Manusia sentiasa dan perlu berubah menjadi lebih baik. Berada di kedudukan yang lebih tinggi. Tidak kira soal bisnes, pelajaran, rupa atau akhlak. Malah dalam soal amalan agama Islam sendiri.
Melihat iLuvIslam Dot Com semakin mencipta nama di alam realiti, setelah bangun menjadi portal Islamik di alam maya, siapakah di antara krew iLI yang tidak akan berasa bangga? Dengan lawatan pertama ke Karangkraf. Kemudian menjadi anak angkat Karangkraf, seterusnya mengadakan Back 2 Basic; Gathering bersama Karangkraf. Malah sudah mula membuka booth di program-program; Pesta Buku dan Karnival Kerjaya.
iLI berjaya membuktikan kehadiran mereka bukan setakat di sebalik username, namun turut berani turun secara berdepan. Setidak-tidaknya iLI lebih berjaya daripada Halaqah, Shukur atau AL-Fikrah dalam menyebarkan dakwah secara terbuka.
Saya sebagai salah seorang krew Moderator yang sudah 'tua' dalam iLI; sejak 2007 sudah giat mengkritik dan mengeluarkan kata-kata pedas dalam iLI, kemudian dilantik menjadi Moderator Umum pada 2008 sehingga hari ini. Sepertimana Ketua Moderator MakNgah yang tidak mahu kahwin kerana dibimbangi iLI terabai, saya juga sangat concern dengan perkembangan iLI.
Disebut dalam perenggan pertama; Berhati-hati menaiki tangga. Saya menyebut pepatah ini kerana iLI memang sedang meningkat naik, tapi saya bimbang ini adalah terlalu 'sudden', menyebabkan 'shock'. Kejutan kepada Krew, kejutan kepada User.
Dengan program B2B setiap bulan, saya bimbang jika program ini akan diabaikan di masa akan datang kerana kehadiran muka yang sama dan terlalu kerap. Maklumlah, krew berada di serata dunia, mana mungkin mampu turun setiap bulan memeriahkan B2B. Slot Featured di Majalah i, saya bimbang jika iLI gagal mencapai matlamat Forum Ilmiah yang diingini Karangkraf. Ini disebabkan kurangnya respon apabila kita menginginkan fakta dan nombor. Namun begitu, saya percaya kekurangan ini dapat diatasi dengan baik, insyaAllah.
Kemunculan iLi turun padang di program-program sekaligus menyebabkan krew iLI menjadi 'public figure', dan saya bimbang jika rupa krew tidak mencapai expectation user. Mungkin selama ini dianggap krew-krew bertudung labuh, bersopan santun, berkopiah, tahfiz dan sebagainya tapi sebaliknya di alam realiti. Saya bimbang ini menyebabkan jatuhnya kredibiliti iLI. Mungkin juga kebimbangan ini satu petanda baik buat krew supaya memperbaiki diri. Bukan menjadikan diri supaya hipokrit, tapi sebagai motivasi ke arah kebaikan.
Seringkali 'public figure' akan terpesong, walau berada di atas nama dakwah. Mencanang slogan dakwah dan tarbiyah, tapi lain pula pembawaan mereka. Tidak kira melalui nasyid atau ceramah, seolah-olah hukum alam telah menetapkan begitu; akhirnya berpaling dari kebenaran, hanyut dalam arus glamor dan sensasi. Moga-moga iLI tidak sedemikian, dan terus berada pada matlamat asal yang benar.
Beralih kepada pasukan saya; Team Moderator yang bertindak mengawal forum berdasarkan Iluvislam Security Act (ISA), bagi saya merupakan satu tugas yang mencabar dan paling memenatkan. Dengan user yang melanggar peraturan, mengutuk Moderator, menyebarkan dakyah, semuanya adalah liku yang Moderator Umum perlu lalui. Walaupun proses pengambilan krew berjalan setiap masa tapi amat sukar mencari mereka yang boleh menjalankan tugas Moderator dengan baik secara konsisten. Ini sedikit sebanyak menyebabkan saya merasakan Team Moderator masih belum kuat sepenuhnya.
Saya bukannya inginkan sahabat Moderator tercongok 24 jam memerhatikan forum. Tidak sama sekali. Tapi sesekali menjenguk iLI, mengambil tahu perkembangan, dan mengedit satu atau dua thread sudah cukup, walaupun seminggu sekali. Saya mengharapkan konsisten dan komited daripada kalian, bukannya membuat permohonan menjadi Moderator, kemudian mengabaikan terus tanggungjawab.
Menjadi salah seorang krew adalah salah satu cara untuk menyumbang kepad usaha iLI. Kebanyakan krew adalah pelajar, yang masih mempunyai masa dan ketika untuk berkhidmat. Jika anda sudah bekerja, mempunyai tanggungjawab kerja dan keluarga, mungkin sukar untuk bersama iLI. Maka, mari manfaatkan kesempatan yang masih bersisa. Bukan untuk krew sahaja, tapi untuk User biasa juga; Memberi pendapat yang membina, atau menghantar artikel bermanfaat, walau sekali dalam seminggu.
Pepatah Pemenang juga ada menyebut; Apabila bertemu dua keikhlasan, maka akan terbit keberkatan. Ikhlaskan niat, insyaAllah legasi iLuvIslam akan terus berkembang.
18 penghinaan diterima:
yes! org pertama..
tapi, kau umpama meluahkan segala isi hatiku..so, no komen, semua dah sama..hak3..
makngah menumpang keglemeran kat sini...
ngahahaha...
adakah sekarang ini budaya bagi komen FIRST!
haih~
xde idea nak menulis makngah. ayat pun berterabur. point dah hilang. nantilah saya edit balik.
1st mak ngah...
2nd pak ngah...
dimana ada mak ngah..
disitu ada pak ngah...
bagai pinang dibelah lapan...
huhuhu...
menarik2...
kesian ahli2 mod ili kan pak pis..
huhuhu...
sabor ajer laa...
anyway...
bagus,,,,
nak SPAM, tapi tak der idea...
tggu abeh exam esok, baru laa nak SPAM sepuehnya~~~
Semoga kita meneruskan kerja ini kerana Allah. Apabila kita ikhlas, insyaAllah semuanya akan baik. Namun, terdapat juga user2 yang tidak mengikuti undang2 forum. Buat team moderator, saya memang memang mengagumi kesungguhan anda semua dalam memerhatikan forum ini untuk mengelakkan perbalahan di samping memastikan forum2 adalah berkualiti.
All the best and Allah is with us all. =)
yeah.. all da best ILI.. [xsgke ade nme singkat gak eh.. bgs2.. sng nk sebut]
walau saya bukanlah registered user ILI, tapi saya stalker yang baik.
apa pun, yang penting.. jangan futur, jangan terleka. nikmat itu datang.. kita syukuri.. makin bertambahlah ia.. moga dijauhkan dari istidraj dan bencana~
slmt~
salam...nk try SPAM kt cni...hafiz yg ajar..
x sangka sama frekuensi pemikiran kita dalam hal ni,hoho..
Salam,
Thanx for raising up this issue. Frankly, sy pun byk kali memikirkan ttg ini. InshaAllah selagi dikurniakan kesihatan tubuh badan, akal & iman, we'll kaizen ILI from time 2 time.
-Yang akan exam lagi 1 jam-
Assalamualaikum..
Harap2 krew2 iLi sentiasa bersemangat ke arah usaha dakwah ni.. di alam maya mahupun di alam realiti.. lebih2 lagi di alam realiti.. =)
Salam ukhwah mahabbah..
bismillah....
dah lama benar apis tak guna ayat skema gini...
hak3
Moga kita semua istiqamah... ^^
Terutamanya akk yang sedang menaip neh ~_~
salam.. menarik dan syabas atas concern yang ditimbulkan. Ana juga salah seorang krew iluvislam (tapi low profile je) sambil memerhatikan iluvislam makin hari makin mendadak naik..
Dalam kesyukuran melihat peluang dakwah yang luas terbentang..tak dapat dinafikan wujud juga kegusaran dalam hati takut2 ada antara kita baik krew mahupun ahli merasa bangga dan alpa dengan populariti dan kejyaan mendaddk iLi.
Semakin berkembang dan semakin gah nama iLi, semakin bertambah tanggungjwaab setiap krew iLi, semakin berat beban amanah yang ditanggung oleh setiap krew iLi dalam melaksanakan tugas kita walau sekecil mana peranan kita dalam iLi.
Kalau semua krew iLi sedar akan perkara ini, tentu seharusnya tidak wujud gejala 'futur' dalam melaksanakan tugas sebagai krew di iLi walau apa alasan sekalipun.
alhamdulillah, ramai di antara krew iLi yang sedar ttg perkara yg akh HafizAdam timbulkan.
Smeoga kita semua sentiasa saling mengingati, menegur baik teguran pada pihak atasan sekalipun demi kebaikan bersama dan iLi khususnya.
Semga kita semua terus ikhlas dan istiqamah menruskan misi dan visi iLuvsilam.com.
p/s : mungkin sudah sampai masa untuk kita mantapkan pengurusan HR krew iLi. Kalau dalam syarikat, pekerja malas kerja, confirm dah dapat memo~ Allahu'alam.
mantap r~
boleh ler...
huh..baru dapat masuk sini..napa sll unimplemented ekk..
-saya stuju ngan ingatan ni..kengkadang, takut2 bila dah tll mendongak ke langit, takut kita akan lupa ngan rumput ditanah..so..pastikan niat asal kita sll di tempatnya, n misi jgn tinggal hanya misi..- chaiyok apis..sll terfikir hal ni, alhamdulillah, dah ader org yg mewakili suara hati..- Moga terus Thabat!
akak pengomen ke 18 sebab baru buleh bukak. pertama kalinya ku melihat keseriusan tulisan moderator hafizAdam.
Insya Allah berkat doa dan usaha menjaga hati dari semua org ILI akan terus berjaya, walaupun ada dugaannya nnti.
apa kata kita jgn panjat tangga tapi kita naik lif plak.kekekeke.
by the way, semoga Allah sentiasa memegang hati2 kita semua, amen..
betul juga... pernah terfikir hal sama..tapi, Saya bukan mod..
betul kata bro . Sekarang iLuvislam dah lain..
krew makin lupa tanggungjawab,,
-ex-krew-
Post a Comment