Mari kita lihat apakah redundancy yang sering dilakukan pelajar medik.
*Sila baca dari atas ke bawah dan bandingkan dari kiri ke kanan*
Apa itu redundancy?
Multiple antibody, reacting with the same antigen
Kerja yang sama, tapi buat banyak kali. Tak ke bengong?
Program sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Bila dah tiada idea untuk update, mula laa copy paste yang orang lain. Idea Kelas ni bagus, boleh ambik. Idea Kelas ni bijak, boleh mintak. Idea Kelas ni bernas, boleh tiru.
Kan bagus kalau sejak awal lagi tiga-tiga kelas ini bergabung? Kelas A in-charge bahagian artikel, Kelas B in-charge bahagian video? Barulah Kelas C tak terasa terasing. Kerana mereka tahu ini program bersama Kelas A dan B. Mereka boleh menyumbang sesuatu nanti di lain waktu.
Kan?
Alasan memang banyak. Sebab tu tak pernah nak maju. Beria-ria nak Kelas diorang jadi Jawatankuasa Tertinggi Batch, tapi hal sekecil ini pun tak boleh nak fikir. xD
Ever heard of Feedjit? It was a popular widget used to track people visiting your website.
Now it has introduced a new feature, an upgrade for the Live Traffic Feed; Profile Link.
This feature was the same as MyBloglog introduced by Yahoo. Except that Feedjit will always record your activity although you didnt Sign In. MyBloglog is limited for Yahoo user who Signed In only. But I didnt say MyBloglog was bad. They has other function that was quite attractive.
Whenever you visit other people with Live Feedjit Widget installed, your avatar and profile will be recorded and shown on the list. It's good to attract people to your website and increase your traffic.
With cross-link function between Facebook/Twitter and Feedjit, joining up was made easy. I preferred Twitter because I never approve Unknown Requesting Object on FB, but Twitter always allow any people to follow. =P
Although there're some other cool functions you can do, but I think this is enough for Introduction. Try it now, and made yourself public to the world.
Sesiapa yang menerima soalan saya semalam, tahniah dan terima kasih. Sedikit sebanyak membantu saya menulis entry ini. Apakah soalannya?
Presiden PERUBATAN sudah berkahwin. Beliau sememangnya sangat disegani dan terkenal di seantero Mesir. Tiba-tiba anda menerima berita beliau ingin berkahwin satu lagi. Lebih hebat, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan perempuan kedua tersebut.
Soalannya; 1. Apakah persepsi anda terhadap beliau? Adakah kredibiliti beliau sebagai seorang Presiden yang terkenal dan dihormati itu jatuh?
2. Perempuan kedua tersebut dalam dilema samada menerima atau tidak. Perlukah beliau terima, atau tolak?
Soalan ini bukan rekaan. Ini kisah benar. Tapi saya percaya Presiden PERUBATAN, Husaini Saleh tidak akan memukul saya disebabkan menggunakan jawatan beliau dan menyebarkan cerita palsu di blog, kerana ini hanya adaptasi dan beliau sememangnya tidak emosional.
Daripada 10 respon yang saya terima, rata-rata lelaki berfikiran positif. Mereka tidak memandang rendah Presiden, dan seharusnya perkahwinan kedua itu berjalan dengan baik. Manakala perempuan pula kebanyakannya negatif. Presiden tersebut gatal, tidak memikirkan perasaan Isteri Pertama dan selayaknya dijatuhkan dari kerusi Presiden. Sebagaimana yang saya sebut tadi, ini kisah benar. Perempuan Kedua tersebut adalah sahabat saya, dan beliau dalam dilema, ditakuti kalaulah berita ini tersebar, Presiden tersebut akan mendapat malu. Maka beliau masih lagi bimbang untuk menerima lamaran Presiden atau tidak.
Seperti biasa, saya menjadi pendengar tidak bertauliah untuk diluahkan permasalahan tersebut. Saya sendiri hairan kenapa sejak sekolah menengah saya menjadi tempat membuang sampah meluahkan masalah seperti seorang kaunselor. Padahal saya tidak pandai memberi nasihat. Kalaupun diminta nasihat, pastinya idea extreme tidak logik saya keluar. =P Analisis respon menunjukkan bahawa lelaki sememangnya meletakkan perasaan ke tepi. Mereka menyatakan bahawa ini adalah berita baik dan menggembirakan, langsung tidak menjatuhkan kredibiliti Presiden. Lainlah kalau Presiden menempah tiket ke Thailand dan berkahwin di sana. Kalau mengikut syarak dan tiada masalah, maka eloklah diteruskan. Tapi tidak bermakna perempuan tidak berfikiran begini, saya cuma meletakkan majoriti lelaki sebagai generalisasi.
Perempuan pula menentang habis-habisan idea ini dan menekankan kepentingan perasaan Isteri Pertama. Malah ada responden yang menyatakan Presiden tersebut gatal, "Muda-muda nak kahwin dua, tua nanti pasti cukupkan kuota empat". Respon ini semestinya lahir dari sifat perempuan yang memikirkan perasaan seorang isteri yang bakal dimadukan. Tahniah, anda sudah layak berkahwin. =P
Saya memetik respon daripada wakil Beyt Muslim Gen6, "Kalau mampu untuk berkahwin lebih, maka teruskan. Tapi mestilah kuat menahan umpatan manusia lain. Lebih penting lagi, perasaan Isteri Pertama jangan dilupakan. Kebanyakan perempuan sukar menerima keperitan dimadukan. Mungkin boleh membawa kepada perceraian. Pendek kata, setialah pada yang satu." Seperti yang dijangka, respon dari seorang suami yang sayangkan isteri. xD Tamat analisis.
Sahabat saya meminta nasihat, tapi saya tidak pandai memberi nasihat. Saya cuma mencadangkan agar mereka bertiga; Presiden, Isteri Pertama dan Perempuan Kedua untuk sama-sama berbincang. Maklumlah, Presiden dan Isteri Pertama bukan calang-calang orang. Bukan orang kebanyakan. Mungkin sangkaan beliau silap, dan Isteri Pertama menerima dengan senang hati tanpa sebarang masalah. Maka apa yang boleh orang lain kata?
3 poin EXTREME yang saya sebut kepada beliau semalam:
1. Kalau jodoh, pasti bersama. Biasa kan dengar ayat ini? Maka aplikasikanlah di sini. xD Kalau semua pihak dapat terima, maka mungkin ini sebagai sebab untuk teruskan perkahwinan.
2. Ada hikmah. Ini pun biasa dengar. Presiden tersebut bukan calang-calang, bukan kaki perempuan untuk tiba-tiba mencari isteri kedua. Bertemu sahabat saya pun cuma 1-2 kali. Mungkin sahabat saya itu mempunyai potensi untuk membantu dalam perjuangan PERUBATAN. Mungkin juga Presiden mempunyai niat yang lebih mulia untuk menyelamatkan beliau dari kebinasaan kerana sahabat saya memang mempunyai ujian dan masalah peribadi yang sangat hebat dalam hidup. Siapa tahu?
3. Hidup ini untuk bahagia. Kenapa jadikan persoalan "dimadukan" sebagai sebab untuk tidak bahagia? Hidup bukan setakat di dunia sahaja. Kalau tanya "kahwin kerana apa?", pandai jawab "kerana Allah". Tapi kenapa tidak jadikan persoalan "dimadukan" itu sebagai cabaran untuk bahagia? Kenapa Nabi diutuskan dalam bentuk manusia, kita pandai jawab "Sebab Nabi manusia, maka kita pun boleh buat apa yang Nabi buat." Tapi tak pernah terfikir, kalau isteri-isteri Nabi boleh bahagia dengan dimadukan, kenapa tidak kita? Cemburu dan jeles itu perkara biasa. Kan? Mainlah Brute kalau tak puas hati dengan madu. =P
Kesimpulan; Kalau rasa tak mampu hadapi cabaran, jangan kahwin. Selesai. =P
Anda pula bagaimana? Ingin menjawab 2 soalan di atas? Atau sekadar memberi pendapat tentang isu ini? Tinggalkan komen. =)
p/s: Presiden tersebut adalah seorang yang terkenal, kalau saya sebut, pasti semua pembaca kenal. =P
EDIT: Happy Birthday to SNSD Jessica Jung! Keluar kat The Star Malaysia. Wakaka.
As mentioned before, here's my post regarding Korean version of Dragon Zakura; God of Study. Although this name is widely used, but I think the accurate translation would be from official KBSWorld site: Master of Study, since they're not God, and the main theme in this drama is mastering how to study well. I finished this drama during a crucial time as I have 3 quizzes this week, and marks will be included into the Final. =P
As you all knew already, this is a story about a lawyer who wants to save a school by trying to send 5 dumb students into the top university in Korea, in order to raise the school reputation and attracts more enrollment by the next year. In that way, the school will overcome its financial crisis. Kang Seuk-ho, a delinquent-turned-lawyer will train 5 students; Hwang Baek-hyun, Kil Pul-ip, Hong Chan-doo, Na Hyun-jung and Oh Bong-goo, in a special class designed to send them into the top prestigious Chun-ha University. This drama will follow up their story and how they overcome the obstacles.
This is a remake, so it's nice to see how Korean-touch will make this drama, like Boys Before Flowers over Hana Yori Dango. There was some romantic feeling added, as usual of Korean Drama, and some tips & tricks to study High School subjects, which I think attracts students and maybe mothers to watch this drama. Low rating in the beginning seems to improve 200% after a few episodes aired. If only the subjects were taught in Malaysia, I'll surely recommend this drama to all mothers and teachers. But still, it's a must watch to teach us why do we study in our life. Maybe an exam booster for all students as well. =)
The main premise for this drama is about where there's a will, there's a way. As Kang Seuk-ho said, "With correct study skills and strategies, anyone can get into the top university". I learned that this phrase is not the main intention, but his purpose is to let the kids realize that studying is important, regardless of the result. If they can grasp the determination, they can do anything in this world. Positive points about this drama:
1. Beauty Nice thing about this drama is because all the kids are cute! Yoo Seung-ho, Go Ah-sung, Park Ji Yeon, Lee Hyun-woo, and Lee Chan-ho bring great impression to the viewers and actually, I love seeing the kids on screen more than the adults. One more factor; I like their school uniform! Why did Korea and Japan's school uniform so beautiful? Dunno if you realize it or not, but students in Japanese school drama always wear their uniform until late at night. Maybe it's because the uniform is stylo? T____T
2. Tips and tricks To understand the teacher's explanation, some graphic animation and skits were shown. The analogy used was easy to understand, and at the end of the episode, the kids will show some study tips for the students. I think it's an attractive points for the story. Based on my experience, if viewers take them SERIOUSLY, it's actually true.
3. Relationships It's rare to see relationship other than love in a Korean Drama. Maybe it's because this is an adaptation from a manga (Japan), so there're some Japanese touch in it. We can see student-student friendship and even teacher-student love. Definitely this is another great story after Great Teacher Onizuka. Combine them, and we'll get a perfect school story related to delinquent-turned-good.
Negative response:
1. Not all subjects were stressed equally. Throughout the story, Math is the only subjects that get most screen time. Major tips and tricks was about Math. But maybe this is my feeling because Language subjects were mentioned theoretically; feel the context from your heart, be friendly with the subjects, etc. I mean, it's hard to potray something like that in a drama and I think the crew did a good job with them.
Science subjects were solved with Mind-tree, but I think Dragon Zakura came up with something else. Can't remember. So, a bit lacking in that.
2. Love story was abrupt Some people will say this is negative point so I will include this because the story toyed with our feeling! Romantic scenes were shown in every episode but no conclusion or whatever in the end! Episode 12 will mark this change, as they make their strict decision to study harder and throw away all the monkey-love feeling. =P
But for me, this is actually a good point. Love is useless. They want to enter top university so just study and study! It's a heartbroken thing for the viewers but it's necessary for the kids. This is the same as SoEul couple in Boys Over Flower, their romantic story was left undecided. It's up for the fans to make up their own story. At least fans will have some fanfics to do.
I still cannot decide to go with Baek-hyun/Pul-ip or Chan-doo/Pul-ip. =P (Hyun-jung still a cute one so regardless of the outcome, they'll still make a great couples).
3. False hope? An article was published bashing this drama because it's mainly giving hope that everyone can excel if they study, even if they're poor. They can enter the top university and change the rule of the world. The article may be a little skewed because it was published half-way the drama was aired. This issue was elaborated a little through Baek-hyun, but judging from the intensive care Seuk-ho provided, the article still proven true. Major problems with the world is not getting good education environment (Dedicated teachers, high quality materials, and good places) that usually money can solve by going private.
In the end, rich guys with private tuition will fill up the quota of university entrance and leaving behind the poor one; Just take a look on JPA scholarship. So, the world still will be dominated by the rich one. But a little motivation will not hurt right? After all, without motivation, even the rich and smart guys will not study and excel. And if no one wants to challenge this, when will we succeed? =) Although some study points already mentioned in the drama, I'll list some that should be noted:
1. Building the foundation. Basics is the main key in studying. Math is all about formulas and spontaneous answer to simple questions. Building the basics will help in further study and prevent students getting bored because they can't understand the new terms.
2. Study in groups. This one actually never mentioned clearly. Baek-hyun said to Hyun-jung, "If you go, that won't make five." meaning Special Class will not be formed without five people, holding her from transferring school. Then they starts study by themselves, peer-to-peer teaching and being together without any of the teachers around. It resembles a study group, isn't it?
3. Exams is just a test. I love this one. Failure is not a marker for you to give up. Regardless of the results, you should keep studying. Even harder and harder. It's like study is part of your life. After all, this is the main theme of the story. =) My score: 9/10
Negative points were covered up well, make me feels like all the mentioned above was already answered in this drama. Add the positive points, this is a worth watching. Maybe there're some slacks, but never disturb the flow of the story.
Some grammar and structural errors, and some translations are hard to understand. Maybe the direct translation caused this, but a little editing will make the subtitle better.
J-Drama Dragon Zakura was a hit, and brought a big changes in Japan Education when the application for Todai University increased 12% after the drama was aired. This is what the media should do. Sadly nowadays, all magazines and newspapers in Malaysia do is reporting gossips and crimes, while the films and dramas always focus on rempit and bohsia. No wonder Malaysia is fucked up right now. Maybe they didnt realize the power of mass media to change the world. The only thing they know, people love that kind of shits and they should focus on that. People afraid of my tiny little blog, so imagine what a bigger platform can do. Unbelievable? Check the screenshot below.
This is part of mediaPERUBATAN's mission: To bring POSITIVE changes to the world of medical students. I welcome any articles, videos and any other means related to medical worlds to be published in PERUBATANonline. I don't care if you're a medical students in Egypt of India or UK or wherever. If you got the good thing, share with us. An empire starts with a small village; Goguryeo empire that owns half China a long time ago is actually starts with a refugees camp. (Since this is entertainment blog, I can't mention Islamic empire. People will mistake this blog for a religious one. =P)
Lastly, please check out this Exam Booster message from Bureau of Academic. And maybe someone should come up with ideas to adapt this story into Malaysia, just as Great Teacher Onizuka was adapted to Guru Terhebat Olan by PTS Publications. =)
Cheers and Let's study until we feel we will die from it!
p/s: I wrote about study but all people knew I never study seriously. =P
Bulan April adalah bulan Elaun, maka mereka yang sudah berhutang beberapa bulan, sila bayar dengan segera. Barulah study itu berkat. Kadang-kadang saya merasakan bunga itu sepatutnya halal kerana siapa tak bengang kalau orang pinjam LE2000 selama 4 tahun tapi buat bodoh setiap kali saya tanya bila nak bayar dengan menjawab, "Nantilah...". Aci tak kalau saya tambah bunga 10% setiap kali tiba bulan Elaun?
Kalau dulu Exam Booster untuk Drama Addict adalah Dragon Zakura, kali ini remake versi Korea pula; God of Study. Yoo Seung-ho sungguh cool, dan Ji-yeon (T-Ara) serta Go Ah Sung sangat comel. xD
Selamat Study. Let's study until we feel we'll die from it. =)
Kenapa study perlu diulang-ulang? Kerana psikologi marketing sendiri menjadikan hiburan itu diulang-ulang hingga anda tertarik untuk mendengarnya. Lagu juga mempunyai chorus yang sentiasa diulang-ulang hingga anda mampu ingat bahagian tersebut.
Post kontroversi sebelum ini sudah hilang, tapi belog ini akan terus membawakan post-post kontroversi untuk anda xD. Kalau anda merasakan ianya betul, jadikan panduan. Kalau anda merasakan ianya sesat dan menyimpang, anggaplah ia satu hiburan melampau di kala musim exam.
Benarkah Tag Facebook Itu Berbahaya?
Persoalan ini timbul setelah munculnya artikel yang membuat analogi Tagging gambar di Facebook umpama skim cepat kaya dosa. 10 tag manusia tidak menutup aurat dalam sesuatu gambar akan dilihat oleh 100 manusia lain bagi tiap-tiap tag menjadikan jumlah keseluruhan = 1000 manusia berdosa.
Apa itu Tagging? Tagging adalah sistem penamaan manusia dalam gambar. 100 tahun yang lepas, istilah ini lebih dikenali dengan "Barisan pertama, berdiri dari kiri..." Tagging zaman sekarang lebih maju dengan fungsi-fungsi tambahan. Maklumlah, dunia digital.
Saya malas untuk mengesan artikel asal di blog, saya cuma membaca artikel yang dicopy-paste oleh rakan Facebook saya. Saya juga tidak menafikan artikel ini, namun begitu artikel ini mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Sebelum itu kita berkenalan dulu dengan kronologi tagging pada Facebook: 1. Pukul gambar 2. Upload 3. Tag 4. Dilihat
Tajuk merupakan bahagian yang sangat penting dalam penulisan. Dalam dunia penulisan, Tajuk mempunyai kesan psikologi yang mendalam kepada pembaca seawal menarik perhatian pelawat untuk membaca sesuatu artikel. Kadang-kadang, tajuk juga boleh ditafsirkan sebagai kesimpulan atau sinopsis kepada artikel. Maka tajuk "Bahaya Tagging Pada Facebook" adalah sangat menyimpang.
Ini disebabkan oleh kesan Tagging hanyalah dalam bentuk sebaran, ataupun peringkat ketiga kronologi. Bukannya peringkat pertama. Sekiranya Tagging dihapuskan sekalipun, gambar anda yang mendedahkan aurat tetap wujud di alam maya dan masih boleh dilihat.
Bayangkan sekiranya gambar anda tidak di-Tag, dan anda tidak menyedari kewujudan gambar anda tersebut. Tetapi berpuluh-puluh manusia telah melihat gambar tersebut. Bukankah Tagging telah menyelamatkan anda dengan memberi amaran awal dan membolehkan anda meminta agar gambar tersebut dibuang?
Perkara pokok dalam masalah ini adalah di peringkat pertama lagi iaitu "Pukul gambar". Dunia teknologi sekarang memerlukan anda berfikir se-extreme yang mungkin. Bermakna sebarang pukulan gambar akan muncul di rangkaian maya suatu hari nanti. Kalau bukan anda yang upload, orang lain akan upload. Kalau bukan tukang pukul gambar yang upload, orang lain yang akan upload. Bukankah sekarang penyebaran gambar semudah copy-paste, pendrive, email?
Maka persoalan yang perlu ditanya adalah "Kenapa perlu memukul gambar yang mengaibkan dan tidak menutup aurat?"
Apabila kecoh satu dunia dengan sebaran gambar yang kononnya mengaibkan, maka si uploader disalahkan. Bukan si uploader, tetapi diri kamu sendiri yang perlu disalahkan. Kenapa mengambil gambar tersebut sekiranya ia mengaibkan?
Rules yang perlu diikut apabila memukul gambar, hatta bersama keluarga:
1. Menutup aurat. Saya pernah terbaca bahawa muslimah yang menutup aurat tidak akan berjaya di-superimpose. Mungkin 75% teorinya adalah betul. Kalau begitu, bukankah Rules ini sangat bagus? xD
2. Posing yang tidak mengaibkan. Memukul gambar pastinya dengan posing tersendiri. Pastikan posing anda itu, hatta ditulis caption "sedang berzina", anda masih boleh berbangga dengan posing tersebut kerana terang-terangan posing dan caption itu tidak match! xD
Dua rules ini sangat penting kerana kalaupun tersebar gambar tersebut, kemaluan anda tidak akan membesar.
Entry (Deny) sebelum ini ditarik balik kerana berlaku salah faham yang melampau di antara penulis dan pembaca. Saya mengaku penyampaian saya yang salah menyebabkan pembaca tersalah faham. Kadang-kadang apa yang ingin disampaikan oleh saya berlainan dengan apa yang difahami pembaca.
Dengan itu kes ini ditutup dengan penjelasan ringkas daripada saya; entry sebelum ini bermaksud: AKUDARAHANAKMALAYSIA tidak mempunyai sebarang kaitan dengan INFOKINI.
HafizAdam juga bukan penulis blog tersebut. Kewujudan beliau di situ hanyalah untuk publisiti murahan sepertimana Madsha dan AlexStudent. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.
Saya juga memohon maaf sekiranya entry sebelum ini menambahkan kemarahan penduduk Mansoura. Kisah di tepi pantai tersebut hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu di Mansurah. Semuanya adalah dari kelemahan diri saya sendiri dalam mengarang ayat yang baik. InsyaAllah perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat Mansurah seperti ini tidak akan saya ulangi kembali.
Yang keruh kita filter-filter dan jernihkan kembali.
Terima kasih dan teruskan mengunjungi blog ini. =)
Aaa... Makin dekat dengan exam, makin banyak pula idea untuk menambah karutan di blog ini. Mungkin disebabkan perubahan hormon manusia menyebabkan terlalu banyak tabiat serta perbuatan manusia yang menghiburkan. Maka blog ini akan membuat liputan khas kerana blog ini blog hiburan.
Dalam dunia ini akan sentiasa ada golongan Fan dan Anti. Terutamanya dunia hiburan. Bandingkan 2 website di bawah:
Menakjubkan bukan? Ini merupakan salah satu contoh Fan dan Anti-fan untuk satu subjek yang sama iaitu SNSD.
Apa itu Fan? Yang pasti ianya bukan "kipas". =P Secara ringkas Fan berasal daripada perkataan Fanatik. Daripada perkataan itu sendiri kita boleh simpulkan bahawa Fan itu adalah seseorang yang obses terhadap sesuatu subjek sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk subjek yang diminatinya itu. Sebagai contoh, membuat artikel, research, seminar dan promosi. Walaupun begitu, Penyokong biasa juga juga boleh dikategorikan sebagai Fan maka mereka yang terlalu obses dibezakan dengan istilah Die-Hard-Fan.
Apa pula Anti-fan? Anti-fan juga adalah seorang yang fanatik terhadap sesuatu subjek, namun begitu gerakerja mereka adalah berlawanan iaitu dengan membantah, menghina, mengutuk dll dsb. Disebabkan itulah mereka masih mempunyai perkataan "fan".
Kenapa saya tertarik dengan 2 istilah ini? Disebabkan blog ini blog hiburan, maka blog ini juga mempunyai kelompok Fan dan Anti-fan yang tersendiri. XD
Anti-fan adalah sesuatu yang tidak berguna.Sebabnya secara tidak langsung mereka akan turut sama mempromosikan subjek yang mereka cukup anti tersebut. Maka secara tidak langsung mereka telah menjadikan subjek tersebut terkenal.
Anti-fan juga adalah sesuatu yang sia-sia. Kenapa bersusah payah mengambil tahu, membuka blog, membaca berita kalau diri sendiri sedar mereka akan berakhir dengan kebencian? Bukankah lebih baik duduk di rumah membuat kerja lain? XD
Kesimpulannya, Anti-fan memang tidak terpakai.
Sebenarnya konsep Anti-fan ini biasa digunakan dalam kehidupan.
Kalau sudah tidak cinta, kenapa bersusah payah mengambil tahu pakwe sudah mati atau belum? Kalau tahu website itu anti-Islam, kenapa bersusah payah mempromosikan link website tersebut kepada seluruh dunia dengan amaran jangan dibuka? Kalau tahu anda tidak bersetuju dengan blog ini, kenapa pula bersemangat menghina di shoutbox setiap kali entry baru keluar?
Ada sesetengah perkara yang kita anti, tapi tidak perlu dihebahkan. Sebab itu jangan mengumpat kalau orang itu tidak menzahirkan kejahatannya. Jangan mengumpat kalau kejahatannya itu tidak memudaratkan orang lain. Jangan mengumpat kalau tidak bertujuan amar maaruf nahi mungkar. Kan?
Kadang-kadang kerana hebahan kita, perkara yang dulunya dilakukan secara tertutup akhirnya menjadi terang-terangan. Kalau dulu takut dibuat secara terbuka kerana bimbang respon masyarakat, tapi sekarang bebas dilakukan terbuka kerana rupanya masyarakat memang tidak kisah. Kadang-kadang kerana hebahan kita, produk anti-Islam yang merangkak-rangkak secara tiba-tiba berlari-lari kerana semua orang tahu tentang produk tersebut. Kita mungkin tidak beli, tapi iklan di suratkhabar mungkin menarik orang lain untuk beli.
Untuk Anti-fan saya, sila komen dengan berilmiah. Kamu kutuk hina caci maki, saya memang tidak kisah kerana shoutbox tersebut memang untuk kejian. Tapi saya mengharapkan komen membina dan ilmu yang baru.
Kawan saya berumur 18 tahun. Dia tidak pandai mengira, lantas kamu suruh dia berhenti kerja kerana kiraannya selalu salah menyebabkan perniagaan kamu rugi. Tapi kamu tidak pernah tanya kenapa dia tidak pandai mengira. Lebih merosakkan, kamu tidak pernah cuba untuk ajar dia mengira.
Seorang lagi kawan saya pergi ke Kempen Palestin. Dalam kertas muhasabah dia tulis supaya penjaga Booth senyum. Kamu kata komplen dia remeh-temeh, sia-sia dan cuma melawak. Tapi kamu tak pernah fikir kenapa dia tulis sebegitu. Lebih merosakkan, kamu buang kertas muhasabah dia.
Orang kata, artis banyak buat maksiat. Orang kata, artis banyak melalaikan manusia. Orang kata, artis rezeki tidak berkat. Orang kata, artis sebegini bakal ke neraka.
Orang juga kata, mati malam Jumaat adalah sangat bertuah. Orang juga kata, mati disebut kebaikan adalah sangat bertuah. Orang juga kata, mati didoakan ramai orang adalah sangat bertuah. Orang juga kata, mati sebegini bakal ke syurga.
Maka apa orang nak kata apabila Din Beramboi meninggal dunia? Cukup semua pakej di atas.
Al Fatihah buat beliau, juga untuk arwah sahabat saya Ammar Zulkifli, serta untuk seluruh umat Islam yang masih mati atau belum meninggal dunia. Kematian itu di mana-mana tapi kadangkala kita gagal menghidupkan pengajarannya.
Mari menjadi Fan Medic =) Kalau tidak, sia-sialah MeW anjuran Baem! =P
p/s: Wanna see the true fan? Check this out. I love the gadgets and the SNSD merchandises he has.
What is aegyo? Aegyo means "Cuteness". You cannot BE aegyo, but you can HAVE aegyo.
Was watching this part of Invincible Youth EP16 when Sunny (SNSD) shows her "Aegyo That Calls for a Punch". Argh~ Really anime-like with all those bling bling and sound effects. Basically, a cuteness that you want to punch her!
Haha suddenly I miss my sisters' aegyo especially the youngest. Whenever she wants something, she starts to make her cute face. An aegyo that you cant resist but wanting to slap her in the face! Called my mom yesterday and heard her voice from the back yelling. Cant wait to see her this Summer holiday. It's 2010 so she should be around 5 year old? Still remember last time I spent my summer holiday oversea in Malaysia, she was always with me. Cant be apart even for a second. A little bit annoying but I starts to miss that.
But as bad as other people can be, I dont think anyone can forget her own sister's name! What was it again? Insyirah? Nope. That was the second sister. Aqilah? Zayanah? It's between those two. Not sure. Argh I'll ask my first sister later.
The issue here is, I cannot make up my mind yet. If you only got ONE month holiday, and you can only choose between July or September to be your holiday, which one you'll choose?
July; Is it school's holiday? Dunno. More time to spend around the city and friends but I'll miss my Raya Puasa! Maybe even my Ramadhan! Wawawa~
September; Surely I'll stuck in my village for the whole 2 weeks, a week before and a week after Raya Puasa. No internet, no transport, only trees, mosquito and tungau. Less time to enjoy my holidays with friends, damn.
Which one should I choose? Confused confused confused. 8-}
p/s: The ONLY solution is; Make your holiday longer so start studying and stop blogging!
You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions: a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work). b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.