18 April 2010

Kahwin Dua

Sesiapa yang menerima soalan saya semalam, tahniah dan terima kasih. Sedikit sebanyak membantu saya menulis entry ini. Apakah soalannya?

Presiden PERUBATAN sudah berkahwin. Beliau sememangnya sangat disegani dan terkenal di seantero Mesir. Tiba-tiba anda menerima berita beliau ingin berkahwin satu lagi. Lebih hebat, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan perempuan kedua tersebut.


Soalannya;
1. Apakah persepsi anda terhadap beliau? Adakah kredibiliti beliau sebagai seorang Presiden yang terkenal dan dihormati itu jatuh?

2. Perempuan kedua tersebut dalam dilema samada menerima atau tidak. Perlukah beliau terima, atau tolak?


Soalan ini bukan rekaan. Ini kisah benar. Tapi saya percaya Presiden PERUBATAN, Husaini Saleh tidak akan memukul saya disebabkan menggunakan jawatan beliau dan menyebarkan cerita palsu di blog, kerana ini hanya adaptasi dan beliau sememangnya tidak emosional.

Daripada 10 respon yang saya terima, rata-rata lelaki berfikiran positif. Mereka tidak memandang rendah Presiden, dan seharusnya perkahwinan kedua itu berjalan dengan baik. Manakala perempuan pula kebanyakannya negatif. Presiden tersebut gatal, tidak memikirkan perasaan Isteri Pertama dan selayaknya dijatuhkan dari kerusi Presiden. Sebagaimana yang saya sebut tadi, ini kisah benar. Perempuan Kedua tersebut adalah sahabat saya, dan beliau dalam dilema, ditakuti kalaulah berita ini tersebar, Presiden tersebut akan mendapat malu. Maka beliau masih lagi bimbang untuk menerima lamaran Presiden atau tidak.

Seperti biasa, saya menjadi pendengar tidak bertauliah untuk diluahkan permasalahan tersebut. Saya sendiri hairan kenapa sejak sekolah menengah saya menjadi tempat membuang sampah meluahkan masalah seperti seorang kaunselor. Padahal saya tidak pandai memberi nasihat. Kalaupun diminta nasihat, pastinya idea extreme tidak logik saya keluar. =P


Analisis respon menunjukkan bahawa lelaki sememangnya meletakkan perasaan ke tepi. Mereka menyatakan bahawa ini adalah berita baik dan menggembirakan, langsung tidak menjatuhkan kredibiliti Presiden. Lainlah kalau Presiden menempah tiket ke Thailand dan berkahwin di sana. Kalau mengikut syarak dan tiada masalah, maka eloklah diteruskan. Tapi tidak bermakna perempuan tidak berfikiran begini, saya cuma meletakkan majoriti lelaki sebagai generalisasi.

Perempuan pula menentang habis-habisan idea ini dan menekankan kepentingan perasaan Isteri Pertama. Malah ada responden yang menyatakan Presiden tersebut gatal, "Muda-muda nak kahwin dua, tua nanti pasti cukupkan kuota empat". Respon ini semestinya lahir dari sifat perempuan yang memikirkan perasaan seorang isteri yang bakal dimadukan. Tahniah, anda sudah layak berkahwin. =P

Saya memetik respon daripada wakil Beyt Muslim Gen6, "Kalau mampu untuk berkahwin lebih, maka teruskan. Tapi mestilah kuat menahan umpatan manusia lain. Lebih penting lagi, perasaan Isteri Pertama jangan dilupakan. Kebanyakan perempuan sukar menerima keperitan dimadukan. Mungkin boleh membawa kepada perceraian. Pendek kata, setialah pada yang satu." Seperti yang dijangka, respon dari seorang suami yang sayangkan isteri. xD


Tamat analisis.

Sahabat saya meminta nasihat, tapi saya tidak pandai memberi nasihat. Saya cuma mencadangkan agar mereka bertiga; Presiden, Isteri Pertama dan Perempuan Kedua untuk sama-sama berbincang. Maklumlah, Presiden dan Isteri Pertama bukan calang-calang orang. Bukan orang kebanyakan. Mungkin sangkaan beliau silap, dan Isteri Pertama menerima dengan senang hati tanpa sebarang masalah. Maka apa yang boleh orang lain kata?

3 poin EXTREME yang saya sebut kepada beliau semalam:

1. Kalau jodoh, pasti bersama.
Biasa kan dengar ayat ini? Maka aplikasikanlah di sini. xD
Kalau semua pihak dapat terima, maka mungkin ini sebagai sebab untuk teruskan perkahwinan.

2. Ada hikmah.
Ini pun biasa dengar. Presiden tersebut bukan calang-calang, bukan kaki perempuan untuk tiba-tiba mencari isteri kedua. Bertemu sahabat saya pun cuma 1-2 kali. Mungkin sahabat saya itu mempunyai potensi untuk membantu dalam perjuangan PERUBATAN. Mungkin juga Presiden mempunyai niat yang lebih mulia untuk menyelamatkan beliau dari kebinasaan kerana sahabat saya memang mempunyai ujian dan masalah peribadi yang sangat hebat dalam hidup. Siapa tahu?

3. Hidup ini untuk bahagia.
Kenapa jadikan persoalan "dimadukan" sebagai sebab untuk tidak bahagia? Hidup bukan setakat di dunia sahaja. Kalau tanya "kahwin kerana apa?", pandai jawab "kerana Allah". Tapi kenapa tidak jadikan persoalan "dimadukan" itu sebagai cabaran untuk bahagia? Kenapa Nabi diutuskan dalam bentuk manusia, kita pandai jawab "Sebab Nabi manusia, maka kita pun boleh buat apa yang Nabi buat." Tapi tak pernah terfikir, kalau isteri-isteri Nabi boleh bahagia dengan dimadukan, kenapa tidak kita? Cemburu dan jeles itu perkara biasa. Kan? Mainlah Brute kalau tak puas hati dengan madu. =P

Kesimpulan; Kalau rasa tak mampu hadapi cabaran, jangan kahwin. Selesai. =P

Anda pula bagaimana?
Ingin menjawab 2 soalan di atas? Atau sekadar memberi pendapat tentang isu ini?
Tinggalkan komen. =)


p/s: Presiden tersebut adalah seorang yang terkenal, kalau saya sebut, pasti semua pembaca kenal. =P

EDIT:
Happy Birthday to SNSD Jessica Jung! Keluar kat The Star Malaysia. Wakaka.

22 penghinaan diterima:

Anonymous said...

sy seorang perempuan..
sy xknl presiden itu..
tp semestinya seorng yg berilmu..
sudah semsestinye dia tahu apa yg dia sedang lakukan..

bg sy..
saya berpegang pada satu prinsip..
jangan bina kebahagian atas kemusnahan orang lain..
hidup ini karma..
wat u gv u gt bck..
wat goes around comes around..
mintalah sahabat anda itu berfikir, jika dia yang berada di tempat isteri pertama presiden itu, apakah perasaan dia..
waallahhuallam..

AIY said...

still x puas hati, sape lah PRESIDEN tu ye???

AIY

Ami Farhani MNA on April 18, 2010 at 1:51 PM said...

Kasihan perempuan kedua itu.
Andai dia terima, kahwin2 terus kena bermadu kasih.

Sekurang- kurangnya isteri presiden sempat jugalah hidup bersama presiden tanpa dimadukan.

Namun sekiranya perempuan kedua yakin dengan kredibiliti presiden, terima sajalah.

Isteri presiden pula, inilah masanya untuk menunjukkan kesetiaan dan kepercayaannya kepada presiden.

Presiden sendiri pun, bukan mudah hendak membuat keputusan sebegini. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Dirinya juga pasti terkorban dengan tambahan bebanan yang bakal dipikul.

Hakikatnya semua pihak perlu
berkorban~

fathiyyah on April 18, 2010 at 2:24 PM said...

patut pon stats tinggi hari ni,
ckp pasal kawen rupanya :D

*peace*

kawen kawen, jgn tak kawen

cikgu_eya on April 18, 2010 at 2:50 PM said...

salam....

maka, adek apiss pon kata...
"susah-susah sangat, bagi kat ambe jer lah sahabat pompuan tuh...^^ "

Sebenarnya, tengok gak apa niat sebenar presiden tuh kawen. Si presiden tu lah yang kena banyak muhasabah... kalo matlamat dah tetap, sebab kukuh dan jelas, kawen jer lah lagi satu...
Pedulik haper apa org laen kata...
Kredibeliti... biisalah, kadang tempat kta kadang di bawah, kadang di atas...
Kalau gabungan tenaga bertiga itu lebih mantap dari berdua, teruskan jer ar rancangan tuh...

Susah perr... kalo si suami, si isteri pertama dan bakal isteri ke dua orang yang berilmu belaka, jalan penyelesaiannya tentu terbentang di depan mata... ^^

p/s: doakan akak kawen cepat sikit dehh..^_^

HafizAdam on April 18, 2010 at 5:27 PM said...

Anon:
Malangnya, hidup ini memang dibina atas kemusnahan orang lain. Tak percaya? =)

Aiyqosim:
Haha takleh bagitau!
Nanti ko kenal. xD

Ami Farhani:
Wah, hebatnya ami.
Dah matang sekarang. =P

Fathiyyah Ibrahim:
Saje. Situasi ni macam drama. So buat la post.

kak Eya:
kak Eya bila nak kawen? Dah 30 dah umur tu. Zaman dulu dah ada 5 orang anak. =P

ikhwana syuhada on April 18, 2010 at 5:31 PM said...

jawapan
1) saya bukan orang jenis jaga tepi kain orang :D secara jujur, pandangan saya terhadap dia masih sama..cuma mungkin dalam hati saya berkata " owh, dia kawin dua"

2) Kalau lelaki yang baik, mempunyai ciri2 yang baik, apa salahnya dia pilih. lebih baik bermadu dengan berkahwin dengan lelaki yang baik dari berkahwin dengan lelaki yang xberapa baik sikapnya..

padangan.. xtahu.... nak bagi pandangan.

anor said...

jawapan saya:

1. Persepsi sy trhdp beliau brgntung kpd SEBAB beliau ingin berkahwin lagi.. sama ada kredibiliti beliau akan jatuh @ tidak juga brgntung kpd SEBAB td..

2. Sgt brgntung kpd SEBAB2 td jgk.. othrwise, perempuan kedua itu perlu TOLAK.

p/s x sebut pn dlm citer ni SEBAB2 tu.. (>_^)

mohd hazwan bin salleh on April 18, 2010 at 10:48 PM said...

xpaham la cerite ni "-_-
ko je la kawen dinmat.habes citer.hua2..

infoperubatan on April 19, 2010 at 7:35 PM said...

presiden yg dimaksudkan ialah presiden perubatan sekarang, iaitu saudara husaini saleh.

husaini telah berkahwin dengan isteri pertamanya, iaitu PERSATUAN PERUBATAN.

isteri kedua yg dimaksudkan ialah seorang akhawat medik mesir, seorang wanita yg beliau benar benar cintai.

identiti akhawat tersebut saya rahsia dahulu. kita tunggu dan lihat sajalah. IA tahun depan mereka akan dihijab kabulkan.

Anonymous said...

isteri pertama: PERUBATAN

isteri kedua: Konsis, Isma, Nadi etc.. xD

kidding.. lolz

HafizAdam on April 20, 2010 at 1:40 PM said...

ikhwana syuhada:
baguslah kalau begitu. adakah hina mereka yang berkahwin dua? xD

anor:
perlukah sebab untuk CINTA?
jika tidak, maka perlukah sebab untuk KAHWIn lain?
wakaka
-----
malangnya, ini kahwin betul, isteri betul, bukan cerita poyo pasal beristerikan dakwah. =P
cumanya, kalaulah Presiden itu seorang yang alim, Exco BPI, tapi mengorat anak dara orang, adakah jatuh kealiman dia itu?
haha

anor said...

haih.. cinta mungkin tidak perlukan sebab tetapi utk kahwin mmg perlu brsebab.. hukum nikah itu sndiri brgantung kpd keadaan dn kprluan individu trbabit.. jadi, sebab brkahwin itu sgt relevan dn signifikan.. heheh

Anonymous said...

Budak-budak sekarang, suruh kahwin aje.

http://www.formspring.me/marisasoraya

Syifa' on April 22, 2010 at 11:19 AM said...

saya taknak menghina kat sini, cuma sekadar memberi pandangan..

saya rasa takde salah pun berpoligami, TAPI suami perlulah pastikan dirinya beriman, berilmu agama, beramal soleh, ikhlas dan bertaqwa, barulah tak gado2..

apa2 pun, terpulanglah, kalau isteri pertama kata okeh, maknanya dia rela dan redha. tapi bagi saya, buat masa ni belom rela lagi untuk bermadu dua, tiga atau empat, masa depan saya tak tahulah..

Seorang AKU on April 23, 2010 at 6:10 AM said...
This comment has been removed by the author.
Seorang AKU on April 23, 2010 at 6:12 AM said...

Entah kenapa rasa macam nak komen.

Bismillah.
Poligami memang sunnah. Terpulanglah pada individu yang melaksanakan nya. Andai ada keperluan disana maka laksanakan lah. Tapi bila ia menjadikan keadaan bertambah kronik maka ia tidak lah perlu untuk dilaksanakan. Bahkan Imam Syafi'e berkata ianya adalah MAKRUH. Dibenci. Jadi lakukan lah dengan Kembali pada ALLAH. Ikhlaskan niat kerana segala nya bermua dari nya.
Sekian.

chanz on April 24, 2010 at 3:24 PM said...

"Padahal saya tidak pandai memberi nasihat."

Yang penting sudi mendengar..good listener..tak semestinya tahu bg nasihat~

sha on April 27, 2010 at 12:56 AM said...

hwa3...gile laa...ape la mude2 kawen awl(btw diorg mude ke?) kawen awl pstu 2 plak tuh,i say,enjoy life dlu! hidup bwh ketiak mak lg beshhh..huhuhu

suhana_nur said...

Salam wbt,

Apa salahnya.

Barang baik mmg WAJIB dikongsi..Kah kah kah~

ikhwana syuhada on May 2, 2010 at 4:08 PM said...

kalau kamu jadi isteri pertama.... apa pandangan kamu?

pandangan saya, kalau saya jadi isteri pertama..jawapan saya ialah saya tahu dgn siapa saya erkahwin..oleh itu kalau dia nak kawin 2 saya izinkan dengan belajar untuk redho... (huhu..lebih mudah untuk berkata-kata kan.. wallahualam.. xpasti mampukah dilakukan.. )

binturashid on May 4, 2010 at 8:15 PM said...

baru nak sebut,isteri pertama:persatuan atau perjuangan,isteri kedua:manusia bernama wanita.tapi,skali silap daa..

menarik isu ni,n ramai yg bg komen,nmpknya majoritinya bujang2 belaka..ke ada yg dah bernikah?kebiasaannya,ini berdasarkan kajian psikologi dr penulis buku--orang yg masa bujang sebut nak kawin lebih dr satu,bila dh kawin,dia xkawin pun lebih dr satu.n rmai yg bujang[lelaki,no offence terhadap male ye?],bercita2 n paling kurang pun,mesti ada teragak nak kawin lebih dari satu.tapi,kekadang,bila dah lalui alam perkahwinan tu,tak ramai yang nak teruskan..atas banyak faktornya.

ni generally la..pandangan to Presiden tu,apa pun,persediaan dr sudut mental,fizikal,rohani sangat-sangat penting.jgn dipandang persediaan anda sahaja,pandang jugak keperluan isteri pertama tadi.didik n sama2 cari ilmu cmne nak bersedia membina rumahtangga poligami.

dan pada yang bujang[baik lelaki atau perempuan],disarankan membaca sejarah Rasulullah.Rasul tak beristeri lebih dari satu masa bersama Khadijah.masa Rasul berpoligami,hnya sorang je anak Nabi yg masih hidup-fatimah.rasul berkahwin dgn janda yg dah tua,dan hnya Aisyah r.a sahaja yg anak dara.[rujukan `Bahgiakan Dirimu dngan satu istri]

apapun,common la manusia berpandangan..apa yg baik,kekadang nampak kurang dimata manusia.yg penting,bia nmpk sempurna dan baik disisi Allah.sifirnya mudah,tapi buatnya susah..banyakkan berfkir dan buahkan zikir dlm mmbuat keputusan.moga diberi petunjuk kepada kita smua.

wassalam.

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template