Haha, tajuk post kali nih kelakar gile. Saya sebenarnya tak tau nak letak ape. Walaupun nampak cam perempuan manja atau budak kecik, biar je laa. Yang penting ade tajuk.
Maka pada hari Jumaat pukul 0930 bersamaan 11 April tadi, tamatlah cerita MISA = Mianhada Saranghanda = I'm Sorry I Love You yang saya tonton. Rasanya ini cerita Korea genre sedih pertama yang saya berjaya tamatkan. Autumn in My Heart and Stairway to Heaven pun belum saya tamatkan lagi.
Mungkin cerita ini ade mesej, entah saya pun tak tahu. Read the synopsis - click the link above, if you want to know it. Walaupun ending hero mati (typical korean sad story ending), sekali dengan heroin, tapi ada pengajaran lain yang cuba disampaikan. Patut ler cerita ini dikategorikan sebagai MUSTI TENGOK oleh korean drama-fan. Walaupun drama nih dah lama (2004) tapi baru tengok, sedih giler, jangan le kutuk.
Saya pun turut mengalirkan air mata. Haha macam air di kali mengalir perlahan menuruni bukit pipi masuk ke tasik mulut. Padahal rilek je. Entah sebab ape kebelakangan nih senang sangat mengalirkan air mata.
Minggu lepas saya menonton dokumentari Muhammad: Legacy of a Prophet, pun mengalirkan air mata. Sebelum nih kalau dengar sirah nabawiyah langsung tak terasa pape. Tapi entah kenapa bila tengok dokumentari tuh macam terasa hingga ke hati.
Antara ahli panel dalam tuh adalah Karen Armstrong, a famous author who wrote about religions. Yang lain kebanyakannya Muslims. 5 minit yang pertama saya dah mengalirkan air mata. Saya sendiri hairan. "Pehal lak nih". Bayangkan korang tengah tonton cerita Mr Bean sambil air keluar dari mata. Muka plak ekspresi selamba. Sape tak heran. Sesape nak tengok, boleh download kat sini. FreeDocumentaries
Haish menangis menangis. Dulu bukan main payah menangis. Kena belasah tak pernah menangis pun. Tengok citer Hindustan sedih gile babi still bleh gelak mase part sedih. Sekarang begitu murah air mata ini (ayat novel). Tak pun aku mengalami masalah neuron kat kelenjar air mata aku nih(kena gune bahasa standard, nant org tak paham).
Pape pun, tangisan merupakan perkara biasa. Menangis ni menunjukkan hati yang lembut, bukannya badan yang lembut auw auw. Menangis juga melembutkan hati yang keras. Sebab tuh Allah suka lelaki yang menangis kerana-Nya.
Lagipun, hilang stress kalau menangis. Lebih-lebih lagi kalau menangis kat bahu awek. Hehe. Tak pernah buat lagi. Kat bahu mak ade laa. Masa tuh darjah 5 ke 6 entah. Kena bahang di abah. Sekarang? Menangis kat bantal peluk laa jawabnya.
Tamat kisah menangis. Semalam habis practical Physio yang tak macam practical tapi macam oral. Dapat Dr yang sama cam oral tahun lepas - Dr Nagat Yunan. Sebelum tuh sume bincang pasal tuning fork ngan torchlight. So bile tibe giliran, dapat kunci - jadi blank. Haha.
Tapi alhamdulillah Dr just tanye nama test ngan Babiniski sign. Boleh laa jawab "causes of Babiniski sign?" tuh walaupun dek terlalu exaggerated sangat saya jawab "deep sleep, anaesthesia, coma, UMNL, cerebellar lesion..." lalu disergah "NO!" sebanyak dua kali. Satu, kena sebut Upper Motor Neuron Lesion, dan kedua, cerebellar lesion adalah jawapan yang salah. Haha.
Okeh next exam practical Histo 16hb dan Biochem 20hb. Masa untuk merajinkan diri stadi.
He (Muhammad SAW) said that, 'they're now your neighbour, these are your brothers and sisters'. He established a sense of humanity, that's Ummah. We're all connected to one another, we're all responsible for one another.
3 penghinaan diterima:
korean drama???
besh nye...
u shud watch my girl too...
n of course u'll cry 4 da 2nd time...
hehehe
im not sure how i linked wit u...
ermmm...
lol already search for it but i found the low quality only..
x syok laa tgk..
okeh2 i'll put it in my waiting list..
x sure cmne leh link/
musykil2..
xpe2 truskan link anda..
pasal filem Muhammad: Legacy of a Prophet,
xde yg ada subtitle ke....??
saya ni lemah bi...
huhuhuhu
Post a Comment