Pagi ini pagi Jumaat.
Semalam berakhir sudah Seminar PERUBATAN Kedua. Banyak kekurangan, kelemahan dirasai. Diri ini merasakan Seminar ini adalah the worst program I ever organized. Seribu ketidakpuasan menghantui diri. Namun segalanya telah berakhir, dan saya terima dengan pasrah. (ayat novel)
Semalam tertidur seawal pukul 8 malam. Pagi ini terjaga lagi. Sama seperti hari-hari lalu. Cuma berbeza waktu. Pukul 3.
Berbeza lagi kali ini. Saya solat dengan tenang. Setenang Kaherah di waktu pagi di musim sejuk. Isya' selesai, mengambil kesempatan di pagi Jumaat yang mulia. Solat hajat mohon dipermudah segala urusan. Ditenangkan segala permasalahan. Setenang hati ini di pagi ini.
Rakaat kedua al-Ikhlas dibaca 5 kali. Bacaan pertama seperti biasa. Bacaan kedua entah mengapa hati ini terasa. Bacaan seterusnya ditemani air mata. Tidak pernah diri ini seperti ini. Terkesan dengan Seminar? Atau sesekali Allah lontarkan rasa gerun dengan Pencipta?
Kalimah pendek dan mudah: Qul HuaLLAHu Ahad. Katakanlah Allah itu Esa. Namun gugur air mata. Tiada kesakitan dialami. Namun tetap gugur jua. Tiada tazkirah diterima, tapi ia tetap mengalir. (Perenggan ini macam sajak tapi selesai tulis baru perasan, so nasib lah ekk tak sedap).
Agaknya inilah rasa mereka yang apabila disebut nama Allah, bergetar hati mereka. Tidak, ini cuma sedikit dari apa yang mereka rasa. Dan ini ini cuma sementara berbanding mereka. Usai solat, hilang perasaan tadi. ALLAH cuma tunjukkan buat seketika.
Selesai satu cabaran, lebih banyak menanti untuk dihadapi. Bulan Februari sudah di pertengahan. Perancangan study masih di awangan. Moga ALLAH buka jalan yang mudah. Belajar dalam kesenangan, bekerja dalam kepuasan. Biarlah apa orang nak kata, saya tetap bekerja DEMI manusia.
[diubah dari Petikan Majlis Apresiasi]
Untuk apa mengambil perubatan?
Nama dan pangkat? Kesenangan dan kemewahan? Atau kerana redha Allah?
Kalau nama dan pangkat, nanti dibenci orang. Kalau kemewahan, baik jadi businessman.
KALAU kerana redha Allah, kenapa tak jadi Ustat? Sebarkan agamaNya.
Kenapa tak jadi Engineer? Allah tak redha Engineering ekk?
Kenapa perlu berhempas pulas memikirkan pengangkutan peserta? Kalau diorang nak datang, diorang akan berusaha laa. (takde kaitan ngan soalan, haha)
Persoalan masih belum terjawab sepenuhnya~ Untuk apa sebenarnya kita melakukan semua ini. (at least, to me). Sama-sama kita cari jawapannya.
Ramai orang berkata-kata. Tapi amalan tidak seperti yang dikata. Ramai manusia ingin ke Syurga. Tapi beramal seperti ingin ke Neraka. Mudah berbicara inginkan redha Tuhannya. Tapi berhempas pulas memuaskan nafsu makhlukNya. Ini adalah fakta, kerana salah seorang manusia itu adalah saya.
Akhir kalam, renungkan balik Surah ini. Mungkin ianya mengandungi jawapan yang dicari-cari.
Say: He is Allah, the One and Only! Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not nor is He begotten. And there is none like unto Him.[Surah el-Ikhlas,1-4]
9 penghinaan diterima:
Untuk apa kita berhempas pulas berperah keringat? melakukan sst yang menuntut jutaan pengorbanan, pengorbanan yang sering dipertikaikan n dipersoalkan, tidak sempurna dsb.. apakah makna sebuah perjuangan n pengorbanan?
hidup yang pendek, spt x sabar mahu dijemput Tuhan
kepada tuan punya blog, barakallahu fik, mga kekal dalam lindungan Allah.. ameen
the worst program ke? hmm,nway ktorg rs ni antr prgrm yg plg mntap spnjg mhdiri prgm2 yg pnah dianjurkan. wlupn blaku byk perubahan d saat2 akhr tp xterase kecacatan mjlis tu..skalung thniah buat para pelaksana =) Firman Allah swt "Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah maka Allah akn m'jadikn kpadanya jln kluar drpd ssuatu mslh yg dhadapinya.Dan Allah jg akn mngurniakan dia drpd kurniaan yg x disgka2 olehnya"~kpd Allah jg tpt kita meminta~
KALAU kerana redha Allah, kenapa tak jadi Ustat? Sebarkan agamaNya.
Kenapa tak jadi Engineer? Allah tak redha Engineering ekk?
persoalan yg menarik utk dijawab oleh semua~
masing2 tahu jwpnnye...
smoga terus thabat dijlnNya...
waaaa....entry emo sama macam cik radin pye latest entry~
smoga apa yg kita lakukan mendapat redha Ilahi..utamakan apa yg UTAMA..insyaAllah..ikhlaskan hati,teguhkan azam..=)
kerjasama yg mantap dari BPP..
Radin Rahmah:
Taktau nak komen pe. Kopi blog sendiri. Pes di sini, YM serta blog orang lain. Ke nak suruh puji?
Ya, ya sajak itu memang sedap, bermutu serta berkualiti. Berkesan dan mengesankan.~
SatuHati:
Worst program dalam aspek bidang kerja saya iaitu multimedia. Huhu~
Syahirah Manso:
Masing-masing tahu jawapannya, tapi masing-masing selalu lupa. Hanya teringat apabila ditanya manusia.
Asyila Ismail:
Emo? Mane de. Sekadar satu perkongsian rasa dari Tuhan yang Esa untuk mengingatkan kembali siapa kita.
Pas dah publish baru tergerak nk chek Komuniti. Baru pasan lebih kurang sama cam Radin Rahmah ngan Adli Samsudin. Lantak ah. Huhu.
act kan.. part tuh ditambah dlm post afta baca post nih.. means, tulis sini.. baru betulkan n tmbh dalam latest entry..
bukti 1
ayat atas banyak guna short form, klu paste, takdelah saya budak yg rjen utk menshort form-kan yg asal
saksi 1
anye Asyila, dia antara yang dah baca sebelum ditambah.. sekian.
=)
haih..ok ape program smlm..
ak rse program semarak fitrah ari tu lagi kantoi~~
haha..
rse cm blur je mse handle program tuh..
tp program ni agk cool la..
tkde la nk kalut ngat..
mngkn d sebabkan berkerja ngn ko kot denmaq, aura kepro an ko meresap kat ak.ngeh3..
tp kan 1st time g ler ak tgk mse program, ad owng sempat maen pes kat pc mantap..huahua.. ;P
ok2..amik sbg iktibar buat kita semua..huhu
btw,tq eh..=)
*dengar cite ade org merajuk ngan org kuat PO..hmmm ape yg terjadi sebenarnye??
Radin Rahmah:
elele~ bukan terjejas pun radin kalau betul..
smgt dye bg bukti. haha
Akram Hassan:
haha len kali jom bekerjasama lagi..
ko handle peralatan, aku handle teknikal..
Asyila Ismail:
biase laa..
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..
sesekali kne gado2..
baru ceria umahtangga..
haha (menjawab soalan ke?)
Post a Comment