Mungkin ditulis sewaktu internet bengap, maka sekadar tulisan tidak lengkap sebanyak 5 baris. Saya copy dan elaborate sikit, tidak melebihi 350 patah perkataan.
Di mana harus bermula omelan ini?
Saya mengambil SPM ketika 2005, menjadikan sudah 4 tahun saya melarikan diri dari sekolah menengah. Bermakna, hampir semua junior saya dulu sudah besar. Meningkat dewasa.
Sesekali, saya masih berhubung dengan junior samada untuk khidmat nasihat, atau tunjuk ajar, atau sekadar bersosial di website sekolah, walaupun sebenarnya saya tidak pernah bertemu mereka di alam realiti.
Beberapa kali saya ber-PM dengan Marzuqi, walaupun tidak kenal. Dan beliau mula menegur saya sewaktu saya pulang tahun lepas. Saya tidak kenal beliau, tapi beliau mengenali saya. Sama seperti Maryam. Walaupun banyak kali berkomunikasi melalui shoutbox, tapi tidak pernah bertemu. Dia menegur saya sebelum masuk dewan peperiksaan PMR tahun lepas.
Saya akui, saya seorang yang easy-going, tak kisah sangat dengan perlakuan manusia di sekeliling. Tak kisah sangat dengan formaliti. Lebih-lebih lagi apabila kita berhubung melalui internet. Tiada rupa, tiada suara. Hanya tulisan menjadi pengantara.
Disebabkan itulah, di saat senior-senior lain menegur kerana junior kurang hormat dalam panggilan, saya masih lagi bersikap tidak kisah. Bersangka baik, mereka cuma terlalu segan. Masih mentah dan tidak biasa.
Antara faktor buli yang berlaku di sekolah adalah kerana junior tidak hormatkan senior. Mungkin tidak sesuai dipanggil buli. Lebih sesuai dipanggil 'ajaran keras'. Anda merasakan ia sama, tapi tidak bagi saya.
Sepanjang pengalaman bersama gengster sekolah, junior takkan dipukul tanpa sebab. Antaranya - kurang ajar. Mungkin sesekali kami meminta junior membelanja kami di kantin, tapi kalau dia menolak dengan baik, memang tidak akan diapa-apakan. Paling kurang mungkin dipujuk rayu atau diugut, tapi sepanjang pengalaman saya, memang junior tersebut akan berkesudahan dengan baik.
Mungkin kadang-kadang senior seperti saya terlalu baik. Terlalu memanjakan kanak-kanak. Hinggakan mereka 'naik atas kepala'. Maksudnya; mereka memijak kepala kami.
Beza antara senior alim dan senior gengster adalah; senior alim kebanyakannya dipanggil 'abang'. Gengster memang tiada honorific, dan memang kadang-kadang mereka tidak kisah. Malah malu kalau dipanggil 'abang'. Ini sebenarnya satu faktor yang menyebabkan junior gagal menghormati senior tersebut, ataupun sememangnya junior tersebut tidak hormat langsung pada mereka. Maklumlah, senior gengster.
Berbalik kepada perenggan sebelumnya, memanjakan kanak-kanak boleh menyebabkan mereka melampaui batas. Saya tak kisah kalau mereka tak nak panggil 'abang', that's fine. Selagimana panggilan tersebut sesuai dan elok. Tapi akibatnya berbagai gelaran dicipta. Ini namanya melampaui had.
Kadang-kadang kami sebagai makhluk yang lebih tua, cuba untuk masuk ke dalam kelompok lebih muda, dengan meninggalkan segala keformalitian. Tapi tidak bermakna bahawa junior boleh bersikap kurang ajar dengan senior. Bergurau itu boleh, tapi jangan sampai melampau. Sesekali junior merasakan senior itu bergurau berlebih-lebihan, tapi itu lumrah bagi seorang yang lebih tua. Ada beza di situ.
Berbincang konsep senior junior, di sana ada satu adab yang perlu kita ikuti. Senior perlu dihormati oleh junior. Ada banyak takrifan untuk kesenioran. Saya lebih cenderung untuk menggunakan perkataan 'senior' kerana banyak tafsiran boleh dibuat. Senior kerana umur. Atau kerana tingkatan. Atau kerana tempoh perkhidmatan. Senior juga boleh ditakrifkan sebagai lebih berkuasa dalam sesuatu jawatankuasa. Sila semak Kamus Dewan Edisi Keempat.
Manusia semakin hari semakin maju. Makin terkedepan. Makin bertamadun. Tapi makin terkebelakang dalam soal adab. Tonton sahaja filem Melayu, hatta musuh sendiri dipanggil 'tuan hamba'. Inikan pula mereka yang lebih berkuasa atau tua. Tapi sekarang, ada apa dengan gelaran senior.
Saya tertarik dengan sebuah rancangan Korea (hak3). Tidak perlu disebutkan rancangan apa tapi sekadar memetik kenyataan bahawa betapa sukarnya seorang lelaki untuk meninggalkan honorific bersama isterinya, kerana dia lebih muda daripada isteri. Agaknya bagaimana didikan yang mereka terima sehingga boleh menjadi seperti itu? Mungkin ada yang beranggapan itu semua rekaan, atau hanya lakonan tapi setiap sesuatu boleh diambil pengajaran.
Ini hanya blog karutan maka jangan mengharap dalil naqli disertakan bersama. Masalah manusia zaman sekarang ialah kurangnya adab. Makin berilmu tapi makin kurang ajar. Tidak menerima teguran dan nasihat kalau tiada bukti dan dalil.
Petua orang-orang tua diperlekehkan, dengan alasan tidak praktikal serta karut marut. Ya, saya tidak nafikan cerita mereka karut. Duduk di atas bantal boleh menyebabkan bisul, tidak ada satu pun kajian Sains membuktikan pernyataan ini. Tapi di situ ada nilai peradaban bahawa bantal tempat meletak kepala, jangan diletak bahagian punggung. Jangan menjadikan perkara mulia sebagai mainan. Itu mesej yang perlu diambil, bukan mempersoalkan alasan yang mereka bagi.
Itu belum disentuh soal wahabi, protaz, politik dll dsb. Sedih bila mengenangkan perbuatan sesetengah pihak yang sanggup mengecam ulama', mengecam ustaz, hanya kerana mereka belajar sedikit perkara yang mungkin berlainan, dan disertai dalil yang mungkin lebih kukuh.
Ini mungkin cuma satu karutan seorang senior. Sekadar luahan kekecewaan atas sikap segelintir umat.
Saya tidak kisah jika anda bersikap kurang ajar dengan saya. Tapi dengan senior lain, tolonglah jangan. Manusia tidak sama. Mungkin anda tidak pernah bertemu dengan senior tersebut secara bersemuka. Hanya kenal melalui blog, atau YM. Ataupun kenalan kepada kenalan anda. Tapi ia bukan alasan untuk bersikap kurang ajar.
Apabila rupa dan suara tidak boleh dijadikan alat untuk menilai, maka tulisan anda menjadi penentu ukuran peribadi. Samada anda beradab tinggi berakhlak mulia, atau rendah moral kurang ajaran ibubapa.
14 penghinaan diterima:
Wah..syabas la bro..kagum bangat neh~
Btw, masa saya kt skolah dulu, junior yg buli senior..hampagas sungguh..(junior kuang ajo)
Ada sekali tu majlis perpisahan utk pengawas pustaka (including me sbg senior)-junior sepatutnya meraikan senior..tp ada ke patut, derang bg surprise..bg present gempak baik punya balut..
Sekali bukak-ada katak dlm tuh..huh.kejam sungguh daa~
panggil along x pe x?hormat ar tu op? keh2
sukelah post hak ni!betul2
sy junior yg baik,kan...akh kan...(angkat2 kening)
kuah3
byk dh gelaran bagi ..oppa pis..akh fiza...ha...beradablah tu..
oh ye,pak cik se agi...haha
lia panggil along ke....haha ^_^
zaman kakak sekolah dulu x penah ada benda2 senior junior...so, bila masuk U, jadi pelik bila ada konsep junior senior, but i take it sebagai cara membezakan batch...tapi lama2 jadi mcm geng se-batch ngan senior :)
tapi kadang2 ade sesetgh junior cume nk gurau je dgn senior2 die
tapi senior2 ingat junior kurang ajar....sedih ngat...
macam kenal jer marzuqi tuh.saudara nie ex-tok jiring ker?
kalau mcm tu, senior sy lah nie..hehe
ASSALAMUALAIKUM SENIOR..hormat dop?
salam..
rasanya kalau jarak jauh, super snr.. no offence panggil abang.. suppose to i think
btw, the way we respect should come first..
sumhow we slip away from the track n it would be very OK if the snr responds appropriately.[if u think he/she should be tortured, juz do it! *eveil*]
dun let dat kid gets further, it'll be difficult to step backward then
ps dun bully or spam ur snr.. or he might bully or spam the another jnr.. haih~
wallahua3lam
Mak Ngah:
haha pernah gak dapat adiah camtuh. best gile.
Alia Diyana:
haha dakpe2. Kak Ngah, lame dok napok sini.
Rabiatul:
:-w
byk goh gelaran. piat kang budak nih.
bukan masalah gelaran atau nama panggilan, tapi sikap dan attitude. kalu cemerlang tapi sikap hampeh, tak berkat gak.
Hurul Aini:
biase la tu jd geng, tapi kena tahu adab sopan. macam dulu kitorang ade gak cikgu yang senang nak masuk. tapi kalau melampau batas, cikgu tu bengang gak kan?
Syahira:
ye ye, saya SPM 2005.
Radin Rahmah:
lala Radin marah ke? takde selera nak SPAM banyak kali. tunggu Next Entry lak.
jgn piat saye,saye tidak bersalah..
adik2 junior dkt sekolah baik2, jumpe senior mase jln,ye bagi salam ^_^ (hoho,sy skrg adalah senior yg plg tua dkt sekolah tapi... perangai mcm bdk2 same ngan adik2 je)
xde marah
cter yg jrang nmpak ditulis tp mmg berlaku..trmasukla kpd dri sy..adk2 nk mula naik kpala..but,nvr mind..bleh ditrima lg..
Saya benci sesangat dgn org yg membuli. Kalau ada org buli awak, meh sini, panggil saya. Nak saya tarik konek tu.
View Profile: Rantong™
asedese
Rabiatul Adawiyah:
kalo saya jumpe Bibi kat Malaysia, konpem saya lempang. kurang ajau punye budak..
haha
Radin Rahmah:
tak marah. bagus, nanti saya SPAM lagi.
jangan mara, nanti kne jual~
Ana_93:
yep, bebudak dan kekanak zaman sekarang..
Rantong:
fuiyo. mencarut. haha
kalo pompuan?
nak tarik ape?
hehe
Ruzaini:
Ruzz @ Nasik, asedese maksud ape ekk?
lupe seyh..
Post a Comment