedih n3 ni.

betul c.eya,sedih kan klu dok tmpt ckgu..hoho

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template