17 February 2009

Menginjak 20

Sebenarnya entry ini tidak ingin di-post awal. Belum sampai masanya untuk bercerita mengenai ulangtahun kelahiran. Tapi mungkin boleh disertakan dalam entry kali ini.

16 Februari merupakan ulangtahun Sunny, dan seperti biasa, sambutan ulangtahun beliau diadakan dengan gilang gemilang dan cemerlang. Seperti biasa juga, saya akan menumpang majlis beliau. Cuma tahun ini beliau tidak menerima hadiah dari Timbalan beliau. Haha.

===| Entry ini menggunakan Efek Lightbox |===
Tunggu hingga page ini berhenti loading dan Left-Click pada gambar utk melihat dengan lebih jelas bersama caption.


Dan seperti kebanyakan majlis ulangtahun yang lain, pastinya besday boy menerima hadiah daripada rakan. Tidak kira kecil atau besar, murah atau mahal, cantik atau buruk, suka atau tidak, sekurang-kurangnya majlis ulangtahun pasti diserikan dengan hadiah.

Bercerita soal hadiah, bagi saya ia sebenarnya bukan sekadar pemberian sempena sesuatu peristiwa. Namun hadiah juga boleh menzahirkan ucapan kita. Menggambarkan keinginan kita terhadap seseorang.

Sebagai contoh, pada majlis Shidi dan Alia yang lalu, akhawat Gen6 memberi sepersalinan pakaian bayi. Saya lupa samada ianya lengkap atau sekadar stokin atau glove. Tapi point saya di sini ialah 'betapa berharapnya kami agar kamu berdua menimang cahaya mata'. Itu mesej dalam hadiah tersebut.

Ataupun kalau dalam drama, confession pasti tidak akan lengkap tanpa bunga sebagai hadiah. Mawar merah atau putih, 3 atau 11, semua diambil kira. Apa ada dengan mawar? Baca di sini.

Ini menunjukkan bahawa hadiah sebenarnya bukan sekadar untuk suka-suki. Makna sesebuah hadiah boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran.



Hadiah Ahl Beyt


Kali ini Sunny dan saya menerima sebiji mentol. Bermakna 'sila baiki lampu dapur dan ruang mesin basuh'. Lampu dapur telah lama hilang cahayanya,semenjak sebelum cuti lagi. Dan ruang mesin basuh baru sahaja bergelap beberapa hari sebelum ini. Bila dah jumpa tangga yang cukup tinggi, saya akan baiki, hehe.

Ramai juga yang memberi coklat. Saya tidak tahu signifikannya. Namun begitu, coklat membawa tema 'cinta' dan 'kasih-sayang', dan sering dijadikan hadiah sewaktu Valentine Day, atau White Day. Hadiah ini boleh ditafsir kepada 2;'kami sayang kamu', atau 'semoga cepat bercinta (kahwin)'. (haha)

'Ala kulli hal, terima kasih kepada yang memberi hadiah. Saya tidak pernah menerima hadiah sebelum menjejakkan kaki di bumi Mesir ini (saya abaikan hadiah dari sekolah, hehe). Maka, saya tidak berapa kisah samada mendapat hadiah atau tidak. Sangat beruntung menjadi rakan kamu semua. Jutaan lemon buat korang.


Hadiah Eckm the Great


Ini membuatkan saya merasakan bahawa hari-hari penting dalam hidup ini, atau lebih spesifik lagi: hari-hari sambutan Barat sebenarnya menjadi bermakna kerana adanya teman, adanya rakan, adanya seseorang untuk menyambutnya.

Mungkin juga boleh diertikan bahawa sambutan yang kita buat sebenarnya adalah demi sesuatu. Bermakna dan gembiranya Hari Lahir, kerana adanya rakan di sisi, yang sering ingat tarikh itu. Bermaknanya Hari Ibu kerana kita masih punyai ibu. Hari Valentine pula disambut kerana kita punyai kekasih.

Adanya sambutan Hari Guru, kerana kita masih punyai guru. Kalau dulu setiap tahun saya menunggu 16 Mei, sekarang hanya sekadar menunggu. Tiada perancangan dan hadiah diisediakan. Hanya secebis ucapan melalui SMS, atau kata-kata melalui eVoiz.

Kalau tiada semua itu, sambutan yang dibuat seolah tidak bermakna. Tiada rakan untuk menyambut, nampak seperti orang gila membeli kek dan menyanyi seorang diri. Hehe.

Perenggan-perenggan di atas mungkin nampak macam silap. Mungkin ada yang terasa apabila saya menyebut Hari Valentine. Mungkin ada juga yang berulangkali menyebut kata-kata 'tidak, saya tidak begitu'. Sebenarnya di atas cuma sekadar contoh. Atau perlukah saya tamatkan dengan soalan 'untuk apa anda semua menyambut hari-hari tersebut jika insan-insan yang saya sebutkan itu tiada?'


Hadiah Boss: Damak-kun


Sekali lagi, nampak kelemahan manusia; bergantung antara satu sama lain. Bagaimana agaknya manusia yang gagal mencari erti kehidupan sebenar? Gagal menemui Tuhan yang Esa. Gagal mendapat petunjuk Nabi yang Ummi. Kita dan mereka, sama-sama menyambut hari yang sama. Namun adakah sama kita dengan mereka?

Cukupkah menyambut hari lahir semata-mata kerana kita dilahirkan ke dunia? Atau mensyukuri nikmat kita dilahirkan dalam Iman dan Islam? Atau perlu kita mengira baki usia?

Cukupkah sekadar kita menyambut Maulidurrasul, Hijrah, Kemerdekaan, dll dsb dengan sambutan beribu-ribu? Berarak berzikir, bertakbir, mengenang jasa orang dahulu? Atau perlu kita mengira di tahap mana kita berbanding mereka; Rasulullah yang menyebarkan agama, Muhajirin yang meninggalkan segala, dan Adnan yang gugur demi negara. Ya, di tahap mana bakti kita.

Entry kali ini bukan ingin bertazkirah atau memberi nasihat, cuma sesekali kita merepek-repek menunggu fajar tiba, menanti video selesai diupload.


Hadiah Amir Nagmi



Akhir sekali, ucapan biasa manusia yang menyambut hari ulangtahun: Kita makin tua, dah makin dekat untuk mati, moga bertambahnya umur kita seiring dengan bertambahnya amalan kita, menjadi matang dengan meningkatnya usia.

Sekadar makluman, saya akan upload video 'Peristiwa yang menyebabkan PERUBATAN di-banned'. Mungkin bukan seluruh ucapan, tapi bahagian awal yang sensitif-mitif. Video ini takkan ditarik balik, apa korang boleh buat kan? Membebel laa banyak-banyak, I'll stick with my decision. Lagipun bukannya mende yang menjejaskan PERUBATAN pun. Di website PMRAM lagi banyak dan lengkap. Apalah sangat video 15 minit boleh bercerita. Sape nak tengok, contact me. I'll give the link. Sape yang terjumpa melalui search, tahniah.

TQ.

3 penghinaan diterima:

Anonymous said...

salam..
oh..befday dak ni ke..
btw..hepi belated befday!

'diri derita atas bahagia insan lain..muliakah??'

Eng Einy on February 27, 2009 at 7:01 PM said...

hepi besday dinmat..sori la lmbt wish..dah sebaya dah kita..hak2

woih yg pasal hadiah sainy tu ko nk sound aku ker?

Anonymous said...

muda lagi rupanya

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template