26 March 2009

Hisbah the Movie?

Sebagai menyokong industri perfileman PERUBATAN, maka saya menulis post ini.



Saya telah download file ini sebanyak 2 kali. Tabiat tidak-tidur-malam telah membolehkan saya mendownload file asal dari aDrive pada jam 3 pagi. Server tak busy sebab takde orang download, maka bolehlah saya download. Kemudian versi Eamz pun saya download. Untuk melihat bandingan.

Disebabkan saya seorang yang kerek dan ego, maka saya tak berpuas hati kerana:
  • Saiz kedua-dua file bagi saya sangat besar untuk satu video 20 minit.
  • Dimension kedua-dua file pun macam pening.

Maka saya sendiri telah reconvert dan reupload. Setting converter menggunakan setting daripada Querbeet (XviD dengan Quality 3.7). Dapat file bersaiz 90MB dengan bitrate sekitar 600kbps.

Maka terimalah:

__^*HISBAH THE MOVIE*^__

Genre: Cerita Pendek
Directed by: Nur Ilahi
Starring: Farid, Syahir, Bob, Mujib, Aiman
Runtime: 18 mins 48 sec
Synopsis:
Pada suatu hari, Farid (Farid) mendapat suatu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Panggilan tersebut agak merunsingkan dirinya yang sedang sibuk menelaah pelajaran. Menyedari akan tanggungjawab berat yang dipikulnya, Farid tetap bangun menyahut suatu misi yang diberikan.


Dibintangi oleh pelajar-pelajar perubatan Mansurah, filem pendek ini dirakam bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja hari ini akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim atas saudara Islam yang lain iaitu 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Production by: Unit Hisbah PCM 08/09
Content of file include:
  • Hisbah.the.Movie.XviD-PCM.avi
  • Cover album
  • 2 Wallpapers



Download: Torrent | MegaUpload | MediaFire

Boleh juga didapati di laman web PERUBATAN dan Mansurah sendiri.

Komen dari saya? Kalau dikutuk nanti ramai yang marah; Tak bersyukur kononnya. Kalau memuji nanti ade yang kondem; Mooja je lebih. Kedua-duanya memberi feedback negative. Maka saya komen dari 2 sudut, AMARAN terdapat Spoiler:

Sudut Pandang seorang Penonton:
Tempo terlalu slow. Banyak scene yang tidak perlu lantas menjadikan perjalanan cerita agak mengantuk. Couple pulak tak macam couple. Buat laa aksi lucah sket. Hahaha. Unit Hisbah macam Rockerz dan sedikit poyo. Tak perlu pakai spek hitam di tengah malam.

Kaedah pencegahan maksiat juga perlu diubah. Sepatutnya ketegasan diorang lebih kuat, bukan setakat bagi pamplet "Say No to Couple" je. Pukul-pukul laa sikit. Kua darah. Tarik anak dara tuh balik umah pun OK.

Sudut Pandang seorang Videoman:
Nak buat filem seperti ini bukan mudah. Tahniah buat Unit Hisbah PCM. Betapa payahnya nak cari pelakon kalau saya sendiri nak buat mende nih. Cuma suntingan muzik latar dan cinematografi perlu diubah sikit supaya kena dengan scene.

Video ini dirakam dengan Display 4:3 iaitu standard untuk TV. Saya sarankan agar diset kepada 16:9 dari awal pada Camcorder. Video Eamz diconvert menggunakan Display 16:9 maka ianya menjadi sedikit stretching. Ini boleh dilihat pada logo PERUBATAN dalam video beliau. Ukuran asal PCM adalah 480x576 dengan Display 4:3, maka sepatutnya diconvert dengan nisbah 4:3 juga supaya tidak jadi terlalu stretching. Ukuran dimension nampak pelik kan? Nisbah video adalah tidak sama. Video asal menggunakan sistem PAL yang menggunakan ratio 0.9*, disebabkan itulah dimensionnya nampak pelik. Tapi sebenarnya normal dalam sesetengah player.

Overall:
Satu percubaan yang baik. Jalan cerita menarik, idea mantap. Pelakon pun hensem. Sokonglah industri perfileman PERUBATAN! Hahaha.

Rating? 7/10.

Last sekali lagu ini ditujukan buat semua perempuan saya di luar sana tak kira kakak adik abang isteri bini kekasih awek, dengan ucapan "Kita dah kantoi dengan Unit Hisbah maka kita terpaksa berpisah". Salam sayang untuk semua~



8 penghinaan diterima:

Atiqah on March 26, 2009 at 9:38 AM said...

point difahami. kritikan yang kelakar dan mantap.
hehe

HafizAdam on March 26, 2009 at 1:09 PM said...

Atiqah Hanifah:
kelakar? biase je...
kritikan tuh mcm nk tambah tapi cukup r kot...
nanti banyak pulak bidasan...
haha

Jackster® on March 26, 2009 at 1:57 PM said...

"Betapa payahnya nak cari pelakon kalau saya sendiri nak buat mende nih." point ni aku stuju sgt2 haha

c's on March 27, 2009 at 12:13 AM said...

betul2.. [setuju dgn semua2 kat atas]

nice start! keep it up... [tumpang iklan jap, ucapan utk PCM]

=)

HafizAdam on March 31, 2009 at 5:20 PM said...

Jackster:
summer nih kite buat filem lucah nak?
haha

Radin Rahmah:
bagi ucapan kat blog dorg laa..
pehal kat sini lak..

etiey on April 26, 2009 at 5:00 PM said...

sy berminat nk tgk cter ni. nnt pas tgk sy pula akn komen yek :P

Wan Abdul Ba'ith Izzuddin bin Wan Mustapa on August 16, 2009 at 12:18 AM said...

salam...

nak minta kebenaran untuk masukkan Hisbah ni dalam blog Persatuan Penuntut Malaysia Amman Jordan ( www.ppmaj.blogspot.com ).

insya-Allah kredit untuk blog ini turut sama disertakan. Syukran.

huda said...

Salam saudara hafiz, sy berminat utk menonton, tetapi mengapakah apabila selesai dload, winrar sy mengatakan file corrupt?

 

License

This blog by Muhammad Hafiz Adam is official website of Creative Designer and licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

You're free to Share (copying, distributing and transmitting) and to Remix (adapting the work) under the following conditions:
a) Attribution;
You must attribute the work by linking back to this blog pr anything similar (but not in any way that suggests that I endorse you or your use of the work).
b) Noncommercial;
You may not use this work for commercial purposes.

Categories

~AkuDarahAnakMalaysia~ Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template