05 April 2010

Salah Faham

Entry (Deny) sebelum ini ditarik balik kerana berlaku salah faham yang melampau di antara penulis dan pembaca. Saya mengaku penyampaian saya yang salah menyebabkan pembaca tersalah faham. Kadang-kadang apa yang ingin disampaikan oleh saya berlainan dengan apa yang difahami pembaca.

Dengan itu kes ini ditutup dengan penjelasan ringkas daripada saya; entry sebelum ini bermaksud:
AKUDARAHANAKMALAYSIA tidak mempunyai sebarang kaitan dengan INFOKINI.

HafizAdam juga bukan penulis blog tersebut. Kewujudan beliau di situ hanyalah untuk publisiti murahan sepertimana Madsha dan AlexStudent. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.

Saya juga memohon maaf sekiranya entry sebelum ini menambahkan kemarahan penduduk Mansoura. Kisah di tepi pantai tersebut hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu di Mansurah. Semuanya adalah dari kelemahan diri saya sendiri dalam mengarang ayat yang baik. InsyaAllah perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat Mansurah seperti ini tidak akan saya ulangi kembali.

Yang keruh kita filter-filter dan jernihkan kembali.

Terima kasih dan teruskan mengunjungi blog ini. =)

Perlukah mendedahkan keburukan manusia?
White area at the opposite side of the globe.
Blog Ini Sebenarnya Blog Lucah!

11 penghinaan diterima:

Ubaik on April 5, 2010 at 10:37 PM said...

salam, harap salah faham ini dijadikan pengajaran utk bertindak dan utk menulis (esp blogging). slmt exam.

Jackster on April 5, 2010 at 11:49 PM said...

um gaye ayat mcm bkn ko yg tules

fundamentalista said...

cuba mngaku salah. kan senang. setel sume.

ckp je,
ya saya yg buat..dah.

Anonymous said...

pehh...1st time post yg serius.....

AkuBenciBloggerSepertiKau said...

kepada fundamentalista : standard la tu bro. Dia dah cuak takut kena cari dak2 mansoura,dia deny la,cakap salah faham la apa la. Ni la org kata BERANI DI BELAKANG,DIDEPAN TERKENCING. BAPOK DIA NI,JGN LAYAN. AHAH

kepada HAFIZ ADAM : aku nak cakap sikit je kat kau. kalau lepas ni aku tgk blog kau ada sebut ayat2 yg kurang ajar pasal budak2 mansoura,aku xbyk cakap la,aku doa kau dan konco2 kau (kalau ada) musnah diranap bumi ibarat Kaum Nabi Luth. Isu pasal bayi ini pasangan milik mansoura tu sgt2 kurang ajar,tapi aku faham,mungkin mak bapak kau pun kurang ajar cam kau. sori aku kurang ajar dgn kau sbb kau dah kurang ajar dgn budak2 mansoura.
Salam. semoga berjaya pulang ke tanah melayu dgn selamat

Anonymous said...

kepada fundamentalista:
pos sebelum ni bukan dah cakap "ya saya yg buat.."?

fundamentalista said...

to anonymous..

kasi setel betol2 lah..
mengaku dan mintak maaf secara jelas.
clearkan nama baik2..
tak payah cari pasal lagi.

aku masih yakin denmat ada kaitan dgn blog infokini.walaupun dia tak buat. mungkin dia tahu sapa yang buat.

bongkarkan je.
hentam yg buat tu. setel sume.
Belajar camne nak hidup bmasyarakat..ni dak. kasi fitnah sana fitnah sini..

aSRaP said...

assalamualaikum...

Diharap semua dpt menerima penafian HafizAdam terhadap Blog Info-Kini... Dia telah mengaku kesilapannya dan telah memohon maaf kepada semua pembaca (mansourian khususnya) menerusi posting ini...
Jgnlah kita terus menunding jari tuduh menuduh dan menfitnah sesama sendiri...

Walau bagaimanapun...kami masih menjejaki pemilik blog info-kini tersebut... Semoga segala kebenaran akan terserlah insyaAllah...

Ahmad Asyraf bin Abdul Rahim
Semester 8
Mansoura-Manchester Mansoura

budok kelate said...

padohal mu ore dok tau sapo infokini tu..
desperate nok lepah gere, budok ni hok jadi mangso..
aku lagi respek budok ni dari budok hok nok tibang ore dok sedo diri wak maksiat dok reti nok tobbat..

it's peng on April 6, 2010 at 4:24 PM said...

budok kelate ke,
sape2 je la.
Cukupla tu.

Dinmat dah ngaku salah,
tak payahla nak besar2kan lagi.

Budak2 mansurah skang tgh cari owner infokini.
Dorg da settle dgn dinmat semalam.

So yg mansurah fokuslah utk cari infokini & settle la dgn elok nanti.

yg kelate dan laen2 tu, cukup2la besar2kan lagi.

Org yg bile bgaduh ni die blebih2 org munafik kan?

Nak jd hero bkn kt sini.

Dan kalau nak berdakwah, ikutlah cara Nabi saw, jgn ikut setan dalam bdakwah.

Kheir insyaAllah.

asrap said...

Kisah sebenar di sebalik Annual Dinner...Menangkis segala Fitnah...

http://pencegah-infopalsu.blogspot.com/2010/04/tranungkite-annual-dinner-kebodohan.html#comments

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template