Mesti korang terpikir kan? Ape maksud ISK tuh. Tafsirkan sendiri. Taknak sebut. Ade terselit dalam ruang2 kecil post kali ini.
PELIK
Sekarang bermulanya fatrah exam. Practical-Written-Oral. Tapi masih ramai lagi yang pelik atau sengaja memelikkan diri, masih lagi membuat kerja-kerja tak berpekdah.
Nawfas sejak akhir-akhir nih begitu asyik dengan kerja2 stalker dye. Walaupun ala2 dokumentari namun saya merasakan ianya kerja2 WakenaBeb! Dengan kamera 24/7, pergi ke rumah manusia lain pastu amik video sesuka hati. Dan mangsa terbaru adalah saya dan keluarga saya sendiri. Pelik ke manusia camni?
Pastu beberapa hari nih baru saya perasan bahawa ramai sahabat yang sedang dalam renovation blog mereka. Tuka template, skin, theme, tambah widget, tambah itu, tambah ini. Memang menakjubkan. Dan ini termasuklah diri saya sendiri. Kalau yang perasan, template dah berubah namun saya suka theme gelap nih maka tak nampak sangat perubahan. Pelik ke hah? Buat semua nih dalam fatrah imtihan?
DECISION
Exam final juga menunjukkan bahawa tahun ini sudah hampir ke penghujung. Tak lama lagi cuti. Tapi macam mane pun, kita tetap kena buat decision.
Saya masih lagi dalam dilema. PERUBATANonline ingin saya tinggalkan, namun ramai yang menghalang. Katanya, khidmat saya amat diperlukan. Betul ke? Yang saya nampak, ramai yang terasa hati. Huhu.
Baru-baru ini saya dapat offer menjadi sebahagian moderator di satu site yang terkenal. Ingin diterima, takut2 tak dapat jalankan tanggungjawab. Tak nak terima, terasa rugi kalau dilepaskan peluang menimba pengalaman menguruskan site yang besar. Nak terima tak nak?
FIRST TIME
Sebelum nih, saya telah ditawarkan menjadi moderator FeWeTT dan alhamdulillah saya terima. Dan banyak saya belajar tentang pengurusan forum. First time saya menjadi moderator forum. Kemudian saya cuba terapkan pengalaman menjadi moderator forum dan juga forumer dalam forum PERUBATANonline di samping belajar Joomla serta SMF. Juga first time. Memang satu ilmu yang berharga.
Penghujung tahun juga menunjukkan khidmat saya sebagai editor TIBBians berakhir di sini. TIBBians adalah majalah pertama yang saya uruskan, terasa sayang ingin dilepaskan. Terasa banyak yang ingin saya baiki. 5 keluaran TIBBians, setiap keluaran adalah berlainan. Ada penambahbaikan, malah ade juga kekurangan setiap satu. Tak dinafikan, saya mempunyai banyak lagi idea untuk dimasukkan dalam TIBBians namun tak terlaksana.
INI SEJARAH KITA
Namun semua tuh ada sejarahnya. Saya bukan seorang yang pandai menggunakan komputer dari awal. Malah saya tidak mempunyai komputer dan laptop hatta internet di rumah. Sejarah saya mula mengenali komputer yang sebenar bermula ketika di sekolah menengah.
Semasa sekolah rendah - darjah 2, saya selalu mengikut abah ke pejabatnya - KETENGAH. Kononnya menemani abah kerja syif malam. Tapi saya bermain game komputer di situ. Saya masih ingat lagi waktu itu, game golf. Nak kata betapa kerapnya saya ke sana, saya pernah match dengan salah seorang kawan abah dalam game tersebut - walaupun kalah. Haha.
Kemudian sekolah rendah pada waktu itu ada menyediakan khidmat ala-ala kelab komputer. Walaupun masa tuh takde internet, tapi cukup seronok dengan software simulasi apa yang saya belajar dalam Sains - darjah 3. Masa itu saya mula belajar sikit-sikit tentang komputer daripada seorang rakan.
Tambahan pula, mak membeli sebuah komputer cikai punye untuk buat kerja (mak seorang guru). Maka pada masa itu, barulah saya kenal Word dan PowerPoint. Mak pula suka membuli anak sulungnya nih buat presentation pengajarannya dengan PowerPoint. Haha. Saya ingat lagi waktu itu kami menggunakan Windows 3.1x - memang cikai punye, kawan saya dah guna Win98.
Naik sekolah menengah - form2, baru belajar nak kenal internet. Masa tuh, bukan internet betul. Tak kenal pun IE ngan Firefox. Yang saya tahu - LAN, sebab nak main game Counter-Strike dan HalfLife. Macam tak logik kan? Tapi ini realiti. Saya tinggal di asrama. Computer Lab mula diperkenalkan lewat, waktu saya fom4. Tambahan pula, takde assignment waktu tuh. Hehe
Naik fom4, saya mula belajar Macromedia Flash - sebelum diambil alih oleh Adobe. Curi-curi install dalam salah satu komputer kat Computer Lab. Tiap-tiap kali ada masa free, saya pergi ke sana dan buat ikut tutorial. Masa tuh, nak kata betapa jahilnya tentang internet, tak tahu pun adanya tutorial Flash kat internet - tutorial yang saya buat fully from Help.
oleh sebab Flash agak payah nak belajar, saya cuba belajar Macromedia Authorware. Interfacenya agak simple dan senang nak paham. Masa tuh saya dah boleh buat Kuiz untuk disebarkan kepada member - sebagai ulangkaji.
Sewaktu fom5, saya mula serius dalam Flash, ditambah pula adanya seorang rakan yang turut berminat dalam bidang nih, jadi setiap Sabtu saya mesti berkunjung ke rumah dia untuk berbincang. Pada waktu itu, saya dah berkenalan dengan Adobe Photoshop. Semuanya gara-gara saya membeli CD Installer Compilation Adobe + Macromedia (Photoshop, Illustrator, Imageready, Flash, Fireworks, Authorware).
Waktu itu kami banyak keluarkan produk (ceh poyo je ayat) berupa soklan-soklan dan animasi tentang stadi. Saya (Creative Designer) dan Prince Cheezel bekerjasama, maka lahirlah TwinHackerz. (ayat poyo nak mampus macam syarikat pulak. abaikan perenggan nih!).
Namun begitu sahabat saya kembali ke rahmatullah selepas SPM berakhir, akibat kecederaan lama sewaktu accident pada awal tahun. Maka saya kembali belajar seorang diri. Flash dan Photoshop. Authorware saya tinggalkan kerana ingin tumpu pada software yang bagi saya waktu itu agak dikenali. (ceh ye ye je..).
Masa fom5 juga saya mula berjinak-jinak dengan internet. Cari image, bahan, rujukan untuk dimasukkan dalam projek2 kami. Tutorial, saya save dalam format UnMHT dan baca di rumah. Masa tu jugak saya kenal forum - sebagai satu cara belajar. Maka saya belajar sikit BBCcode dan beberapa HTML mudah.
Sewaktu di Intec, saya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan internet untuk belajar lebih banyak. Belajar HTML, CSS, script PHP serta bace sikit2 news tentang web building - walaupun saya tak belajar habis pun. Haha. Waktu itu, orang kata, di mana ada internet, di situ ada dinmat. Akhirnya sewaktu datang ke Mesir, barulah saya kenal web building sebenar, gara-gara Jackster mengajak saya menguruskan EgyptMedic, website lama sebelum PERUBATANonline.
BELAJAR BUKAN MUDAH
Kalau nak diikutkan, saya baru setahun dua benar-benar berkenalan dengan internet. Maka rasa rendah diri tuh ade. Sebab tuh saya teragak-agak nak terima ke tak offer sebagai moderator. Blog ni pun saya baru belajar setahun yang lalu menggunakan blog Friendster. Masih banyak yang perlu saya pelajari sebenarnya.
Benarlah kata-kata seorang pujangga, jika kita masih lagi disibukkan dengan kelaghoan, berapa banyak ilmu yang akan kita dapat dan sampaikan?. Belajar bukannya sekelip mata. Lebih-lebih lagi belajar banyak bidang. Berapa ramai yang berjaya, kecundang di akhir jalan? Berapa ramai pula yang kecundang, berjaya di akhir waktu?
Walaupun payah, saya cuba belajar segalanya. Sebab saya rasa perlunya seseorang dalam masyarakat medic untuk tahu benda ini. Saya cuba gabungkan medic, IT, agama. Agar dapat disinergikan kesemuanya dalam satu bidang, menuju kepada ketaatan kepada Allah.
Membentuk insan umpama menjahit baju. Semua aspek perlu diambil kira - kainnya, benangnya, warnanya, saiznya.
4 penghinaan diterima:
Assalamualaikum.
Baca punya baca, INTEC? 2005 ke?
x, intec 2006..
2005 baru amik SPM..
ade gak org bace karutan nih..
mase nih tgh tensen org tnye, "katne ko bljr flash, photoshop hah? tpu ahh x g tusyen.."
uih...skoloh mane tu f4 baru ade tenet?
mu dapat offer jd admin web mane plok ni?
berjaya sungguh kawan aku sorang ni...
tahniah
koloh ane g..
tok jiring r..
fom4 baru de computer lab..
lol
Post a Comment