AMARAN: Post berikut mengandungi unsur-unsur seks, ganas serta politik yang keterlaluan. Mereka yang mengandung, mengalami angina pectoris, fourth degree heart block, diabetes dan anti-pemenang tidak digalakkan membaca sehingga habis.
Berikut adalah fakta menarik mengenai babi aka khinzir yang saya temui sendiri. Sila buat kajian lebih lanjut jika anda berminat.
Babi itu HALAL disentuh walaupun HARAM dimakan. Namun begitu, babi itu adalah najis berat aka mughallazah maka anda perlulah menyertu anggota anda. Perlu diingat juga bahawa babi itu adalah najis maka janganlah pula anda bermain dengan babi kerana perbuatan tersebut seolah-olah anda bermain dengan taik.
Jika anda search babi dalam Google, ini adalah beberapa hasil yang menarik: Sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar.
Babi merupakan perkataan terkenal MB Terengganu iaitu Dato' Ahmad Said melalui kata-katanya: Gentelman BABI ape gitu?
Walaupun babi dan anjing sama-sama adalah najis yang dianggap keji, Babi lebih terkenal daripada anjing kerana babi sering digunakan untuk menyumpah berbanding anjing. Malah kereta Kancil yang melanggar lampu merah hingga hampir-hampir menyebabkan kemalangan juga berkemungkinan disalah anggap sebagai kereta Babi.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru dianggap memBABI BUTA namun keputusan yang dibuat dengan akal fikiran yang waras bernas tidak mungkin dipanggil memBABI CELIK.
Fakta menarik: Babi tidak mempunyai leher yang jinjang maka dia tidak mampu menoleh ke belakang. Namun begitu, mereka mampu bergerak secara songsang depan belakang.
BABI SEBAGAI HAIWAN BERGUNA
Industri: Babi memberi keuntungan yang sangat besar dalam industri malah dianggap profilik (umpama kelapa dalam masyarakat melayu - banyak kegunaan). Ini disebabkan keupayaan mereka untuk membiak dengan banyak serta membesar dengan cepat. Antara kegunaan mereka ialah dalam makanan, perkilangan dan farmasi/perubatan. China mengeksport separuh (iaitu 45 million ton) daripada eksport Babi sedunia (86million ton sedunia) diikuti EU (18million ton) dan US (9million ton). Lebih mengejutkan, China hanya mengeksport 6million ton daging lembu daripada 50million ton eksport sedunia.
Politik: Parti yang cuba menjaga kepentingan Babi secara terbuka berkemungkinan besar diserang dengan hebat walaupun pelaksanaan itu bagus. Sebagai contoh, projek babi 100juta Selangor yang dihentam hebat malah diberi liputan meluas media massa. Ini berikutan kenyataan projek tersebut diwar-warkan kepada umum. Pengajarannya, projek Babi mestilah dilakukan secara sembunyi untuk mengelakkan cemuhan orang ramai yang amat sensitif dengan Babi.
Kata-kata: Perkataan BABI boleh digunakan untuk memanggil manusia atau objek lain yang kurang ajar. Bagi mereka yang professional, perkataan BABI biasanya diselitkan dalam ucapan untuk memberi penegasan (lihat contoh Ahmad Said di atas). Anak dara yang belum akil baligh juga boleh ditakut-takutkan dengan BABI supaya tidak keluar rumah pada waktu malam.
KELEMAHAN BABI
Vektor: Babi berpotensi menyebarkan virus berbahaya kepada manusia JIKA tidak dijaga dengan baik. Sebagai contoh virus Japanese Encephalitis dan virus Nipah (bukan hanifah yea). Akibatnya mereka terpaksa dihapuskan begitu sahaja dengan sewenang-wenangnya.
Kotor: Walaupun Babi mandi, mereka tetap kotor kerana mereka sememangnya najis. Mereka tetap najis walau disamak sertu berpuluh kali sekalipun. Walaupun babi dimake-up comel lote, mereka tetap dipandang hina dan jijik oleh masyarakat.
Sekian, terima kasih kepada Pemenang kerana mengilhamkan post ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Babi, visit Answers.com, anda akan temui banyak fakta menarik yang tidak diketahui sebelum ini.
Jangan membabikan babi yang dah sememangnya babi, tapi babikanlah manusia yang bertopengkan babi
[diolah dari Hafzi Hamid]
9 penghinaan diterima:
yeehaaa..
aku rase doh babi!!
bangge nih..
maybe aku budok SMKATJ pertame makan babi. ha ha ha
sebab aku saloh beli sos carbonara arituh, huhu.
nway aku tag mu.
sile laa layan..
utk detail, gi blog aku bace post tarikh Apr22.
merci.
haha siot ko kriey..
dang lagi bangge..
ewww...
kriey penoh mkn babi...
mg minum air selut x pahtu kriey?..haha
jahil ngat..
bkpe nk mnum air selut?
hahaha
byk gle babi gambar babi ko upload..geli lak tekak aku menengoknye..lg2 babi panggang 3 rasa yg last skali tuh..perh~exotic cam siot..
pembetulan sikit
penulis ada sebut"Babi itu HALAL disentuh walaupun HARAM dimakan. Namun begitu, babi itu adalah najis berat aka mughallazah maka anda perlulah menyertu anggota anda. Perlu diingat juga bahawa babi itu adalah najis maka janganlah pula anda bermain dengan babi kerana perbuatan tersebut seolah-olah anda bermain dengan taik."
berbanding dengan anjing.. babi haram disentuh.. walaupun dalam keadaan kering.. tiada istilah halal untuk babi kecuali waktu DARURAT SAHAJA.
mintak maaf mencelah, cume tertarik dengan tajuk..
Memang BABI ko ni BABI weh
siapa pernah makan tofu perasa babi ... 100% vegetarian
Post a Comment